20110628

Orang bodoh nak masak

Aku nak sangat beli buku ni. Dulu maid aku ada beli, tapi memandangkan itu buku dia, aku rasa dia dah bawak balik Indonesia buku tu. So, baru - baru ni, aku pergi MPH MidValley, pergi Popular Pasar Seni, pergi kedai buku kat Amcorp Mall, semuanya takda. Dah takda idea dah nak cari buku ni kat mana. Buku ni sangat - sangat bagus. Siap ada gambar semua. Gambar langkah demi langkah okay, bagus untuk newbie macam aku untuk belajar memasak. Memandangkan aku tengah cuti, parents aku suruh la belajar memasak. Tapi aku tak gemar memasak sambil refer internet, rasa bongok sebab kena bawak laptop ni masuk dapur. heeshh. Aku baru email penulis buku ni, Chef Hanieliza. Hopefully dia adalah stok buku ni kat rumah and boleh order online je melalui dia. Hopefully. Aku harapppp sangat dia ada. Buntu dah tak tau nak cari kat mana. Kat Shah Alam ada kedai Popular tak? Katanya ada jual kat Popular je. If ada tolong tinggalkan komen and bagitahu kat mana ye. Thanks! and if ada yang newbie dalam masak memasak, aku syorkan belilah buku ni, tapi makanan Melayu je lah ye, makanan barat takde. Nah ini blog dia, SINI . Ini video temubual Ben Ashaari bersama Chef Hanieliza SINI .

20110625

Dia pun makhluk Allah juga

Nak buat amal? 

Senang je. Kau pergi kedai, beli whiskas sepaket. Bawak balik rumah, amik satu naskhah surat khabar. Kalau kau tinggal di rumah teres, kau pergilah sekitar kawasan rumah kau. Kalau rumah flat, kau turun dekat ground floor. 

Carik kucing. Sebanyak yang boleh. Bila dah jumpa seekor dua, amik sehelai surat khabar, bentangkan depan kucing tu. Tuang whiskas atas tu. Bagi dia makan. Kemudian ulang perkara yang sama dekat kucing lain sampailah whiskas tu habis.


Boleh?


Aku kesian tengok kucing melilau - lilau kelaparan mencari makanan. Aku kesian. Dekat Sri Pahang, ada orang sanggup campur racun dalam makanan yang diorang bagi dekat kucing semata - mata sebab taknak kucing tu ganggu diorang berniaga, Diorang rimas banyak sangat kucing kat sana. Diorang bunuh kucing tu. Diorang sengaja. Tergamak!

Kau tak bela pun takpelah, at least bagi diorang makan. 
Please. 

Kalau aku banyak duit, aku nak beli satu rumah papan. Aku akan kutip semua kucing yang aku jumpa, aku akan tempatkan semua kucing tu dekat dalam rumah papan tu. If ada sesiapa nak bela, diorang boleh ambil seekor dua untuk di bela. Percuma je.

Jangan kau bunuh haiwan kesayangan Rasullullah ni. 
Jangan kau sepak, jangan kau tendang. 

Mereka tak bersalah.  


20110623

Cinta Kekasih


Bertanya kekasih kepada cinta
masih ingat detik pertemuan pertama?

Kekasih senyum tanda teruja
menanti jawapan arjuna cinta

Kekasih menanti lama
cukup lama

Diam

Cinta masih diam

Bertanya lagi kekasih kepada cinta
ingat lagi kali pertama kau lafaz suka?
di tepi padang hijau, di bawah pohon cemara?
serasa panas seluruh muka
didakap malu datang menerpa
senyum diukir tanda terima
bayu menyapa seakan gembira
merai saat bertaut asmara
masih ingat lagi kah cinta?

Kekasih menanti lama
Cukup lama

Diam

Cinta masih diam

Senyum kekasih jadi sirna
air bergenang di kolam mata
ditahan empang, moga tak dilihat cinta

Sekali lagi kekasih bertanya

Sudah lupakah engkau kepada aku duhai cinta?
dulu selalu kita bercanda
terlalu gila dilamun asmara
apa engkau sudah lupa?

Sedu sedan kekasih berhiba
rupanya cinta sudah tiada
hanya nesan menjadi tanda
akan wujudnya seorang cinta

Suara kekasih bergema
Berlagu hiba, mengganti senyum yang lama sirna

20110621

Dia & Aku Kata

*post ni telah diedit semula

PUISI DIA & AKU KATA.

Aku sarankan korang baca puisi ini bukan dalam hati, 
tapi dengan menyebutnya satu per satu. Baca ya? 
Takpun boleh tengok video bawah ni. 

*but please login facebook, baru boleh tengok.



Sayang betul dia kat aku.
Aku buat salah teruk, dia menangis satu malam.
Dan kemudian esok pagi, dia jumpa aku, dia tersenyum.
Kesalahan aku memang tak layak untuk terima senyuman itu.

Apakah memang ada manusia yang murni macam ni?

Dia nak marah, tapi dia nak ketawa.
Dia nak pukul, tapi dia nak ketawa lagi.
Dia nak tunjal kepala aku, tapi dia takut kepala aku sakit.
Dia nak lepaskan kemarahan dia, tapi dia takut aku terasa.
Dia nak merajuk, tapi dia nak berbual dengan aku.
Dia nak paling muka, tapi dia nak tengok muka aku.
Dia nak menangis, tapi dia tak nak bersedih masa tu.
Dia nak maafkan aku sebab dia nak terus sayang aku.

Dia kata aku bodoh, aku kata, memang.
Dia kata aku tak fikir, aku kata, tu lar pasal.
Dia kata aku tak guna otak, aku kata itu betul.
Dia kata aku bangang, aku kata paling bangang.
Dia kata aku jahat, aku kata takda niat.
Dia kata aku takut bila buat salah, aku kata takut gila.
Dia kata dah agak dah, aku kagum dengan firasat dia.


Dia dah tak tau nak kata apa, aku kata,
jangan kata apa, pukul je.
Dia dah tak nak pukul, aku kata maaf.
Dia tanya dah makan? Aku kata nak makan sama.
Dia kata jom.
Aku kata dalam hati..
"Tuhan, kalau betul dia jodoh, 
biar aku lawan untuk jodoh ini!"








Inilah puisi tu. Puisi yang Shera Aiyob deklamasikan masa pelancaran buku Bogel Menuju Tuhan tu. Inilah puisi tu. Puisi yang hampir buat aku menitik air mata tu. Inilah puisi tu. Puisi yang Zahiril Adzim cipta tu. Inilah puisi tu. Puisi yang ada dalam buku Bogel Menuju Tuhan tu. Inilah puisi tu. Puisi yang dah jadi favourite aku tu. Inilah puisi tu. Puisi Dia & Aku Kata tu.


Aku pernah ada dalam situasi macam dalam puisi ni, mungkin sebab tu lah puisi ni seolah olah bagi impak besar pada aku. Tak tau lah pulak korang macam mana. Ini baru satu puisi. Ada lagi puisi lain. Kalau suka, kau tau apa patut kau buat kan. 


20110620

Bila diimbas

Sebelum kau tengok video ni, aku sarankan kau login facebook kau dulu. Sebab kalau kau tak login, sampai bila -bila pun kau takkan dapat tengok video ni.






Inilah dia FNBE. Bermula dari satu teguran, dari satu perkataan, menjadi satu soalan & jawaban dan dari soalan serta jawaban itulah perkenalan bermula. Dari seorang strangers bertukar jadi kawan, dari kawan beralih pula ke sahabat baik. Ini hakikat FNBE. Bukan FNBE je, memang dah lumrah kita hidup dalam dunia ni, setiap perkenalan bermula dari satu pertemuan. 



Dan setiap pertemuan pasti ada perpisahan.


Video ni bukan aku yang edit, bukan aku yang cadangkan, bukan aku yang rakam. Kelibat aku langsung takda dalam video ni. Tapi macam biasa, impak video ni sangat besar untuk semua pelajar FNBE termasuklah aku. Sangat - sangat besar. Video ni dilakonkan oleh satu per empat pelajar - pelajar FNBE,  kawan - kawan aku.

Ohh FNBE tu ialah Foundation in Natural and Built Environment (Architecture & Quantity Surveying), yang mana ia adalah course yang aku ambil dekat Taylor's University ni. 

So, hopefully korang enjoy lah ya tengok video ni. : D


20110619

Cerita semalam

Tentang semalam, apa yang jadi semalam, aku dengan siapa semalam. Akan terjawab hari ni. 


Target aku mula mula nak dapatkan buku Bogel Menuju Tuhan sahaja tapi malam sebelum hari event tu, tiba tiba terjumpa pulak event penuh dia. Bukan buku Bogel Menuju Tuhan sahaja yang dijual, banyak lagi rupanya novel lain. Macam yang pernah aku tulis dekat post sebelum ni, Yang aku nantikan dari satu buku, tiba tiba tukar jadi enam buku aku nak beli. Hamboihhh. 


Aku bukan nak main pilih je buku apa aku nak beli, aku dah siap survey habis - habisan, baru aku target nak beli. Tapi ada jugak certain buku, yang bila aku sampai kat sana terus tak jadi nak beli. Satu, faktor duit dan yang keduanya faktor tak cenderung ke arah nak beli buku tu. Tengoklah nanti bila duit dah berkepuk - kepuk, aku pasti beli.






Alkisah, 

aku bangun pukul 10, agak lewat. Nak buat acanerr dah tidur pukul 4pagi takkan nak bangun pukul 6pagi pulak kann. Bangun terus siap, kejut lah adik suruh hantar aku pergi KTM Batu Tiga. Nak tak nak, dia pun bangun dan drive aku ke sana guna kereta kawan dia, gara - gara abah dah terbawa semua kunci kereta dengan dia ke KL. Untunglah kawan adik aku tidur sini, kalau tak, menangis tak berlagu aku sebab tak dapat jumpa Bob aka ZA.


Dah sampai KTM, adik aku pun blah balik rumah. Ya Allah duit tak bawak pulak. Yang aku sangkakan duit dalam poket itu rupa - rupanya kad Maybank. Waduhh waduhh g mana nihhh? Nak tak nak, aku pun koreklah beg tangan aku, kot kot ada duit syiling. Ya Allah, cukup - cukup! Alhamdulillah. Kurang - kurang KTM boleh bawak aku pergi KL Sentral dan selebihnya keluarkan dari Maybank kat sana. Mujurlah abah sanggup datang ke KTM, dan bagi duit. RM100 diberi. 

Aku sampai di KTM Pasar Seni tepat jam 12tgh hari, so aku tunggu kakak yang nak follow aku tu. Kak Putri namanya. Nak letak gambar takde pulak tangkap gambar dengan dia hari tu, aisehhmann. Tunggu punya tunggu, dia pun sampai. So berjalan lah kiteorang ke sana, ke Annexe. Ramai orang. Sangat ramai.


Masuk dalam lagi, nampak Zahiril Adzim tengah bercakap mengenai buku dia. Lepas tu bertukar - tukar orang yang bercakap tu, sekejap Zahiril Adzim, sekejap Ayam Fared, sekejap Amirul Affendi, sekejap tu pulak Faisal Mustaffa, yang paling - paling istimewa dah tentu - tentulah Shera Ayob, tunang ZA dan Sharifah Amani. 


Kau bayangkan, ramai betul penonton kat depan sedang duduk. Yang berdiri pun tak kurang hebatnya, ramai. Shera pun maju ke depan. Sajak yang dia pilih tajuknya Dia & Aku Kata. Bait demi bait perkataan disebut, lunak merdu suara dia. Pandai dia pilih. Yang aku, teruja tak tau nak kata apa. Sajak tu, Ya Allah menusuk ke qalbu. Nak menitis air mata, tapi takkanlah. : ) Puisi habis dibaca, Zahiril bersorak. Yang lain turut bersorak. Ada sesuatu dalam puisi tu. Memang ada sesuatu. : ) 


Okay blah blah blah. Aku kat sana sampai pukul 6 if tak silap. Dari tengah hari sampailah ke petang. Puas hati aku, PUAS dapat lepas gian lepas terperuk kat rumah. Masa Zahiril baca puisi pun aku turut teruja. Sungguh. Dia sangat teramat memang menjiwai. 4 buku dah dibeli siap besignature lagi. Lepas tu KFC dijamah.






Senarai buku yang aku dah beli bersama beberapa laman web yang aku jumpa.


1. Bogel Menuju Tuhan - Yang ni tak payah survey pun aku dah tau mesti aku beli punya. Penulisnya Zahiril Adzim. Ini blog dia, SINI.




2. Tentang & Kentang - Tentang dan Kentang adalah dua buku yang berbeza. Cover dia agak lucah, tapi ahh tak penting semua tu. Yang penting content dalam tu. So ini blog penulis dia, Saharil Hasrin Sanin, SINI.







3. Sperma Cinta - Ini tajuk dia pun lucah, HAHA. Okay so aku survey pasal buku ni dan ada baca beberapa review mengatakan yang buku ni kelakar. So, aku pun beli lahh. Penulis dia nama Linglung. Blog dia, SINI.


4. Devil's Place - Penulis buku ni Brian Gomez, tak rancang pun nak beli buku ni. Beli pun sebab nak improve english. Eh tapi not bad taw buku ni. Seriously, cuma tu lah, penulis dia takde kat sana. Plus, aku main bantai beli je, HAHA

Korang perasan tak semua penulis buku ni semua ada blog. tehee Aku bangga ni, sebab aku pun ada blog, kekeke. 

Dengan Zahiril, aku mintak tangkap gambar banyak kali sebab gambar buruk, muahaha tapi dia tak kisah langsung. Bagus bagus.
Dengan Saharil, dia ingat nama aku wehh! Oh damn! Masa dia tanya nama aku untuk ditulis atas buku tu, aku pun bagi tau lah "Afifah".Lepas tu dia cakap, "Eh ni Afifah yang datang blog saya hari ni kan, pagi tadi?" Aku angguk angguk sambil senyum. Dia kata lagi "Wah datang blog pagi tadi, hari ni terus datang nak beli buku, terima kasih." Lebih kurang cenggitu la dialog antara aku dan dia. Perghhh
Dengan Linglung, dia belum bukak kedai lagi pun aku dah tanya "Buku Sperma Cinta mana ye?" Lepas tu orang lain duk sibuk carikkan buku tu untuk aku, rupa - rupanya belum open lagi. Tapi abang tu keluarkan dua tiga buku. Nampak penyegan je abang tu, siap bagi signature semua, lepas tu dia tanya ada follow blog ke tak. Amboi bukan main. Nampaknya aku orang pertama beli buku dia hari tu. hehe Pelancaran buku ni sangat superb!

Dasyat - dasyat penulis Malaysia ni. Ntahla, aku suka.


Bersama abang Bob kita,

Bersama Kak Shera, tunang Bob.

Bersama Sharifah Amani,

Bersama Ayam Fared,

Kalaulah aku ada kamera sendiri, aku dah bantai dah tangkap gambar dengan Pian, pengurus ZA, dengan penulis penulis buku yang aku beli tu. Perghh, kalau lah kann.. Tapi nasib baiklah Kak Putri ada, kalau tak kerana phone dia, tak akan adanya lah gambar aku dengan ZA terpampang atas nu haaa. Gambar - gambar yang lain pun guna kamera dia. Tapi sayang tak tangkap gambar dengan dia. Rugi rugi. Setinggi penghargaan untuk akak yer : ) Lain kali ada event dengan ZA, kita jumpa lah lagi k. kekeke Lepas makan KFC, dkak tu pun balik. Terima kasih jugak sebab belanja kayeppsee. hehe

Lepas Kak Putri balik, Kak Akin pulak datang. hikhikhik Dia gagahkan jugak tuu nak datang event ni, mula - mula demam katanya, lepas tu bila dah tengok post aku dalam blog ni, dia rasa nak datang pulak. So dia pun datang menemani aku bersama kawan dia, Kak Sya. Nak baca blog kak Akin? SINI. Masa nilah Pelancaran buku Sperma Cinta tu. Semua penulis buku yang melancarkan buku diorang semua keluar mempromosikan buku masing - masing. Sangat sangat best, Ada yang poyo, ada yang kelakar. Ntahlaa tapi memang syokk lah. Part paling syok masa ada sorang kakak ni bacakan puisi berlatarkan violin yang memainkan lagu "Engkau Laksana Bulan". Ya Allah merdunyaa violin tu. Kakak tu pulak sangat sangat real membaca puisi, sangat feel kata orang.


Yang dalam gambar ni Petak Daud. Dia tulis buku Petak, antara buku yang aku tak jadi beli sebab tak ada duit dan tak cenderung ke arah buku tu. Tunggulah nanti bila berduit, pasti aku beli. Tapi perghh poyo mamat ni. Serious. Tapi kelakar pun ada. haha Ini salah seorang penulis yang ada. Baru 18 tahun budak ni, pelajar UiTM lagi, haa dah buat buku. Cayalah bro,


Inilah dia Kak Akin, badan kecik tak serupa umur. Aku yang lagi muda ni pun badan lagi besar dari dia. Kawan dia pun sama. Tsk3. ahhahaha XD Nah kalau rasa - rasa nak baca apa yang Kak Akin update dalam blog dia pasal event ni, SINI. haaaa Lepas habis semua tu, jalan jalan sekejap dan taraa kiteorang pun balik. Sebelum balik aku teman kakak berdua ni pergi solat dan makan, masa nak naik KTM tu lah sempat pulak diorang ajak timbang berat. Aku pun apa lagi, dah lama benor tak nimbangnya. Aku join. Cerr teka berat aku berapa? err err err..

TARAAAAA!!!

KAHKAHKAH. Gemuk!! Weh gemuk gemuk aku pun, berat aku turun 1KG okayyy, itupun lepas dah melantak KFC. haha Ini mesti sebab aku kayuh basikal sehari sebelum ke event ni, takpun sebab aku daki Broga Hill. Caya lah pah, lepas ni aku nak turun kan ber Kg Kg lagi biar kurus. Tak nampak tu aku gemuk? Selama ni berat aku maintain je 60KG, tiba - tiba dah turun pulak, HOYEAHHHH!. :P

Lepas dah gumbira - gumbira, aku, dia dan dia pun balik. Aku sampai rumah pukul 10malam. Sangat penat, tapi berbaloi.

TAMMAT.
:D Harap harap boleh jumpa ZA lagi lepas ni.

20110618

Dalam tangan



Yang dinantikan sudah berada dalam tangan. Signature pun sudah siap ditulis, except untuk buku Devil's Place gara - gara tidak merancang sebelum dibeli. Kalau ikutkan hati, memang aku nak borong semua buku dalam event tu untuk aku sorang, tapi masalah kewangan meghalang aku berbuat begitu. haihh

Daripada enam buku yang ditarget, hanya empat sahaja yang dibeli. Mungkin yang lagi dua itu tak berapa nak terkesan dalam diri aku. Rugi siapa tak datang. RU.GI! Bogel Menuju Tuhan, Tentang, Kentang, Devil's Place dan Sperma Cinta sudah dalam gengaman. Hoyeahh! Baru puas hati aku. Puas!!!

Gambar diatas semua sumbangan kamera laptop. Alangkan bahagianya jika Canon masih dalam tangan, aku rindu Canon aku, aku rindu Power Shot aku. Tunggulah dulu ye, akan ada gambar sumbangan ihsan dari sahabat aku. Nanti lepas di tag, akan aku upload untuk tatapan korang. Begitu juga dengan gambar di Broga Hill. Tunggu dulu sahabat aku habis mengupload di facebook, kemudian aku akan upload di blogger pula. Kamu hanya perlu bersabar.

Akan aku cerita apa yang terjadi. Berbaloi aku habiskan lebih RM100 untuk semua buku, baru selak dua tiga muka, dah terasa jatuh cinta. Nanti akan aku postkan sekali satu puisi karangan Zahiril Adzim untuk tatapan semua. Baca dan rasa sendiri kenapa Zahiril itu yang aku puja. 

Sekian,


Yang aku nantikan


“Everyone probably thinks that I'm a raving nymphomaniac, that I have an insatiable sexual appetite, when the truth is I'd rather read a book.” – Madonna

Art For Grabs + KL Alternative Bookfest 2011
THIS IS THE BAZAAR FOR BOOK LOVERS, ART SLUTS + OTHER NYMPHOMANIACS!


Tak sabar nak pergi Annexe hari ni. Banyak buku nak dibeli, RM100 pun belum tentu cukup ni. Serious tak sabar sebab Zahiril Adzim pun ada sekali. Dia akan berbogel bersama - sama kita nanti. teheee







InsyaAllah kalau tiada aral melintang sampailah aku dekat Annexe tu nanti. Yang lain jemput jemput lah datang.

Buku yang aku nak beli ni semua nampak menarik tertarik memang DABOMB. Aku dah google habis dah either buku ni best atau tak. Ada banyak buku lain tapi target aku yang enam ni je lah. Harga meh aku list down kan.

BogelMenujuTuhan : RM30
Tentang : RM25
Kentang : RM25
PadaSebuahKetentuan : RM20
SpermaCinta : RM18
Petak : RM10


Buku yang paling mahal tu lah yang paling aku nak beli tu. Huishh tak sabar nak pegang buku tu.

 Oh damn!

Kalau rasa rasa nak tau lebih detail pasal event and pasal buku buku yang dijual ni boleh klik SINI, takpun kalau nak tau detail pasal event sahaja and RSVP sekali, boleh klik SINI. 

Okaylah, aku chow dulu. Dah nak pukul 4pagi dah ni. Kejap lagi nak bangun awal. Aku nak make sure aku sampai sana before 12. Maybe 10 or 9 ke? Semangat sial.


notakaki : Keranamu Laila so sweet lah tadi, tehee

20110617

Hilangnya dia berhikmah

0615

Kamera aku hilaaaaannggg dekat Bukit Broga wehhh. umphhhh. Itupun tersedar masa dah ada di puncak. Masa tu satu je aku fikir. Mesti jatuh masa aku tergelincir nak naik curam yang licin tu. Aduhh, macam mana boleh tak check balik entah. Botol air dengan torchlight pun jatuh, tapi serious tak nampak pun kamera jatuh. Mungkin sebab terlalu subuh, masih gelap. Hanya bertemankan cahaya yang datang dari lampu torchlight. Mungkin jugak casing kamera tu hitam, jadi tak nampak. Aku tak sengaja. Betul.

dah sampai puncak pun still gelap, bayangkanlah masa mendaki tu, mestilah lagi gelap kan

Balik je rumah satu hari suntuk terperap dalam bilik. Fikir punya fikir macam mana nak bagi tau abah. Dalam pukul 11 malam cenggitu, aku grab a slice of cake, then bagi tau abah pasal tu. Okay kena marah, =.=" .. aku menangis. Aku sayang kamera tu wehh. Nak melawan, tak boleh. Aku diam jer. Masuk bilik nanges sekadar dua tiga tetes air mata then dah. Tak perlu meratapi benda yang dah nak hilang. Lagipun aku dah bagi tau apa yang dah jadi, sekurang - kurangnya beban yang aku pikul tu dah hilang.



0616

Esoknya, sampai pukul 4 petang terperap dalam bilik. Entah apa yang distresskan sangat pun aku tak tau lah. Keluar je bilik, aku jamah mihun sampai satu mangkuk besar tu, habes wehh =.=" . Then siram pokok bunga lepas tu buat macam biasa. Macam takde apa jadi.


Malam abah balik bawak laptop baru, ASUS. Nak tau? Ini laptop pertama aku, sendirian berhad. : ) Tak kongsi punya. Adik aku guna laptop yang lama. ASUS baru ni ASUS biasa je, tapi dalam ni ada Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Adobe Flash, Adobe InDesign dan AutoCad. Excited nak guna semua benda alah Adobe ni, tapi tak tahuuu. Aku tak taulah semua ni memang dah ada siap dalam ni atau ada orang install - kan. Ntah la ntah.

Hee //


0617

Terjaga dari tidur sebab abah call. Rupa - rupanya Satria aku dah sampai. weehooo. Ada depan pintu pagar pulak tu. XD Okay kereta secondhand je pun actually tapi heyyy at least aku ada kereta kan. Berguna jugak untuk aku ulang alik ke kolej or mana mana. Plus, parking kat kolej aku tu dahla banyak batu, beli kereta baru pun nanti tayar akan botak jugak, ye dokk? Lagipun abah aku tak mampulah nak beli benda mahal walaupun myvi sekalipun. Mahal lah. So eheee aku dah ada kereta. Yeayy yeayy! :D




Semua ni berlaku in just three days. Aku hilangkan kamera hari pertama, hari kedua dan hari ketiga aku dapat laptop dan kereta. Bersyukur gilaaa! Hikmah ke ni? Humphh. Abah suruh aku hargai barang. Sedangkan kawan pun aku tak pernah hargai, inikan barang =.=". Abah sepatutnya kenal anak abah macam mana bahh. haishh

Gambar Broga Hill kat atas nuuhh kepunyaan Shafeeqa, aku curi. Akan ada banyak lagi gambar yang akan dicuri nanti untuk di post kan dalam blog ni. Semua gara gara, kamera aku hilang =.=" takpelah, alhamdulillah. Hilangnya diaa berhikmah.



20110616

Godam lah lagi.



"Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world's strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favour."


Pesta meng-godam laman web sudah bermula. Cuba google, nanti akan keluar senarai senarai laman web yang telah digodam/dihacked di Malaysia. This is DAH-SYAT. 


Blog dan facebook pun ada jugak yang jadi mangsa. Take a good care you alls punya account okay peeps. Ada hacker yang baik, lepas dia godam, dia pulangkan balik kat admin siap tinggalkan pesan. Ada hacker lain pulak jenis bagi amaran or peringatan. Ada hacker yang lain pulak lagi langsung tak ambil peduli dah, dia hack je mana - mana account yang dia suka.


Yang pasti semuanya mesti bersebab. 
: )



20110613

KL Gangster meme behhh

13 Jun 2011

Hari ni birthday adik aku.  So tadi lepak MidValley bantai makan KFC, tengok wayang dan main boling. Hopefully dia enjoy. Sekarang dia dah ada kat asrama. Itu je lah yang mampu aku buat untuk happykan dia. Ibu abah sibuk bekerja. Haishh Aku je lah yang ada pun. Ohh tak lupa jugak maid aku.

So tadi KL Gangster jadi santapan kiteorang bertiga. Hebad cerita nuuhh. Memang tak hairanlah dalam masa 4 hari boleh collect 6 juta. Aku sarankan adik aku tengok pun sebab aku nengok banyak bebenor blog yang puji cerita ni best. Tu yang main redah je ni haa. Ngeh ngeh ngehhh. Sebelum ni aku tengok banyak blog tulis pasal Insidious. Ramai kata movie tu, movie yang paling seram diorang pernah tengokk. Haishh aku melepas nak tengok, teringin sangat nak tengokk. SERIOUS. tsk tsk tsk

Okay nak review pasal cerita ni. Humphh starting je pun dh best sebab ada zizannnnn. Aaron Aziz dengan Ady Putra adalah watak antagonis dengan protagonis atau kedua-duanya sekali dalam cerita ni. Aku tak reti lah pulak nak review, tapi yang pasti badan ketaq-ketaq diorang tu buat baju diorang nampak meronta-ronta untuk dikoyakkan. Haaa ntahla. Tapi apesal buff sangat badan diorang, scary sungguh. Okay apa yang aku merepek ni.  =.="

Aku rasa better korang tengok dan nilai sendiri. Kalau nak suruh aku nilai dan rate, aku bagi 9/10 WOHHH :O hahhahaha Fighting scene diorang pun tak kurang hebat jugak.


Sorry to say lah ye, tapi aku rasa cerita KL Gangster ni beratus-ratus kali bagus dari cerita Kongsi. Kongsi, aku tengok tak sampai beberapa minit terus ngantuk. Takde point. Sorry to say lah bro. Nampaknya antara Shamsul Yusuf dengan Farid Kamil, aku pilih SY of course. 

Boleh tak aku nak gi wayang tengok cerita ni lagi sekali? Tak puas lah tengok sekali je, kih kih kih. Ada makcik india ni, dengan suami dia duduk sebelah aku. Ya Allah punye kuat dia gelak masa zizan buat lawakk. Cayalarr aunty, sporting bhai! XD

Okay enough. Itu je untuk hari ni. Ohh tadi aku ada exam English, exam terakhir untuk Foundation. So yeahh secara officialnya, Foundation Architorture aku dah pun habis.
Alhamdulillah. 

Mintak mintaklah tak payah repeat.
Kalau kene repeat aku tekad nak tukar course! 
hikhikhik

20110611


Bitch means. Ye, aku google maksud bitch tu apa. Tak faham aku, kenapalah taksub sangat budak budak sebaya menggelarkan aku ni dengan perkataan sebegitu. Setahu aku, bitch itu anjing betina. Dan setahu aku lagi, anjing betina terima je 'tujahan' dari mana mana anjing jantan. Aku macam tu ye? Humphh. Ada ke jantan yang pernah 'tujah' aku sebelum ni? Kalau ada mari ke depan, tunjuk bukti.

Hati aku tergerak nak tahu maksud bitch. So bila di google, ini yang keluar;

1. an unpleasant difficulty.
2. a person (usually but not necessarily a woman) who is thoroughly disliked
3. informal terms of objecting
4. female of any member of the dog family.

Dulu, aku menangis bila orang panggil aku bitch. Hina sangat ke perkataan tu, sehina aku? Atas alasan apa aku menangis pun aku tak tahu. Maksud bitch itu sendiri pun belum aku tau masa tu. Menitik nitik ayer mata aku ni haa terasa diri ni hina. Tapi bila dah kerap sangat orang panggil macam tu, aku pun tergerak lah nak cari tau hebat sangat ke bitch tu. Aku nak tau jugak title bitch tu untuk orang baik ke atau orang jahat. Nak tau jugak bitch ni satu pujian atau hinaan. Ada sesiapa boleh tolong jawabkan?

________________________________________________ 

When I stand up for 
myself and my beliefs. 
They call me a bitch.
 
When I stand up for those I love. 

They call me a bitch.
 
When I speak my mind, 

think my own thoughts, 
or do things my own way.
They call me a bitch.


Being a bitch means that I am free to be 

the wonderful creature that I am,
with all my own intricacies, 

contradictions, quirks and beauty.

Being a bitch means

I won't compromise what's in my heart.
It means I live my life MY way.

It means I won't allow anyone to step on me.

When I refuse to tolerate injustice 

and speak up against it, 
I am defined as a bitch.

The same thing happens 

when I take time for myself 
instead of being everyone's maid,
or when I act a little selfish. 

I am proud to be a bitch! 

It means I have the courage and strength 

to allow myself to be who I truly am
and won't become anyone else's idea 

of what they think I "should" be.

I am outspoken, opinionated, and determined.


By God, I want what I want, and 

there is nothing wrong with that!
So try to stomp on me, 

try to douse my inner flame,
try to squash every ounce of
beauty I hold within me.


You won't succeed 

and if that makes me a bitch, 
so be it. 

I embrace the title and am proud to bear it !! 

________________________________________________ 


http://www.prpletears.com/bitch.html

20110610

GLAM Malaysia


This is the most beautiful cover magazine that I've ever seen! Serious. I'm not very sure why. Humph. Is it because of the girls or maybe the cover itself but who cares .. damn gila stunning dohh!

Bukannya semua majalah kat Malaysia macam ni ouhh. Jarang jumpa. So now, aku dah start fall in love with this magazine just because of the cover that you can see above. hee Kahwin jom? Ohh yeahh ohh yeahh! ;D hahahaha but aku rasa rugi gila nak mati sebab baru sekarang aku notice majalah ni ada kat Malaysia. Apa ke lame sangat kau ni pah oii. =.=" *alarr sorry.









What else I can say, these pictures tell everything.

20110609

Depan mata

Aku tak faham perangai sesetengah pelajar yang ada kereta, laptop dan fon tapi tak guna sebaik-baiknya. Parents dah sediakan semuanya lengkap just untuk diorang senang ulang alik ke kolej, senang buat kerja kolej, senang contact kawan kawan kolej tapi diorang gunakan semua tu bukan untuk hal kolej. Diorang sia siakan kemudahan yang ada. Parents suruh pergi belajar, benda lain pulak yang diorang buat. 

Sungguh aku tak faham.



Aku kesal. Kenapa aku tak ada kemudahan tu semua sedangkan aku teramat sangat memerlukannya. Abah, kenapa?

20110608

Wordless wednesday


My almost-done-portfolio.
: D

20110603

.. and I'm still not okay

Tumblr, Facebook, Blogger, Twitter,  .. mana satu nak bukak dulu ni?
HAHA
DAMN takde life, :/ *ahh kau susah?

Ntah macam mana nak cakap. Semester 2 baru habis. Actually bukan dah habis, hari selasa depan masih kena hantar portfolio. Hari Isnin depan depan ada exam. Haaa masa tu barulah officially semester dua aku dah habis. Atau dalam erti kata lain Foundation Architorture aku dah pun habis. Alhamdulillah aku masih hidup, lepas buat semua assignment walaupun sebenarnya ada lagi satu assignment. Haihh

Sebenarbenarbenarbenarbenarbenarbenarbenarbenarbenarbenarbenarbenarnya aku rasa sangatsangatssangatsangatsangatsangatsangatsangatsangatangatsangat penat.
Apasal rasa penat ni tak hilang, sedangkan semua beban dah tak ada? Now aku rasa macam nak cari katil, lepas tu tidur puas puas untuk 2 3 hari .. takpun 2 3 minggu. Boleh? Confirm punyelah kena bantai dengan abah. Haihh

Disebabkan assignment yang berlambak tu, aku dah missed banyak gathering. Tapi yang paling paling kesal, aku missed tayangan teater ZA. Rasa bengang nak mati. Dahla ramai kata best, buat panas hati aku je. Urghhh. Dahla tayangan dia takda ulangan. Humphh, okaylah benda dah lepas, aku tak boleh buat apa apa dah. Redakan aje.

Kau tau tak rasa penat yang buatkan kau sampai tak boleh tidur? Penat sangat. Yang boleh buat kau pejam mata, tapi tak lena, yang boleh buat kau baring, tapi belum tentu selesa, yang aaa yang macam tu lah. Pernah? Haa itu yang aku rasa sekarang. Kena pukul pun tak rasa seksa macam ni. 


fuhh fuhh

fakk penat gila!
exhausted
...




Aku tak rasa relieved langsung semester dah habis. Sebab aku tau, aku akan hadapi degree yang 10thousand teruk dari foundation. Itu menakutkan. Sangat. Menakutkan.