20111227

Thanks but no thanks.




Bukannya susah sangat pun untuk bagi tahu aku yang "Weh, aku sebenarnya dah ada girlfriend". Kann, as simple as that and why are you making it harder to tell me?! Aku rasa macam dah banyak kali dah aku bagi tahu kau, kalau ada suka sesiapa kat sana, bagi taulah aku. Kalau dah ada girlfriend bagitaulah aku, and everytime kita contact pun aku selalu tanya yang kau ada girlfriend ke tak, AND WHY THE FUCKING BASTARD ARE YOU DENYING IT HUH?



Dan rasanya banyak kali dah aku bagitahu, tak kisah lah walau pahit macam mana pun sesuatu benda tu, just bagi tahu aku, dan bukan dengan cara menipu. Kalau aku marah ke, merajuk ke ntah apa apa lagi ke, in a few days I'll be okay. But oh well, kau dah menipu dah pun.

Nampak macam korang dah couple lebih 10 bulan, thats for sure
and kau mintak couple dekat aku like 2 months ago?

Kau lelaki kan, nak spare part lah kot mungkin.
Alahai, apalah nasib aku hidup - hidup kena tipu.
Lepas ni anggap je aku dah mati k, takdelah kau nak menipu lagi.

20111220

Makin besar makin bodoh.


Tengoklah result academic aku, kan aku dah kata, aku ni bodoh. Belajar macam mana pun, tetap, bodoh. Zaman UPSR yang 5A dulu dulu tu macam nothing, no point bila dah makin besar, makin bodoh. Makin jauh dari A dan makin dekat dengan F. Cuba faham situasi aku, belajar tak masuk otak. Cuba faham lagi situasi aku, bila habis test, semua benda aku lupa. Cuba faham lagi lagi situasi aku, bila group study, aku yang paling ketinggalan. Cuba faham lagi lagi dan lagi situasi aku, yang aku ni otak bebal.

Aku dapat F for Law, can you imagine that?! Tau tak subject Law adalah subject favourite aku untuk sem ni. Tau tak yang cara Ms Shoba ajar adalah sangat senang faham. Tau tak Law banyak section tapi aku still suka no matter what. Tau tak?!

Kenapa selalu subjek yang aku suka tu lah yang akan menjahanamkan aku?
Kenapa subjek yang aku suka tu lah yang aku paling bodoh nak jawab?
Kenapa?


Aku bukan nak riak ke apa, tapi betul. Aku memang boleh jawab Law very well masa final hari tu, cuma aku tersangat terkejut dengan result aku. It seems like macam aku tak pernah datang langsung untuk this class if you know what I mean. Macam aku tak pernah tau apa yang aku belajar dalam kelas. Memang, memang aku kecewa dengan diri sendiri. Aku terlalu yakin yang aku boleh dapat at least C untuk Law. Tengoklah apa dah jadi. Aku kecewa. Aku tak boleh terima.





Aku dah bagi tahu abah aku pasal hal ni and yes I cried. Kata abah, inilah padah ... aku dah lama tak mengaji, selalu lawan cakap ibu abah, tidur banyak sangat, menghadap internet lama sangat and haaa dia kata sepatutnya aku kena study waktu pagi masa subuh, bukannya tengah malam, macam burung hantu tu haa. Memang banyak kali dia pesan macam tu, tapi aku endahkan. I'm a bad girl, and yeahh I know that. Aku mengaku.

Nak menangis air mata darah sekalipun sekarang ni, dah tak guna, aku just kena belajar je. I won't promise anything here but I'll try my best. Aku cuma takut aku kena repeat subject je sekarang ni, aku tak nak. Seriously tak nak. Repeat the whole sem again, NOOO! Oh btw, I need to resit 3 subjects. including the D's. I'm so fucked up.


20111219

Photoshoot BFF & Ryzal Jaafar.

Dalam hati ingat nak pergi Bangsar hari ni kemas rumah lama kat sana, tapi memandangkan malam sebelum tu kawan tiba - tiba je called ajak keluar katanya nak main make up make up, terus macam errr pikir 3 - 4 kali jugak nak pergi ke tak. Errr, so aku pun decide nak pergi sebab aku ni tak pandai make up so yeah. Nak ke Putrajaya katanya, baju tema merah putih ye.

Kata Kak Akin, Kak Wiwit ada couple photoshoot. Tu yang dia ikut, nak make up kan Kak Wiwit katanya, dah alang alang aku pun ngikut sekali. Kak Wiwit kemain k, peramah jugak dia. :P

TADAAAAAAAAAA! Muka tak make up,
.
.
.
.
.
.
.
.


TADAAAAAAAAAAA Muka dah make up, tapi beza betul kan saiz muka aku yang atas dengan yang ni, heheheh. Okay gambar ni agak menjelekkan sedikit kerana zoom terlalu hampir maaf ya pak buk, gambarnya di zoom untuk hasil yang lebih jelas sebenarnya. Harap maklum.

Okay so alkisah, memang mati matilah aku ingat nak ber make up make up je, tapi rupa - rupanya kena photoshoot. Aku punyalah terkejut sebab ni photoshoot BFF taw. Taukan BFF? Alaaahhh Best Friends Forever. Aku ni sebenarnya dengan Kak Wiwit dan Kak Akin ni jumpa baru 2 - 3 kali, tu yang cam terkejut yang cam mana diorang boleh terpikir nak ajak aku pergi photoshoot BFF. heh Aku ingatkan, Kak Wiwit ni nak photoshoot couple je, tapi rupa - rupanya dengan aku aku pun masuk sekali. 


Itulah mereka berdua, sweet couple yang memanjang gaduh manja dalam kereta. Buat aku rasa jealous sedikit di situ, sebab aku still forever alone, hewhewhew Tak apalah kot, kakak tu dan ada boypreng sebab dah matang dah, aku ni haa baru nak masuk 20. Trololololo

Nampak misai tu. Itu prop satu.

Nampak teddy dengan board tu? Itu prop dua dan ada juga prop prop yang lainnya. 

Inilah dia pasangan kekasih Abang Iz dan Kak Wiwit, senyum kemain.

So diorang pun berphotoshoot, sweet sangat okayy! hehe lpeas dah lama sikit tu, baru lah kiteorang bertiga pulak shoot. Bertiga tu as in, aku, Kak Wiwit dan Kak Akin. Oh ye, photographer kiteorang, namanya Rahman Syah, tak sure la pulak nama sorang lagi photographer tu siapa, lupa pulak nama, haha. Dannnnnnn, untuk pengetahuan korang Kak Wiwit ni sebenarnya model, so bab bab photoshoot ni memang simple habis lah buat dia. Untuk aku dengan Kak Akin ni haaa yang kekok tahap bugima. Then lepas dah habis semua photoshoot tu, kiteorang pun tangkap gamba sorang demi sorang guna video camera aku. 

Kak Akin di sebelah kiri dan Kak Wiwit di sebelah kanan.
Merekalah BFF yang sebenar - benarnya, aku hanyalah watak sampingan.

Ini aku!!! Ya Allah cam ibu mengandung okay. :PP

Inilah haaaa gambar kami bertiga cewahh di capture oleh abang sayang Kak Wiwit.





Then lepas tu, kami berempat dah alang alang ada kat Putrajaya ni, tak sah lah kan kalau tak singgah jeng jeng jeng
ALAMANDA! :D

Alahhhh kat sini tak dek ah buat gapo, just makan McD and the jalan jalan sikit, pastu bila masuk je tempat bowling PERGHHHHH!!! penuh wehhhh artis PENUH wa cakap lu. Ada Lena AF, ada Aliff Aziz, Johan Asaari, ada Haiza, ya Allah ramai k. Semuanya tengah main boling anjuran majalah Mangga. Wa eksaited babe, tapi segan gila nak mintak tangkap gambar, adalah dapat tangkap dengan dua artis, 

Maya Matahari. Dia pelakon yang hebat!
Gambar ni macam mak dengan anak, tsk tsk

Ryzal Jaafar. Dia pelakon jugak. awwhhh hensemnya :)
pun macam mak dengan anak.

Okayyy errr aku sebenarnya cam gemuk berganda - ganda sekarang ni, nantilah ye aku diet yeh yeh yeh? Tunggu time, hehe.

Till then, thanks for reading peeps =)

20111217

My first time.

*ehems*

Semalam aku round satu Shah Alam just nak cari kerja, padahal nak kerja bulan January nanti. Persediaan awal kan bagus. Aku survey punya survey, cuma ada satu je kedai yang aku tertarik nak kerja, satu sahaja. Tapi malangnya semalam masa aku ada kat depan pintu, tuan kedainya keluar. Keluar lama k, sebab lama aku tunggu. Memikirkan yang aku ni macam tak diizinkan untuk berjumpa tuan kedai tu semalam, jadi aku pergi keesokan harinya yakni, hari ini.


So!
Sebelum pergi tu, aku makan breakfast or boleh dikatakan makan tengah hari jugaklah dekat gerai Qaseh dengan abah aku. Aku tak faham kenapakah, mengapakah dan apa pasalkah semua orang memandang aku seolah - olah aku ni adalah perempuan simpanan abah aku.. Ke aku pakai baju terbalik?.. atau aku dah gemuk sangat badan aku tak serasi dengan muka aku? heh. Pelik aku rasa bila diorang pandang gitu, terus - terusan menjadi persoalan dalam pale otak aku. Okay ayat ta leh blah, boooo.


My first time aku ni sebenarnya ialah pengalaman kali pertama mintak kerja. Okay cari cari kedai blah blah, turun bawah naik atas, pusing, okay jumpa dah tuan kedai. Aku dijemput duduk, dan diinterview. Soalan pertama dan seterusnya.

Pengalaman bekerja?
Umur berapa?
Tinggal mana?

Itu je soalan dia. Senang-kan. Tapi bila aku bagi tahu yang aku nak mula kerja bulan Januari, boleh nampak yang dia sebenarnya mengharapkan aku start kerja dalam minggu ni. Dia kata dia memang teramat sangat memerlukan pekerja untuk minggu ni dan minggu depan, jadi ada rasa bersalah sikit masa tu. Aku cuma boleh cakap yang aku kena tanya parents aku sebab nak pergi bercuti semua, plus kalau aku takda, tak akan ada orang yang nak urus rumah semua. So, aku cam serba salah ahh, cam ne haa? Aku boleh je pergi cuma banyak benda tak siap kat rumah nanti. Start dari jam 10 pagi sampai 9 malam. Memandangkan sekarang ni macam dalam musim promosi, jadi tak ada cuti hari sabtu dan ahad. Kerja boleh cuti, cuma kena bagi tahulah awal awal. Gaji ikut hari, tapi tak tanyalah pulak berapa hengget, tak berani :/ hemms dah lah aku cam takda pengalaman takkan nak demand pulak, melampau.

So far, itu je lah. Dan masa aku nak blah tu, tuan kedai mintak number aku. Harap harap aku dioffer-lah kerja kat sana. Kerja kat tempat dia belum confirm lagi, kerja promosi ni haaa aduh. Sebenarnya aku tak tahupun aku akan dioffer ke tak, sebab aku sendiri pun belum confirm dengan dia aku boleh kerja ke tak, ahh pening! 

Aku berharap sangat dapat kerja kat sini sebab ini satu - satunya tempat yang bila tengok je, terus aku terdetik nak mintak kerja, alaa macam jatuh cinta pandang pertama cam tu lah. Haa, hihi. Cuma satu je aku harap, aku harap yang tuan kedai ni takkan suruh aku menipu or kelentong pelanggan dengan ayat - ayat manis diorang. Aku tak suka menipu dan aku tak suka orang suruh aku menipu. Aku akan lost interest dalam sesuatu bila sesuatu tu memaksa aku menipu. Faham? Ok.


20111202

Himpunan gambar - gambar Pertunangan, Pra Perkahwinan, Akad Nikah, Persandingan dan Resepsi │ Zahiril Adzim & Shera Aiyob.



Finally, siap pun aku kumpulkan semua gambar - gambar Zahiril Adzim & Shera Aiyob sempena berlangsungnya perkawinan diorang baru - baru ni. Sangat banyak, sangat lawa, dan sangat sweet okayyy. Mungkin akan ada lagi gambar lain yang akan di publish lepas ni. Entri ni akan diupdate dari semasa ke semasa. Klik umtuk tumbesaran gambar yang berganda hehehe. Semoga perkahwinan awak awak berdua berkekalan lah ye hingga ke akhirnya, Amin. : ) Oh oh ye, enjoy lah ye. Assalamualaikum.




by : mhpictures







Engagement.

Pre-Wedding.

Solemnization.

Reception.
 by : SSgraphy






Engagement.

 Reception.































 by : Muhammad Hidayatullah








 by : Hafiz Atan
 




PART 1


PART 2






PART 3



PART FINAL



by : JanggutTouch











by : Sweet Motion Production