20111217

My first time.

*ehems*

Semalam aku round satu Shah Alam just nak cari kerja, padahal nak kerja bulan January nanti. Persediaan awal kan bagus. Aku survey punya survey, cuma ada satu je kedai yang aku tertarik nak kerja, satu sahaja. Tapi malangnya semalam masa aku ada kat depan pintu, tuan kedainya keluar. Keluar lama k, sebab lama aku tunggu. Memikirkan yang aku ni macam tak diizinkan untuk berjumpa tuan kedai tu semalam, jadi aku pergi keesokan harinya yakni, hari ini.


So!
Sebelum pergi tu, aku makan breakfast or boleh dikatakan makan tengah hari jugaklah dekat gerai Qaseh dengan abah aku. Aku tak faham kenapakah, mengapakah dan apa pasalkah semua orang memandang aku seolah - olah aku ni adalah perempuan simpanan abah aku.. Ke aku pakai baju terbalik?.. atau aku dah gemuk sangat badan aku tak serasi dengan muka aku? heh. Pelik aku rasa bila diorang pandang gitu, terus - terusan menjadi persoalan dalam pale otak aku. Okay ayat ta leh blah, boooo.


My first time aku ni sebenarnya ialah pengalaman kali pertama mintak kerja. Okay cari cari kedai blah blah, turun bawah naik atas, pusing, okay jumpa dah tuan kedai. Aku dijemput duduk, dan diinterview. Soalan pertama dan seterusnya.

Pengalaman bekerja?
Umur berapa?
Tinggal mana?

Itu je soalan dia. Senang-kan. Tapi bila aku bagi tahu yang aku nak mula kerja bulan Januari, boleh nampak yang dia sebenarnya mengharapkan aku start kerja dalam minggu ni. Dia kata dia memang teramat sangat memerlukan pekerja untuk minggu ni dan minggu depan, jadi ada rasa bersalah sikit masa tu. Aku cuma boleh cakap yang aku kena tanya parents aku sebab nak pergi bercuti semua, plus kalau aku takda, tak akan ada orang yang nak urus rumah semua. So, aku cam serba salah ahh, cam ne haa? Aku boleh je pergi cuma banyak benda tak siap kat rumah nanti. Start dari jam 10 pagi sampai 9 malam. Memandangkan sekarang ni macam dalam musim promosi, jadi tak ada cuti hari sabtu dan ahad. Kerja boleh cuti, cuma kena bagi tahulah awal awal. Gaji ikut hari, tapi tak tanyalah pulak berapa hengget, tak berani :/ hemms dah lah aku cam takda pengalaman takkan nak demand pulak, melampau.

So far, itu je lah. Dan masa aku nak blah tu, tuan kedai mintak number aku. Harap harap aku dioffer-lah kerja kat sana. Kerja kat tempat dia belum confirm lagi, kerja promosi ni haaa aduh. Sebenarnya aku tak tahupun aku akan dioffer ke tak, sebab aku sendiri pun belum confirm dengan dia aku boleh kerja ke tak, ahh pening! 

Aku berharap sangat dapat kerja kat sini sebab ini satu - satunya tempat yang bila tengok je, terus aku terdetik nak mintak kerja, alaa macam jatuh cinta pandang pertama cam tu lah. Haa, hihi. Cuma satu je aku harap, aku harap yang tuan kedai ni takkan suruh aku menipu or kelentong pelanggan dengan ayat - ayat manis diorang. Aku tak suka menipu dan aku tak suka orang suruh aku menipu. Aku akan lost interest dalam sesuatu bila sesuatu tu memaksa aku menipu. Faham? Ok.


No comments: