20131030

Kenapa aku mengaji.

Assalamualaikum.

*fuhh fuhh tiup blog.


Aku terkilan dekat diri sendiri sebab dah lama tak pergi mengaji, sebab tak ada masa, sebab sibuk, sebab test berlambak, dan aku selalu rasa yang 24jam sehari tu tak pernah cukup untuk aku belajar dan amik exam, jadi selagi ada masa, aku akan belajar sampaikan semua assignment semuaa tolak tepi, mengaji pun tolak tepi, humph. Kesal kat diri sendiri. Ustaz hari hari mesej tanya bila nak datang, humph humph.

Jadi berbalik pada tajuk, kenapa aku mengaji, nak bagi tahu lah ni kenapa.

.. aku ingat lagi masa tu aku tengah driving, pergi ke kolej kalau tak silap. Dalam radio masa tu Ustazah Mashitah tengah berceramah, dan cerita nya macam ni ..

Dulu adalah seorang budak lelaki ni datang dekat atuk dia, dia nampak atuk dia tengah mengaji, jadi dia tanya. "Atuk, atuk faham ke apa yang atuk baca?" Aku tak ingatlah pulak apa atuk dia jawab, kemudian budak lelaki tu tanya lagi "Atuk, kenapa kita kena baca Al-Quran, sedangkan kita tak faham pun apa yang tertulis dalam Al-Quran tu." Jadi atuk ni pun nak bagilah cucu dia ni faham, atuk ni ambik satu raga, "Cu amik raga ni, cu pergi dekat tepi sungai sana, cuba cu amikkan air untuk atuk guna raga ni." Jadi budak lelaki ni pun pergilah ke sungai tu, dia pun cedoklah air. Bila dia cedok, dia pun lari semula ke atuk dia, tapi belum sempat dia sampai, air dalam raga tu dah habis. Jadi dia tunjuk lah kat atuk dia raga tu. Atuk suruh budak lelaki ni amik air lagi sebab takda air pun dalam raga tu. Budak lelaki ni pun punyalah semangat, dia lari semula ke sungai tu, kemudian cedok lagi air, kali ni dia ambik banyak sikit dari yang tadi. Lepas tu terus dia lari ke atuk dia, kali ni lagi laju dari yang pertama tadi. Bila dia sampai kat atuk dia, air dalam raga tu dah kering. Atuk dia suruh cedok lagi air dalam raga tu. Jadi untuk kali yang ketiga dia buat benda yang sama, dia lari lagi laju, tapi air dalam raga tetap habis. Akhirnya dalam kepenatan budak lelaki ni tanya kat atuk dia "Atuk, kenapa atuk suruh saya ambik air guna raga ni, raga ni kan berlubang lubang, cedok banyak mana pun tak guna." Jadi atuk pun tanya semula ke cucu dia "Cuba cu tengok raga ni, masa atuk bagi raga ni tadi, raga ni kan kotor banyak habuk, cuba tengok apa jadi sekarang?" Cu pun jawab "Raga ni dah jadi bersih. Atuk kemudian tanya budak lelaki tu, "Cuba tengok apa ada dalam raga tu." Degan seronoknya budak lelaki tu jawab "Ada ikan tukkk!". "Haaaa itulah yang Al quran buat kat kita, walaupun kita tak faham maksud ayat ayat Al-Quran tu, tapi bila kita selalu baca, hati kita yang kotor ni akan jadi bersih sama macam raga tu. Memanglah kita tak faham, tapi kita dapat banyak manfaat bila baca Al-quran, samalah macam ikan yang kita dapat dalam raga ni. Allah bagi kita pahala." kata Atuk. Atuk sambung lagi "Raga ni kita boleh ibaratkan macam hati kita, kotor, berlubang, tapi bila kita celup dalam sungai, hati kita boleh jadi bersih, siap dapat ikan lagi. Air sungai tu pulak diibaratkan macam ayat ayat Al-Quran yang kita baca" Budak tu jadi seronok dengar cerita atuk dia. Dia terus amik Al-Quran, kemudian baca dengan atuk dia.. 

*VERSI LAIN HERE*

Lebih kurang macam nilah cerita Ustazah Mashitah tu. Aku terus terasa nak baca Al quran lepas tu sebab sedar hati kotor ni sangat. Berkobar kobar nak baca sampai aku request dekat abah aku, aku bagi tahu dia aku nak mengaji Al-Quran sampai khatam, aku nak cari ustaz atau ustazah. Abah aku mula mula suruh aku mengaji kat rumah je, tapi aku tahu, mengaji kat rumah tanpa ustaz atau ustazah ajar, samalah macam mengaji dengan syaitan. Jadi aku pujuk punya pujuk, abah aku benarkan.

First time aku mengaji dekat Shah Alam yang nama tempatnya dirahsiakan, aku kena tipu, bayar mahal. RM100 untuk sejam. Sebulan lebih dah RM1000++. Ustazah berpurdah pun ajar macam tak nak ajar. Semua semata mata sebab duit. Last last dapat tahu sebenarnya yuran kat sana RM100 sahaja sebulan, tak ke sakit hati ni. Huh

Atas permintaan ibu abah, aku tukar tempat mengaji di Bangsar. Walaupun jauuuhhhhh sangat dari Shah Alam, Alhamdulillah, environment seronok, even ustaz yang mengajar tu pun best. Ustaz tu suami kepada ustazah yang merupakan kawan ibu aku. Ustazah tu juga salah seorang ustazah dekat sekolah aku belajar dulu. Jadi memang amat amat comfortable dengan ustaz ustazah *suamiisteri* kat sana, banyak benda aku belajar, kadang kadang ustaz suka bercerita. :) Kalau hari kau hari yang STRESS, bila mengaji confirm tenang, cuma ikhlaskan hati, tu je. Boleh menangis dibuatnya. Alhamdulillah dah 8 bulan aku mengaji kat sini, Pusat Pengajian Soutul, Bangsar. Berminat? 0322881598 Suka tauu nak promote HEHEHEHE. Ustaz dengan ustazah best haruslah promote! Bila tak ngaji rasa rinduuu, dan kosong sebenarnya sebab jiwa tak terisi. Lepas tu bila dah lama tak mengaji, bila mengaji semula mesti kau rasa suara kau berubah, nafas pun tak boleh tahan lama lama, sedih tengok diri sendiri bila dah lama tak ngaji jadi camni. Sekarang dah okay balik aaa.

So, sebab itu lah aku mengaji..
Semoga aku dapat khatam dengan cemerlang. InsyaAllah!
Semoga hati aku suci dan murni. InsyaAllah!

Itu lah aim aku for the past ONE YEAR. Amin Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Moga dipermudahkan. Nak khatam je, bukan sebab nak kahwin. Ok bye!

=P
Assalamualaikum sampai ketemu lagi!

20131015

Carilah hikmah pada setiap sesuatu yang berlaku. Boleh jadi ia adalah sebesar besar alam. Boleh jadi juga ia sekecil kecil kuman. Carilah, dengan mata hati.

HELLO BEECH!

fuhfuhfuh
heyy there Assalamualaikum.

Alamak aih macam dah lama je tak tulis blog, winduuuu mak! Bukan macam, tapi memang dah lama. Dari Raya Aidilfitri, ini raya Aidiladha baru nak update blog. Punyalah haihh. =,="

Assignment dengan test berlambak sebenanya eheheheh. Aku tak pergi Internship pun walaupun sebenarnya patut pergi this semester tapi atas kebodohan sendiri so here I am repeating the subjects. Sebenarnya aku ingatkan aku akan failed semua subjek. As in ALL. Tapi entahla, dengan izin Dia, aku lulus pulak tiga dari lima subjek yang ada. Syukur Alhamdulillah. Seriously aku tak expect to lulus pun sebabnya aku sakit masa study week hari tu, sakit aku sembuh tiga hari sebelum final exam yang mana aku buat keputusan untuk fokus pada satu subjek sahaja, iaitu subjek yang akan menentukan sama ada aku pergi Internship atau tak. Subjek yang lain semua aku tolak tepi. Aku rancang untuk belajar subjek yang lain malam sebelum exam tu sendiri. Tapi dah ditakdirkan aku failed jugak subjek tu nak buat macam mana kan. Tak apalah. Aku redha. Pada aku semua benda yang jadi ni ada hikmahnya.

Setelah ditolak dan ditambah semua subjek yang perlu aku amik untuk semester semester seterusnya, sepatutnya aku boleh graduate sama sama dengan kawan aku yang lain, dengan batch asal aku. Tapi memandangkan requirement batch aku kena amik minimum elective empat subjek, jadi aku kena lah extend satu semester semata mata untuk amik elective sahaja sebab aku belum amik apa apa elective lagi. Huwaaa :(( Okay takpa Afifah, ada hikmah semua ni. Aku sedar, aku bukanlah pandai mana. Dan disebabkan kesedaran tu lah aku belajar sungguh sungguh tapi mungkin kelebihan aku bukan pada pelajaran, mungkin benda lain.

........
Tapikan aku dah mula suka dengan apa yang aku buat sekarang ni. Maksud aku dengan persekitaran aku sekarang ni. Walaupun aku repeat semula apa yang aku buat tapi semester ni aku rasa enjoy sangat buat semua ni. Kawan kawan yang lain tengah sibuk Internship, aku dah start buat thesis dah. Diorang next semester baru start buat. Aku dapat extra 6 bulan untuk buat thesis, diorang tak dapat extra time pun. Aku dah mula amik subjek untuk semester 5, dengan senior - senior aku, subjek yang aku repeat pulak aku amik dengan junior - junior aku.

Loving my junior so much, they're so naive, so nice. I love them maynn. Diorang ingatkan aku pada masa mula mula aku masuk Taylor's ni. Cuba bayangkan diorang tak pernah makan dekat Backhoven, hari hari makan food court je. That is so me masa foundation dulu! HAHA ;D Memang patutlah diorang boleh ngam dengan aku...


  •  Yang sorang tu dah kahwin, jadi among all of us dia memang yang paling matured, jadi bila aku study, aku study dengan dia, bila aku tak dapat ingat apa yang aku belajar, dia akan pukul aku. Personally pada aku apa yang dia buat tu, pukul aku tu, buat aku lagi cepat ingat apa yang aku nak hafal sebenarnya, so its actually a good method aa camtu hehe, she is so inspiring sometimes. She is like a sister to me.
  • Yang sorang tu pulak sebaya dengan aku dan teramat sangat layak untuk jadi leader sebab dia ada ciri ciri yang patut ada pada seorang leader, tegas but yet still nice. Still baik, tak kedekut ilmu. Dia share semua ilmu yang dia ada dengan semua group mate dia walaupun kitorang tak mintak. For a Chinese girl lah kan, she is suprisingly waaaaayyyyy tooo nice. 
  •  Yang last sekali ni yang paling comel among all. Kecik molek je and very good in mix and matching kan outfit dia. Dia sangat lemah dalam pelajaran dia, macam AKU! Jadi bila dia lemah dalam pelajaran dia, dia tanya banyakkkk sangat soalan. Semua benda yang lecturer explain, semua dia kena tulis dalam apa apa notes, sebab dia pelupa, macam AKU! Jadikan bila aku pandang dia, aku rasa seolah olah dia ni reflek ke diri aku sendiri. One thing yang aku suka pasal dia is, walaupun dia lemah in studies, dia selalu tanya soalan apa apa je yang dia tak faham. Ini dia tanya, itu dia tanya. Everything dia tanya. Yang ni tak sama lah dengan aku sebab bila aku tak faham, aku akan diam sendiri sendiri je, bila orang explain kat aku, dan aku still tak faham, aku akan pretend macam aku faham. Tapi dia takk, dia akan still kata dia tak faham. Jadi semua orang akan ajar dan explain kat dia sampailah dia faham. Jadi sebenarnya bila ada dia ni, seolah olah dia menolong aku dengan benda yang aku tak faham, apa yang dia tanya, itulah yang aku nak tanya tapi tak tanya tanya. Dan apa yang dia tak faham, itu jugaklah benda yang aku tak faham. Jadi bila dia tanya, dan bila yang lain tolong explain, aku pun tumpang dengar lah sekali. In a way kann, dia ni sebenarnya banyak tolong aku. Kelemahan aku dicover dengan kelebihan dia. Disebabkan dia banyak bertanya, aku pun turut faham apa yang sebenarnya aku tak faham. 


Dan menurut kiraan aku tu, aku akan graduate dengan diorang diorang ini lah. Mungkin memang dah ditakdirkan aku kena graduate dengan junior - junior ni, InsyaAllah. Amin. Kalau lah aku graduate dengan diorang, jujur, aku tak kisah. They're the best friend I have ever had selama aku belajar dekat Taylor's ni. Aku boleh jadi diri aku sendiri bila dengan diorang, Aku tak perlu berlagak aku pandai, atau berlagak kaya, sebab diorang sanggup bantu dalam apa cara sekali pun dan diorang setaraf aku je pun. I love them so much. Kadang kadang aku rasa inilah hikmah yang Allah nak bagi dekat aku sebenarnya. Jujur, semester ni seronok sangat!

Tapi aku kurang berkenan dengan sorang senior aku ni, sorang je ye! Yang lain okay je haha. Tak apalah, this semester je aku join diorang pun, next semester memang tak lah kan. Ada sorang mamat ni ya Allah, aku memang annoyed sangat dia, oh shuhh please go away, don't smile at me. Biarlah dia, malas nak cerita apa yang dia dah buat kat aku, buat tambah dosa je. Aku dah dikira ceritakan keburukan orang lain pulak karang. Nanti semua amalan baik dengan pahala aku semua pergi ke dia. Tak mahu aku, pahala aku bukan banyak sangat, nak pi derma ke dia dengan mengata belakang dia. Haih no no! Macamlah diri sendiri baik sangat. Piiiiirahhhh! Jangan nak riak sangat ya, Allah tarik nikmat bila bila je dia nak. Ok feuhh. *tarik nafas* *hembus*

Ohhhh dan sebenarnya bila aku repeat subjek ni, its actually a good thing sebab aku boleh spent time dengan boyfriend aku lagi banyak. Iyalah, cuba bayangkan kalau aku pergi Internship, agak agak larat tak nak jumpa lepas kerja pergi dating hari hari. Mustahil lah larat. Jadi, terima kasih sangat sangat kat Dia sebab semua ni. Dahlah semeter ni adalah semester terakhir boyfriend aku belajar dekat Taylors ni, jadi in a wayyy sebenarnya aku failed dua subject ni, agak beneficial jugaklah dekat aku. Lepas ni dia dah graduate dah, entah jumpa lagi ke tidak. Wallahualam. Belum rancang apa apa lagi. Sekurang-kurangnya masa yang ada sekarang ni kitorang akan gunakan sepenuhnya.

So itu jelah kot.. KOT?! Panjang gila weyy aku tulis! This show how grateful I am today for being here. Thanks to Him. :) Tak kira sejauh mana kita berpaling dari dia, akhirnya kita akan balik pada fitrah asal kita jugak iaitu untuk menyembah tuhan yang satu yakni Allah. Aku bukanlah baik mana, bukanlah alim mana, masih struggle untuk sempurnakan solat lima waktu, jadi terima kasih Ya Allah untuk semua ni.
Terima kasih.

Take care everyone.
Loves, Afifah.