Showing posts with label RANDOM THOUGHTS. Show all posts
Showing posts with label RANDOM THOUGHTS. Show all posts

20110701

Julai jebon


Pertama kali.
Kali pertama.

Kalau lah boleh. Aku nak buat semula semua benda untuk kali pertama, tapi aku dah lambat. Aku nak putar balik masa. Tapi aku tau tak boleh.

Doraemon, mana kau?


20110625

Dia pun makhluk Allah juga

Nak buat amal? 

Senang je. Kau pergi kedai, beli whiskas sepaket. Bawak balik rumah, amik satu naskhah surat khabar. Kalau kau tinggal di rumah teres, kau pergilah sekitar kawasan rumah kau. Kalau rumah flat, kau turun dekat ground floor. 

Carik kucing. Sebanyak yang boleh. Bila dah jumpa seekor dua, amik sehelai surat khabar, bentangkan depan kucing tu. Tuang whiskas atas tu. Bagi dia makan. Kemudian ulang perkara yang sama dekat kucing lain sampailah whiskas tu habis.


Boleh?


Aku kesian tengok kucing melilau - lilau kelaparan mencari makanan. Aku kesian. Dekat Sri Pahang, ada orang sanggup campur racun dalam makanan yang diorang bagi dekat kucing semata - mata sebab taknak kucing tu ganggu diorang berniaga, Diorang rimas banyak sangat kucing kat sana. Diorang bunuh kucing tu. Diorang sengaja. Tergamak!

Kau tak bela pun takpelah, at least bagi diorang makan. 
Please. 

Kalau aku banyak duit, aku nak beli satu rumah papan. Aku akan kutip semua kucing yang aku jumpa, aku akan tempatkan semua kucing tu dekat dalam rumah papan tu. If ada sesiapa nak bela, diorang boleh ambil seekor dua untuk di bela. Percuma je.

Jangan kau bunuh haiwan kesayangan Rasullullah ni. 
Jangan kau sepak, jangan kau tendang. 

Mereka tak bersalah.  


20110609

Depan mata

Aku tak faham perangai sesetengah pelajar yang ada kereta, laptop dan fon tapi tak guna sebaik-baiknya. Parents dah sediakan semuanya lengkap just untuk diorang senang ulang alik ke kolej, senang buat kerja kolej, senang contact kawan kawan kolej tapi diorang gunakan semua tu bukan untuk hal kolej. Diorang sia siakan kemudahan yang ada. Parents suruh pergi belajar, benda lain pulak yang diorang buat. 

Sungguh aku tak faham.



Aku kesal. Kenapa aku tak ada kemudahan tu semua sedangkan aku teramat sangat memerlukannya. Abah, kenapa?

20110511

Malasnya melayu .

Dah lama tak update . Perkataan BUSY tu macam dah lapuk . Menyampah dah nak sebut . Padahal bukannya busy mana . Cuma diri sendiri tak reti bahagi masa . Procrastinating namanyaa . Apa adehal dengan semua jadah assignment merata . Bila usaha , kesannya entah apa apa . Bila tak usaha , lagilah spoil segala . 

Bukan nak kata apa . Tapi sudah lumrah dunia . Melayu pemalas orangnya . Iya bukan semua . Tapi separuh daripadanya . Bacalah sejarah . Konon buku yang hendak dibakar . Kata ibu aku , sejarah sudah tercatat , tak ada benda yang perlu disorokkan . Tanah Malaya milik orang Melayu . Cina dan India datang dari negara lain . Negara asing . Mereka datang untuk cari wang , bukan merewang . Ini bukan tanah diorang , ini tanah orang . Melayu ada atas tanah sendiri , buat apa kerja ye tak ? Ini tanah mereka . Sebab itu Melayu malas . Sebab sejak azali lagi dah macam tu . Tak hairanlah Cina dan India lagi rajin . 

Betul . 


Kaji sendiri . 



20110113

aku rindu jawi !

ده لاما راسڽ تق توليس جاوا ، إيه سيلڤ جاوي له . ها ها ها . كورڠ فهم ك اڤ يڠ اكو توليس ني ؟ سإيڠت اكو ڤون كالي تراخير اكو بلاجر جاوي ماس سكوله اڬام دولو لبيه انم تاهون يڠ لالو . بوليه تاهن لاما جوڬق كن . تيبا تيبا راس ريندو ڤولاق دكت سكوله اڬام ، بلاجر توليس خط ، ريندو كت استاذ فوزيان ، استاذ اڤ انته لاڬي . هي هي هي . سلالوڽ كيت باچالقرءان جا كن . ممباچ توليسن عرب دالمالقرءان يڠ اد باريس اتس دان باوه دڠن منوليس توليسن جاوي جاوه بيذاڽ . هممم . اوكيله نق توليس تو جا . ننتي كالاو توليس ڤنجڠ ڤنجڠ ، اد ڤولاق يڠ جوليڠ ننتي . السلام عليكم

يڠ منوليس جاوي ،
فضلىنا ءعفيفه


20110108

lumrah alam ,

E G O
untuk lelaki 

E M O
untuk perempuan

Setiap sesuatu pasti ada pasangan walaupun hanya sekadar perkataan ,

20100818

PITY YOU..

NO ONE TELL YOU ANYTHING!
YOU ARE SUCH A POOR LITTLE GIRL, AFIFAH.
:')

20100711

CIKGU ADD MATH.

Psssst. Cikgu add math time aku sekolah dulu, datang rumah aku tadi. Aku memang tak jangka langsung dia akan datang sebab ibu aku kata kawan dia yang nak datang. So, aku assume someone yang aku tak kenal lah. Tapi, ahakss! Eleh, kalau cikgu datang pun aku no problem. Aku mana ada buat banyak problem ngan cikgu ni dulu. HIKHIK. Ibu aku ambil kesempatan ni untuk mintak mak cikgu aku tu untuk jahit baju kami kami ni. Kami tu include aku, ibu aku dan maid aku. Nak buat baju kebaya, maybe untuk raya kot. Maybe larr. Ohh lupa.Nama Cikgu tu, Siti Hajar. :) Statement cikgu yang aku takleh lupa. " Kamu dah gemuk lah, dulu tengok badan macam kecik jer ". What the.. HAHA. Dulu tu, 7 bulan yang lalu. Macam macam kot boleh jadik.

Lepas cikgu ngan family dia balik, ibu ngan abah aku tak habes habes membahan aku. Urghhh. Haa, aku tak g kelas motor la tadi. Macam biase ah, tertidur. HEHE


20100707

MENGAJI.

Abah : Hari sabtu kakak free kan?
Aku : Free.
Abah : Abah nak bagi tahu ustaz supaya kakak start belajar mengaji hari sabtu depan.
Aku : Bagi tau jer. Kakak free.


notakaki : agaknye nak kena belajar tarannum kot. ehee

20100629

I'M SCARED, HELP ME!



Aku ada sikit sikit perasaan takut tuk masuk kolej. Rasa best pun ada tapi entahlaa. Sekarang kan semua dah start masuk UITM, so aku pun aderlah baca entri dorang waktu kat sana. Ada yang kata best, ada jugak yang kata sebaliknya. Bukan UITM je yer, adalah universiti universiti lain jugak. Aku bukan apa, seriously aku risau sangat nak masuk kolej. Cuba korang bayangkan dalam satu kelas tu, aku sorang je melayu. Ohh my Allah! What should i do??! Sumpah aku takut gilaaa! -.-

weh tolong aku..

TOLONG!!

20100617

SORRY DOESNT FIX EVERYTHING.



Sekadar ungkapan MAAF .. ?

Belum cukup untuk ubah semua yang telah berlaku.
Belum cukup untuk ubah zaman kini ke zaman lalu.
Belum cukup untuk kembalikan persahabatan keruh ke akrab seperti dahulu.
Kata orang meminta maaf itu susah, memaafkan lagi lah susah. But for me, if aku yang bersalah memang dah patut patutlah aku mintak maaf. If aku rasa bersalah pun walaupun aku tak salah, still .. aku akan mintak maaf. Memaafkan pun tak kurang susahnya. Tapi kalau orang dah mintak maaf, i think apa salahnya kita maafkan. Dia dah sedar kesalahan dia, tak salah rasanya nak bagi peluang kedua.


Psssst, aku nak bagi tahu. Kadang kadang ungkapan maaf tidak mengubah apa-apa. Maaf tak mungkin akan buat semua perkara kembali normal. Seriously, tak mungkin.


Persahabatan yang dulu akrab terjalin, gelak menangis bersama tak mungkin akrab lagi. Macam ada satu tembok penghalang untuk buat semua jadi rapat. Kadang kadang yang memaafkan ikhlas memohon maaf, tapi nampaknya usaha dia yang bersungguh sungguh langsung tidak membuahkan hasil. Mungkin pada dasarnya dia dimaafkan, tapi pada realitinya persahabatan dia dengan yang diminta maaf tetap sama macam dulu. Tak bertegur sapa, masih jauh dan rasanya macam ungkapan maaf tu belum cukup. Kenapa yer?

Aku selalu dengar. Kalau kita pernah gaduh besar dengan kawan kita, lama lama kita akan baik balik dan persahabatan sesama kawan itu akan lebih rapat. Bukan patut macam tu kerr? Kenapa aku takk yeh? Kalau macam tu sia sia lah yer kau mintak maaf. Ohh my Allah, i shouldnt think that way. Hurmm, why ahh?



Personally, aku ada mintak maaf. Bukan sorang dua, rasanya lebihh. Ungkapan maaf aku bukan senang macam tu je nak sembur. Bukan senang nak keluar dari mulut ni especially dengan parents dan kawan kawan. But then, rasanya maaf aku macam tak diterima. Macam tak wujud rasanya maaf tu. YES i'm wrong! Yes yes i knew that..! Tapi..aku dah mintak maaf. Mungkinlah aku rasa macam nak semua benda jadi macam dulu, tapi lain yang aku harapkan, lain pulak yang aku dapat. Tak boleh ke nak jadi macam dulu? Kenapa aku rasa setiap perbualan mesti aku yang mulakan dulu? Kenapa aku rasa bila aku sms, atau chatting kadang kadang macam aku je semangat lebih padahal diorang tak pun?

Adakah maaf tu macam sekadar satu patah perkataan yang tottaly NOTHING ??!

Aku dah menyesal. Menangis nangis weh. Macam macam cara aku guna untuk mintak maaf kat kau. Kad raya. Cakap depan depan sampai siap peluk lagi. Sms. Surat. Panggilan telefon. Apa laginyaa? Ntahlaa. Aku dah putus asa tak tau nak buat apa. Aku tau kau dah maafkan aku tapi aku tak rasa semua tu cukup. Aku rasa aku perlu lakukan lebih lagi untuk tarik perhatian kau.

Entah dengan siapa entah aku gaduh, tapi dua orang hamba Allah ni lah yang paling aku ingat. Aku pecah belahkan persahabtan dorang ni dengan semua orang. SEMUA! Diorang sampai takde kawan, sampai kena carik geng baru untuk dijadikan teman. Memang patutlahkan diorang buat macam ni kan kat aku. Babe, aku rindu diorang. Tu jelah aku boleh cakap. Aku rindu. :'( Korang faham tak bila ada satu perasaan bersalah tu timbul dalam diri korang, melimpah limpah pulak tu, mesti secepatnyaa korang nak mintak maafkan? Cuba kalau korang rindu dekat diorang? Dah mintak maaf dah ni cuma rindu tiba tiba. Nak buat apa pulak? Nak bagi tau? Tak ke nanti diorang rasa nak termuntah ke hapee. Cubalah bayangkan.. Tak ke sengsara apa yang aku rasa sekarang ni??



Siott gilaa. Ntah apa yang aku rasa pun aku tak tau lah. Aku cuma tu lah .. R I N D U. Sangat sangat! Marah aku ada sebab, bukan suka suka. Entahlah, aku menangis kot sekarang sambil tulis entry luahan ni. Aku confirm diorang tak kan bacanya blog aku. Aku dah tak tau nak buat apa. Dah tak ada apa apa yang nak dibuat. Rasanya macam aku je yang sungguh sungguh mintak maaf. Macam aku je yang sungguh sungguh nak perbaiki hubungan persahabatan ni. Diorang tak kisah pun, tak peduli pun. Diorang tak rasa apa apa pun. Aku je wehh. Semuanyaa aku.

"Aku harap suatu hari nanti korang akan sedar kehadiran aku dalam hidup korang"
AKU RINDU GILAA KAT KORANG WEHH!!