20101230

. TITIK .



Hari Khamis .
Jam 3.34 pagi .


Mata ni patutnya dah lelap dah sekarang . Lub dub Lub dub jantung ni tunggu ketibaan tahun baru . Tiap tiap tahun mesti macam ni . Dua tiga hari sebelum tahun baru , duduk dah tak keruan . Azam dah bertimbun , siap beratur lagi ni haaa dalam kepala otak minta dilaksanakan satu persatu . Fuhh , satu saat , dua minit , tiga jam , empat hari opsss terlebih . Tak sampai lah empat hari . Ni dah kurang dari sehari dah ni . Entah apa yang aku tunggukan sangat tahun baru ni pun tak taulah . 

Rasa-rasanya aku menanti untuk diajak keluar . Diajak berhibur , diajak berjalan , diajak kemana mana jelah asalkan namanya KE-LU-AR . Ohhh tak mustahil jugak kalau tahun baru ni sama macam tahun tahun lepas . Biasanya tahun tahun lepas , bila malam tahun baru je masa nak kira detik jam 12 malam , aku akan duduk dekat ruang tamu depan dan tengok TV . Aku takkan tidur selagi belum tepat jam 12 . Bila mercun bunga api dah mula menceriakan suasana malam , mulalah aku nak keluar rumah tengok warna bunga api yang letup sini letup sana tu , tersenyum aku sendiri . BANGGA . Lepas tu aku akan nyanyi satu lagu untuk diri sendiri . Then masuk rumah , layan lah TV tuu kalau ada cerita menarik . Kalau takde , aku akan masuk tidur , air mata pun mulalah setitis setitis keluar dari kelopak mata . :')

Kalau siapa kenal aku , mesti dia tahu kenapa asal malam tahun baru je mesti menitis air mata aku , asal tahun baru je , mesti mengalir . Kalau kau kawan aku , mesti kau tahu . Kalau kau kawan aku , mesti kau tau lagu apa yang aku nyanyi bila malam tahun baru . Kalau kau kawan aku lah ,

Kalau tahun baru yang akan datang ni takde orang ajak aku keluar , gamaknya sorang soranglah aku . Kali ni aku tak kira , aku tetap nak keluar pergi mana mana . Kalau tak berteman , kurang-kurangpun aku sorang dah cukup . Teringin nak buat something yang aku tak pernah buat . Teringin nak pergi tempat yang aku belum pernah pergi secara berseorangan . Kalau boleh sesat ke mana mana pun bagus jugak . Baru adventure , barulah aku akan ingat sampai mati . Kan ?

Sebenarnya aku nak senaraikan ups and downs aku sepanjang 2010 ni tapi errr , HAHA aku banyak lupa . Dah memang sebenarnya aku tak nak ingat apa apa pun . Blog ni akan sentiasa ada untuk aku imbau apa yang pernah berlaku satu masa dulu . Satu hari nanti aku pasti , teramatlah pasti yang aku akan tekan ' older posts ' dan baca setiap entry yang aku tulis sendiri . Masa tu nanti , mula lah aku nak menangis , nak rindu , nak gelak , nak rasa bodoh dengan apa yang aku pernah buat . Haaa masa tu lah ,

..... dot dot dot

Lerhh entry hari ni macam terpanjanglah pulak . Tapi kenapa aku rasa macam pendek je entry ni . Ohh lantakla , janji aku update . Hurrrmm , sebelum 2010 melabuhkan tirai . 
  • Izinkan aku untuk berterima kasih kat abah ibu abang kakak adik beradik kawan kemawan musuh musuhan yang dah buat aku gembira sepanjang tahun 2010 ni .TERIMA KASIH banyak banyak . 
  • Izinkan jugak aku untuk meminta maaf secara terbuka kepada semua yang dah aku lukakan hatinya secara sengaja mahupun tidak sengaja sepanjang tahun 2010 ni . MAAF kan aku . 
Biarkan tahun baru nanti bermula dengan hati yang suci lagi murni . Biarkan apa yang berlaku di tahun 2010 , kekal di tahun 2010 . Tak perlu tergedik gedik ikut sampai ke 2011 . 2011 itu masih suci , belum mahu dikotorkan lagi .

Cukup kiranya coretan aku tertitik disini , 
Esok mungkin ada lagi , mungkin tidak .


2 comments:

Ezzatul Ameera said...

"2011 itu masih suci , belum mahu dikotorkan lagi"


wakakak like statement yg ini!

fadhlinaafifah said...

:) ahahaha thanks NEA .