Showing posts with label ME AND MYSELF. Show all posts
Showing posts with label ME AND MYSELF. Show all posts

20120109

Sounds stupid, I know.

So, I have this one dream.. yup again.

About a guy who did something in front of I dont know, might be his friends or might be my friends I don't know, but he did something. He sat beside me and without noticing it he said something to me. I remember what he said, each and every words. I can see his face clearly. So clear. But sadly I don't know who is he, his name, his age, and why he appeared in my dream.


That is like what . . the best feeling ever in my whole life?

He said something that totally haha, no one ever said that to me neither in front of me or in front of a group of people like that.


But sadly, it only happens in my dream. Stuff like this, cute things like this, only happen in my dream. Stuff that I-don't-dare-to-do-it-in-reality, stuff that I-won't-experience-in-real-life will only happen in my dreams.

Sounds stupid I know.
You can say whatever you want to say. Its not like you are experiencing it. Its me. It is me who experiencing it and it feels like i don't know how to describe it. The words are so beautiful. So so beautiful.

A face of a guy that i'll never ever forget. Does he exist in the real world?
lol HAHA


20120108

Aku ni perempuan, dan aku tak tahu beza minyak enjin dengan petrol. Takyah aa marah. Duhh

Aku ni perempuan k. PE-REM-PU-AN. Jadi ada sesuatu yang jadi tadi yang buat aku rasa tak adil untuk lelaki yakni abah aku, marah aku sebab aku ni perempuan. Even adik aku yang lelaki pun bela aku.  

Disebabkan ketidakpuasan hati aku maka,


Dan jawapan dari mereka sang perempuan, 
 dan SEBENARNYA cerita dia cam ni ..
minyak kereta habis - aku call abah - tanya apa nak buat - abah marah - aku dengar - aku tanya lagi apa nak buat - abah marah lagi - aku letak fon - aku matikan fon - dahla stress minyak takda - nak marah marah pulak - benganglah aku - buat keputusan sendiri - jalan kaki pergi stesen minyak - tanya orang mana minyak untuk kereta - beli - pergi kat kereta - tuang sendiri - masuk dalam kereta - on enjin - still tak boleh - call kawan - tanya itu ini - call adik suruh amik - adik datang - amik aku - balik rumah - kereta tinggal - malam - abah datang kat kereta - try on enjin - tak boleh - aku tunjuk minyak yang aku tuang - abah kata itu minyak enjin - dia gelak - adik aku gelak - aku tak faham apa diorang cakap - aku tuang minyak enjin - padahal kena tuang petrol - gelak gelak - masa nak balik - abah tanya - selalu kalau kakak tak tahu apa apa kan kakak selalu tanya abah - aku jawab - kakak dah call tadi kan, abah duk marah marah kakak off lah fon - so bertekak kat situ - duhh - abah membebel lagi - sebab kena keluar duit untuk cuci balik kereta aku - dalam hati aku - lain kali marah la aku lagi - aku memang suka - aku suka buat keputusan sendiri bila dah kena marah - aku memang - suka - tadi aku dah call - siapa suruh marah - haa - dari elok elok boleh bayar RM10 kan dah kena bayar RM1000 - haa -


So aku memang langsung tak tahu apa beza minyak enjin ngan petrol. Sumpah. Daripada apa yang aku dapat faham, minyak enjin tu minyak hitam, kan? Petrol tu warna macam minyak masak, kan? Haa meh sini nak bagi tahu, minyak yang aku tuang kat kereta tadi warna dia macam minyak masak, tapi kat atas packaging botol tu ada tulis perkataan engine oil. So, cerrr bagi tahu aku apa sebenarnya yang aku beli tadi tu????

 Oleh sebab ketidakpuasan hati aku lagi, aku tweet,
Lepas aku tweet benda kat atas ni tadi, adalah makhluk Allah pergi tweet "kitorang lelaki tahu apa beza pedicure dgn manicure. perempuan perlu lebih bijak kalau nak tunjuk perbezaaan". Aku memang terasa gila babeng ah dia kata macam tu weyyyy. EEEEEEIII Okay -_____- , lantak korang lah. Yang pasti aku memang tak tahu apa beza minyak enjin dengan petrol tadi, jadi aku rasa tak adil untuk abah aku habis - habisan salahkan aku sebab masukkan minyak enjin dekat dalam tempat petrol. Grrrr, tapi sekarang dah tahu lah :P Okaylah tu je.

.
.
.
.
.
.
.

EEEEIIII tak puas hatilah pulak mamat tu reply tweet aku macam tu, eeeeeiii. Memanglah dia lelaki, dia tahu, tapi bukan semua lelaki tahu pasal tu kan kan kan. Aku nak bagi hint, tu je. Point yang cuba aku sampaikan ialah bukan semua lelaki tau pasal stuff perempuan, dan bukan semua perempuan tau pasal stuff lelaki. Itupun jadi problem eeeeeiiii. Fuh fuh. Okay dah. Fullstop.

20120107

Ikan Siakap Masak Kukus Serai versi kak pah.


Nak masak Ikan Kukus Serai biasanya kenalah ada ikan yang dah dikukus, then macam yang korang boleh nampak kat atas, bawang merang, bawang putih, cili api, cili merah, daun ketumbar, halia dan serai. Kalau nak ikut resepi versi aku, aku guna air asam jawa, lepas tu pakai minyak sikit masa masak *tak pakai pun takpe and jangan lupa pulak garam. Ada certain masakan pakai sos ikan tapi aku tak pakai sebab err aku nampak semua macam packaging orang cina jadi aku risau, so aku tak pakai.

1. Panaskan minyak sikit je. Tumis bawang.
2. Letak air asam jawa, then baru masukkan semua bahan bahan tadi.
3. Tambah garam kalau perlu.
4. Baru masukkan ikan,

DANNNNNNNNN....

SIAP!


Ini aku baru masak kejap tadi atas permintaan abah. Aku rasa macam terlebih pedas. Tapi tak kesahlaa, dulu pun aku masak cam ni jugak. Ini kali kedua. So yup, selamat menjamu selera. =)


20110918

Aku tak ada lah brutal mana,

Aku terpaksa hidangkan telingaku
dengan lagu - lagu indah,
Agar jiwaku tenang yang tak berhenti
bergetar,
tiap kali namamu ku bisikkan,
Aku bayangkan,
Aku gambarkan.

Oh, kamu yang seseorang,
Juga sesuatu.
Melodi ini mengangkat aku ke ruang
imaginasi,
yang indah, tapi parah.
Melambung, melayang.
Semata untuk bayang matamu.

Sial, cantik sepasang itu!

Kau bawa rasa,
Yang terdiam untuk menemukan jawapan,
Memberhentikan otot seluruh,
kerana kagum dengan parasmu,
watakmu.

Perbualan kita,
mengikut gambaran,
mewujudkan persoalan,
mendamaikan perasaan,
memberi senyuman.

Oh gemuruh,
bumi ini pemisahan,
bahasa ini pemisahan,
geografi ini pemisahan.

Mustahil,
aku di bumi sini,
jatuh hati,
terpaku memerhati.
Terima kasih kerana mengirimi,
Yang tinggal hanya teknologi ini.

Tuhan hanya menemukan.
Aku tak jumpa jawapan.
Bertenanglah sekarang!



Puisi Zahiril Adzim lagi, tajuknya Terpaku Memandang. Aku sebenarnya cuba untuk cari perkataan biar dapat describe apa aku rasa sekarang tapi sayangnya aku tak dapat fikir walau satu perkataan pun. Entah kenapa. Aku tau pelakon kesayangan aku ni boleh sampaikan rasa aku melalui puisi dia so inilah. Exactly apa yang aku rasa these few days. Entah sedih, gembira, suka aku pun tak tau. Mood aku suey. Seriously dah macam rojak. So yeah, itu untuk hari ni.

Semoga tidur kau lena malam ini, sayang.

20110731

445

Kalau kenal aku atas nama gadisjahat, dan pernah punya banyak tanggapan dan pengaruh yang buruk dari sini, aku minta maaf ya.

I'm no longer interested to write as I'm getting older. Aku mula tulis masa umur belasan. Masa tu aku budak. Masa aku hidup in denial. I've been abused, offended, neglected by surroundings, orang yang aku sayang. Macam mana memberontak? Dengan menulis.

Sebab tak ada orang yang sudi mendengar. Yang ambil kesempatan, ramai.

Bila membesar, orang tak suka kau cakap terlalu jujur. Dan kalau kau menulis untuk dibaca orang, kau akan cenderung kepada tak jujur. Atas nama ni, orang cakap aku loser. Cakap aku minta simpati. Bentak aku, jerkah aku, tikam aku. Fitnah macam-macam. Dari hidup sekolah, universiti sampai kerja pun bergaduh pasal blog. But on the other side, aku kenal orang yang hati baik-baik macam Kak Fynn, macam Karem, macam Dewi. Yang jauh, tapi dekat dalam hati. Aku dapat kawan baru, dapat pengetahuan, dapat duit poket.

Aku pernah dibenci/dihina orang sebab blog ni. Tapi buat pengetahuan, duit hasil blog ni jugaklah yang bayar rokok dan makan orang yang membenci. :)

Aku membesar. Masih tetap orang yang sama, tapi punya kehidupan yang lebih baik sikit dari dulu. Aku tak selesa bila pertama kali orang tahu pasal blog. Tak suka orang bercakap. Tak suka orang bertanya. Dan kalau nak sarkastik sekali pun, serius menjengkelkan. Sebab aku sendiri tak pernah publish. Tak teringin nak dikenali dengan cara ni.

Mungkin aku buat salah. Tapi biarlah aku lalu fasa aku membesar. Buat salah dan menyesal. Biar aku belajar sendiri pengajarannya. Terima yang aku menulis untuk berkongsi. Kalau tak terima, I feel sorry for you.

I'm turning 22 this Sunday. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Dan terima kasih atas doa-doa sejak aku belasan tahun tu. Terima kasih banyak.

"Dear brothers and sisters, I'm growing up, I know. But I'm still the same little girl since the day we met. I'm all yours since forever"


Love, gadisjahat.



Dipetik dari blog favourite aku yang nombor 2. gdsjht
Dia faham aku.


20110720

Aku khianat gara - gara masa depan.

Dah enam hari tak update, tehee. 

Alhamdulillah, sekarang aku dahpun bergelar pelajar degree. Dah daftar dah pun. Kurang dari seminggu aku akan pergi orientasi dekat kolej. Aku sebenarnya malas nak pergi orientasi tapi bila fikir - fikir balik, since when aku pandai malas tak nak pergi orientasi ni? Selama ni tak pernah pun nak malas. Mungkin sebab aku dah tau kot apa yang diorang akan kata-kan dalam orientasi tu nanti. Mungkin. Takpelah, mungkin aku akan pergi jugak. Bukan rugi apa - apa punnn.

Oh untuk student degree under architecture course, heee memandangkan aku dah tak pilih architecture sebagai course degree aku, so silalah korang bersorak riang bergumbira sekarang sebab trouble maker takkan duduk satu kelas dengan korang, takkan duduk satu meja dengan korang, dan yang paling penting takkan tunjuk muka dekat korang dah. HOOORAAAYYYY! ngehehehe Aku ni kan sangatlah menyampahkan, perasan bagus, bodoh sombong ... eleh aku sedar. LOL Aku melencong sikit dari architecture, alah sikit je pun, tak banyak.  

Bergembiralah ye?

InsyaAllah takkan ada masalah dah lepas pemergian aku, chewahhh. ;D Ada yang sedihhh tak? hahahahaha I bet no one pun yang sedih. Siapalah dakuuuu kannn ;P






Aku mengharapkan yang terbaik dari course aku yang baru ni, yang mana sebelum ni tak pernah terlintas langsung nak amik, yang sebelum ni abah aku larang aku amik kononnya dia kata itu sesuai untuk lelaki je. Tapi tulah, keadaan merubah segala. Abah aku dari tak bagi, tiba - tiba terus galakkan aku ambik. Katanya senang kerja. Aku tau semua ni gara - gara pengaruh kawan dia yang aku interview masa semester satu dahulu. Abahhh abahhh. 


Memandangkan dulu masa amik architecture, itu adalah 100% keputusan aku, sekarang ni bila aku nak tukar course, aku letakkan hak 100% untuk parents aku decide mana yang aku patut amik. Tanpa perlu aku repeat foundation, bazir masa, dan bazir wang. So inilah dia.


Mintak - mintaklah aku boleh buat. Sebab kalau orang lain boleh kenapa aku tak boleh, ye dokk?

Aku rasa itu jelah kot yang aku nak tulis kat sini. 
So for now, goodnight! : )

20110707

.

Satu persoalan dengan hanya satu jawapan yang memungkinkan banyak perkara.

Buat pilihan tu sebenarnya sangat susah. Aku rasa terbeban dengan banyak kemungkinan yang mengarahkan aku ke benda benda yang totally out of my mind. Aku fikir banyak sangat ke? Antara Interior Architecture dan Architecture mana satu yang aku nak pilih, aku buntu. Sedangkan aku dah dapat CGPA dah cukup bagus dah. Cukup bagus bagi orang macam aku untuk beri aku ruang bernafas dalam Degree nanti, tapi yang aku fikir banyak sangat ni kenapa? Kenapa tak terus je terima keputusan CGPA aku tu dan melangkah dengan bangganya masuk ke dalam course Degree in Architecture, kenapaaa???




Passion aku terhadap Archi dah berlari - lari anak keluar dari hati aku ni. Apa patut aku buat? Aku ada less than 2 weeks to make a decision and ... it is hard!!


Aku tamatkan entry aku hari ni dengan rasa penuh kebuntuan. 
Good luck untuk aku.

20110701

Julai jebon


Pertama kali.
Kali pertama.

Kalau lah boleh. Aku nak buat semula semua benda untuk kali pertama, tapi aku dah lambat. Aku nak putar balik masa. Tapi aku tau tak boleh.

Doraemon, mana kau?


20110618

Dalam tangan



Yang dinantikan sudah berada dalam tangan. Signature pun sudah siap ditulis, except untuk buku Devil's Place gara - gara tidak merancang sebelum dibeli. Kalau ikutkan hati, memang aku nak borong semua buku dalam event tu untuk aku sorang, tapi masalah kewangan meghalang aku berbuat begitu. haihh

Daripada enam buku yang ditarget, hanya empat sahaja yang dibeli. Mungkin yang lagi dua itu tak berapa nak terkesan dalam diri aku. Rugi siapa tak datang. RU.GI! Bogel Menuju Tuhan, Tentang, Kentang, Devil's Place dan Sperma Cinta sudah dalam gengaman. Hoyeahh! Baru puas hati aku. Puas!!!

Gambar diatas semua sumbangan kamera laptop. Alangkan bahagianya jika Canon masih dalam tangan, aku rindu Canon aku, aku rindu Power Shot aku. Tunggulah dulu ye, akan ada gambar sumbangan ihsan dari sahabat aku. Nanti lepas di tag, akan aku upload untuk tatapan korang. Begitu juga dengan gambar di Broga Hill. Tunggu dulu sahabat aku habis mengupload di facebook, kemudian aku akan upload di blogger pula. Kamu hanya perlu bersabar.

Akan aku cerita apa yang terjadi. Berbaloi aku habiskan lebih RM100 untuk semua buku, baru selak dua tiga muka, dah terasa jatuh cinta. Nanti akan aku postkan sekali satu puisi karangan Zahiril Adzim untuk tatapan semua. Baca dan rasa sendiri kenapa Zahiril itu yang aku puja. 

Sekian,


Yang aku nantikan


“Everyone probably thinks that I'm a raving nymphomaniac, that I have an insatiable sexual appetite, when the truth is I'd rather read a book.” – Madonna

Art For Grabs + KL Alternative Bookfest 2011
THIS IS THE BAZAAR FOR BOOK LOVERS, ART SLUTS + OTHER NYMPHOMANIACS!


Tak sabar nak pergi Annexe hari ni. Banyak buku nak dibeli, RM100 pun belum tentu cukup ni. Serious tak sabar sebab Zahiril Adzim pun ada sekali. Dia akan berbogel bersama - sama kita nanti. teheee







InsyaAllah kalau tiada aral melintang sampailah aku dekat Annexe tu nanti. Yang lain jemput jemput lah datang.

Buku yang aku nak beli ni semua nampak menarik tertarik memang DABOMB. Aku dah google habis dah either buku ni best atau tak. Ada banyak buku lain tapi target aku yang enam ni je lah. Harga meh aku list down kan.

BogelMenujuTuhan : RM30
Tentang : RM25
Kentang : RM25
PadaSebuahKetentuan : RM20
SpermaCinta : RM18
Petak : RM10


Buku yang paling mahal tu lah yang paling aku nak beli tu. Huishh tak sabar nak pegang buku tu.

 Oh damn!

Kalau rasa rasa nak tau lebih detail pasal event and pasal buku buku yang dijual ni boleh klik SINI, takpun kalau nak tau detail pasal event sahaja and RSVP sekali, boleh klik SINI. 

Okaylah, aku chow dulu. Dah nak pukul 4pagi dah ni. Kejap lagi nak bangun awal. Aku nak make sure aku sampai sana before 12. Maybe 10 or 9 ke? Semangat sial.


notakaki : Keranamu Laila so sweet lah tadi, tehee

20110603

.. and I'm still not okay

Tumblr, Facebook, Blogger, Twitter,  .. mana satu nak bukak dulu ni?
HAHA
DAMN takde life, :/ *ahh kau susah?

Ntah macam mana nak cakap. Semester 2 baru habis. Actually bukan dah habis, hari selasa depan masih kena hantar portfolio. Hari Isnin depan depan ada exam. Haaa masa tu barulah officially semester dua aku dah habis. Atau dalam erti kata lain Foundation Architorture aku dah pun habis. Alhamdulillah aku masih hidup, lepas buat semua assignment walaupun sebenarnya ada lagi satu assignment. Haihh

Sebenarbenarbenarbenarbenarbenarbenarbenarbenarbenarbenarbenarbenarnya aku rasa sangatsangatssangatsangatsangatsangatsangatsangatsangatangatsangat penat.
Apasal rasa penat ni tak hilang, sedangkan semua beban dah tak ada? Now aku rasa macam nak cari katil, lepas tu tidur puas puas untuk 2 3 hari .. takpun 2 3 minggu. Boleh? Confirm punyelah kena bantai dengan abah. Haihh

Disebabkan assignment yang berlambak tu, aku dah missed banyak gathering. Tapi yang paling paling kesal, aku missed tayangan teater ZA. Rasa bengang nak mati. Dahla ramai kata best, buat panas hati aku je. Urghhh. Dahla tayangan dia takda ulangan. Humphh, okaylah benda dah lepas, aku tak boleh buat apa apa dah. Redakan aje.

Kau tau tak rasa penat yang buatkan kau sampai tak boleh tidur? Penat sangat. Yang boleh buat kau pejam mata, tapi tak lena, yang boleh buat kau baring, tapi belum tentu selesa, yang aaa yang macam tu lah. Pernah? Haa itu yang aku rasa sekarang. Kena pukul pun tak rasa seksa macam ni. 


fuhh fuhh

fakk penat gila!
exhausted
...




Aku tak rasa relieved langsung semester dah habis. Sebab aku tau, aku akan hadapi degree yang 10thousand teruk dari foundation. Itu menakutkan. Sangat. Menakutkan.

20110519

Kuasa Allah

Dari DIA kita datang , kepada DIA jua kita kembali .


Baru je on facebook tadi dan dapat satu berita mengatakan seorang blogger sudahpun pulang menghadap Ilahi. Ya, beliau ialah Abdul Hakim bin Mohd Kamal, penulis blog telordibasuh. Sebak sebenarnya bila dengar dan baca tentang ini sebab aku selalu singgah blog dia untuk baca entri entri menarik dari dia. Dia pun selalu berblogwalking dekat blog blog lain . Kalau tak ada nama telordibasuh dekat shoutbox , memang tak sah . : ) Tapi apakan daya , Allah lebih sayangkan dia. Sekarang kalau pergi kat blog dia pun, dah penuh dah dengan ucapan takziah.
Kuasa Allah.


Paru paru dia dipercayai dijangkiti kuman menyebabkan dia tidak boleh bernafas dan ya, dia meninggal dunia. Umur dia baru menjangkau 20 tahun. Dia masih muda.
Kuasa Allah.




Ini mengingatkan aku yang kita ni boleh mati anytime je. Sebab tu dalam semua perkara yang hendak dilakukan, jangan pernah ditangguh-tangguh. Sebab malaikat maut strettt amik nyawa kau sekelip mata je .


"The man that decides to change at 12th hour dies on the 11th." - Hlovate




 
Kadang-kadang aku terfikir , kalau aku mati apa jadi kat blog aku ya?
Terkubur sekali dengan aku agaknya .
 
 
Takziah aku ucapkan , semoga blog dia terus disebut sebut oleh semua blogger yang lain dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman. InsyaAllah.
AL-FATIHAH .

20110516

Pathetic sial !

Bila ada anything related dengan english . Sumpah aku benci . Essay , speaking atau anything . Aku benci . Cinta aku pada Bahasa Malaysia kuat .

Ibu aku guru BM , seumur hidup aku markah BM tak pernah kecewakan aku . Tapi sampailah satu masa , satu saat , aku dapat grade B untuk BM . Dan paling malang grade B tu aku dapat masa SPM . Apa yang Allah cuba sampaikan , aku tak tahu . Ibu aku hampa , kecewa .

Abah hantar aku pergi Assunta konon nak biar aku fasih berbahasa english tapi aku , tetap macam ni . Bebal . Tak pernah nak terima ajaran english tu . Aku rindu guru BI form 5 aku . Aku suka cara dia ajar . Aku faham .

Sekarang aku terkapai-kapai dekat kolej ni , aku tak tau nak mengadu kat siapa . Tolong . Selagi aku boleh belajar , aku belajar . Tapi , entahlaa . Aku tak kuat .

Dan hari ni ada grade lain yang kecewakan aku . . . . I need a shoulder to cry on . I really really need a shoulder . Someone , anyone or maybe I'm here by myself alone .



Aku selalu sendirian . Ye , aku tau . Takde sesiapa sudi teman bila kesedihan .
Kau pathetic afifah !

20110502

Zahiril Adzim , untuk kawan kawan yang kita suka .

Okay, aku mengaku. Malam tadi aku tidur aku mimpi dia. Hakikat sebenar yang perlu diketahui ialah hanya lelaki yang betul betul aku minat je akan masuk dalam mimpi aku. Bukan tu je, yang paling aku benci pun akan muncul dalam mimpi aku. So , jyeah ! Confirm dia dalam kalangan yang aku minat. Sorry facebokers, aku terlalu obses dengan dia sekarang ni, ini je alasan kukuh mengapa aku update tentang dia 24 jam ! Macam mana orang lain gilakan Bieber, macam tu jugaklah aku gilakan si Bob nih. 

Juvana Juvana Juvana, dia yang tolong ubat kerinduan aku kat si Bob ni. Macam tak percaya je aku pernah duduk satu meja dengan dia. Mata aku tak lepas dari tenung dia. Aku malas nak fikir apa orang kata, mata ni dah fokus sangat. Lepas ni kalau ada peluang lagi, aku akan jadi yang pertama . Semua demi dia.



Untuk tali pertunangan yang telah terikat, jutaan tahniah aku ucapkan. Cemburu rasanya hati ni bila Bob makin dikenali. Cemburu lagi hati ni bila Bob dah ada pilihan hati. Hahaha Apakan daya aku insan biasa.  Dia itu istimewa.  

Untuk kawan - kawan yang kita suka, trademark Bob. Terima kasih Ghost Season 2 sebab perkenalkan aku dengan orang muda berbakat besar ni. Saat leher dijerut , itulah lakonan paling real yang pernah aku tengok ketika itu. Aduhh banyak lagi yang hendak aku coretkan disini. Alangkah bagusnya jika coretan ini dia yang baca. Biar dia faham, ada ribuan peminat yang sayangkan dia. Ada ribuan peminat yang masih ambil peduli tentang dia, dan aku, adalah salah seorang daripada ribuan peminat yang ada.

Hey mimpi, kau teristimewa, sampaikan aku terasa mimpi seolah olah sebahagian daripada realiti aku sebenarnya.


 Meh ada benda aku nak tunjuk,


 Amacam, hampir sama bukan ?
 Ini EJ,

20110501

Kadang kadang kekesalan itu perlu ,

" HOW DARE CYRUS KILLED MY BELOVED SON . SOLDIER OF MASSAGATAE PREPARED YOURSEVES ! WE ARE AVENGING FOR OUR PRINCE , MY SON . I WANT CYRUS TO BE ON HIS KNEES BEGGING FOR MERCY . MARCH OUT MY SOLDIERS . KILL ALL YOU CAN !!! " 


Dah baca ? Semua tu cukup untuk explain apa yang aku dah buat Khamis lepas . 
BERLAKON . 

Aku kesal , kesal sebab tak dapat buat sebagus mana untuk group aku . Lakonan aku , tiada masalah . Kerjasama aku yang bermasalah . Baju drama yang aku patut jahit , aku tak jahit . Salah ukuran , dan sekalipun kalau aku nak jahit , aku kena beli kain semula dan potong semula . Allah saja yang tahu apa perasaan aku bila tengok group orang lain punya baju semua gempak gempak . Mencabar keperempuanan aku . Tertunduk malu aku . Duit banyak habis . Nak claim balik , aku malu . 

Tabik betul lah aku dengan group leader aku , yang boleh deal dengan semua problem ni . Dengan masalah ramai tak datang meeting , dengan aku yang last minute bagi tau yang aku tak dapat siapkan jahitan , dengan orang orang yang cerewet , pendiam .. macam macamlah !

Aku cuba untuk siapkan . Aku dah stay up all night . Aku dah ponteng banyak kelas . Tapi entah , satu pun tak menjadi . Aku kesal dengan diri sendiri . Kesal sebab kecewakan group mate aku . 
KE-SAL .

Masa perform pun , lecturer tak habis habis pandang handphone dia . Apa teruk sangat ke lakonan kiteorang sampai fon tu yang dia dahulukan . Bukan nak kata apa , tapi effort yang kteorang buat , rasa tak dihargai . DISSAPOINTMENT weh ! Tapi itulah , group leader aku masih boleh tersenyum riang , entah apa dalam hati dia pun aku tak tau . Katanya , dia enjoy buat performing tengah hari Khamis tu . Mungkin sebab banyak ayat spontan yang keluar.

Kesal aku bukan takat jahitan tu je . Kesal aku part tekan slide tu-lah yang paling teruk . Sepanjang masa asyik salah tekan slide . Muka group mate aku semua dah lain , masa tu nak je menangis tapi bila difikirkan balik , apelah sangat harga air mata yang jatuh tu dengan kekesalan aku masa tu .

Aku kesal dengan diri sendiri .
KESAL .


Tapi aku HAVE FUN tengok orang lain perform . Seriouss ! Semua best best belaka dan petang tu hujan teramatlah lebat . Love the weather so effing much ! ;)


20110306

Playing with water kinda childish right ?

But it's fun ! 



Aku ada-lah tangkap gambar berbelas belas lah jugak masa main air tu . Main air dekat halaman rumah je pun , masa tengah siram siram pokok . Malam tu jugak aku pergi save dalam laptop , nak update blog punya pasal . But then bila bangun esok paginya , DANG ! Gambar hilang . Aku salahkan diri sendiri sebab delete gambar gambar yang ada dalam kamera yang aku masukkan dalam laptop tu. Akibatnya , no backup at all . *padan muka 

I blame myself for being stupid .

Yelah , dh tau dua tiga hari ni laptop duk buat hal , pergi save jugak dalam laptop tu kenapa ? DANG DANG ! Lepas tu bila dh save , dengan bodohnya pulak , pergi delete yang ada dalam kamera . Menangis tak berlagu aku wehh hari ni sebab SEMUA gambar hilang . Dari zaman aku sekolah rendah sampailah ke universiti semua hilang macam tu je . arghhhh ! 

Bukan tu je , dahla semalam aku dengan Erna pergi Sutra Dance Theatre untuk ambik gambar . Pun hilang jugak ! Sia sia je weh aku pergi SDT tu , urghhh . Geram gilak . So mood aku macam berterabur gila nak mati hari ni . Semua orang aku tengking . Maid aku lh paling teruk kena . 

Kau bayangkanlah , kteorang nak keluar pergi pasar tani kat Shah Alam . Family aku semua dah siap , tinggal dia je belum siap . SEPATUTNYA , pekerja lah yang tunggu majikan kan ? Ini tak , majikan yang tunggu pekerja . Kalau sekejap takpe , lama bukan main . Aku apalagi , mengamuklah bila dia buat parents aku macam tu . Ingat diorang kuli kau nak suruh tunggu tunggu . Parents aku bolehla sabar , aku tak boleh . Sebab ini dah macam bertrillion kali dia buat . Semua kena tunggu dia siap , macam datin . 

Banyaklh benda dia dh buat yang buat aku bengang . Aku cerita satu je kat sini . Yang lain biar aku simpan dulu buat perkasam . Lain kali dia buat lagi , naya dia .

Lagi satu , aku baru tau kamera aku ada AutoFocus . So semalam banyaklah gambar yang AutoFocus yang aku amik . Dahla itu gambar pertama yang aku tangkap . Ingatkan nak lah save ke buat kenangan sebab gambar yang aku tangkap tu adalah gambar yang paling lawa pernah aku tangkap setakat ni . Gambar batang pisang . Tapi alahai HILANG !

Pengajaran buat aku , gambar jangan save dalam laptop . Save dalam pendrive , fullstps .

20110303

Maybe I should just continue writing ,



As salam . Akhirnya aku dah decide nak bukak balik blog ni . Lantaklah dekat haters tu , pandailah aku uruskan hidup aku . Pedulikkanlah kalau dia nak tiru pun , bukannya aku rugi apa apa . Lagipun memang aku dah decide nak OPEN kan blog ni , so memang untuk semua orang baca lah kan . Lainlah kalau aku privatekan , haaa itu lainlah ceritanya . 




Adalah jugak dua tiga empat orang yang datang kat aku and tanye kenapa aku stop tulis blog . :) Malas lah nak cerita , nanti dapat dosa . hak3 , okay okay sorry siapa aku nak tentukan apa itu dosa dan pahala . Sorry sorry . Yang pasti , aku tak nak hilang 193 orang followers yang aku dah ada ni . 

Bukannya senang nak buat balik blog baru , lepas tu nak tarik follower . Susahh sebab ini dah kali ketiga aku delete blog , so enough is enough . Chioww ~ 

20110209

Jangok ? Apa tu jangok ? Bunyi macam jenglot je .

Sumpah pissed off dohh . Setiap kali dia komen , gila bapak aku pissed off weh ! grrr LUCAH dan PERLI , agak agak lah weyhh . Meng-approve kau dlm friends aku memang such a big mistake but still aku sabar tapi aku dah warn kau okay , lepas cakap sorry kau buat lagi . Memang baby duhh , maaf lah yer . Aku terpaksa block kau dari comment posts aku :) Kau yang buat aku amik keputusan macam ni , so deal with it .


I already slept , and I asked my parents to wake me up at 12 just now . But I'm still sleepy .. I've submission for 10 sketches on this Thursday , and I've tutorial regarding China (Hwang He) on the same day . Arghhh . But I'm so semangat want to do the sketch which I dont have to submit yet . Bongok kan ? Okay , I dont think I'm gonna do my sketches after this . If not later tomorrow , I'll be sleepy for one whole day . So better I sleep right ? 


Soooo what had happened to me on Tuesday .. ? ;)

Nothing much . I'm wearing red shawls just now and I feel haha IDK . Eymin cakap , aku suka melaram . It's a fact actually . Seriously sebab I realised this since I'm in Standard 5 or Standard 6 . Setiap kali ada kelas tambahan dekat sekolah agama , I'll be wearing this weirdoo punya baju . Not like Lady Gaga lah , but I wear oldies punya baju kurung , kebaya . Those baju kebaya and baju kurung its not mine , its my mom punya . HAHA I still remember I wore this kind of baju kebaya , yellow in colour , theres a big flower on the neck of that baju kebaya , and ada terbelah panjang dekat kain . and I'm wearing those stuff pergi SEKOLAH AGAMA . Wearing baju kebaya dengan kain terbelah , ketat pulak tuu siap ada goldas kilat kilat lagi . HAHA How come wehh I can wore those kinds of baju pergi sekolah agama ? If you know Saloma , yaaa that baju kebaya macam kebaya yang Saloma pakai . LOL

Kawan baik aku pun pernah cakap yang aku kuat melaram . Seriously babe , it's a FACT ! I'll not deny it . Farah ejek aku Jangok . AFIFAH JANGOK , which means Afifah suka melaram . I'm not sure from where the word jangok comes from , Perak I think . But haha I dont even care . I love to wear different things everyday . I want people to see me . Maybe I'm not that talkative type of person but I'll love it if people look at me for what I'm wearing . Different things on every different days . 

I'm not the kind of person yang selalu beli barang branded . Aku tak nak jadi macam peribahasa "Asal papa biar bergaya" . No no no no . Kalau aku miskin , aku akan buat cara miskin , aku akan beli yang murah murah punya stuff . Aku bangga mengatakan semua tudung yang aku pakai semuanya RM10 . Semuanya . Aku ada nampak yang mahal mahal punya dekat blogshop , mall . Its too expensive and I dont know why kualiti sama je , tapi kena pandai cariklah . Aku lebih prefer  "Gaya ada , Duit pun ada" . :P Tapi kalau aku mampu , aku akan beli la jugak branded stuff tu . hihi sebab kualiti dia sometimes masuk akal jugakk

Ms Norma tegur aku tadi sebab aku pakai that merah cotton punya shawl . Dia siap pegang lagi shawl aku . Dia tanya kenapa aku tak pakai yang ada beads ? Then aku just cakap yang aku dah ada kat rumah dah shawl with beads. Then she asks how much aku punya shawl , I said RM10 . Then dia cakap murahnya , mana beli and all those kind of stuff . She said she bought a shawl with inner and it costs her RM40 . Whoahh , for me , that is expensive . I think she loves tudung , hijab and all those kind of stuff but she not ready to wear it permanently I think . She's a nice lecturer btw , XD Wearing tudung doesnt described you as a nice person . NO no no no . Sometimes , a person who is not wearing a tudung is moreee nicer , kinds than us who wear the tudung . Its a FACT btw , :)

I'm wearing this red shawl , 
exactly like this but I wear it different way lah .

Okay enough about shawlss , next !


Tong gave me flying kiss today . Awww so sweet , from far wehhh . Haha and his friends just looking at us , thinking what are we trying to do . LOL But seriously I kinda feel this is sweet , no offence ! HAHA and cute also , no offence ! haha XD There are two chinese guy from Archi course , I love to see their faces , and another two chinese guy from QS also I love to see their faces . Okayy , this is WEIRDOOO ! Actually I hate fair guy !! haha ;D but ... entah ! hahhha CUCI MATA .



Dalam kelas English tadi kteorang tengok movie The Bridget Hornet Diary . Cerita sumpah bodoh weh . Okay bukan bodoh tapi XXX lebih . Awkward gilaa aku bila tengok dengan kawan kawan lain dalam kelas . Nak tutup mata salah , tak tutup mata pun salah . Tapi kalau aku diberi pilihan untuk tengok ke tak cerita tu lagi , brrrr I WONT ! Cerita apa tu wehhh ? Okayy maybe aku yang kolot kot , entahhh ! And ada banyak gila words yang diorang cakap aku tak paham . Baaaaanyak ! Aku dah macam patung dah bila tengok cerita tu , kaku je . Orang lain semua gelak , tapi aku tak . Sebab seriously aku tak faham . Blurrr hahha



Aku dah beli semua buku Architecture , Effective Public Communication dan English yang diperlukan . Semuanya harga RM310 ! For Taylors , this is consider cheap . Because in Taylors they sell a book for RM80 but if you bought it outside the Taylors , it will cost you more than hundreds . So yeahh , okaylaa huh ? For education kan . If shopping boleh keluar ratus ratus , why education tak boleh pulak ? :)

sweetnotes ; sorry , if I'm using Manglish . I need to learn speaks in english . thnks for reading ! 

20110206

Tumblr boleh buat perasaan berubah anytime wehh , beware .

 niceeee one ,

Penat nyaa weh , kemas bilik satu hari suntuk tuuu . Hahha Lepas tu basuh baju pakai tangan , itupun sebab malas nak bertekak dengan maid berebut washing machine . burrrr ,

Bangun tidur terus buat semua tu , nak jadi rajin . Nak berubah :) . 

Dalam sedar tak sedar , dah lama jugak aku tak bukak Tumblr aku . Dah terkubur dah . Sebenarnya Tumblr ada banyakk quote quote yang romantis romatis gitu , yang sweet muweet , yang alahai memang boleh buat aku nak reblog dan itulah yang menjadi main reason kenapa aku tak nak bukak Tumblr . 



" You know that feeling ? When you’re just waiting . Waiting to get home , into your room , close the door , fall into bed , and just let everything out that you kept in all day . That feeling of both relief and desperation . Nothing is wrong . But nothing is right either . And you’re tired . Tired of everything , tired of nothing . And you just want someone to be there and tell you it’s okay . But no one’s going to be there . And you know you have to be strong for yourself , because no one can fix you . But you’re tired of waiting . Tired of having to be the one to fix yourself and everyone else . Tired of being strong . And for once , you just want it to be easy . To be simple . To be helped . To be saved . But you know you won’t be . But you’re still hoping . And you’re still wishing . And you’re still staying strong and fighting , with tears in your eyes . You’re fighting . "

Example



Bukan setakat quote je ada , gambar pun banyak . Aku ada rasa sedikit tergugat bila tengok semua benda benda tu , nnti terus tiba tiba aku rasa ALONE . Yelah , all of them semua berkisar tentang CINTA dan SAHABAT , so aku dari macam ni :) nanti terus jadi macam ni :'( .. So better dont kan . 

Lagipun sekarang aku tengah mengelakkan diri dari berfikir tentang mana mana lelaki . Mengelakkan diri dari terlibat dari mana mana masalah persahabatan . Mengelakkan diri dari bersedih memikirkan benda yang boleh buang masa aku . Itu yang aku cuba elakkan dan alhamdulillah aku semakin berjaya . Yaaa , I'm doing GREAT . :D Happy 

Tapi errr aku baru je bukak Tumblr aku tadi . hehehe and ada someone request nk email FB aku , so aku bagi je lah . hahha 

Lagi lagi lagi , aku baru je berblogwalking dan berfacebooking dan semua students tak habis habis update pasal kerja rumah dorang yang belum disentuh , sedangkan esok dah mula belajar balik lepas seminggu cuti panjang . Aku pun lebih kurang sama je =.=" tapi aku takdelah sampai tak sentuh langsung , aku siapla jugak 2 3 benda . Lagipun esok aku tkde kelas , hooorayyy ;D so aku still ada masa lagi .

Me so tired todayhhh , and me so hungry now . Me want to go eat now can arr ? and then later me want to go eat and bath and doing my sketchess . 

Oh aiyayayayayaaaaaaaaa lupa pulak nak cerita pasal baju kurung yang konon nya aku nak jahit tu ... AKU TAK JAHIT LAGI WEH ! Busy sangat masa duk kampung tu sampai nak keluarkan kain tu dari beg pun tak sempat . Masa terluang yang ada , aku gunakan untuk siapkan sketches . Tapi itupun still ada yang tak siap lagi . Ini lepas ni nak sambung sketch lah nie .

Itulah dia , manusia hanya merancang , Allah yang menentukan .



p/s ; Abah kata dia akan bagi ' sesuatu ' dekat aku kalau aku berjaya dapat atleast 3.00 untuk semester dua . jeng jeng jeng , me must rajin !! XD I want to get that that that that ngiahahahah . Insya Allah aku boleh .


Bila internet dan astro tiada untuk jadi penghibur , maka ..

Tiga hari tk update blog , best tak ?
Tak best wehh .

Tiga hari menghilang pergi mana ?
Balik kmpung :)

First time rasa best dapat balik kampung , errr minggu ni aku ada itu rajin sikit . Tk tau kenapa , so jyeahh . hihi Aku , kalau balik kampung tak sah kalau tak makan kenduri , almaklumlah nenek aku kan mak andam . ngehehehe . So selama tiga hari ni aku pergi satu kenduri kahwin untuk makan , dan lagi dua kenduri kahwin untuk pasang pelamin . Aku tak suka pasang pelamin , nk kena panjat sini panjat sana .. macam Ika . Eh siapa Ika ?

Meh nak mai habaq sket . Ika tu umoq dia baru 16 tahun , tapi dia tak suka pergi sekolah . Jadi dia jumpa nenek aku dan mintak nak kerja . Budak ni serious rajinn , kasar , lasak dannn rajinn . Dia sampai kene tengking dengan atok aku sebab ape ntah , tapi kerana kentalnya jiwa , dia tetap boleh terus bekerja . Ohh yaa , bukan kerja memasang pelamin je dia buat , dia turut mengait buah deghian *durian lah hahhaha . Bila tengok Ika , aku terinspire , termotivate nak jadi rajin lah pulak kan . ;) pssst psstt kaki aku berdarah hari tu tertimpa katil , Ika buat . :( ... hahha chill lah sikit jaa pun  XD


Kan aku tolong nenek aku kan kan , tetiba aku baru tau yang aku ada kepakaran membentuk corak menggunakan kain dekat kerusi tetamu . Kan biasa kerusi tetamu ada bentuk reben , bunga kan kan ? Haaa aku pandai weh buat benda tu , ni yang nak bangga ni . Nenek aku puji wehh , ibu aku lagi lah kan . Tk yah cakap , hakhakhak Hehe idea nak buat business mencurah curah , next post aku bg tau . xp

Okaaaay selain tu , IMMA KUEY TEOW FREAK yooooo . hahhha Ssup yo me likey kuey teow shoooo shooo mucho . ngiahohohoho . sumpah gedik ! kokokoko 


So nak cerita If lah kan IF aku TERbawak korang ke kampung aku , korang TERtolonglah ingatkan aku ye yang aku memang TERwajib bawak korang makan kuey teow faberet aku di Taiping , tak sure lah Taiping ke apa ke , tapi sekitar situ jugakk . Istimewanya kedai ni , sebab SEDAP ! nyum nyum nyum , and dia hanya dibuka lepas maghrib sampai keesokkan paginya . So stock stock yang lepak kat kedai makan tu pun memang stock budak remaja lah ye . Jadi jika anda perempuan silaaaalah rasa takut sebelum pergi , okay ?


Furthermore , in addition to that , besides that .... blah blah blah


My bestfriend's friend couple with my ex . Ohh jyeahh again , :) terkejut bukan sebab minah tu couple dengan ex aku , tapi terkejut sebab minah tu add aku kat FB dia , whyohhwhy dear ? Kenapalah kau perlu add aku dengan terpampangnya gambar si ehem tu dekat profile picture kau . Aku bukan nak marah kau couple dengan dia , cuma aku gewam , gewam gila sebab kau buat aku ingat balik semua memori yang tak berapa indah nak indah sangat lah tu kannn . Sigh .... tkpelah kot , kicik punya hal wehhh .




7 jam perjalanan balik ke Kuala Lumpur teramat-amatlah memenatkan .