20140620

Accident Yang Entah Kali Ke Berapa.

Nak update blog tapi tak tahu nak mula macam mana --

Semalam tak datang kerja.
Sehari sebelum semalam aku acccident -- LAGI. Yess lagi.

Lepas lunch aku tak balik office terus, mintak izin dari kakak senior untuk bayar wifi kat TMPoint jadi mungkin masuk office lambat. TMPoint di Kota Kemuning yang betul betul depan office tu tak dapat detect account aku, jadi aku tak dapat nak bayar time tu. Masalahnya time tu ibu aku urgent sangat nak guna internet, aku pun apalagi meredah la LKSA dari Kota Kemuning ke Seksyen 11. TMPoint lagi satu tu memanglah di Seksyen 11 tapi memandangkan aku tak tahu jalan jadi aku tersesat sampai ke Seksyen 9, kemudian ke Seksyen 13 pula.

Ada satu masa tu aku perlu uturn, jadi aku masuk ke dalam Pusat Akuatik Shah Alam. Untuk keluar semula dari Pusat Akuatik tu, aku perlu untuk buat satu bulatan mengeliling bangunan Pusat Akuatik tu, jadi aku buatlah bulatan dan di hujung jalan tu ada penghadang.


One way road, nak atau tak nak aku tetap kena uturn dan drive menentang arus. Sangat bahaya but I have no option. Masa dah nak sampai hujung jalan sebelah sana tu, di bahagian selekoh itulah datang sebuah kereta Myvi putih laju bukan main *dariapayangakunampak* BAM! langgar kereta aku. Aku dan dia dah sama sama elak, tapi malangnya kereta dia terlalu laju. Daripada apa yang aku nampak, kereta dia yang laju, tapi dia nafikan.

Sepatutnya dari side dia, dia dah boleh nampak kereta aku datang dari jauh.
Dari side aku sememangnya aku tak boleh nampak kereta dia sebab masih terhalang dengan dinding, dah nama pun selekoh.

Aku memang terkejut masa kereta aku merempuh kereta dia, how I wish it was just a dream. Kepala aku terhantuk dekat stereng, dalam hati, dalam fikiran, aku tanya diri sendiri. OMG DID I JUST HIT A CAR? Perlahan lahan keluar dari kereta, menggigil-gigil satu badan, tangan terketar ketar pegang fon. Benda pertama aku buat, telefon abah dulu. Itupun memang kuat betul tangan aku terketar-ketar.

Jujurlah, kalau dua dua bawak perlahan memang takkan accident sebab jalan besar dan sememangnya sempat elak.

Kereta mamat tu -- Myvi




Kereta aku -- Satria





Lekuk yang kedalam tu kesan daripada accident yang lepas. Besi dari lori besar secara tak sengaja, mencalarkan kereta aku sampai terbentuklah kesan lekuk yang agak dalam tu. Lori tu tak sedar pun bahawasanya dia dah langgar aku. Jadi aku pun redhakan aja. Kesan yang lain lain tu semua disebabkan accident yang ini.

Sementara menunggu ayah nak datang ke sini dari Bangsar, datang pula dua insan baik hati ni, Coach aku dan isterinya -- datang tengok tengokkan aku.


Kereta dah pun ditolak tepi, risau risau pulak ada accident yang lain nanti. >.<

Mamat tu sebenarnya pekerja di Pusat Akuatik tersebut, jadi dia sememangnya dah tahu jalan hujung itu ditutup dan dia sepatutnya alert yang akan ada kereta lain akan datang dari arah bertentangan, -- tapi dia still drive laju. Dan aku disalahkan atas alasan -- aku drive tidak rapat ke kiri tapi aku drive di tengah tengah. Jujur, aku tak tahu siapa yang salah. Tapi menurut undang undang, menurut polis, sudah tentu aku di pihak yang salah. Sebabnya -- aku memandu arah bertentangan. Nasib sememangnya tak menyebelahi aku.

Kesian dekat Abah. Kena settle itu ini. Nak bayar saman accident lagi. Nak bayar ganti rugi lagi. Nak bayar kereta aku lagi, banyak belanja semua tu.

Lepas Abah dah sampai, semua settle di balai polis.

Esoknya, bangun pagi, mintak Emergency Leave. Tengkuk di bahagian kiri rasa sakit gara gara terhantuk kepala kat stereng, sampai hari ni terasa.

Alhamdulillah syukur kepada Allah, aku masih hidup dan bernafas lagi hari ni, walaupun sakit tengkuk sikit, tapi Alhamdulillah sihat walaafiat, masih bernyawa, kaki tangan muka semua ada lagi. Alhamdulillah, aku sempat lagi jumpa Ramadhan tahun ini.

Memang agak muhasabah diri gara gara kejadian ni. Masih terkejut dan trauma, tapi hidup perlu diteruskan. Walaupun ini accident yang dah berapa juta kali punya accident tapi perasaan yang berbeza setiap kali. InsyaAllah akan ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.

Doa-doakanlah aku banyak banyak.
Aku mungkin nampak lembut, tenang -- tapi clumsy sebenarnya, diam sebab selalunya banyak fikir benda remeh temeh, kasar, careless, degil -- serba serbi banyak kekurangan. Doakanlah aku. :)

#throwbackaccident


Kereta aku pernah dirempuh dari belakang.
Kereta aku pernah dicalarkan oleh lori sampai terhasil satu lekukan cantik kat kereta.
Kereta aku pernah mati tepi jalan waktu malam, polis, orang awam tolong.
Kereta aku mati masa balik Taylors pukul 4 pagi, abang motor tolong, polis tolong.
Kereta aku pernah langgar orang, tayar atas kaki orang. 
Kereta aku pernah langgar kereta lain di bulatan shah alam. 
Kereta aku pernah berasap ntah kenapa masa driving.
.. dan yang ini
accident yang entah keberapa.

Aku dah lali, tapi setiap satu punya rasa yang berbeza. 

Assalamualaikum.

20140602

Bolathon Charity Fun Run & Masquerade Walk.

Semalam aku join Bolathon Charity Fun Run. Ohh sebelum tu,

Assalamualaikum kesayanganss.

Bolathon Charity Fun Run & Masquerade Walk ni diadakan setiap 4 tahun sekali, sempena FIFA World Cup tu. Jadi ini adalah kali ketiga acara ni diadakan, kali pertama pada tahun 2006, dan kali kedua pada tahun 2010. FIFA tu kan macam dekat dekat sikit dengan nama aku so macam tak berseri je kalau aku tak join run ni. Ehhhh. :P  Instead of walking, aku pilih running. Memang kebetulan pulak sejak akhir akhir ni terminat running sebab tertarik dengan Finisher Medal, so haruslah join. 

Kebetulan hari yang sama ada KL Free Car Cycling, dan Score FitMob. Kawan kawan yang lain semuanya join Body Combat @ Score FitMob. Aku nak kata tak minat langsung Body Combat ni tak adalah pulak kan, cuma harga dia macam mahal sikit compared to Bolathon, jadi aku pilih Bolathon instead. Zumba lagilah aku tak minat HAHA. Body Combat ni masukk World Book of Record tu weyhh, ada medal pulak tu. Lawa bukan main. 


Menyesal lah jugak tak join body combat sebab medal lawa. Tapi disebabkan harga cam mahal sikit, tak terasa menyesal sangat ahaha. Berseorangan lah aku pergi ke running tu semalam, kena biasakan diri sebab lepas ni if tak ada kawan nak ke running tak adalah rasa kekok sangat. Kena pandai pandai cari kawan sendiri kat sana. Kena lawan perasaan takut takut -- demi memantopkan communication skill dan meramaikan kawan. Ehhh hehe. Tak tangkap gambar banyak sangat. Leceh sikit bila ada blog tapi tak ada kamera ni. Sejak hilangkan kamera hari tu asyik guna fonn je tangkap gambar. Tak seronoklah. Tak apa, slow slow aku kumpul duit nanti. 


Muka lepas larian, peluh masih rancak keluar dari rongga rongga muka. Pehh ayat. Masa ni belum ada kawan nak bergambor, jadi before that let me take a selfie first uuuyeah. Muka baru habis 10km ni weyy. Tidaklah aku berlari sepanjang panjang 10km tu, jalan lari jalan lari. Slow slow, beginner kan.  

 

Inilah finisher medal Bolathon, okay whaaaat, lawa jugak kan. *gigihnakpujimedalsendirilawa* Jarak untuk Bolathon Fun Run sejauh 10km, dan untuk Masquerade Walk sejauh 3km. Jauh jugaklahh 10 km tu sebenarnya. Sebelum ni ada lari jugak 10km tapi serious bosan dan terasa sangat lama berlari.. Tapi kali ni dah siap sedia bawak ear phone untuk dengar lagu, bawak botol air singgit lebih tu, bawak pouch gantung kat tangan tu. Tak adalah asal nak lari je, seluar terasa nak jatuh -- gara gara penuh kunci wahahaha. Boleh dah isi dalam pouch. Lepas tu dengar lagu time berlari -- terasa lah seronok. Bertemankan lagu sebab tak ada 'teman' ehhh. Pastu siap siap bawak air sebab aku ni sangatlah cepat longlai dan lemau bila tak ada air. 

By the way, jersey Bolathon ni pun boleh tahan lawa jugak. Memandangkan aku bertudung jadi kurang nampak sikit. Tapi kurang selesa rasanya pakai jersey sebab tak serap peluh macam cotton. Larian aku hari tu tak capai target masa yang ditetapkan, terlajak sikit 20-30 minit. ehehe sebab kaki tengah sakit sakit, lagipun masih baru lagi. Take your time fifahh :)



Kenalkan Ika & Fara, kenal lepas habis larian masa sesi sesi nak bergambar. Kakak kakak rupanya mereka ni, tapi comel je rasa. eheh Diorang pun selalu join larian, lepas ni kalau ter berjumpa bolehla hi hi lagi -- selfie bukan main hari tu dengan diorang. Pukul 11 baru masing masing balik walhal larian tu pukul 9 dah habis dahh. 

Air mint campur lime. Dia blend je daun mint tu dengan lime, lepas tu campur soda sikit. Boleh tahan sedap, cuma bila part tergigit biji lime tu jadi pahit sikit aa. Overall air memang sedap perfecto, tempat lain mana nak ada jual benda ni, minuman rare yang setakat ni jumpa dekat event Bolathon ni je. Dahla kaler ijauu - nampak cam kureng sedap tapi once dah rasa NAIS. 


Sempat bergambar habis habisan sebelum masing masing balik. Tapi kasihan dekat diorang, bila balik tu dapat tahu yang kereta diorang kena umpil, habis beg tangan, purse segala macam lesen, identification card, maybank card semuanya hilang. Jahat betul lah orang yang buat kerja terkutuk tu. Alhamdulillah kereta tak kena pecah ke apa, dan Alhamdulillah jugak diorang pun selamat, dan dah buat report polis dah pun. 

Bahaya jugak bila bab nak park kereta bila pergi larian ni. Lain kali mohon park dekat tempat ramai orang lalu lalang ke, takpun make sure jangan letak barang berharga dalam kereta. Kalau diorang umpil kereta aku memang confirm aa tak dapat apa apa. Alhamdulillah kereta aku okay tak kena apa apa. 


Dah berapa kali join larian baru kali ni nak update dekat blog. InsyaAllah next time aku rajinkan diri update blog aku lagi. Bosan jugak life without blog ni, sebab sejak sekolah dah menulis kan, tapi aku jenis on off sikit. So sabar je lah. Thats all for now. Gambar terakhir yang gelap sebab membelakangkan cahaya matahari but its fine for me. Till then, terima kasih sudi baca. :) 

Assalamualaikum.