Semalam bos datang kat aku. Dia tanya.
Bos: Sekarang memang trend orang pakai shorts ke? *sambil tengok orang pakai shorts
Aku: Kalau dekat kolej saya ramai cina, jadi ramailah yang pakai shorts.
Bos: Awak?
Aku: Eh saya pakai tudung.
Bos: Pelik betul diorang ni, tak takut dosa ke.
Aku: *diam*
Aku boleh senyum je, serious rasa macam err errrr. Masa tu ada customer datang, melayu. Dia pergi pakai shorts, bos aku pandang pun dah geleng geleng kepala. Dia tengok je dengan rasa pelik kenapalah perempuan ni pakai shorts. Aku ingatkan dia nak tanya apa tadi. Risau je, ingatkan dia nak marah ke apa.
Tadi bos lain pulak datang dekat aku, dia berdiri sebelah aku masa aku tengah layan customer. Ya Allah, aku daripada cool, tangan terus jadi terketar - ketar, takut buat silap punya pasal. Kalau silap kena marah beb, depan customer beb, jangan memain. Haa Bos tengok je aku melayan customer, menggunting kain, melipat kain. Sumpah aku takut, tapi alhamdulillah banyak jualan aku hari ni.
20120129
20120128
Karnival Karangkraf 2012
Pahal ntah banyak gila buku aku beli hari ni. Inipun baru balik dari sana. Aku cuti kerja hari ni, kebetulan pulak ada Karnival Karangkraf ni haa memang rugi lah kan kalau tak pergi. Siapa yang gila novel tu korang memang WAJIB datang. Aku tadi datang situ siap ada penulis novel sekali. Adalah dalam 5 booth penulis novel, gila rugi siapa tak datang...
Novel novel cinta jiwang remaja ni kebanyakkannya dijual dengan harga RM3, RM5 RM10, ada jugak yang tolak 30% ohh dan yep baucar buku di terima. Tapi alahai murah macam mana sekali pun novel tu, aku pandang sebelah mata pun idok sebab tak minat punya pasal. Aku lebih ke arah buku motivasi sebenarnya. Kebetulan pulak masa datang tadi penulis buku motivasi aku ada sekali, memang teruja gila lah aku. Maunye idakk, minat penulis tu dari Tingkatan 1 kot mek, Dr. HM Tuah Iskandar. Dedulu selalu dengar ceramah dia dalam radio tetiap pagi. Baru sekarang jumpa in reality, mihmihmih.
Okay so yang tak datang hari ni boleh datang esok dengan lusa dekat Seksyen 15 Shah Alam dari 9 pagi sampai 9 malam. InsyaAllah kalau esok balik kerja awal, aku nak singgah lagi sebab Izara Aishah akan ada dekat sana, my favvie. :D
Forum yang baru aku tengok tadi dekat sana bertajuk, Hatiku Hanya Milik-Mu. Molek.
Esok lusa aktiviti lain pulak. Rugi ok kalau tak datang, tapi kalau nak datang tu, emm parking susah sikit. So pepandailah cari hihihi. Kalau awal pagi dengan tengah hari tu memang lah teramat ramai orang, malam barulah macam kureng sikit, tapi esok malam ada konsert so wallahualam.
20120120
Rakan sekerja tiga hari.
Tau siapa yang paling cantik? Bibir yang paling pink lah yang paling cantik. ekeke gambar ni sengaja di edit oleh fadhlinaafifah atas sebab mengada - ngada.
Kerja kami hari ni ialah menghantar sms kepada semuaaaaaaaaa customer yang pernah datang kat tempat kerja ni haa. Jenuh menaip henpon k, tot tett tott tett. Lebih RM400 jugaklah guna kredit tadi untuk sms customer. Pelik pelik je kerja kat sini. HAHA.
Esok lusa dan seterusnya ada jualan murah, mesti ponek.
Goodnight ^.^
20120118
In the making of me-money.
AKU DAH KERJA WOI
okay jejoget, punggung ke kiri ewah kekanan ewah ke kiri ke kanan ke kiri dan ke kanan okay stop.
Jenuh aku mencari di setiap ceruk meruk Shah Alam ni haa cari butik pengantin bukan tak jumpa, mengada tak nak bagi kerja. Menyampahs ai tau. Ada ke nak full time je, pui pui. Kalau satu dua reject aku tak pe la lagi, ini dah macam sepuluh kedai reject aku apadehal? Dari kedai yang paling buruk sampailah yang ke paling lawa. Dari kedai yang paling kecil sampailah yang ke paling besar. Kuangajo k tak bagi aku kerja, sesia je tinggalkan no telefon kau buat perkasam eeeeeiii.
But anyway, aku dah dapat kerja dah pung. Itu pun setelah pergi interview untuk kali kedua. Sebenarnya kali pertama isi borang je, tak interbiu pun, kali kedua tu haaaa yang isi borang .. terus p interbiu .. terus dapat kerja .. terus balik rumah tersengeh - sengeh ALHAMDULILLAH.
Aku mencari kerja adalah sejak seminggu lebih yang lalu. wuuu.
*tabah k aku mencari kerja*
So hari ni first day aku kerja. Pakai baju putih sampai 3 lapis memang K.O gua tak yah citer lah kan cuaca Malaysia dua tiga hari ni macam mana, memang orang yang tak suka mandi tu, akan berendam weh dalam bath tub dek kerana panasnya mentari ewahh. Tapi serious lah panas kan sekarang? Rasa macam matahari makin dekat dengan bumi .. ke lapisan ozon dah makin menipis .. ke ke ke ke maaaaaanaaaaaa *ternyanyi pulak eh hahaha
Well, cubalah teka aku kerja mana.
Aku nak puji sangat tempat ni pun nanti aku jadi macam lain. Macam .. ohh memula je rasa teruja nak kerja nanti lelama hilang dek kerana tulis dalam blog. Yelah, dah aku luah apa aku rasa kat dalam blog, lama - lama perasaan teruja tu akan hilang. Macam kau tulis diari lah, kenapa kau menulis dalam diari selalunya? Sebab nak lepaskan marah kan? nak bagi rasa lega kan, biar rasa marah tu hilang kan? haaa macam tu lah jugak perasaan teruja dan sewaktu dengannya haaa.
Esok kerja lagi, goodnight! =)
okay jejoget, punggung ke kiri ewah kekanan ewah ke kiri ke kanan ke kiri dan ke kanan okay stop.
Jenuh aku mencari di setiap ceruk meruk Shah Alam ni haa cari butik pengantin bukan tak jumpa, mengada tak nak bagi kerja. Menyampahs ai tau. Ada ke nak full time je, pui pui. Kalau satu dua reject aku tak pe la lagi, ini dah macam sepuluh kedai reject aku apadehal? Dari kedai yang paling buruk sampailah yang ke paling lawa. Dari kedai yang paling kecil sampailah yang ke paling besar. Kuangajo k tak bagi aku kerja, sesia je tinggalkan no telefon kau buat perkasam eeeeeiii.
But anyway, aku dah dapat kerja dah pung. Itu pun setelah pergi interview untuk kali kedua. Sebenarnya kali pertama isi borang je, tak interbiu pun, kali kedua tu haaaa yang isi borang .. terus p interbiu .. terus dapat kerja .. terus balik rumah tersengeh - sengeh ALHAMDULILLAH.
Aku mencari kerja adalah sejak seminggu lebih yang lalu. wuuu.
*tabah k aku mencari kerja*
So hari ni first day aku kerja. Pakai baju putih sampai 3 lapis memang K.O gua tak yah citer lah kan cuaca Malaysia dua tiga hari ni macam mana, memang orang yang tak suka mandi tu, akan berendam weh dalam bath tub dek kerana panasnya mentari ewahh. Tapi serious lah panas kan sekarang? Rasa macam matahari makin dekat dengan bumi .. ke lapisan ozon dah makin menipis .. ke ke ke ke maaaaaanaaaaaa *ternyanyi pulak eh hahaha
Well, cubalah teka aku kerja mana.
Aku nak puji sangat tempat ni pun nanti aku jadi macam lain. Macam .. ohh memula je rasa teruja nak kerja nanti lelama hilang dek kerana tulis dalam blog. Yelah, dah aku luah apa aku rasa kat dalam blog, lama - lama perasaan teruja tu akan hilang. Macam kau tulis diari lah, kenapa kau menulis dalam diari selalunya? Sebab nak lepaskan marah kan? nak bagi rasa lega kan, biar rasa marah tu hilang kan? haaa macam tu lah jugak perasaan teruja dan sewaktu dengannya haaa.
Esok kerja lagi, goodnight! =)
20120109
Sounds stupid, I know.
So, I have this one dream.. yup again.
About a guy who did something in front of I dont know, might be his friends or might be my friends I don't know, but he did something. He sat beside me and without noticing it he said something to me. I remember what he said, each and every words. I can see his face clearly. So clear. But sadly I don't know who is he, his name, his age, and why he appeared in my dream.
That is like what . . the best feeling ever in my whole life?
He said something that totally haha, no one ever said that to me neither in front of me or in front of a group of people like that.
But sadly, it only happens in my dream. Stuff like this, cute things like this, only happen in my dream. Stuff that I-don't-dare-to-do-it-in-reality, stuff that I-won't-experience-in-real-life will only happen in my dreams.
Sounds stupid I know.
You can say whatever you want to say. Its not like you are experiencing it. Its me. It is me who experiencing it and it feels like i don't know how to describe it. The words are so beautiful. So so beautiful.
A face of a guy that i'll never ever forget. Does he exist in the real world?
lol HAHA
About a guy who did something in front of I dont know, might be his friends or might be my friends I don't know, but he did something. He sat beside me and without noticing it he said something to me. I remember what he said, each and every words. I can see his face clearly. So clear. But sadly I don't know who is he, his name, his age, and why he appeared in my dream.
That is like what . . the best feeling ever in my whole life?
He said something that totally haha, no one ever said that to me neither in front of me or in front of a group of people like that.
But sadly, it only happens in my dream. Stuff like this, cute things like this, only happen in my dream. Stuff that I-don't-dare-to-do-it-in-reality, stuff that I-won't-experience-in-real-life will only happen in my dreams.
Sounds stupid I know.
You can say whatever you want to say. Its not like you are experiencing it. Its me. It is me who experiencing it and it feels like i don't know how to describe it. The words are so beautiful. So so beautiful.
A face of a guy that i'll never ever forget. Does he exist in the real world?
lol HAHA
Kategori
FAVOURITE,
FOREVER HAPPY MOMENT,
ME AND MYSELF
20120108
Aku ni perempuan, dan aku tak tahu beza minyak enjin dengan petrol. Takyah aa marah. Duhh
Aku ni perempuan k. PE-REM-PU-AN. Jadi ada sesuatu yang jadi tadi yang buat aku rasa tak adil untuk lelaki yakni abah aku, marah aku sebab aku ni perempuan. Even adik aku yang lelaki pun bela aku.
Disebabkan ketidakpuasan hati aku maka,
Dan jawapan dari mereka sang perempuan,
dan SEBENARNYA cerita dia cam ni ..
minyak kereta habis - aku call abah - tanya apa nak buat - abah marah - aku dengar - aku tanya lagi apa nak buat - abah marah lagi - aku letak fon - aku matikan fon - dahla stress minyak takda - nak marah marah pulak - benganglah aku - buat keputusan sendiri - jalan kaki pergi stesen minyak - tanya orang mana minyak untuk kereta - beli - pergi kat kereta - tuang sendiri - masuk dalam kereta - on enjin - still tak boleh - call kawan - tanya itu ini - call adik suruh amik - adik datang - amik aku - balik rumah - kereta tinggal - malam - abah datang kat kereta - try on enjin - tak boleh - aku tunjuk minyak yang aku tuang - abah kata itu minyak enjin - dia gelak - adik aku gelak - aku tak faham apa diorang cakap - aku tuang minyak enjin - padahal kena tuang petrol - gelak gelak - masa nak balik - abah tanya - selalu kalau kakak tak tahu apa apa kan kakak selalu tanya abah - aku jawab - kakak dah call tadi kan, abah duk marah marah kakak off lah fon - so bertekak kat situ - duhh - abah membebel lagi - sebab kena keluar duit untuk cuci balik kereta aku - dalam hati aku - lain kali marah la aku lagi - aku memang suka - aku suka buat keputusan sendiri bila dah kena marah - aku memang - suka - tadi aku dah call - siapa suruh marah - haa - dari elok elok boleh bayar RM10 kan dah kena bayar RM1000 - haa -So aku memang langsung tak tahu apa beza minyak enjin ngan petrol. Sumpah. Daripada apa yang aku dapat faham, minyak enjin tu minyak hitam, kan? Petrol tu warna macam minyak masak, kan? Haa meh sini nak bagi tahu, minyak yang aku tuang kat kereta tadi warna dia macam minyak masak, tapi kat atas packaging botol tu ada tulis perkataan engine oil. So, cerrr bagi tahu aku apa sebenarnya yang aku beli tadi tu????
Oleh sebab ketidakpuasan hati aku lagi, aku tweet,
Lepas aku tweet benda kat atas ni tadi, adalah makhluk Allah pergi tweet "kitorang lelaki tahu apa beza pedicure dgn manicure. perempuan perlu lebih bijak kalau nak tunjuk perbezaaan". Aku memang terasa gila babeng ah dia kata macam tu weyyyy. EEEEEEIII Okay -_____- , lantak korang lah. Yang pasti aku memang tak tahu apa beza minyak enjin dengan petrol tadi, jadi aku rasa tak adil untuk abah aku habis - habisan salahkan aku sebab masukkan minyak enjin dekat dalam tempat petrol. Grrrr, tapi sekarang dah tahu lah :P Okaylah tu je. .
.
.
.
.
.
.
EEEEIIII tak puas hatilah pulak mamat tu reply tweet aku macam tu, eeeeeiii. Memanglah dia lelaki, dia tahu, tapi bukan semua lelaki tahu pasal tu kan kan kan. Aku nak bagi hint, tu je. Point yang cuba aku sampaikan ialah bukan semua lelaki tau pasal stuff perempuan, dan bukan semua perempuan tau pasal stuff lelaki. Itupun jadi problem eeeeeiiii. Fuh fuh. Okay dah. Fullstop.
Kategori
ME AND MYSELF,
SOCIAL NETWORKS,
STUPID PROBLEMS
20120107
Ikan Siakap Masak Kukus Serai versi kak pah.
Nak masak Ikan Kukus Serai biasanya kenalah ada ikan yang dah dikukus, then macam yang korang boleh nampak kat atas, bawang merang, bawang putih, cili api, cili merah, daun ketumbar, halia dan serai. Kalau nak ikut resepi versi aku, aku guna air asam jawa, lepas tu pakai minyak sikit masa masak *tak pakai pun takpe and jangan lupa pulak garam. Ada certain masakan pakai sos ikan tapi aku tak pakai sebab err aku nampak semua macam packaging orang cina jadi aku risau, so aku tak pakai.
1. Panaskan minyak sikit je. Tumis bawang.
2. Letak air asam jawa, then baru masukkan semua bahan bahan tadi.
3. Tambah garam kalau perlu.
4. Baru masukkan ikan,
DANNNNNNNNN....
SIAP!
Ini aku baru masak kejap tadi atas permintaan abah. Aku rasa macam terlebih pedas. Tapi tak kesahlaa, dulu pun aku masak cam ni jugak. Ini kali kedua. So yup, selamat menjamu selera. =)
20120103
A conversation between me and my father.
Abah: Berapa orang yang resit exam tadi?
Aku: Dalam enam orang, tiga orang tak datang sebab sorang kat luar negara, and dua orang tukar course kot.
Abah: Tukar course sebab apa?
Aku: Lahhh abah ingat kalau dah masuk Degree Sem 1, diorang tak boleh tukar course lah, camtu? Diorang g sem 4 sekalipun still boleh tukar course lagi lahh. Diorang kata QS susah.
Abah: Habis kakak tak rasa QS susah ke?
Aku: Susah tapi kakak suka surrounding dia, group semua, tapi kalau kena repeat ke, resit ke nanti surrounding berubah, tengoklah cam mana.
Abah: Kalau kakak nak tukar course, kakak nak tukar course apa?
Aku: Kakak nak berhenti belajar.
Abah: Nak jadi apa kalau berhenti belajar?
Aku: *senyap*
Finally, I've told my father about it. I mean I want to stop studying. This is the 2nd time you know, and his answer is still the same, and my reaction also still the same. So I shall not proceed, right? Caused I'm not confident with what I want and what I'm going to do and yeaa. But, from his question I know that he doesn't mind if I changed my course again for the 2nd time, but I shall not change. I like this course, I mean the surrounding, the friends, the subjects, the lecturers, the markings, I find it okay for me. So yea thats it. Not a final decision but for now, this is the best for me.
20120101
PEMBUKAAN TAHUN BARU DENGAN ASMAUL HUSNA DAN DOA OLEH USTAZ AZHAR IDRUS. SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 20 TAHUN AFIFAH. : )
Dalam banyak - banyak tempat, aku memilih untuk pergi ke Dataran Shah Alam. memang berbelah bagi jugaklah nak pergi ke tak nak, ada examm kann. Tapi aku pergi jugak, sebab .. sebab tak nak menyesal di kemudian hari. Cewahhh ayat kemain kau.
Siapa tak pergi tu rugi .......
Kat sini jelah kau boleh COUNT UP *mung yang pergi tu mesti pahe, yg dop pergi tu ksiang*
Kat sini jelah kau boleh tengok bebudak perempuan berpakaian litup pakai baju kurung bejubah bertudung labuh, yang lelaki nya pulak kat sinilah kau boleh tengok bebudak lelaki pakai baju melayu, berjubah, berkopiah. Even aku sendiri pung pakai baju kurung, fest time ni maghi sambut new berbaju kurung. erk! Tapi hok paling penting nuu Ustaz Azhar Idrus ahh siapa lagi. Ustaz Azhar Idrus tu okeng agy ni digabungkan pulak dengan Zizannnnnnggg. Dah la sesama Terengganu, sesama pulak hidung besau molek.
Aku nak cerita banyak pun tak berapa nak reti, video camera pulak time time tu lah nak habis bateri, eeeeei benci! Aku ingatkan yang datang tu, adalah dalam 1000 orang ke, 2000 orang ke tapi ghupenya 70,000 orang haaaa amik kau. Tapi walau banyak macam mana pun angka 70, 000 tu Dataran tu tak sesak langsung, maksud aku, kau boleh duduk memana kau suka. Nak bentang tikar sebesar alam siap bawak kek sambut happy birthday pun takpa ehhhhh. Ehh betul ni, tapi aku duduknya atas rumput je lah wuuu.
Aku rasa part Zizan denga UAI tu yang paling dinantikan, sebab bila habis je dorang ceramah, semua orang bangun berdiri nak balik walhal Shahir tengah buat persembahan nuuu, jahat gila k korang tak baik tinggalkan majlis sebelum majlis habis eeeee kesian shahir aku nengok. Dia SS haa kat depan. Kalau aku boleh lari, dah aku lari naik atas pentas bagi bunga ke dia. Aku dop tahu pung Shahir ada, kalau tak, dah bawak dah cekelat kat rumah nu haa. :P MasyaAllah hensem ya amat. *tunduksenyummalu*
Korang patut tengok baju apa Zizan pakai, hehehehehe, berkopiah siap alaaa calon Imam Muda tau.
Ohh dan lagi, ada bacaan doa sempena datangnya tahun baru dan yang paling penting, haaaa ASMAUL HUSNA. Ya Allah sumpah rindu gila nyanyi asmaul husna. Masa kena nyanyi tu aku macam ada lupa sikit - sikit. Punyalah kuat penangan asmaul husna tu, aku p nyanyi sampai balik ke rumah haaa. huishh.
Tapi overall majlis ni memang superb. Yang tak pergi tu, pergilah tengok kat youtube ke apa ke, tapi aku nk cakap awal awal la ehh, tengok secara live depan depan dengan tengok kat youtube, tak sama weh fefeeling dia. ekeke. Padan muka korang :P, nasib baik aku pergi. Ohhhh sebenarnya ada jugak Bazar kat tepi Dataran Shah Alam tu, banyak benda yang dijual. Nasib baik duit aku bawak ciput je, kalau idokkk hahaha mu pikir ar sendiri.
Aku tak expect lah yang pergi tu ramai budak muda. Gila kauuu. Tapi memang ramai nak mampus aah budak muda. Aku macam rambang mata kau faham? Faham tak muka diorang semua suci suci. Kau akan sedar yang kau ni adalah antara salah satu manusia yang paling tenggelam. Dari segi rupa, pakaian, percakapan. Aku cuma boleh cakap MasyaAllah, sebab kerana terlalu indahnya rupa rupa yang ada dekat depan mata tu, aku sampai kena jalan tunduk sebab terasa diri ni macam tak ada apa apa. Kau tahu tak perasaan redup bila dapat tengok perempuan pakai tudung labuh, berpurdah, pakai jubah .. diorang sangat lawa. Aku macam tak boleh nak berhenti tenung diorang. Yang lelaki nya pulak, aku macam takut nak tenung lama lama. Takut terjatuh cinta kahkahkah. Kau tengoklah pakaian apa diorang pakai, dengan songkok, kopiah semua, lepas tu singgah pulak beli buku berkonsepkan Islam kat tepi jalan, tipulah kalau nak kata tak tertarik. Tipu. Sebab tulah aku memilih untuk jalan tunduk, indah sangat. Mata aku ni tak boleh terima.
Masa tulah aku macam sedar, punyalah banyak lelaki kat dunia yang baik baik. Kenapalah aku terkejarkan kat orang yang satu tu yang belum tentu baik dan dah sah sah tak suka aku. Hmmm.. Tapi istilah "Perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat", aku rasa itu sesuai untuk aku. Aku harap lelaki yang jahat yang bakal jadi future husband aku nanti tak sejahat aku. Harapan aku moga percentage jahatnya dia itu adalah rendah berbanding percentage jahatnya aku.
Banyaklah pulak aku membebel. So, kalau kau tanya azam aku tahun ni apa dia, aku akan jawab, nak dekatkan diri dengan Tuhan aku, Allah. Buat segala benda yang dah jadi tahun lepas, aku akan jadikan pengajaran untuk aku pada tahun ini.
Selamat Tahun Baru 2012 untuk awok awok tu dannn Selamat Hari Lahir untuk sayaaa :D
20 tahun dah.
Assalamualaikum.
Subscribe to:
Posts (Atom)







