20110731

445

Kalau kenal aku atas nama gadisjahat, dan pernah punya banyak tanggapan dan pengaruh yang buruk dari sini, aku minta maaf ya.

I'm no longer interested to write as I'm getting older. Aku mula tulis masa umur belasan. Masa tu aku budak. Masa aku hidup in denial. I've been abused, offended, neglected by surroundings, orang yang aku sayang. Macam mana memberontak? Dengan menulis.

Sebab tak ada orang yang sudi mendengar. Yang ambil kesempatan, ramai.

Bila membesar, orang tak suka kau cakap terlalu jujur. Dan kalau kau menulis untuk dibaca orang, kau akan cenderung kepada tak jujur. Atas nama ni, orang cakap aku loser. Cakap aku minta simpati. Bentak aku, jerkah aku, tikam aku. Fitnah macam-macam. Dari hidup sekolah, universiti sampai kerja pun bergaduh pasal blog. But on the other side, aku kenal orang yang hati baik-baik macam Kak Fynn, macam Karem, macam Dewi. Yang jauh, tapi dekat dalam hati. Aku dapat kawan baru, dapat pengetahuan, dapat duit poket.

Aku pernah dibenci/dihina orang sebab blog ni. Tapi buat pengetahuan, duit hasil blog ni jugaklah yang bayar rokok dan makan orang yang membenci. :)

Aku membesar. Masih tetap orang yang sama, tapi punya kehidupan yang lebih baik sikit dari dulu. Aku tak selesa bila pertama kali orang tahu pasal blog. Tak suka orang bercakap. Tak suka orang bertanya. Dan kalau nak sarkastik sekali pun, serius menjengkelkan. Sebab aku sendiri tak pernah publish. Tak teringin nak dikenali dengan cara ni.

Mungkin aku buat salah. Tapi biarlah aku lalu fasa aku membesar. Buat salah dan menyesal. Biar aku belajar sendiri pengajarannya. Terima yang aku menulis untuk berkongsi. Kalau tak terima, I feel sorry for you.

I'm turning 22 this Sunday. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Dan terima kasih atas doa-doa sejak aku belasan tahun tu. Terima kasih banyak.

"Dear brothers and sisters, I'm growing up, I know. But I'm still the same little girl since the day we met. I'm all yours since forever"


Love, gadisjahat.



Dipetik dari blog favourite aku yang nombor 2. gdsjht
Dia faham aku.