Fuhh fuhh dah berhabuk dah blog ni. Lama gila tak update macam diri ni busy sangat padahal buat apa je lah sangat. Bukak je entry terus ha amekk kau banyak gila post save dalam draft, kemain banyak benda yang aku sorokkan disebalik draft blog ni. Hoho kalau aku ada bagi password blog ni kat sesiapa di antara kamu kamu dan kamu, itu maknanya kau adalah salah seorang dari ribuan sahabat atau ahli keluarga yang paling sangat teramat terlalu aku percaya. :) Dan nanti kalau aku mati, deletelah blog ni ya?
Point aku menulis hari ni sebenarnya cam nak cakaplah kannn. Kan best kalau kita tahu dosa dan pahala kita tu banyak mana. Macam exam, yang selalu kita ambik dekat universiti tu, setiap kali habis semester mesti ada keputusan, subjek ni dapat berapa, subjek tu dapat berapa. Lepas tu masa tu lah baru kita tahu betapa teruknya keputusan kita. Kadang kadang boleh jadi Failed, kadang kadang A, semua tu bergantung dekat usaha kita.
Tapi in reality, dosa dan pahala tu tak dinyatakan, hanya malaikat dengan Allah je yang tahu. Macam yang pernah aku belajar masa sekolah agama dulu, Malaikat Atid ada di bahu kanan kita mencatat segala amalan baik kita dan Malaikat Raqib ada di bahu kiri kita mencatat semua amalan jahat kita. Sebenarnya amalan baik yakni yang memberi pahala, dan amalan jahat yang of course dosa, tak akan pernah berkurang, dia akan bertambah, bertambah bertambah dan bertambah. Perasan tak? UNLESS!! Unless korang buat solat sunat taubat dan semuaaaaa amalan jahat korang akan kembali jadi 0, kosong. Hati korang yang hitam legam yang penuh dengan dosa tu dulu automatically akan jadi suci putih bersih macam bayi yang baru lahir, alahai comel je rasa bila cakap pasal bayi ni ekekekeke.
Agaknyalah kan, kalau lah banyak mana dosa dan pahala tu boleh kita tahu setiap kali habis semester ke, mesti ramai kelam kabut nak naikkan pahala kan. Yelah, kalau dah tahu keputusan dah tentu tentulah nak compare dengan orang lain, dan bila dah compare tu, masa tu baru lah ada perasaan malu kenapalah pahala ni aku ni sikit sangat. Mesti punyalah! Tapi sayang betul kita tak tahu banyak mana pahala dengan dosa tu, sebab tu ramai buat endah tak endah je. Tambah tambah lagi, kalau buat dosa tu, memang keep it to him or herself, lagilah kan perasaan malu berbuat dosa tu memang totally hilang dah sebab tak ada siapa tahu. *tapi sebenarnya Allah tu Maha Mengetahui*
Okay back to the topic, tapi menakjubkan kan Islam ni. Amazing! Dia macam dengan sekali solat sunat taubat tu je, semua dosa kita terhapus TAPI dengan syarat-lah of course, jangan ulang kesilapan yang sama. Nak taubat, taubatlah betul betul. Jangan main-main. Dan yang lagi amazing tu, kalau kita terus-terusan buat amalan baik, pahala kita akan makin bertambah, bertambah dan bertambah walaupun hanya dengan niat dalam hati je. Amalan jahat yang kita buat tak akan sekali-kali effect amalan baik yang kita buat. Bukan macam dekat universiti, dekat sekolah tu. Dalam exam, kalau buat salah, markah akan makin berkurang. Makin banyak salah yang kita buat, makin berkuranglah markah kita. Tapi dalam hidup ni, makin banyak amalan jahat yang kita buat, amalan baik kita akan maintain macam tu je lah.
Cuma satu jelah kena ingat, kalau dosa kita lagi banyak dari pahala, itu memang sah sah Neraka lah jawapannya. Dan kalau pahala banyakkkkk dari dosa, beruntunglah sangat Syurga sememangnya untuk kamu. :') Cuma itulah, kita tak tahu sekarang ni, dosa dengan pahala kita tu tu banyak mana, tak payah cakap pasal orang lain lah. Cakap pasal diri sendiri pun dah cukup sebenarnya. Sebab tu lah kot, orang lain semua berlumba-lumba nak kejar pahala. Sebab diorang takut, takut amalan baik diorang tak cukup banyak untuk bawa diorang ke Syurga. Semua orang nak Syurga, tak ada siapa nak Neraka. Tak ada. Percayalah.
Tapi amalan jahat terlalu sedap masa kat dunia, sebab itulah. Nafsu, Syaitan semuanya halang kita dari buat amalan baik ni semua. Sedap sangat rasa dia-kan. Tapi ramai tak tahu, manisnya iman, strugglenya nak solat, nak puasa tu, tahan diri dari buat segala maksiat, tutup aurat berpanas panas bawah terik matahari, semua tuu akan bawa kita ke Syurga yang seribu, sejuta kali lagi indah dari Neraka dan bumi ni sendiri.
Macam tak percaya je, suatu hari nanti kita semua ni akan mati dan hanya ada dua je destinasi kita. Syurga dan Neraka. Pilihan kita bergantung pada amalan kita kat dunia ni. :)
Tak tahu lah macam mana aku boleh tulis pasal ni, panjang gila pulak tu. Aku cam dah lama gila nak update pasal ni dan akhirnya terupdate jugak. Alhamdulillah. Masa tengah buat research sikit sikit tadi nak update blog ni, aku jumpa satu post ni,
LINK jemput-jemputlah baca ya.
Okaylah setakat ni jelah kot. Panjanga gila weh, terima kasihla yang sudi membaca tu, Aku tulis apa yang aku fikir je ni. Kadang - kadang bila menaip tu, tangan ni lagi laju dari otak aku ni berfikir, punyalah dahsyat! ahaha Alhamdulillah dan yes Assalamualaikum jugak. ✿◕ ‿ ◕✿