20140620

Accident Yang Entah Kali Ke Berapa.

Nak update blog tapi tak tahu nak mula macam mana --

Semalam tak datang kerja.
Sehari sebelum semalam aku acccident -- LAGI. Yess lagi.

Lepas lunch aku tak balik office terus, mintak izin dari kakak senior untuk bayar wifi kat TMPoint jadi mungkin masuk office lambat. TMPoint di Kota Kemuning yang betul betul depan office tu tak dapat detect account aku, jadi aku tak dapat nak bayar time tu. Masalahnya time tu ibu aku urgent sangat nak guna internet, aku pun apalagi meredah la LKSA dari Kota Kemuning ke Seksyen 11. TMPoint lagi satu tu memanglah di Seksyen 11 tapi memandangkan aku tak tahu jalan jadi aku tersesat sampai ke Seksyen 9, kemudian ke Seksyen 13 pula.

Ada satu masa tu aku perlu uturn, jadi aku masuk ke dalam Pusat Akuatik Shah Alam. Untuk keluar semula dari Pusat Akuatik tu, aku perlu untuk buat satu bulatan mengeliling bangunan Pusat Akuatik tu, jadi aku buatlah bulatan dan di hujung jalan tu ada penghadang.


One way road, nak atau tak nak aku tetap kena uturn dan drive menentang arus. Sangat bahaya but I have no option. Masa dah nak sampai hujung jalan sebelah sana tu, di bahagian selekoh itulah datang sebuah kereta Myvi putih laju bukan main *dariapayangakunampak* BAM! langgar kereta aku. Aku dan dia dah sama sama elak, tapi malangnya kereta dia terlalu laju. Daripada apa yang aku nampak, kereta dia yang laju, tapi dia nafikan.

Sepatutnya dari side dia, dia dah boleh nampak kereta aku datang dari jauh.
Dari side aku sememangnya aku tak boleh nampak kereta dia sebab masih terhalang dengan dinding, dah nama pun selekoh.

Aku memang terkejut masa kereta aku merempuh kereta dia, how I wish it was just a dream. Kepala aku terhantuk dekat stereng, dalam hati, dalam fikiran, aku tanya diri sendiri. OMG DID I JUST HIT A CAR? Perlahan lahan keluar dari kereta, menggigil-gigil satu badan, tangan terketar ketar pegang fon. Benda pertama aku buat, telefon abah dulu. Itupun memang kuat betul tangan aku terketar-ketar.

Jujurlah, kalau dua dua bawak perlahan memang takkan accident sebab jalan besar dan sememangnya sempat elak.

Kereta mamat tu -- Myvi




Kereta aku -- Satria





Lekuk yang kedalam tu kesan daripada accident yang lepas. Besi dari lori besar secara tak sengaja, mencalarkan kereta aku sampai terbentuklah kesan lekuk yang agak dalam tu. Lori tu tak sedar pun bahawasanya dia dah langgar aku. Jadi aku pun redhakan aja. Kesan yang lain lain tu semua disebabkan accident yang ini.

Sementara menunggu ayah nak datang ke sini dari Bangsar, datang pula dua insan baik hati ni, Coach aku dan isterinya -- datang tengok tengokkan aku.


Kereta dah pun ditolak tepi, risau risau pulak ada accident yang lain nanti. >.<

Mamat tu sebenarnya pekerja di Pusat Akuatik tersebut, jadi dia sememangnya dah tahu jalan hujung itu ditutup dan dia sepatutnya alert yang akan ada kereta lain akan datang dari arah bertentangan, -- tapi dia still drive laju. Dan aku disalahkan atas alasan -- aku drive tidak rapat ke kiri tapi aku drive di tengah tengah. Jujur, aku tak tahu siapa yang salah. Tapi menurut undang undang, menurut polis, sudah tentu aku di pihak yang salah. Sebabnya -- aku memandu arah bertentangan. Nasib sememangnya tak menyebelahi aku.

Kesian dekat Abah. Kena settle itu ini. Nak bayar saman accident lagi. Nak bayar ganti rugi lagi. Nak bayar kereta aku lagi, banyak belanja semua tu.

Lepas Abah dah sampai, semua settle di balai polis.

Esoknya, bangun pagi, mintak Emergency Leave. Tengkuk di bahagian kiri rasa sakit gara gara terhantuk kepala kat stereng, sampai hari ni terasa.

Alhamdulillah syukur kepada Allah, aku masih hidup dan bernafas lagi hari ni, walaupun sakit tengkuk sikit, tapi Alhamdulillah sihat walaafiat, masih bernyawa, kaki tangan muka semua ada lagi. Alhamdulillah, aku sempat lagi jumpa Ramadhan tahun ini.

Memang agak muhasabah diri gara gara kejadian ni. Masih terkejut dan trauma, tapi hidup perlu diteruskan. Walaupun ini accident yang dah berapa juta kali punya accident tapi perasaan yang berbeza setiap kali. InsyaAllah akan ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.

Doa-doakanlah aku banyak banyak.
Aku mungkin nampak lembut, tenang -- tapi clumsy sebenarnya, diam sebab selalunya banyak fikir benda remeh temeh, kasar, careless, degil -- serba serbi banyak kekurangan. Doakanlah aku. :)

#throwbackaccident


Kereta aku pernah dirempuh dari belakang.
Kereta aku pernah dicalarkan oleh lori sampai terhasil satu lekukan cantik kat kereta.
Kereta aku pernah mati tepi jalan waktu malam, polis, orang awam tolong.
Kereta aku mati masa balik Taylors pukul 4 pagi, abang motor tolong, polis tolong.
Kereta aku pernah langgar orang, tayar atas kaki orang. 
Kereta aku pernah langgar kereta lain di bulatan shah alam. 
Kereta aku pernah berasap ntah kenapa masa driving.
.. dan yang ini
accident yang entah keberapa.

Aku dah lali, tapi setiap satu punya rasa yang berbeza. 

Assalamualaikum.

20140602

Bolathon Charity Fun Run & Masquerade Walk.

Semalam aku join Bolathon Charity Fun Run. Ohh sebelum tu,

Assalamualaikum kesayanganss.

Bolathon Charity Fun Run & Masquerade Walk ni diadakan setiap 4 tahun sekali, sempena FIFA World Cup tu. Jadi ini adalah kali ketiga acara ni diadakan, kali pertama pada tahun 2006, dan kali kedua pada tahun 2010. FIFA tu kan macam dekat dekat sikit dengan nama aku so macam tak berseri je kalau aku tak join run ni. Ehhhh. :P  Instead of walking, aku pilih running. Memang kebetulan pulak sejak akhir akhir ni terminat running sebab tertarik dengan Finisher Medal, so haruslah join. 

Kebetulan hari yang sama ada KL Free Car Cycling, dan Score FitMob. Kawan kawan yang lain semuanya join Body Combat @ Score FitMob. Aku nak kata tak minat langsung Body Combat ni tak adalah pulak kan, cuma harga dia macam mahal sikit compared to Bolathon, jadi aku pilih Bolathon instead. Zumba lagilah aku tak minat HAHA. Body Combat ni masukk World Book of Record tu weyhh, ada medal pulak tu. Lawa bukan main. 


Menyesal lah jugak tak join body combat sebab medal lawa. Tapi disebabkan harga cam mahal sikit, tak terasa menyesal sangat ahaha. Berseorangan lah aku pergi ke running tu semalam, kena biasakan diri sebab lepas ni if tak ada kawan nak ke running tak adalah rasa kekok sangat. Kena pandai pandai cari kawan sendiri kat sana. Kena lawan perasaan takut takut -- demi memantopkan communication skill dan meramaikan kawan. Ehhh hehe. Tak tangkap gambar banyak sangat. Leceh sikit bila ada blog tapi tak ada kamera ni. Sejak hilangkan kamera hari tu asyik guna fonn je tangkap gambar. Tak seronoklah. Tak apa, slow slow aku kumpul duit nanti. 


Muka lepas larian, peluh masih rancak keluar dari rongga rongga muka. Pehh ayat. Masa ni belum ada kawan nak bergambor, jadi before that let me take a selfie first uuuyeah. Muka baru habis 10km ni weyy. Tidaklah aku berlari sepanjang panjang 10km tu, jalan lari jalan lari. Slow slow, beginner kan.  

 

Inilah finisher medal Bolathon, okay whaaaat, lawa jugak kan. *gigihnakpujimedalsendirilawa* Jarak untuk Bolathon Fun Run sejauh 10km, dan untuk Masquerade Walk sejauh 3km. Jauh jugaklahh 10 km tu sebenarnya. Sebelum ni ada lari jugak 10km tapi serious bosan dan terasa sangat lama berlari.. Tapi kali ni dah siap sedia bawak ear phone untuk dengar lagu, bawak botol air singgit lebih tu, bawak pouch gantung kat tangan tu. Tak adalah asal nak lari je, seluar terasa nak jatuh -- gara gara penuh kunci wahahaha. Boleh dah isi dalam pouch. Lepas tu dengar lagu time berlari -- terasa lah seronok. Bertemankan lagu sebab tak ada 'teman' ehhh. Pastu siap siap bawak air sebab aku ni sangatlah cepat longlai dan lemau bila tak ada air. 

By the way, jersey Bolathon ni pun boleh tahan lawa jugak. Memandangkan aku bertudung jadi kurang nampak sikit. Tapi kurang selesa rasanya pakai jersey sebab tak serap peluh macam cotton. Larian aku hari tu tak capai target masa yang ditetapkan, terlajak sikit 20-30 minit. ehehe sebab kaki tengah sakit sakit, lagipun masih baru lagi. Take your time fifahh :)



Kenalkan Ika & Fara, kenal lepas habis larian masa sesi sesi nak bergambar. Kakak kakak rupanya mereka ni, tapi comel je rasa. eheh Diorang pun selalu join larian, lepas ni kalau ter berjumpa bolehla hi hi lagi -- selfie bukan main hari tu dengan diorang. Pukul 11 baru masing masing balik walhal larian tu pukul 9 dah habis dahh. 

Air mint campur lime. Dia blend je daun mint tu dengan lime, lepas tu campur soda sikit. Boleh tahan sedap, cuma bila part tergigit biji lime tu jadi pahit sikit aa. Overall air memang sedap perfecto, tempat lain mana nak ada jual benda ni, minuman rare yang setakat ni jumpa dekat event Bolathon ni je. Dahla kaler ijauu - nampak cam kureng sedap tapi once dah rasa NAIS. 


Sempat bergambar habis habisan sebelum masing masing balik. Tapi kasihan dekat diorang, bila balik tu dapat tahu yang kereta diorang kena umpil, habis beg tangan, purse segala macam lesen, identification card, maybank card semuanya hilang. Jahat betul lah orang yang buat kerja terkutuk tu. Alhamdulillah kereta tak kena pecah ke apa, dan Alhamdulillah jugak diorang pun selamat, dan dah buat report polis dah pun. 

Bahaya jugak bila bab nak park kereta bila pergi larian ni. Lain kali mohon park dekat tempat ramai orang lalu lalang ke, takpun make sure jangan letak barang berharga dalam kereta. Kalau diorang umpil kereta aku memang confirm aa tak dapat apa apa. Alhamdulillah kereta aku okay tak kena apa apa. 


Dah berapa kali join larian baru kali ni nak update dekat blog. InsyaAllah next time aku rajinkan diri update blog aku lagi. Bosan jugak life without blog ni, sebab sejak sekolah dah menulis kan, tapi aku jenis on off sikit. So sabar je lah. Thats all for now. Gambar terakhir yang gelap sebab membelakangkan cahaya matahari but its fine for me. Till then, terima kasih sudi baca. :) 

Assalamualaikum. 


20140531

Once in awhile.

I am quite happy and positive tonight but something changed my mood totally. It is so hard for me to be this happy and this positive, to feel free from problems, and from thinking too much. But you know "langit tak selalu cerah". So I guess I'm not supposed to be happy tonight?

Usually, I will only feel this free, positive and happy after coming back from reciting class in Bangsar, but it's Friday today. I don't have any reciting class and I'm happy? Its quite weird for me. Sigh. I don't know.

I seriously hate ignorance. It can change my mood just like that. Tink! I guess it's not my day, or maybe I did hurt someone, so in return that particular person do this to hurt me back.

Life can be really complicated sometimes.
I keep thinking about life -- stress.

Aku tak boleh nak berlagak macam tak ada apa apa yang jadi walhal masing masing tahu ada sesuatu yang jadi. Why don't we discuss and solve it. Not run away from it, and keep blaming each other and act as if there's nothing wrong. Not the right way, definitely.

Penat dengan diri sendiri sebenarnya sebab terlalu banyak fikir. Bukan memudahkan, malah menyusahkan. Jadi ada baiknya aku tidur sekarang.

Assalamualaikum.


20140516

Bismillahirrahmanirrahim. 
Assalamualaikum semua. 

Apa khabar ya? Dah lama tak update blog ni -- ada yang baca ke ahahaha. 
So basically sekarang ni aku tengah ber-intern di ehems sebuah company consultant qs. 
Sejak tiga minggu yang lalu aku macam tak ada kerja nak buat -- sebab tak diberi kerja. So aku datang kerja, bukak facebook, blog, instagram dan sewaktu dengannya sahaja -- aku sampaikan dah bosan dan dah naik muak tengok semua ni. 

Kerja yang aku dapat pun tak lebih dari sekadar lipat drawing, dan photostat. Maaf cakap tapi ini dah bulan ketiga dan aku rasa sepatutnya aku dah boleh buat benda yang lagi extreme dari sekadar photostat dan lipat drawing kan?

So selama tiga minggu tu lah aku bertongkat dagu tengok laptop. Mungkin pada sesetengah orang bunyi macam seronok takda kerja and stuff tapi tidak pada aku. Aku tak nak susah in the future. Aku nak banyak belajar masa sekarang sebab ini jelah satu satunya masa kau jadi pelajar ketika berada di ofis. Nanti bila dah dapat status berkerja, aku tak rasa orang akan jawab setiap pertanyaan kau, yang orang akan tolong kau dalam setiap sesuatu kerja yang kau buat, yang orang akan inform kau apa nak dibuat lepas ni ke apa ke. So itulah ilmu ilmu yang sangat diperlukan oleh aku sekarang ini. 

Sebenarnya selama tiga bulan berkerja ni tak adalah banyak sangat kerja cuma tiga minggu yang terakhir ni macam melampau sangat pulak berlenggang nya. I am exhausted of doing nothing. Penat pergi kerja hari hari sebab tak ada kerja. Jadi aku cuba untuk cari alternatif sendiri -- untuk tukar tempat intern baru. Tapi untuk beberapa ketika bincang dengan orang itu dan ini -- aku tukar fikiran untuk terus direct refer dekat Supervisor. 

Semalam dah refer -- bagi tahu dia apa yang aku perlu buat sebenarnya and stuff, yang aku tak banyak kerja -- then dia start brief aku pasal every stage apa yang dibuat oleh QS. 

Akhirnya setelah sekian lama intern kat sini, akhirnyaaaa aku faham apa yang aku buat. Walaupun its not exactly apa yang aku nak tapi its a bit and pieces of everything. Serious banyak lagi yang aku kena belajar, dan sebenarnya ada sedikit kekesalan dalam diri aku sekarang ni. 

Mulai hari ni aku akan cuba untuk belajar semua sendiri -- tak faham tanya. Tukar cara berfikir, instead of tunggu kerja dari senior senior tu semua, adalah lagi baik sekiranya aku belajar sendiri, and again -- kalau tak faham tanya. 

Lagi tiga bulan intern. 
Pejam celik pejam celik sahaja fifah. 
Tahankan sahaja semua ini.

20140404

Assalamualaikum.

So malam tadi aku tidur agak lewat lah jugak dalam pukul 12.45 pagi macam tu. Seronok lah kan nak tidur, baru lepas mandi dan baru lepas Skype selepas sekian lama. 

Lepas beberapa minit terlelap, aku terjaga sebab ada bunyi-bunyian dalam bilik. Aku terjaga, mata pun kabur kabur mencari bunyi. Bunyi datang dari pintu bilik aku, bukan jauh sangat pun pintu bilik dengan katil aku. Tapi mata masih kabur, dan masa tu aku assume bunyi bunyian tu datang dari luar. Mungkin adik aku berjalan kat luar terlanggar pintu ke apa. Takpun dia tengah kemas barang terlanggar pintu dari luar ke apa. So aku tidur semula -- mengantuk. 

Lepas beberapa ketika, bunyi tu makin rancak, masih di pintu. Aku buka mata biarkan mata dah tak kabur untuk seketika -- aku nampak rantai aku yang bergantung belakang pintu bergoyang semacam -- bergoyang goyang maca ada orang ketuk pintu. Semua benda yang bergantung dekat pintu semuanya bergoyang goyang. Aku jadi makin nak tahu apa benda tu. 

Aku angkat badan aku sedikit untuk tengok sepenuhnya pintu dari jauhh, tapi itulah gelap gelita kan, jadi mata macam tengah nak absorb cahaya. Sumpah aku nampak benda. Melompat lompat cuba nak bukak pintu -- seolah olah cuba nak putar handle pintu tu tapi dia tak boleh. Banyak kali dia melompat nak bukak pintu sampai bergoyang goyang pintu tu. Aku jadi curious, aku start nak bangun dari katil, benda tu perasan terus dia lari menyorok, entah bawah katil, entah belakang almari, aku tak tahulah. 

Aku bangun sebenarnya nak bukak lampu -- nak tengok apa tu, tapi dia dah sempat lari dulu.

Aku tak rasa tu katak, tinggi tu dia lompat nak capai tombol pintu. 
Tupai mungkin, tapi kenapa sejurus lepas dia nampak aku angkat badan dari katil dia terus lari -- dan macam mana dia tahu nak keluar dari bilik, kena melalui pintu?
Anak kucing pun aku tak rasa logik.

20140318

Kian suntuk.

Bismillahirrahmannirrahim. 

Semoga apa yang aku tulis ini semuanya yang baik baik sahaja.
Jauhkanlah dari perkataan yang jahat-jahat.

Assalamualaikum blog.


Aku terfikir sejak akhir akhir ni.. yang umur aku ni dah 22 tahun. Kalau didoublekan jadilah 44. Range umur 40-70 adalah umur yang boleh aku kategorikan sebagai umur yang paling dekat dengan kematian. Dah 22 tahun aku hidup apa yang aku dah achieve? Apa yang aku dah prepare untuk alam Akhirat sana.

Tak ada apa apa. 

Berapa banyak lagi masa yang kita ada sebenarnya ni -- siapa tahu. Kalau esok mati, kalau kejap lagi mati. Mana sempat nak taubat. Ilmu agama dah cukup?Al Quran dah khatam? Sunnah nabi dah buat? Solat cukup 5 kali sehari? Solat Dhuha, Mathurat, Kahfi dah baca, dah buat? Dah langsaikan ke hutang dengan kawan kawan, saudara mara? Macam mana pulak dengan bermaafan sesama mulim yang kita pernah buat salah, dah minta maaf?

Dah 22 tahun aku hidup apa yang aku dah buat?
Banyak kali tanya kat diri sendiri apa yang aku dah achieve?



Result UPSR PMR SPM boleh bawak mati ke? Boleh selamatkan aku dari seksa Akhirat ke? Subhanallah apa je yang aku dah buat selama aku hidup kat dunia ni, kumpul dosa je. : ( Menyesal sangat dekat diri sendiri sebab masa sekolah dulu tak pernah nak rapatkan diri dengan kawan kawan yang berilmu, yang lebih alim. Sekarang baru terkedek kedek nak mencari kawan nak di bawa ke majlis ilmu. Nak rapatkan diri dengan kawan kawan berilmu time sekolah dulu, tak tahu macam mana cara. Tak tahu. Sebab dulu tak pernah rapat. Kesal sangat. Hemph. *ada nama yang forever terpahat dalam hati aku sekarang ni*

Sepatutnya by now, aku dah stabil dengan agama aku, tapi aku masih mencari -- banyak benda yang aku sedar aku tak tahu. Dari kecil ibu abah suruh mengaji, aku mengaji tidak berguru -- mengajilah seorang diri di rumah tak berkhatam. Kalau berguru pun dulu --- asal tukar ustazah, mula semula page pertama, asal tukar je mula semula dan akhirnya tak khatam khatam. Sekarang aku mula semula, memang betul belum terlambat -- tapi ada sedikit kesal kenapa aku tak pernah sedar kepentingan Al Quran sebelum ni. Aku hanya sedar lepas aku dengar ceramah dari Ustazah Siti Nur Bahyah Mahamood dalam radio. Forever aku akan ingat kisah dia. :') InsyaAllah.



Rasa kesal tu bertambah tambah lagi bila dengar video-video ni. Sebaknya rasa. MasyaAllah suara budak budak ni merdu sangat. -- paling sebak bila sedar diri ni tak sesolehah mana. Nanti kalau satu hari ditakdirkan ibu dan abah pergi dahulu, Allah nak terima ke doa orang tak solehah macam aku ni. Masih jauh lagi perjalanan aku ni Ya Allah. Kau panjangkanlah umur aku, moga moga aku akan lebih bersedia saat aku perlu menghadap Engkau nanti Ya Allah. Saat aku perlu menjawab Mungkar dan Nangkir, kau permudahkanlah. Kau panjangkanlah umur aku Ya Allah. Sekalipun Engkau ingin tarik nyawa aku, tariklah saat aku sedang berada dalam suasana yang barakah Ya Allah.

Janganlah kau tarik nyawa aku sebagaimana kau tarik nyawa tiga orang Islam yang berada di Konsert terkutuk tu Ya Allah, matinya mereka dalam keadaan sangat mengaibkan. Kasihan mereka Allah tarik nyawa dalam keadaan macam tu. Satu Malaysia tahu nama dan rupa saat mereka mati. Kasihan pada ibu bapa mereka perlu tanggung malu. Sudahlah pergi dalam keadaan mengaibkan.. Tinggalkan pula maruah tercemar yang perlu ditanggung ibu bapa sepenuhnya. Sangat sangat menyedarkan aku yang mati boleh berlaku pada bila bila masa, kat mana mana pun. Muda lagi diorang semua ni, sebaya aku je. Siapa sangka yang dia sendiri akan mati dalam konsert tu, hemph semoga mereka dipermudahkan dalam menjawab persoalan persoalan kubur nanti.



Seronoknya mati dalam keadaan mulia macam beliau. Jauhhhhh dalam sudut hati ni teringin nak mati syahid, tapi siapalah saya nak mati dalam keadaan semulia itu. Cuma mampu bertindak dan melakukan apa apa yang mengarah ke mati syahid tapi wallahualam, siapalah saya.. :/


Mungkin kalau kawan kawan nampak aku macam dah busy, sibuk atau tak dapat keluar sama sama. Maafkanlah. Selama ni aku dah keluar pergi sini sana merata-rata nak jumpa kawan kawan, kadang kadang terasa hati aku ni asyik kita je nak pergi ke diorang, diorang tak ada pun sibuk sibuk nak datang ke kita. Jadi aku dah putus asa dalam bab bab berkawan ni. Bila dah busy macam sekarang ni tak ada siapa pun nak faham, marah lagi adalah, perli semua. Aku serious terasa -- tapi tak apalah. Aku tak nak gaduh sebab benda benda remeh macam ni, diamkan je. :)

Kalau aku busy tu faham-fahamlah yang sekarang ni aku tengah fokus dua benda.
a) Preparation for Akhirat.
b) Preparation for the future in Dunya.

Kalau korang degil jugak, tak faham jugak, entahlaa.

Itu jelah kot aku nak bebel bebel hari ni. Dah kesuntukan masa dah sebenarnya nak cari ilmu Akhirat sekarang ni. Semoga Allah panjangkan umur aku -- hamba yang tak semulia mana ni.


Dan kalau awak awak ada majlis ilmu dan perlukan teman, I'm here to accompany you InsyaAllah **kalau free.

dan InsyaAllah next time aku akan tulis mengenai perkara lain pula.
Till then, Assalamualaikum semua.


20140311

Bismillahirrahmanirrahim.

Biarlah orang nak sakitkan hati aku, asalkan bukan aku yang sakitkan hati orang. Maafkanlah orang walaupun orang tak pernah minta maaf kat aku. Minta maaflah pada orang walaupun mereka tak pernah nak memaafkan. Janganlah ditambah dosa aku yang dah sedia ada banyak ni dengan marah marah sini sana. Semoga aku sabar den terus terusan bersabar -- walaupun hakikatnya aku bukanlah seorang yang penyabar. Selagi aku boleh sabar aku akan sabar. Semoga Allah bantu aku.

Yang penting jaga kata kata, jaga perbuatan -- sebab dosa dengan Allah, boleh bertaubat, dosa dengan manusia?




20140218


Semalam baru dapat results untuk final exam. Alhamdulillah syukur sangat sangat Ya Allah sebab semua subjek aku lulus. Aku tahu level aku rendah bila masuk bab pelajaran ni -- tapi aku akan rajinkan diri aku untuk usaha dapatkan apa yang aku nak. Kadang kadang Allah dah tentukan segigih mana pun kau belajar, kalau dah tertulis yang kau akan 'failed', kau tetap akan 'failed' jugak. Jadi kau cuma perlu berusaha dan berusaha dan berusaha, tapi kalau Allah tak izinkan kau lulus, maksudnya Allah ada rancangan lagi bagus untuk kau di masa akan datang. Aku percaya semua tu. Aku percaya yang kalau kau gagal sekarang tak bermakna kau akan gagal selama-lamanya. Kau cuma perlu percaya, percaya pada Allah. Tawakkal. Berserah.

Hari terakhir peperiksaan bulan lepas, aku sebenarnya lewat satu jam ke dewan peperiksaan. Bukan sengaja, dan sungguh, aku belajar betul betul untuk subjek yang terakhir tu. Entah macam mana peperiksaan yang sebenarnya mula jam 3 petang, tapi kepala otak aku asyik ingat peperiksaan mula jam 4 petang dan tadaaaa! Aku lambat. 

Sepatutnya pelajar tak boleh masuk dewan kalau dah lebih setengah jam lambat, tapi aku merayu dan akhirnya ketua peperiksaan benarkan. Aku buka kertas peperiksaan, semuanya, semuanya demi Allah semua soalan yang keluar, semua aku study. Semua! Tapi kau tahulah -- bila dah lambat -- bila kau tahu kau tak cukup masa -- kau jadi kelang kabut -- kau tahu semua jalan kerja, tapi kepala otak kau jadi berserabut. Semua knowledge yang ada, semuanya dah macam rojak. 

Aku jawab soalan pertama, buat, buat dan buat, tapi aku tahu cara aku jawab salah. Aku pergi soalan kedua. Aku buat semua soalan yang aku tahu aku boleh score. Kemudian soalan ketiga dan seterusnya. Kadang kadang jadi blank. Tapi aku tetap buat, dan aku pergi semula ke soalan pertama -- aku buat lagi -- tapi aku tahu cara aku jawab salah lagi. Buat soalan lain dulu dan bila masa hampir tamat, aku akhirnya berjaya buat soalan pertama dengan jayanya. Aku tahu aku boleh buat soalan tu. Cuma aku cemas -- cemas dan menggeletar. 

Masa dah nak tamat, apa yang aku jawab sebenarnya tak sampai 50% pun -- aku jadi takut -- aku dah mula menangis. Aku tahu aku mesti gagal. Gagal sebab tak dapat jawab lebih dari 40%. Gagal bukan sebab kau tak tahu buat tapi sebab kau tak ada masa. Aku merayu dekat ketua peperiksaan untuk bagi extra masa -- 30 minit pun jadilah. Dia kata dia tak boleh. Dia kata, dia dah tolong aku masuk dewan peperiksaan walaupun aku lambat, dia dah tak boleh tolong lagi. Aku bagi tahu dia yang aku akan gagal kalau dia tak agi extra time. Kemudian dia cakap satu benda, yang buat aku terkedu sangat. "Percaya dekat Allah, awak boleh buat, InsyaAllah, ada masa lagi ni, awak buat betul betul. InsyaAllah Allah tolong awak. Dont worry". Aku percayakan dia. Jadi aku terus buat -- meleleh leleh air mata aku. Sedih sebab aku memang tahu jawab semua soalan cuma aku tak cukup masa. 

Bila habis peperiksaan, aku menangis sepuas hati. Aku salahkan kawan kawan aku sebab tak telefon aku bila diorang sedar aku takda dalam dewan. Aku salahkan diorang, sedangkan sebenarnya aku tahu aku yang salah. Bila habis exam sepatutnya kau happy kan -- aku tak. Aku balik aku istighfar, aku buat diri aku percaya Allah akan tolong aku. Allah akan tolong. Semua orang pujuk aku, bagi tahu, everything will be okay. Aku marah sangat kawan kawan aku tak telefon aku sebab aku ada kat universiti sejak pukul 12 tengah hari. Dan aku memang dah ada dekat kolej masa exam start. Cuma itulah -- mungkin Allah dah tulis siap siap yang hari tersebut aku akan lambat. Maka jadilah. 


ALHAMDULILLAH.
Semalam result aku most of them aku dapat B dan aku dapat resit satu paper -- paper yang aku lambat masuk exam tu lah. Masa prom night hari tu, aku jumpa lecturer, aku bagi tahu apa yang dah jadi, dan surprisingly dia kata "I know you can do it, you get your first question correct" Aku terkejut sekejap. -- Dia kata lagi "I know you can do it but I want to know the reason why you take so long to finish one question? and how come you are late?" Betul. Susah nak convince lecturer ni tapi -- aku bertuah. Dia kata dia tahu aku boleh buat. Alhamdulillah. Aku dapat peluang untuk resit paper ni lagi. Itulah sebenarnya yang aku nak sangat sangat. Aku cuma tak mahu failed sebab aku dah study betul betul -- cuma hari tu bukan hari aku. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih. 


Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.


20140217

Intern hari pertama.

Bismillahirrahmannirrahim.

I'm patiently waiting for the office hour to end at 5.30pm which is in around 45 minutes more.

Mengantuk ya amatnya Ya Allah, berat nanang dah mata ni bagai dipijak-pijak syaitan disuruh tidur. Time cuti memang biasalah tidur lama lama tu kan, dah bangun, kalau rasa takda benda nak buat, tidur lah apalagi. Ini, dekat pejabat, kalau dah tak ada benda nak buat takkan nak tidur pulak -- nak makan gaji buta dik? *krikk krikk* Tapi pedihnya mata ni :'(. Nanti take a nap kejap lah sebelum drive balik rumah. Mampuih accident tak pasal pasal nanti. Senyap sunyi je office ni sebab kebanyakkan pekerja keluar buat hal masing masing -- ada lah empat orang je sekarang. Sejuuukkk pulak tu mana laaa tak ngantuk.Sejuk suam suam je actually. Kalau boleh balik nanti tak nak lah tidur, ada aktiviti nak dibuat. Lepas seminggu okaylah ni InsyaAllah, baru first dayy biasalah ngantuk ngantuk ni. Ngantuk je, penatnya tak pun. Senior senior kat sini semuanya tak bagi kerja lagi maka aku pun berlenggang-lenggang ke sana ke mari. Tunggulah seminggu dua, banyaklah kerjanya nanti tu.


Aku sama intern place dengan Lena, tapi by 29th dia habis dah, so akan tinggallah aku keseorangan di sini. Buat sementara waktu, ini ruang kerja aku. :) Mengharapkan agar banyak ilmu yang akan aku peroleh di sini. Amin. 

Seribu kali tukar background.

Bismillahirrahmannirrahim.

Edit punyalah payah laman ni, harap harap tahanlah untuk setahun dua. hihihi. Dah berapa lama dah cuti ni haa maka diumumkan bahawasanya hari ni adalah hari pertama aku berinternship. Jujurlah kata, sebenarnya aku sangat takutkan dunia luar. Aku sangat takutkan apa yang akan jadi pada future aku nanti, semuanya unpredictable. Tapi buat masa sekarang ni, aku cuma berharap yang internship aku berjalan dengan lancar. Even kalau aku kena marah, aku harap aku boleh hadapinya dengan tenang -- sebab aku lebih sukakan cara teguran yang berlemah lembut berbanding tengkingan sebenarnya, tapi kalau bos dah marah takkan aku nak jerit kata "woi takyahlah marah aku". fuhh semoga Allah jauhkan aku dari perkara perkara yang boleh memusnahkan diri aku sendiri.

Dahla baru baru ni aku hilangkan kamera. Jahanam aku! kena ganti baru la nampaknya sebelum abah tahu. Tak pasal pasal duit tabung aku melayang. Huwaaa *nangis* cam mana nak beli benda tu benda tu. :'( Benda benda gini selalu jadi kat aku, hilang dompet la, hilang duit la, hilang buku la. Sesungguhnya aku ni adalah Ratu Careless. Agak tak bertanggungjawab jugaklah kan aku ni? Mohon be careful lepas ni. Aku selalu ingat satu benda, setiap benda yang berlaku, pasti pasti dan pasti ada hikmahnya. *senyum*

Pahal tak tidur lagi woi esok kerja!
-- SAJA


20140108

011 : 22

Sebelum aku lupa,
SELAMAT TAHUN BARU 2014 buat semua.

dan selamat hari lahir buat diri sendiri -- yang ke 22. 
kesal sikit lah sebab tahun ni tak dapat tengok fireworks, 
itulah perkara wajib bagi aku setiap kali birthday tiba. 
But maybe not this year.
InsyaAllah next year. 

Alhamdulillah bertambah lagi umur aku. 
Makin lama makin dekat dengan mati. 
Seksa kubur -- neraka. 
Humph.
Tapi aku nak Syurga.

Celebrated my birthday in TGIF. Seriously, that was my first time eating in TGIF. Noob kan? I dont care. Cause its damn expensive ... and I dont like to spend a big amount of money on food. Tapi memandangkan aku birthday girl, jadi kesayangan hamba ni belanja makan sana. Ada surprise pulak tu siap aku kena berdiri atas kerusi kena nyanyi. It was fun thou. The best moment ever in my life. 

Dah lama sebenarnya orang tak celebrate birthday aku. Cara paling best aku sambut birthday is -- dengan tengok bunga api dari depan rumah *dulu duduk flat*.Lepas tu meleleh air mata wish birthday dekat diri sendiri sambil tengok bunga api. Kali terakhir sambut birthday pun mungkin masa Darjah 1 dulu. HAHA :') but Ya Allah this is soo nice. Thank you so much for celebrating me. Sumpah, dah lama tak potong kek untuk diri sendiri . Sedihnya rasa, terharu sangat.  

Thank you so much love. 
InsyaAllah we will celebrate my birthday and your birthday again one day. 
If our love is sincere, InsyaAllah.


Ibu abah pun ada wish juga. Ini lagi paling terharu -- abah ibu bukan jenis wish wish birthday ni,
tapi tahun ni mesej masuk inbox dari diorang serentak pulak tu siap ajak shopping, ajak makan semua. 
Tapi ibu abah tak bagi tahu awal awal jadi terpaksa ditangguhkan ke hari lain. 
Apa apa pun, aku still appeciate the little effort yang diorang buat untuk taip mesej dan hantar ke aku. 

Thank you so much jantung hati pengarang jiwa saya, yakni ibu dan abah.
InsyaAllah kakak akan jadi anak yang baik, tak tinggal solat, dan selalu mengaji.
InsyaAllah doakan kakak banyak banyak. :') 


Rizwana pula ajak aku datang rumah dia makan makan. 
Hihi thank you Wana for having me, ILY.