Bismillahirrahmannirrahim.
Semoga apa yang aku tulis ini semuanya yang baik baik sahaja.
Jauhkanlah dari perkataan yang jahat-jahat.
Jauhkanlah dari perkataan yang jahat-jahat.
Assalamualaikum blog.
Aku terfikir sejak akhir akhir ni.. yang umur aku ni dah 22 tahun. Kalau didoublekan jadilah 44. Range umur 40-70 adalah umur yang boleh aku kategorikan sebagai umur yang paling dekat dengan kematian. Dah 22 tahun aku hidup apa yang aku dah achieve? Apa yang aku dah prepare untuk alam Akhirat sana.
Tak ada apa apa.
Berapa banyak lagi masa yang kita ada sebenarnya ni -- siapa tahu. Kalau esok mati, kalau kejap lagi mati. Mana sempat nak taubat. Ilmu agama dah cukup?Al Quran dah khatam? Sunnah nabi dah buat? Solat cukup 5 kali sehari? Solat Dhuha, Mathurat, Kahfi dah baca, dah buat? Dah langsaikan ke hutang dengan kawan kawan, saudara mara? Macam mana pulak dengan bermaafan sesama mulim yang kita pernah buat salah, dah minta maaf?
Dah 22 tahun aku hidup apa yang aku dah buat?
Banyak kali tanya kat diri sendiri apa yang aku dah achieve?
Result UPSR PMR SPM boleh bawak mati ke? Boleh selamatkan aku dari seksa Akhirat ke? Subhanallah apa je yang aku dah buat selama aku hidup kat dunia ni, kumpul dosa je. : ( Menyesal sangat dekat diri sendiri sebab masa sekolah dulu tak pernah nak rapatkan diri dengan kawan kawan yang berilmu, yang lebih alim. Sekarang baru terkedek kedek nak mencari kawan nak di bawa ke majlis ilmu. Nak rapatkan diri dengan kawan kawan berilmu time sekolah dulu, tak tahu macam mana cara. Tak tahu. Sebab dulu tak pernah rapat. Kesal sangat. Hemph. *ada nama yang forever terpahat dalam hati aku sekarang ni*
Sepatutnya by now, aku dah stabil dengan agama aku, tapi aku masih mencari -- banyak benda yang aku sedar aku tak tahu. Dari kecil ibu abah suruh mengaji, aku mengaji tidak berguru -- mengajilah seorang diri di rumah tak berkhatam. Kalau berguru pun dulu --- asal tukar ustazah, mula semula page pertama, asal tukar je mula semula dan akhirnya tak khatam khatam. Sekarang aku mula semula, memang betul belum terlambat -- tapi ada sedikit kesal kenapa aku tak pernah sedar kepentingan Al Quran sebelum ni. Aku hanya sedar lepas aku dengar ceramah dari Ustazah Siti Nur Bahyah Mahamood dalam radio. Forever aku akan ingat kisah dia. :') InsyaAllah.
Rasa kesal tu bertambah tambah lagi bila dengar video-video ni. Sebaknya rasa. MasyaAllah suara budak budak ni merdu sangat. -- paling sebak bila sedar diri ni tak sesolehah mana. Nanti kalau satu hari ditakdirkan ibu dan abah pergi dahulu, Allah nak terima ke doa orang tak solehah macam aku ni. Masih jauh lagi perjalanan aku ni Ya Allah. Kau panjangkanlah umur aku, moga moga aku akan lebih bersedia saat aku perlu menghadap Engkau nanti Ya Allah. Saat aku perlu menjawab Mungkar dan Nangkir, kau permudahkanlah. Kau panjangkanlah umur aku Ya Allah. Sekalipun Engkau ingin tarik nyawa aku, tariklah saat aku sedang berada dalam suasana yang barakah Ya Allah.
Janganlah kau tarik nyawa aku sebagaimana kau tarik nyawa tiga orang Islam yang berada di Konsert terkutuk tu Ya Allah, matinya mereka dalam keadaan sangat mengaibkan. Kasihan mereka Allah tarik nyawa dalam keadaan macam tu. Satu Malaysia tahu nama dan rupa saat mereka mati. Kasihan pada ibu bapa mereka perlu tanggung malu. Sudahlah pergi dalam keadaan mengaibkan.. Tinggalkan pula maruah tercemar yang perlu ditanggung ibu bapa sepenuhnya. Sangat sangat menyedarkan aku yang mati boleh berlaku pada bila bila masa, kat mana mana pun. Muda lagi diorang semua ni, sebaya aku je. Siapa sangka yang dia sendiri akan mati dalam konsert tu, hemph semoga mereka dipermudahkan dalam menjawab persoalan persoalan kubur nanti.
Seronoknya mati dalam keadaan mulia macam beliau. Jauhhhhh dalam sudut hati ni teringin nak mati syahid, tapi siapalah saya nak mati dalam keadaan semulia itu. Cuma mampu bertindak dan melakukan apa apa yang mengarah ke mati syahid tapi wallahualam, siapalah saya.. :/
Mungkin kalau kawan kawan nampak aku macam dah busy, sibuk atau tak dapat keluar sama sama. Maafkanlah. Selama ni aku dah keluar pergi sini sana merata-rata nak jumpa kawan kawan, kadang kadang terasa hati aku ni asyik kita je nak pergi ke diorang, diorang tak ada pun sibuk sibuk nak datang ke kita. Jadi aku dah putus asa dalam bab bab berkawan ni. Bila dah busy macam sekarang ni tak ada siapa pun nak faham, marah lagi adalah, perli semua. Aku serious terasa -- tapi tak apalah. Aku tak nak gaduh sebab benda benda remeh macam ni, diamkan je. :)
Kalau aku busy tu faham-fahamlah yang sekarang ni aku tengah fokus dua benda.
a) Preparation for Akhirat.
b) Preparation for the future in Dunya.
Kalau korang degil jugak, tak faham jugak, entahlaa.
Itu jelah kot aku nak bebel bebel hari ni. Dah kesuntukan masa dah sebenarnya nak cari ilmu Akhirat sekarang ni. Semoga Allah panjangkan umur aku -- hamba yang tak semulia mana ni.
Dan kalau awak awak ada majlis ilmu dan perlukan teman, I'm here to accompany you InsyaAllah **kalau free.
Till then, Assalamualaikum semua.


No comments:
Post a Comment