Okay.
Aku baru habis baca novel Awek Chuck Taylor. Aku ni bukan peminat novel Melayu sebenarnya. Selalu beli tapi tak pernah habis baca, biasanya aku dah tidur dulu sebelum sempat sampai muka surat sepuluh. Tapi masa Pesta Buku Antarabangsa 2013 hari tu aku banyak beli buku Melayu, sebab ingatkan akan ada kelainan dalam buku yang aku beli tu but unfortunately bila aku dah habis baca satu buku ni, memang dissapointed sangat sangat.
Awek Chuck Taylor.
Katanya based on true story. Ending dia perempuan yang Hafiz sayang meninggal dunia. Ending dia pada aku memang sesuatu yang tak boleh nak dijangka. Ending dia okay. Okay sangat! Tapi jalan cerita dia semuanya aku tak suka. Kejap jumpa perempuan ni sekejap dengan perempuan tu, kau hengat perempuan ni baju nak main tukar tukar. Meluap luap jugaklah perasaan aku bila baca semua tu. Ntahla tapi since it is based on true story, so aku tak boleh nak komen banyak. Maybe memang itu apa yang penulis alami, tapi seriously novel ni memang tak mencapai jangkaan aku langsung. Kiranya cam doesnt reach my expectation at all. Sorry.
When I'm sad, you're asked me what went wrong,
And asking me to be strong,
How can I be strong,
Living without you is something wrong.
Tuhan Lebih Saintifik.
Buku ni aku suka gila!! Novel kedua yang aku habis baca selepas Asrama. Mengisahkan tentang seorang Ateis yang memang berpegang teguh pada pegangan dia yang sebenarnya Tuhan tu tak wujud, dengan diselang selikan watak ustaz tradisional yang suka fikir dia sahaja yang betul, dan seorang lagi doktor pakar Islam yang sangatlah merendah diri. Watak dalam novel ni tak ramai pun tapi memang best. Dia bukan atas dasar kisah cinta semata mata -- melibatkan agama, kepercayaan, sesuatu yang selama ni kau fikir, yang kau tanya diri sendiri, mungkin sedikit sebanyak akan terjawab dalam novel ni. Ada banyak hujah, fakta dan perdebatan dalam novel ni. Basically buku ni menceritakan yang Allah itu lebih hebat dari Sains. Maha hebat daripada segala apa yang ada dia atas muka bumi ini. Subhanallah. Even penulis novel ni pun sebenarnya sangat bagus dalam berceramah, Ustazah Fatimah Syarha, lembut orangnya. Dr Farhan Hadi pula, suami dia.
When I'm sad, you're asked me what went wrong,
"Jika hari ini ada, mesti ada semalam.
Saya hendak tahu bila tuhan mula mula muncul?"
Asrama.
Aku habiskan novel ni dalam masa satu hari sahaja. Superbly nice. Aku sampai tak tidur sebab novel ni terlalu mengterujakan aku wahahah! Asrama ni sebuah novel seram yang berlaku di sebuah asrama. Memang seram hoi. Dah lama sangat dah aku baca novel ni, jalan cerita pun aku dah lupa. Tapi jujurlah seronok baca, memang betul betul boleh buat aku meremang bulu roma dan macam tak sabar nak tahu ending. Ending pun boleh taham seramss jugak.
Banyak lagi buku lain tapi kena habiskan dissertation dulu.
Assalamualaikum.



