Stress tak buat assignment tu rasa dia seolah menekan - nekan. Jadi aku senang gelabah kalau tarikh submission dah makin dekat pastu aku belum buat apa apa lagi. Tak taulah macam mana nak gambarkan perasaan tu tapi itulah yang aku rasa tiga empat minggu ni. Kalau boleh nak siapkan assignment tu cepat cepat. Test pun, study sampai larut malam, sanggup study dari malam sampai pagi semata - mata sebab nak belajar.
Aku ingat lagi, aku menangis sebab tak dapat buat test SoftApp. Bukannya aku tak study, aku study wei tapi tak dapat buat. Dapatlah buat sebenarnya, tapi bila compare jawapan dengan kawan kawan lain, aku punya memang jauh berbeza. Dah sah sahlah salah kannn. Menangis rasa kecewa tu terukkk sangat. Dahlah subjek tu, lecturer dia best. Bagus lecturer dia, selalu tegur aku suruh study, jadi sedikit sebanyak aku macam terkesan degan pesanan dia tu. Bila aku tak dapat buat test tu, aku rasa macam aku akan kecewakan dia, jadi aku rasa sedih.
Aku rasa, mungkin sejak test tu, aku dah berubah sikit, or mungkin sebab lain, atau .. mungkin sebab aku dah ada seseorang yang buat aku rasa happy sesangat sangat. Jadi bila buat apa apa rasa semangat je memanjang. Haha k sila ignore.
Seronok rupanya belajar tu.
Seronok rupanya bila buat assignment.
Seronok bertambah tambah lagi bila dapat tengok result.
Harap - harap CGPA aku semester ni lagi tinggi dari semester lepas In shaa Allah.
Semestes ni pun dah nak habis, sekejap je rasa, lagi kurang lebih sebulan semester ni habissss. Lepas tu semester 4 pulak. Dengar kata semester 4 lagi sibuk, risau pun ada. Aku kalau boleh tak nak semester ni habis cepat - cepat. :/ nak buat betul betul. Janganlah habis cepat cepat ye Semester 3, please : ) Not till I am ready for my final examination.
Pipah.
