20101230

. TITIK .



Hari Khamis .
Jam 3.34 pagi .


Mata ni patutnya dah lelap dah sekarang . Lub dub Lub dub jantung ni tunggu ketibaan tahun baru . Tiap tiap tahun mesti macam ni . Dua tiga hari sebelum tahun baru , duduk dah tak keruan . Azam dah bertimbun , siap beratur lagi ni haaa dalam kepala otak minta dilaksanakan satu persatu . Fuhh , satu saat , dua minit , tiga jam , empat hari opsss terlebih . Tak sampai lah empat hari . Ni dah kurang dari sehari dah ni . Entah apa yang aku tunggukan sangat tahun baru ni pun tak taulah . 

Rasa-rasanya aku menanti untuk diajak keluar . Diajak berhibur , diajak berjalan , diajak kemana mana jelah asalkan namanya KE-LU-AR . Ohhh tak mustahil jugak kalau tahun baru ni sama macam tahun tahun lepas . Biasanya tahun tahun lepas , bila malam tahun baru je masa nak kira detik jam 12 malam , aku akan duduk dekat ruang tamu depan dan tengok TV . Aku takkan tidur selagi belum tepat jam 12 . Bila mercun bunga api dah mula menceriakan suasana malam , mulalah aku nak keluar rumah tengok warna bunga api yang letup sini letup sana tu , tersenyum aku sendiri . BANGGA . Lepas tu aku akan nyanyi satu lagu untuk diri sendiri . Then masuk rumah , layan lah TV tuu kalau ada cerita menarik . Kalau takde , aku akan masuk tidur , air mata pun mulalah setitis setitis keluar dari kelopak mata . :')

Kalau siapa kenal aku , mesti dia tahu kenapa asal malam tahun baru je mesti menitis air mata aku , asal tahun baru je , mesti mengalir . Kalau kau kawan aku , mesti kau tahu . Kalau kau kawan aku , mesti kau tau lagu apa yang aku nyanyi bila malam tahun baru . Kalau kau kawan aku lah ,

Kalau tahun baru yang akan datang ni takde orang ajak aku keluar , gamaknya sorang soranglah aku . Kali ni aku tak kira , aku tetap nak keluar pergi mana mana . Kalau tak berteman , kurang-kurangpun aku sorang dah cukup . Teringin nak buat something yang aku tak pernah buat . Teringin nak pergi tempat yang aku belum pernah pergi secara berseorangan . Kalau boleh sesat ke mana mana pun bagus jugak . Baru adventure , barulah aku akan ingat sampai mati . Kan ?

Sebenarnya aku nak senaraikan ups and downs aku sepanjang 2010 ni tapi errr , HAHA aku banyak lupa . Dah memang sebenarnya aku tak nak ingat apa apa pun . Blog ni akan sentiasa ada untuk aku imbau apa yang pernah berlaku satu masa dulu . Satu hari nanti aku pasti , teramatlah pasti yang aku akan tekan ' older posts ' dan baca setiap entry yang aku tulis sendiri . Masa tu nanti , mula lah aku nak menangis , nak rindu , nak gelak , nak rasa bodoh dengan apa yang aku pernah buat . Haaa masa tu lah ,

..... dot dot dot

Lerhh entry hari ni macam terpanjanglah pulak . Tapi kenapa aku rasa macam pendek je entry ni . Ohh lantakla , janji aku update . Hurrrmm , sebelum 2010 melabuhkan tirai . 
  • Izinkan aku untuk berterima kasih kat abah ibu abang kakak adik beradik kawan kemawan musuh musuhan yang dah buat aku gembira sepanjang tahun 2010 ni .TERIMA KASIH banyak banyak . 
  • Izinkan jugak aku untuk meminta maaf secara terbuka kepada semua yang dah aku lukakan hatinya secara sengaja mahupun tidak sengaja sepanjang tahun 2010 ni . MAAF kan aku . 
Biarkan tahun baru nanti bermula dengan hati yang suci lagi murni . Biarkan apa yang berlaku di tahun 2010 , kekal di tahun 2010 . Tak perlu tergedik gedik ikut sampai ke 2011 . 2011 itu masih suci , belum mahu dikotorkan lagi .

Cukup kiranya coretan aku tertitik disini , 
Esok mungkin ada lagi , mungkin tidak .


20101229

. award blogger cemerlang .

Create your own banner at mybannermaker.com! 

Yeay aku dapat award lagi . Kali ni dapat award dari Loqman Hakim . Terima kasih ye XD Happy nehh . HAHAHA Oh aku dapat award ni sebab aku pandai bahagikan masa sebagai blogger dan juga sebagai seorang pelajar . Yeay , tepuk tepuk !

SATU
Apa pandangan anda tentang blog Loqman Hakim ?
Blog Loqman Hakim , hmm blog dia sentiasa terupdate dengan cerita semasa . Lepas tu blog dia ada 900++ follower . Whoaahhhhh :O mesti rajin berblogwalking ohh cikgu nehh .

DUA
Boleh ceritakan pasal blog anda ?
Blog aku takde benda ahh dooo . Blog aku bosannn . Aku selalu cerita pasal diri aku , pasal apa yang berlaku sekeliling aku . Ohh kalau kau orang nak tau , ini adalah blog aku yang ketiga . Aku dah bnyak kali delete blog , then buat baru . Semua ni gara gara anasir jahat kat luar sana tuh . HAHA tu jelah .

 TIGA
Tujuan utama anda berblog ?
Sebab nak isi masa lapang , masa aku banyak terbuang macam tu je . Sejak aku berblog , masa aku terisi lah jugak . Ilmu didada pun makin bertambah . Banyak blog yang berinformasi kat Malaysia ni . Selain tu dapat kenal ramai kawan baru dari serata negeri :) .



. segmen jom berkenalan .

Okay , aku ditag oleh seseorang untuk buat entry ni . 
Aku di tag oleh Silent Thinker , dan segmen ini dianjurkan oleh Loqman Hakim . Terima kasih ! XD
Syarat-syarat ;

1. Buat entry bertajuk ' Segmen Jom Berkenalan ' .
2. Paste banner segmen jom berkenalan dalam entry anda dan link kan ke entry ini .
3. Jawab 7 soalan berikut ,
  • Apakah status anda ?
  • Ceritakan tentang diri anda ?
  • Ceritakan tentang blog anda ?
  • Apa pandangan anda tentang dunia blog ?
  • Nasihat anda kepada rakan rakan anda yang baru nak buat blog ?
  • Nyatakan keunikan yang terdapat dalam blog anda ?
  • Sampai bilakah anda akan menulis blog dan apakah impian anda dalam dunia blog ?
4. Tag 4 orang rakan blogger anda .
5. Linkkan entry anda ke ruangan komen .
6. Tarikh tutup sehingga 3 Januari 2011 .

-------------------------------------------------------

So ;


1. Tajuk entry DAH .
2. Letak banner DAH .
3. Jawapan bagi setiap soalan 
  • Status aku sendirian berhad .
  • Tentang diri aku . Nama aku Fadhlina 'Afifah . Umur hampir menjangkau 19 tahun . Masih belajar dalam tahun pertama di Taylor's University mengambil jurusan architecture . Aku suka social networking , shopping , muzik , architecture dll . Aku tidak peramah , harap maklum .
  • Tentang blog aku . Warna tema blog aku hitam putih dan merah . Kalau nak tahu pasal aku , bacalah blog aku . Sebab aku banyak bercerita apa yang jadi dan apa yang aku nampak kat persekitaran aku . Sometimes aku akan kritik dan sometimes aku akan puji . Kalau rasa tercabar dengan apa yang aku tulis , tolong fikir dua kali . Ada aku jemput kau datang tak ? So , haaa haaaa fikir lagi okay .
  • Pandangan tentang dunia blog . Blog bukan untuk orang yang takde life okay . HAHA sebab kiteorang ada lifelah , kteorang tulis blog . :) Blog ni seronok , aku boleh jadi diri aku sendiri bila berblogging . Tapi blog bukanlah untuk kita aibkan orang , kita kutuk orang , kita maki hamun orang , ohhh itu sama sekali bukan . Salah cara tu sebenarnya . Blog ni cuma untuk bagi pandangan , nak kongsi pendapat , nak kongsi cerita . Itulah berblog . 
  • Nasihat kepada rakan yang baru nak buat blog . Kalau kau orang ada problem dengan cara nak uruskan blog ni , korang tak perlulah segan silu tanya dekat aku . Amat dipersilakan . Ohh paling paling utama dalam berblogging tolonglah jangan jadi COPYCAT . Bila tengok orang buat macam ni , kau pun nak buat macam ni , bila kau tengok orang cerita pasal tu , kau pun cerita pasal tu . Sebijik bijik plak tu samaaa . Tolong jangan , blogger paling benci COPYCAT . Aku lagilah benci . Siapa yang buat tu memang nak kena maki hamun lah dengan aku kann .
  • Keunikan blog aku . Ahh takde apa pun yang unik cuma apa yang aku tulis dalam blog ni seratus peratus lahir dari dalam hati aku . Itulah uniknya , hati tidak pernah menipu .
  • Aku akan tulis blog sampai ketitisan darah aku yang terakhir . Kau proteslah macam mana pun , kau bencilah macam mana pun kat blog aku , aku takkan sesekali berhenti . Aku akan terus menulis sampai aku mati . Impian aku dalam berblog ialah , aku nak sekurang-kurangnya aku boleh dapat buat sedikit , eh takk , banyaklah kalau boleh , pendapatan atau duit dalam dunia berblog ni . Mungkin buat blogshop ke , siapa tahu kan . :)
4. Tag empat orang ,
5. Link entry ke ruang komen DAH .
6. Tarikh tutup ada 5 hari lagi .


20101228

. Nikon D90 .

Kenapa dengan Nikon D90 ? Ada apa dengan Nikon D90 ? hurmm

Aku ... aku nak beli Nikon D90 ni . Seriously , aku tak tipu . Aku nak beli . Aku nak kumpul duit sendiri dan aku nak beli Nikon D90 . Final decision . Aku dah survey lebih 3 jam dah pasal Nikon D90 ni dan aku rasa beginner macam aku yang tak pro ni patut beli Nikon D90 . Harga lebih kurang RM 3500 ke RM 5000 . Ini yang paling latest lah yang aku tau . Tak sure lah pulak kalau harga dia tiba tiba naik melambung tinggi , takpun tiba tiba turun jatuh menjunam ke kan . Kalau jatuh menjunam ALHAMDULILLAH la kan . Kalau tak , ikhtiar banyak banyak . hahahha



Okay okay next step lepas ni , nak kena pergi tempat tempat tertentu untuk survey harga terkini . RUJUKAN

Tadi aku buat survey dekat website website kat bawah ni .


Aku ada terbaca pasal fisheye jugak . err Nikon D90 ni pun ada fisheye sebenarnya tapi kena pandai ubah sini ubah situ lah . At least ada kan , tak hebat pun tak pe . Aku kan beginner , bukan pro .

Ohh ini website flickr yang aku jumpa , dia tangkap gambar guna Nikon D90 . Lawaaaaa weh :) Flickr

Nikon D90


Ohhh Nikon , tunggu aku datang ye . Aku nak beli kau . 
Fuh , tak sabarnya nk kumpul duit . Tak sabarnya nak pegang kau . 
 HAHA

20101227

. Rantai Art Event tahun ni kurang menyengat .


Hari Sabtu lepas aku dengan dua orang kawan aku pergi Rantai Art Event . errrr tak best lah seriously . Sebab maybe diorang dah tukar tempat ? hmmm .. Macam tahun tahun lepas , aku takdelaah pergi event ni tapi aku pernahla jugak survey survey website tengok gambar gambar event ni . Padatlah jugak orang . Booth pun banyak . Sebelum ni diorang buat kat tempat lain , tahun ni baru dorang ubah ke sini . Dahla yang ni cam sikit je , tak ramai datang . Ohhh maybe sebab masa aku pergi tu time krismas kot . Entahlaaa ..

So , lokasi kali ni dekat belakang Balai Seni Lukis Negara . Belakang tu kecik jee , so booth pun sikit . Hurmm .. Ada performance dari band band jugak , tapi start lewat 2 jam dari waktu yang ditetapkan . Haihh tapii nasib baik kek diaa sedap ! Ada banyak jual kek , cupcake kat sana . Ada jual harem pants . Aku nakkk harem pants tu tapi err duit tkde soo haha control control .

Itu kek coklat yang aku beli . Sepotong RM 2 je wehh . Huwaaaa aku nak lagi ..

 Kalau nak diikutkan hati , nak je aku borong semua . Slurpp ..

Comel kan ? Kreatif kan ? Aku tak sure ape benda ni , tapi macam kotak susu yang jual kat kedai kedai .

 Ini penanda buku .

 Eh gambar ni comel la :) ihikss .

 Makan je kerja aku , haaaaa haaaa ngaap
GE-MUK

Okayhh gambar semua hasil ehsan kamera Eqa , captured by Amani . Tapi pelik apesal gambar Amani banyak takde . hmmm eqa simpan kot . Okay okay itu je . Chow ~~

20101226

TAYLORS OPEN DAY !

Ada banyak benda ni nak bagi tau pasal Taylor . Bukan Taylor Lautner ye , tapi Taylor's University . Jom jom baca , lepas tu datang lah sini memandangkan korang takkan rugi apa apa punn . SERIOUSS ! Rujuk sini , Taylors Open Day .

Pemandangan menghadap Commercial Block serta tempat parking di Taylors  .

Block  A , B dan Outdoor Amphitheater .

Pemandangan Block C , D dan E , kebanyakkan kelas terletak di sini .



2 . KEMUDAHAN DI TAYLOR'S UNIVERSITY . 

Kemudahan Awam
  • Student Central
  • Enrollment & Admission Centre / Waiting or Counseling Room
  • ICT Helpdesk
  • Counseling and Psychological Services Centre
  • Surau
  • Library Services
  • Centre for Research & Development
  • Sports & Recreation Centre
  • Sick Bay
  • Commercial Block
  • Hostel
  • Enterprise Corridor
  • MPH
  • Lecture Theatres
  • Teaching & Language Centre

Kemudahan akademik
  • Graduate School
  • Anatomy Laboratory
  • The Gallery & Critique Room
  • Design Studios
  • Drawing Room/Printmaking Room
  • Photo Studio
  • Audio Recording Studio & Audio Editing Laboratory
  • Engineering Laboratory
  • Restaurants
  • Wine Lab
  • Computer Labs
  • Moot Court


Antara rak rak buku yang terdapat di library . Terdapat baanyak jenis buku yang terdapat disini dari kamus sehinggalah bacaan bacaan biasa .

Pintu masuk dan kaunter utama di dalam library . Library ini hanya akan dibuka dari hari Isnin sehinggalah Jumat pada pukul 8.00 pagi – 9.00 malam . Pada hari Sabtu ia akan dibuka dari jam 8.00 pagi – 5.00 petang , dan ianya ditutup pada hari Ahad .

Persekitaran Library di Level 2 .




Banyak tempat duduk disediakan untuk kemudahan pelajar pelajar di universiti ini .

Library ini dilengkapi dengan bilik berpenghawa dingin dan mempunyai 4 tingkat kesemuanya bermula dari Level 2 sehinggalah Level 5 .

Library ini turut menyediakan beberapa kemudahan seperti bilik bilik perbincangan , bilik yang dipenuhi komputer , tempat photostat , printing , mesin meminjam buku dan semuanya boleh digunakan oleh pelajar .

Ini adalah Lecture Theatre , iaitu tempat dimana lecturer akan memberi ceramah ataupun mengadakan kelas . Lecture Theatre ini dilengkapi dengan kerusi yang selesa , projektor dan pemandangan yang berlatarbelakangkan tasik yang begitu mengagumkan . 

Terdapat sebanyak 20 Lecture Theatre di kolej ini dimana 2 lecture theatre nya dilengkapi dengan 300 tempat duduk . 5 lecture theatre lagi dilengkapi dengan 200 tempat duduk dan 100 tempat duduk bagi 13 lecture theatre yang lain .

Ini Recezz , iaitu food court .


Food court ni macam kantin . So masa ada break antara pukul 12tgh - 1ptg kebiasaanya pelajar akan datang sini dan makan . Banyak kedai baru bukak , sedap sedap pulak tu .  Dari makanan kampung , makanan biasa sampai lah makanan korea/jepun . Lagipun takdelah mahal sangat harga dia , quite okay .

Aku makan Penang Char Kuey Tiow inilah hari tu and it is soooo delicious . SERIOUSLY . Aku sampai rasa mengidam pulak nak makan char kuey tiow sekarang , :) hehe

Ini pulak apa entah , tapi one of my friends makan . Tapi still Char Kuey Tiow tu memang pergh sedap !:D

Ohhh lupa pulak , selain Recezz adalagi tempat makan lain . Taylors ni besar kan so tak adil lah kalau ada Recezz je . Selain Recezz kedai makan kebanyakkannya terdapat di Commercial Block antaranya Starbucks , Old Town White Coffee , Bread Story , Grub Bistro , Famous Amos dan masih banyak lagi makanan baru yang still on-the-way nak di buka . Di Commercial Block bukan setakat ada kedai makan je , kedai gunting rambut , kedai majalah , kedai buku , kedai hadiah cakap je lah , semua ada.

Di sini , makanan sudah semestinya tidak menjadi masalah kerana pelajar pelajar Hospitality, Tourism and Culinary Arts menguruskan hampir 5 buah restaurant iaitu Truffles , Thyme , Tarragon , Tangerine dan Temptation .



Ini adalah bilik yang digunakan oleh pelajar Hospitality, Tourism and Culinary Arts untuk membuat ujian di hadapan kelas . Walaupun duduk di bahagian belakang , tv telah disediakan oleh Taylors untuk memudahkan kita melihat apa yang sedang berlaku .



Terdapat lebih kurang 5-10 dapur di sini . Setiap restaurant menggunakan dapur yang berbeza –beza . Di sini , terdapat beberapa jenis restaurant iaitu Thyme Restaurant , Truffles Restaurant dan Tangerine Restaurant .


TRUFFLES RESTAURANT

Persekitaran di dalam Restaurant Truffles .

Arak juga turut disediakan .
 THYME RESTAURANT 

Persekitaran di dalam Restaurant Thyme . Makan dekat di sini sedap . I’ve tried before . Cuma RM10 sahaja untuk seorang . 

Pelajar Taylors akan menjadi pelayan di restaurant restaurant di sini . 
TANGERINE RESTAURANT


 Tempat ni macam bar sikit .


Yang ni bukan restaurant ye , ini wine laboratory atau dalam bahasa melayunya makmal arak .



Moot Court
Ini adalah court yakni mahkamah dan selalunya digunakan oleh pelajar pelajar Law


Tempat duduk bagi tetamu yang hadir .


Ini adalah keistimewaan terutama yang ada di Taylors iaitu MAC LAB ! Di Taylors ada sebanyak 4 bilik yang dipenuhi oleh 30-35 komputer Mac , boleh digunakan oleh semua pelajar Taylors pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat, dari pukul 8.00 pagi sehinggalah ke pukul 6.00 petang .


Penggunaan Mac Lab ini adalah percuma tapi wajib jadi pelajar Taylors barulah boleh guna , sebab kena ada password . Selain Mac Lab , kat sini ada jugak Computer Lab , macam komputer biasa . Lebih kurang 20 Computer Labs ada kat Taylors ni . Penggunannya semua percuma . IMPRESSIVE kan ?

Selain MAC LAB , Student Life Central juga adalah antara yang menarik di sini ! Student Life Central ialah tempat dimana pelajar pelajar boleh bersantai sambil bermain pool , ping pong , bermain gitar sambil menyanyi , foosball . Banyak juga permainan card ada disediakan disini . Ini adalah tempat untuk pelajar berhibur dan merehatkan minda , dekat university lain ada ke disediakn tempat macam ni ? Mana ada , kat sini jer . XD

Bagi pelajar yang beragama Islam , di sini ada disediakan surau bagi lelaki dan juga perempuan . Surau ini sentiasa dibuka 24 jam , so senanglah untuk pelajar singgah dan menunaikan tanggungjawab masing masing .

Bagi pelajar yang memandu , tempat meletak kereta ada disediakan . Beberapa kawasan lapang telah dibuka untuk memudahkan pelajar meletakkan kenderaan dan pastinya ia adalah PERCUMA ! :D Selain di kawasan lapang , pelajar juga boleh meletakkan kenderaan di bahagian basement . Terpulang lah , kerana siapa cepat dialah yang dapat . ;)
Sebenarnya ada banyak lagi kemudahan dekat sini , tapi nanti entry ni akan jadi sangat sangat panjang . Takut takde pulak yang nak baca nanti .

So continue with the school ,


3 . NAMA SEKOLAH

Ada banyak School dekat Taylors ni , antaranya ;
  • School of Architecture Building and Design
  • School of Biosciences
  • Taylor's Business School
  • School of Communication
  • School of Computing and IT
  • The Design School
  • School of Engineering
  • School of Hospitality , Tourism and Culinary Arts 
  • Language Centre
  • Taylor's Law School
Tapi dalam banyak banyak ni aku hanya pilih satu je dan THE ONLY ONE lah kan of course which is SCHOOL OF ARCHITECTURE BUILDING AND DESIGN (SABD) . XD 

Aku pilih School ni sebab aku teramat amatlah meminati bidang Architecture .  Disebabkan kategori Architecture ada di bawah school ni , so I chose this school !





4 . SCHOLARSHIP YANG DITAWARKAN 
Pernah dengar tak Bumiputera punya scholarships ? Kalau tak pernah dengar , Bumiputera scholarship ni sebenarnya scholarship untuk Bumiputera lah . HAHA 
Siapa Bumiputera ?
 
Bumiputera ialah KITA . Aku engkau , engkau dan engkau yang tengah baca blog ni . Maksudnya rakyat Malaysia-lahh . ahahaha So if kau Bumiputera dan kau sangat dan teramatlah minat nak masuk Taylors , kau akan serta merta dapat scholarship ! YEAY !!


Kau akan dapat free tuition waiver sebanyak RM4 000 . Banyak kan ? Maksudnya kalau kau join Foundation in Natural and Built Environment macam aku , dan yuran kolej kau ialah RM19 000 iaitu untuk satu tahun yang bersamaan dengan dua semester , kau hanya perlu bayar 15 000 je lah . Sebab lagi RM4 000 dah potong kan ? Haaaa apalagi , scholarship ni boleh digunakan untuk semua course yang ada kat Taylors dengan syaratlah of course XD


Selain Bumiputera punya scholarship , ada lagi scholarship lain . Why dont you come here and find it yourself ? Lagipun seorang pelajar hanya boleh guna satu scholarship je . Tak boleh lebihhh . So , cukuplh if just guna Bumiputera punya scholarship kann ?






5 . PROGRAM YANG DITAWARKAN OLEH SCHOOL OF ARCHITECTURE BUILDING AND DESIGN (SABD)


Memandangkan aku under SABD , so ini program program yang akan aku tempuhi ;

Foundation in Natural and Built Environments * i'm currently doing this
Bachelor of Science (Hons) (Architecture)  OR
Bachelor of Quantity Surveying (Hons)





6 . KEMUDAHAN SCHOOL OF ARCHITECTURE BUILDING AND DESIGN (SABD)

The Gallery and Critique Room.


Sebelum ni , course aku pernah buat exhibition kat sini . Exhibition and charity , kteorang kena cipta sesuatu menggunakan barang barang terpakai . So , kteorang gunakan ruang ini lah , The Gallery and Critiue Room .

Ruang ini digunakan untuk memaparkan karya karya yang dihasilkan oleh pelajar Taylors yang mana turut menyumbang ke arah perkembangan pelajar . Melalui ini , pelajar junior telah disediakan kemudahan untuk melihat hasil kerja yang  telah dibuat oleh pelajar senior dengan harapan mereka akan melakukan perkara yang telah dijangkakan akan mereka buat apabila mereka menjalani course yang sama nanti .
 








Apabila hasil kerja ini dipamerkan kepada umum , pelajar pelajar lain digalakkan untuk memerhati dan memberi maklum balas . Maklum balas yang diberikan akan sedikit sebanyak membantu pelajar pelajar SABD . Memandangkan akan ada maklum balas yang berbeza daripada umum , jadi akan memudahkan lagi pelajar memahami keperluan pengguna .









Design Studios .





Studio ini diwujudkan untuk kegunaan pelajar Taylors mereka , memaparkan dan membincangkan design kerja secara individu mahupun secara berkumpulan . Pelajar akan mendapat design review daripada lecturer dan profesional .

















Selain itu studio ini juga digunakan sebagai platform untuk pengajaran dan pembelajaran secara teori , sejarah , profesional dan teknikal .














Antara hasil kerja pelajar architecture ialah






















7 . KENAPA PERLUNYA MEMILIH SABD ?


  • Mempunyai rekod bertahan yang sangat lama iaitu selama 10 tahun . SABD mempunyai seramai 1000 siswazah sejak penglibatannya pada tahun 1998 .
  • Dua range program yang bagus iaitu ; architecture dan quantity surveyor .
  • Mempunyai pengenalan yang luas di lebih 15 universiti di Australia , New Zealand dan United Kingdom .
  • Perancangan Peringkat Antarabangsa di Universiti Melbourne .
  • Kurikulum yang seimbang antara teori dan praktikal .
  • Mempunayai pusat kajian yang aktif .
  • Fakulti yang berdedikasi . Mempunyai ahli fakulti yang mahir dalam bidang ini untuk menyediakan kemudahan pembelajaran dan pengajian .
  • Mempunyai hubungan industri yang kuat , iaitu mendedahkan pelajar mengenai cara sebenar ketika di alam pekerjaan nanti .
  • Kemudahan awam yang berkualiti .
  • Kemampuan siswazah Taylors selepas tamat belajar amat berguna .
So for me as an achitecture student , aku akan cakap yang if korang datang sini and study architecture dekat sini , seriously i'll say ITS QUITE FUN ! Segala assignment , projek , yang diberi oleh lecturer memangla agak tough , susah tapi lepas korang dah siapkan and submit projek / assignment tu , nanti korang akan rasa yang namanya kepuasan .


In Foundation , assignment dengan projek tak semestinya berkenaan dengan buat model or sketching tapi mempengaruhi semua . Korang akan dapat assignment pelik tapi at the same time menarik ! Relationship antara kawan kawan between architecture and quantity surveyor pun really really close like families .




8 . YANG MENARIK DI TAYLORS KETIKA HARI TERBUKA


HOT AIR BALLOON !


OMG , kau kena datang sini lepas tu rasa sendiri betapa bestnya naik belon udara panas ni . Sebab aku sendiri dah naik , its like whooahhhh :O fun but too high ! haha gayat . and the best damn part is ITS FREE ! Sunday , 19 dec gonna be the last day for this hot air balloon thingy will be here .




TAYLOR'S UNIVERSITY . THE ONLY WAY IS UP
Hot air balloon , you can see the fire !




View if you look up ,
This is Samantha , my new friend.


































CAMPUS TOUR !


Damn tired wehh , but its worth it ! Sebab , you know what .. aku tak pernah tengok banyak tempat selama aku study foundation kat sini . Tapi rupa rupanya whoooahhh its quite COOL dekat sini . Banyaklah tempat but i'll just tell you guys a few la haaa . Banyak sangat kalau nak tulis , entah entah esok pun belum habis XD


Hotel .








Ini adalah hotel yang akan digunakan bagi course Hospitality and Tourism . Hotel ini sepenuhnya diuruskan oleh pelajar dari segi mengemas , mencuci , menyambut tetamu , semuanya lah . Hotel ini dilengkapi dengan television Panasonic yang mana television ini menyiarkan semua channel yang ada kat dunia ni . Cool kan ?


Gambar yang ada kat atas tu semuanya antara hotel yang ada . Bayaran kalau nak menginap kat hotel ini dalam lingkungan RM190 - RM220 . Orang luar pun boleh menginap dekat sini .
Hotel ni ada dress code , tapi dress code dia tak macam sekolah . Dresscode nya ialah Levi's brand . So kiranya boleh pakai jeans dalam ni . ;) Tapi hotel ini tidak akan dibuka selagi March 2011 . Kalau nak book hotel ini , boleh je .

Multi-purpose Hall .



Ini lah Multi-puprpose Hall (MPH) , dewan pelbagai guna . Selalunya dewan ni akan digunakan untuk pelbagai acara , macam parti , prom , talk , dan banyak lagi . Exam pun sometimes buat kat sini jugak , luas .

Tapi masa Hari Terbuka , dewan ni dijadikan booth . Ada banyak booth untuk setiap course dan sesiapa yang datang boleh bertanya macam macam tentang course yang korang berkenan . 


SO THATS IT !
Tak rugi kalau korang datang belajar kat sini .
Tak semestinya Hari Terbuka je , hari biasa pun boleh . 
Bagi sesiapa yang berminat , jangan lupa mengunjungi 
Taylor's University Campus Day dari 8 Januari dan 9 January 
jam 10 pagi sehingga jam 5 petang .
Apalagi , cepat cepatlah datang :D
Jangan lepaskan peluang !


Untuk mengetahui lebih mengenai kelebihan Taylors KLIK SINI 
Untuk ke laman web rasmi Taylors KLIK SINI
Untuk jadual Career Talk KLIK SINI
Untuk ke acara facebook KLIK SINI 

p/s : Gambar gambar di blog ini adalah sumbangan daripada feeqsays dan samantha .