20101223

. RM150 untuk 14 hari .

Weh , bosan bosan bosan sesangat . Semalam aku ke IKEA , errrr for the first time jejak sana . Perabot semua senget senget , ihiks . Aku biasa dah pergi The Curve , tapi IKEA tak pernahh . Kenapa IKEA dari luar nampak besar gila tapi dari dalam nampak sempit jeee .. ? Hah lagi satu , semalam makan meatball dengan kepak ayamm . Orang kata meatball kat sana sedap , tapi aku rasa biase je , cuma sos dia tulah yang sedap . Ada rasa cheese sikit sikit . ;) Selain tu ada makan Penang Char Kuey Tow dekat food court kolej ! Ahahaha aku gi kolej semalam , lupa pulak nak bagi tau . LOL , mengidammm ... Lepas tu minum dekat Chocolate punya tempat , pun sedapppp . Then malam tu pergi lepak kat mana tahh sampai pukul 11.30 then balik . Haihhh
 


RM150 untuk belanja 2 minggu . Whataya thinking ? Satu minggu ada 7 hari dan dua minggu of courselah ada 14 hari . RM150 untuk 14 hari . Aku ditinggalkan oleh ibu dan abah dan RM150 jadi bekalan . Adik aku pun RM150 , maid aku pun RM150 . Diorang punya duit dah habis . Aku punya ada lagi . Nasib baik aku tak pergi MV tengok movie , tak pergi TS untuk shopping , tak beli makanan kat kedai makan . Apa yang aku buat cuma duduk kat rumah dan simpan duit . Tapi RM50 dah melayang sebab ganti duit kawan . Lagi RM50 melayang sebab tambang nak pergi kolej masa ada Open Day kat Taylors . Tinggallah RM50 , dan sekarang ni masih ada 4 hari sebelum abah dengan ibu balik . Rasanya cukuplah tu kan . Lagipun aku belum dapat lagi gaji pertama aku ni XD . Hahhahahaha tk sabar wehhh ,


Aku tengah gila duit sekarang . Kalau boleh nak je aku pergi jalan TAR lepas tu beli lah apa apa kain yang RM10 tuhh , then belajar menjahit semula . Praktikkan balik apa yang aku pernah belajar dulu . Kalau nak diikutkan , memang aku nak pergi sekarang . SE-KA-RANG . Tapiii , kerja yang kat rumah ni pun belum siap . Ada hati nak start buat kerja lain , hampehh bullshits , sebab menjahit boleh tambah pendapatan akuu . wuuu . Jiran aku dah start tanya dah . Fida pun dah start tanya aku kalau aku boleh jahit baju kurung untuk dia . Kalau aku terima , berapa ringgit dah aku boleh dapat . Dia nak 2 pasang ke 4 pasang tahh semalam . Perghhh duit duit duit . I need money . Kalau satu baju aku jahit RM70 , kalau dua dah boleh dapat RM140 . Itu kalau kain cotton . Cuba kalau kain licin , mahal lah lagi upah dia . Kan ? hmmm

Semalam bila pergi kolej , aku nampak beberapa senarai nama yang tak bayar yuran penuh . hmm kenapa Taylors kejam sangat sampai tayang nama nama diorang kat khalayak umum cenggitu ? Tak bagus lah untuk diorang . Patutlah lelaki tu kerja dekat Borders , dia perlukan duit . Hmm aku patut bersyukur , ibu abah aku bayar yuran aku . Orang lain support duit kolej tu dengan duit sendiri . Tiga orang yang aku kenal pun bayar yuran kolej guna duit sendiri . Yang aku ? Tk habis habis nak menghabiskan duit ibu abah aku . Hadoyhh . Tk guna punya anak . Menyusahkan mak bapak . Itupun masih nak mintak duit diorang lagi . Aku sepatutnya dah tau earn duit aku sendiri . Aku dah-ke-nak 19 tahun dah niiii . Sila bukak mata tu luas luas pah . 


HAPPINESS IS EXPENSIVE 
o yeaahh



2 comments:

Artzlizan said...

selagi ada mak ayah...gunakan sebaiknya... ;)

fadhlinaafifah said...

tapiii kesian diorg kerja teruk .