20140218


Semalam baru dapat results untuk final exam. Alhamdulillah syukur sangat sangat Ya Allah sebab semua subjek aku lulus. Aku tahu level aku rendah bila masuk bab pelajaran ni -- tapi aku akan rajinkan diri aku untuk usaha dapatkan apa yang aku nak. Kadang kadang Allah dah tentukan segigih mana pun kau belajar, kalau dah tertulis yang kau akan 'failed', kau tetap akan 'failed' jugak. Jadi kau cuma perlu berusaha dan berusaha dan berusaha, tapi kalau Allah tak izinkan kau lulus, maksudnya Allah ada rancangan lagi bagus untuk kau di masa akan datang. Aku percaya semua tu. Aku percaya yang kalau kau gagal sekarang tak bermakna kau akan gagal selama-lamanya. Kau cuma perlu percaya, percaya pada Allah. Tawakkal. Berserah.

Hari terakhir peperiksaan bulan lepas, aku sebenarnya lewat satu jam ke dewan peperiksaan. Bukan sengaja, dan sungguh, aku belajar betul betul untuk subjek yang terakhir tu. Entah macam mana peperiksaan yang sebenarnya mula jam 3 petang, tapi kepala otak aku asyik ingat peperiksaan mula jam 4 petang dan tadaaaa! Aku lambat. 

Sepatutnya pelajar tak boleh masuk dewan kalau dah lebih setengah jam lambat, tapi aku merayu dan akhirnya ketua peperiksaan benarkan. Aku buka kertas peperiksaan, semuanya, semuanya demi Allah semua soalan yang keluar, semua aku study. Semua! Tapi kau tahulah -- bila dah lambat -- bila kau tahu kau tak cukup masa -- kau jadi kelang kabut -- kau tahu semua jalan kerja, tapi kepala otak kau jadi berserabut. Semua knowledge yang ada, semuanya dah macam rojak. 

Aku jawab soalan pertama, buat, buat dan buat, tapi aku tahu cara aku jawab salah. Aku pergi soalan kedua. Aku buat semua soalan yang aku tahu aku boleh score. Kemudian soalan ketiga dan seterusnya. Kadang kadang jadi blank. Tapi aku tetap buat, dan aku pergi semula ke soalan pertama -- aku buat lagi -- tapi aku tahu cara aku jawab salah lagi. Buat soalan lain dulu dan bila masa hampir tamat, aku akhirnya berjaya buat soalan pertama dengan jayanya. Aku tahu aku boleh buat soalan tu. Cuma aku cemas -- cemas dan menggeletar. 

Masa dah nak tamat, apa yang aku jawab sebenarnya tak sampai 50% pun -- aku jadi takut -- aku dah mula menangis. Aku tahu aku mesti gagal. Gagal sebab tak dapat jawab lebih dari 40%. Gagal bukan sebab kau tak tahu buat tapi sebab kau tak ada masa. Aku merayu dekat ketua peperiksaan untuk bagi extra masa -- 30 minit pun jadilah. Dia kata dia tak boleh. Dia kata, dia dah tolong aku masuk dewan peperiksaan walaupun aku lambat, dia dah tak boleh tolong lagi. Aku bagi tahu dia yang aku akan gagal kalau dia tak agi extra time. Kemudian dia cakap satu benda, yang buat aku terkedu sangat. "Percaya dekat Allah, awak boleh buat, InsyaAllah, ada masa lagi ni, awak buat betul betul. InsyaAllah Allah tolong awak. Dont worry". Aku percayakan dia. Jadi aku terus buat -- meleleh leleh air mata aku. Sedih sebab aku memang tahu jawab semua soalan cuma aku tak cukup masa. 

Bila habis peperiksaan, aku menangis sepuas hati. Aku salahkan kawan kawan aku sebab tak telefon aku bila diorang sedar aku takda dalam dewan. Aku salahkan diorang, sedangkan sebenarnya aku tahu aku yang salah. Bila habis exam sepatutnya kau happy kan -- aku tak. Aku balik aku istighfar, aku buat diri aku percaya Allah akan tolong aku. Allah akan tolong. Semua orang pujuk aku, bagi tahu, everything will be okay. Aku marah sangat kawan kawan aku tak telefon aku sebab aku ada kat universiti sejak pukul 12 tengah hari. Dan aku memang dah ada dekat kolej masa exam start. Cuma itulah -- mungkin Allah dah tulis siap siap yang hari tersebut aku akan lambat. Maka jadilah. 


ALHAMDULILLAH.
Semalam result aku most of them aku dapat B dan aku dapat resit satu paper -- paper yang aku lambat masuk exam tu lah. Masa prom night hari tu, aku jumpa lecturer, aku bagi tahu apa yang dah jadi, dan surprisingly dia kata "I know you can do it, you get your first question correct" Aku terkejut sekejap. -- Dia kata lagi "I know you can do it but I want to know the reason why you take so long to finish one question? and how come you are late?" Betul. Susah nak convince lecturer ni tapi -- aku bertuah. Dia kata dia tahu aku boleh buat. Alhamdulillah. Aku dapat peluang untuk resit paper ni lagi. Itulah sebenarnya yang aku nak sangat sangat. Aku cuma tak mahu failed sebab aku dah study betul betul -- cuma hari tu bukan hari aku. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih. 


Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.


20140217

Intern hari pertama.

Bismillahirrahmannirrahim.

I'm patiently waiting for the office hour to end at 5.30pm which is in around 45 minutes more.

Mengantuk ya amatnya Ya Allah, berat nanang dah mata ni bagai dipijak-pijak syaitan disuruh tidur. Time cuti memang biasalah tidur lama lama tu kan, dah bangun, kalau rasa takda benda nak buat, tidur lah apalagi. Ini, dekat pejabat, kalau dah tak ada benda nak buat takkan nak tidur pulak -- nak makan gaji buta dik? *krikk krikk* Tapi pedihnya mata ni :'(. Nanti take a nap kejap lah sebelum drive balik rumah. Mampuih accident tak pasal pasal nanti. Senyap sunyi je office ni sebab kebanyakkan pekerja keluar buat hal masing masing -- ada lah empat orang je sekarang. Sejuuukkk pulak tu mana laaa tak ngantuk.Sejuk suam suam je actually. Kalau boleh balik nanti tak nak lah tidur, ada aktiviti nak dibuat. Lepas seminggu okaylah ni InsyaAllah, baru first dayy biasalah ngantuk ngantuk ni. Ngantuk je, penatnya tak pun. Senior senior kat sini semuanya tak bagi kerja lagi maka aku pun berlenggang-lenggang ke sana ke mari. Tunggulah seminggu dua, banyaklah kerjanya nanti tu.


Aku sama intern place dengan Lena, tapi by 29th dia habis dah, so akan tinggallah aku keseorangan di sini. Buat sementara waktu, ini ruang kerja aku. :) Mengharapkan agar banyak ilmu yang akan aku peroleh di sini. Amin. 

Seribu kali tukar background.

Bismillahirrahmannirrahim.

Edit punyalah payah laman ni, harap harap tahanlah untuk setahun dua. hihihi. Dah berapa lama dah cuti ni haa maka diumumkan bahawasanya hari ni adalah hari pertama aku berinternship. Jujurlah kata, sebenarnya aku sangat takutkan dunia luar. Aku sangat takutkan apa yang akan jadi pada future aku nanti, semuanya unpredictable. Tapi buat masa sekarang ni, aku cuma berharap yang internship aku berjalan dengan lancar. Even kalau aku kena marah, aku harap aku boleh hadapinya dengan tenang -- sebab aku lebih sukakan cara teguran yang berlemah lembut berbanding tengkingan sebenarnya, tapi kalau bos dah marah takkan aku nak jerit kata "woi takyahlah marah aku". fuhh semoga Allah jauhkan aku dari perkara perkara yang boleh memusnahkan diri aku sendiri.

Dahla baru baru ni aku hilangkan kamera. Jahanam aku! kena ganti baru la nampaknya sebelum abah tahu. Tak pasal pasal duit tabung aku melayang. Huwaaa *nangis* cam mana nak beli benda tu benda tu. :'( Benda benda gini selalu jadi kat aku, hilang dompet la, hilang duit la, hilang buku la. Sesungguhnya aku ni adalah Ratu Careless. Agak tak bertanggungjawab jugaklah kan aku ni? Mohon be careful lepas ni. Aku selalu ingat satu benda, setiap benda yang berlaku, pasti pasti dan pasti ada hikmahnya. *senyum*

Pahal tak tidur lagi woi esok kerja!
-- SAJA