20131015

Carilah hikmah pada setiap sesuatu yang berlaku. Boleh jadi ia adalah sebesar besar alam. Boleh jadi juga ia sekecil kecil kuman. Carilah, dengan mata hati.

HELLO BEECH!

fuhfuhfuh
heyy there Assalamualaikum.

Alamak aih macam dah lama je tak tulis blog, winduuuu mak! Bukan macam, tapi memang dah lama. Dari Raya Aidilfitri, ini raya Aidiladha baru nak update blog. Punyalah haihh. =,="

Assignment dengan test berlambak sebenanya eheheheh. Aku tak pergi Internship pun walaupun sebenarnya patut pergi this semester tapi atas kebodohan sendiri so here I am repeating the subjects. Sebenarnya aku ingatkan aku akan failed semua subjek. As in ALL. Tapi entahla, dengan izin Dia, aku lulus pulak tiga dari lima subjek yang ada. Syukur Alhamdulillah. Seriously aku tak expect to lulus pun sebabnya aku sakit masa study week hari tu, sakit aku sembuh tiga hari sebelum final exam yang mana aku buat keputusan untuk fokus pada satu subjek sahaja, iaitu subjek yang akan menentukan sama ada aku pergi Internship atau tak. Subjek yang lain semua aku tolak tepi. Aku rancang untuk belajar subjek yang lain malam sebelum exam tu sendiri. Tapi dah ditakdirkan aku failed jugak subjek tu nak buat macam mana kan. Tak apalah. Aku redha. Pada aku semua benda yang jadi ni ada hikmahnya.

Setelah ditolak dan ditambah semua subjek yang perlu aku amik untuk semester semester seterusnya, sepatutnya aku boleh graduate sama sama dengan kawan aku yang lain, dengan batch asal aku. Tapi memandangkan requirement batch aku kena amik minimum elective empat subjek, jadi aku kena lah extend satu semester semata mata untuk amik elective sahaja sebab aku belum amik apa apa elective lagi. Huwaaa :(( Okay takpa Afifah, ada hikmah semua ni. Aku sedar, aku bukanlah pandai mana. Dan disebabkan kesedaran tu lah aku belajar sungguh sungguh tapi mungkin kelebihan aku bukan pada pelajaran, mungkin benda lain.

........
Tapikan aku dah mula suka dengan apa yang aku buat sekarang ni. Maksud aku dengan persekitaran aku sekarang ni. Walaupun aku repeat semula apa yang aku buat tapi semester ni aku rasa enjoy sangat buat semua ni. Kawan kawan yang lain tengah sibuk Internship, aku dah start buat thesis dah. Diorang next semester baru start buat. Aku dapat extra 6 bulan untuk buat thesis, diorang tak dapat extra time pun. Aku dah mula amik subjek untuk semester 5, dengan senior - senior aku, subjek yang aku repeat pulak aku amik dengan junior - junior aku.

Loving my junior so much, they're so naive, so nice. I love them maynn. Diorang ingatkan aku pada masa mula mula aku masuk Taylor's ni. Cuba bayangkan diorang tak pernah makan dekat Backhoven, hari hari makan food court je. That is so me masa foundation dulu! HAHA ;D Memang patutlah diorang boleh ngam dengan aku...


  •  Yang sorang tu dah kahwin, jadi among all of us dia memang yang paling matured, jadi bila aku study, aku study dengan dia, bila aku tak dapat ingat apa yang aku belajar, dia akan pukul aku. Personally pada aku apa yang dia buat tu, pukul aku tu, buat aku lagi cepat ingat apa yang aku nak hafal sebenarnya, so its actually a good method aa camtu hehe, she is so inspiring sometimes. She is like a sister to me.
  • Yang sorang tu pulak sebaya dengan aku dan teramat sangat layak untuk jadi leader sebab dia ada ciri ciri yang patut ada pada seorang leader, tegas but yet still nice. Still baik, tak kedekut ilmu. Dia share semua ilmu yang dia ada dengan semua group mate dia walaupun kitorang tak mintak. For a Chinese girl lah kan, she is suprisingly waaaaayyyyy tooo nice. 
  •  Yang last sekali ni yang paling comel among all. Kecik molek je and very good in mix and matching kan outfit dia. Dia sangat lemah dalam pelajaran dia, macam AKU! Jadi bila dia lemah dalam pelajaran dia, dia tanya banyakkkk sangat soalan. Semua benda yang lecturer explain, semua dia kena tulis dalam apa apa notes, sebab dia pelupa, macam AKU! Jadikan bila aku pandang dia, aku rasa seolah olah dia ni reflek ke diri aku sendiri. One thing yang aku suka pasal dia is, walaupun dia lemah in studies, dia selalu tanya soalan apa apa je yang dia tak faham. Ini dia tanya, itu dia tanya. Everything dia tanya. Yang ni tak sama lah dengan aku sebab bila aku tak faham, aku akan diam sendiri sendiri je, bila orang explain kat aku, dan aku still tak faham, aku akan pretend macam aku faham. Tapi dia takk, dia akan still kata dia tak faham. Jadi semua orang akan ajar dan explain kat dia sampailah dia faham. Jadi sebenarnya bila ada dia ni, seolah olah dia menolong aku dengan benda yang aku tak faham, apa yang dia tanya, itulah yang aku nak tanya tapi tak tanya tanya. Dan apa yang dia tak faham, itu jugaklah benda yang aku tak faham. Jadi bila dia tanya, dan bila yang lain tolong explain, aku pun tumpang dengar lah sekali. In a way kann, dia ni sebenarnya banyak tolong aku. Kelemahan aku dicover dengan kelebihan dia. Disebabkan dia banyak bertanya, aku pun turut faham apa yang sebenarnya aku tak faham. 


Dan menurut kiraan aku tu, aku akan graduate dengan diorang diorang ini lah. Mungkin memang dah ditakdirkan aku kena graduate dengan junior - junior ni, InsyaAllah. Amin. Kalau lah aku graduate dengan diorang, jujur, aku tak kisah. They're the best friend I have ever had selama aku belajar dekat Taylor's ni. Aku boleh jadi diri aku sendiri bila dengan diorang, Aku tak perlu berlagak aku pandai, atau berlagak kaya, sebab diorang sanggup bantu dalam apa cara sekali pun dan diorang setaraf aku je pun. I love them so much. Kadang kadang aku rasa inilah hikmah yang Allah nak bagi dekat aku sebenarnya. Jujur, semester ni seronok sangat!

Tapi aku kurang berkenan dengan sorang senior aku ni, sorang je ye! Yang lain okay je haha. Tak apalah, this semester je aku join diorang pun, next semester memang tak lah kan. Ada sorang mamat ni ya Allah, aku memang annoyed sangat dia, oh shuhh please go away, don't smile at me. Biarlah dia, malas nak cerita apa yang dia dah buat kat aku, buat tambah dosa je. Aku dah dikira ceritakan keburukan orang lain pulak karang. Nanti semua amalan baik dengan pahala aku semua pergi ke dia. Tak mahu aku, pahala aku bukan banyak sangat, nak pi derma ke dia dengan mengata belakang dia. Haih no no! Macamlah diri sendiri baik sangat. Piiiiirahhhh! Jangan nak riak sangat ya, Allah tarik nikmat bila bila je dia nak. Ok feuhh. *tarik nafas* *hembus*

Ohhhh dan sebenarnya bila aku repeat subjek ni, its actually a good thing sebab aku boleh spent time dengan boyfriend aku lagi banyak. Iyalah, cuba bayangkan kalau aku pergi Internship, agak agak larat tak nak jumpa lepas kerja pergi dating hari hari. Mustahil lah larat. Jadi, terima kasih sangat sangat kat Dia sebab semua ni. Dahlah semeter ni adalah semester terakhir boyfriend aku belajar dekat Taylors ni, jadi in a wayyy sebenarnya aku failed dua subject ni, agak beneficial jugaklah dekat aku. Lepas ni dia dah graduate dah, entah jumpa lagi ke tidak. Wallahualam. Belum rancang apa apa lagi. Sekurang-kurangnya masa yang ada sekarang ni kitorang akan gunakan sepenuhnya.

So itu jelah kot.. KOT?! Panjang gila weyy aku tulis! This show how grateful I am today for being here. Thanks to Him. :) Tak kira sejauh mana kita berpaling dari dia, akhirnya kita akan balik pada fitrah asal kita jugak iaitu untuk menyembah tuhan yang satu yakni Allah. Aku bukanlah baik mana, bukanlah alim mana, masih struggle untuk sempurnakan solat lima waktu, jadi terima kasih Ya Allah untuk semua ni.
Terima kasih.

Take care everyone.
Loves, Afifah.

No comments: