20100629

I'M SCARED, HELP ME!



Aku ada sikit sikit perasaan takut tuk masuk kolej. Rasa best pun ada tapi entahlaa. Sekarang kan semua dah start masuk UITM, so aku pun aderlah baca entri dorang waktu kat sana. Ada yang kata best, ada jugak yang kata sebaliknya. Bukan UITM je yer, adalah universiti universiti lain jugak. Aku bukan apa, seriously aku risau sangat nak masuk kolej. Cuba korang bayangkan dalam satu kelas tu, aku sorang je melayu. Ohh my Allah! What should i do??! Sumpah aku takut gilaaa! -.-

weh tolong aku..

TOLONG!!

20100626

THE KARATE KID SUMPAH BEST!


" When life knocks you down, you can choose to get back up"
- The Karate Kid -

Sumpah best cerita nehh! Aku rasa cam nak tengok lagi.. HAHA AWESOME wehh!! Walaupun rasa nak terkecing dalam pawagam tu, ku tetap tahankan jua semata-mata sebab tak nak miss seminit pun cerita nehh. Dan aku langsung tak menyesal sebab menjadi orang terakhir yang beli tiket wayang ' The Karate Kid ' jam
4.15 semalam di Mid Valley. Aku terpaksa duduk depan screen tu! Sumpah tak menyesal! Aku rasa eksited lagi aderlah. Dapat duduk depaaaaaaaan sekali. Wahahahaha! :D Nak tengok lagi !!!! WAAA !! :0




So now just enjoy this video. Nak cakap lagu ni sebagai OST The Karate Kid pun boleh rasanyaa. Never say never by Justin Bieber feat Jaden Smith. Jaden Smith cutee gilaaa. HAHA Dalam movie tu pun dia cute fuhhh kesungguhan dia sangat sangatlah menterujakan diri aku. Wakakaka!

Tak sangka pulak yang tanggalkan jaket, gantung jaket, ambil jaket dari tempat gantung, jatuhkan jaket rupa rupaanya ada kaitan dengan kungfu. Siapa yang tak faham tu apalagi ...


Lepas ni cerita Eclipse pulak. Dahla cerita New Moon aku tak sempat tengok.
Kali ni tak boleh miss lagi!! OOooohhh my Taylor Lautner. Ohhhhhh.... ;)


Ohhh yaa lupa pulak.
Korang pernah makan takoyaki tak? Sedap wehh. Apa kata cuba makan. Aku suka makan Takoyaki ni sejak pertama kali kawan aku perkenalkan kat aku. Tapi aku pernah makan Takoyaki dekat dengan Jusco Mid Valley je lah. Tempat laen tak pernah pulak. Aku suka makan yang ada prawn. Semalam aku beli sampai empat bungkus bawak balik rumah sebab nak bagi maid ngan adik adik aku makan. Sejak aku bagi dorang makan, dorang pun suka. So why don't you just try it. Harga pun tak mahal. Satu bekas ada tiga biji takoyaki yang berharga RM4.30 bagi setiap satu bekas polisterin tu, bukan bagi setiap satu biji okayy. HAHA.
ehsan pakcik google.

Minggu ni je dah empat kali aku gi Mid Valley semata-mata nak beli menatang Takoyaki nehh. Sehari tak makan rasa macam ahhhh tak boleh. Mesti makan jugak. :) So, try lah. Hehe


20100624

FACEBOOK : )



I HAVE DELETED MY FACEBOOK!
HOOOYEAH!
22.35
24/06


p/s : akaun ini akan sebenar-benarnya di delete selepas 14 hari.
Jika dalam tempoh 14 hari aku log in semula,
maka automatik akaun FB aku tidak akan di delete.

KAWAN KAWAN DAH NAK PERGI UITM DAH. : (


Haihh, aku baru kene spam dengan anonymous tadi. Kok ye pun cakap elok elok tak buleh kaa? Orang buat salah normal lah tue. Aisehh. Aku takkan delete lah entry aku. Aku cuma akan ubah je apa yang salah. Harap maklum yer Anonymous. Ramai dah kata aku bodoh. Dah biasa dengar dah. :) Kalau nak saman, saman sajee. Entah salah apa aku kat engkau tah tetiba ada hati nak saman budak hingusan macam aku nih. Siodd tol.

Okay lupakan jer pasal Anonymous pengecut tu. HEHE Sebenarnya entry ni aku buat khas buat kawan kawan aku dan semua lepasan SPM 2009. Memandangkan 26 Jun merupakan tarikh bermulanya kehidupan dorang, so kemungkinan hari ni dan esok diorang akan start berangkat ke lokasi masing masing. Alarhh, ni yang nak buat aku sedih ni. :(

Farah Farhana dan Fadzlina dah nak berangkat ke UITM. Ada gak yang laen laen tapi aku tk rapat sangat ah kan. So, dua orang ni je lah.

Aku nak cakap 'tata titi tutu' kat korang. Aku cuma nak korang jaga diri baik baik kat sana. Jangan lupakan aku, jangan pernah abaikan pelajaran, jangan lupa diri jugak. Universiti tu laenn, tak macam sekolah. Ramai orang buas kat sana.. Jaga maruah ye sayang :) itu penting. Tu je lah kot aku nak cakap. Haa, doakan kesejahteraan aku kat sini. Aku amat memerlukannya. Tak tau nak cakap ape dah. Shit! Aku nak nanges dah. HAHA ~

Tak lupa jugak kat kawan kawan aku yang dah pun berangkat ke matriks, politeknik, kpmm, kpmk, kolej dan macam macam lagi laa. Dorang pergi awal kot. Macam mana lah khabar dorang sekarang. Haihh. Nadhira, Haziqah, Fatimah, apaa agaknya khabar korang yeah? Haha aku rasaa korang mesti happy punyalah dah start belajar, dapat kawan baru, duduk tempat baru. Aku ntah bilaa lagi. Haihh.


Kawan kawan blogger pun!! Ni penting. ahaha Semua yang akan start kehidupan baru 26 jun neh. Take care yaa. Jangan lupa update blog. Penting tuu. HEHE.

MAKE UP DAN TOY STORY 3.




Aku dah tengok dah!! Lagenda Budak Setan dengan Toy Story 3. :) Cerita Karate Kid tak sempat pulak nak tengokk. Aihh. Tapi takpe, akhirnyaa aku dapat jugak merasa kepuasan nak menonton wayang setelah sekian lama terperap kat rumah. Aku keluar sorang sorang je taw, salah aku jugak siapa suruh tak ajak siapa siapa. Tapi aku tak tau nak ajak siapa sebab aku memang takde sape sape. Takpelah, aku suka kott keluar sorang sorang. HEHE
Aku nak kritik sikit ni pasal Lagenda Budak Setan. Banyak kesilapan dialog dalam movie ni. Seriously tak percaya cuba tengok. Lisa Surihani berlakon macam biasa tip top tapi cuma satu jee kureng. Bila part nak sebut perkataan ' r ' bunyik laen. Contahnya orang, jadi oghang. HAHA. Aku rasa maybe dia sengaja kot sebab nak bagi watak Lisa Surihani dengan -siapatahyangjadiamy- nampak sama. Aku bagi 3/5. Aku ingatkan aku akan menangis bila tengok cerita ni, rupanyaa tidak. Mata aku aderlah berkaca gak tapi tak sempat nak meleleh dah kering. kekeke Ader kakak melayu duduk sebelah aku, srettt sini, srettt sana. Entah menangis ke, selesema ke aku pun tak tau. Lagipun watak -siapatahyangjadiamy- tu tak real ahh. Lakonan nampak kaku. Entahlaa, maybe sebab guna suara Lisa Surihani kan. Lagipun cerita macam too fast. 5 minit pertama kenal, 10 minit kedua bercinta, 15 minit ketiga terus nak bagi cincin. Belum sempat nak feel apa apa. Haihh Tapi yang paling paling paling aku suka pasal movie LBS ni adalah lagu 'Bila Cinta'. Best wohh lagu tu!! :D
Kedua, nak kritik pasal Toy Story 3. Erm sebenarnya.. erm.. aku rasa takde apa apa yang patut dikritikkan sebab cerita ni memang totally TIP TOP!. Weh pergila tengok. Alahh tak yah segan, aku tau la korang malu nk masuk panggung tengok cerita ni sebab ni cerita kartun kan. Cheit, tak yah malu la. Kolot sungguh pikiran mu. HAHA Sumpah best weh!! Berkali kali ganda best dari Lagenda Budak Setan. Walaupun cerita kartun, aku tetap rasa nak menangis tengok cerita ni. Seriouss weh. Ntahlaa rupanyaa kartun pun ada kehidupan kan. Ingatkan manusia je ader kehidupan. :) Aku bagi 5.5 out of 5!! Yeahh!

HEYYY!


Ibu dengan abah aku suka gelakkan aku bila aku pakai kelakar, make up tebal. Entah hape hape diorang ni gelakkan aku. Siott je. Aku paling teruk pun pakai bedak tepek muka, lipstik dengan blusher je tapi ntahlaa tetap tak lawaa sampai kena gelak. BUROK!! Ibu aku kata 'budak' macam aku ni tak perlu lah nak pakai make up segala bagai. Aku kan 'budak' lagi, kalau pakai make up segala bagai tu orang mesti ingat anak dara nie dah nak kawen ke tunang ke kan. So mak aku sarankan lebih baik aku pucatkan jer muka ni supaya tak nampak sangat yang aku dah nak kawen. Entahlaa, tapi naluri aku untuk bergaya tu sangatla banyak. Mata ni liar je dok tengok perempuan sebaya aku bergaya bukan main cantik tapi aku? Hampeh. Korang tau tak menatang eye liner dengan eye shadow. Ya Allah, dua dua menatang tu memang sumpah aku tak reti pakai. Mata aku yang serba sepet ni sudah diciptakan Allah. Bila pakai eye liner nampak pelik weh!! Sebelah nampak, sebelah tak nampak. Mata aku sepet sebelah nak wat cam mana. ahaha. lawak jer.
Tadi aku pergi CIMB Bank kononnye nak bukak akaun. Aku nak laa bukak akaun supaya boleh buat benda Nuffnang tuhh. Jeles lah tengok orang laen dapat duit, aku tak dapat. Ish merepek pulak. Berbalik pada CIMB tadi. Soalan pertama kakak kaunter tu tanya nak tau apa? "Kerja apa?". HAAA HAA! Nampak tak? Aku tak pakai make up pun bila keluar tadi, tapi still jugak orang akan cakap aku kerja. Kerja tu nak dekat sama lah kan dengan nak kawenn kan..? HAH Bukan tu jer. Dalam wayang pun, aku offer lah kakak dua orang tu chewing gum, dia reject. Lepas tu soalan pertama dia tanya "Baru balik kerja ker?". HAAA nampak tak? Aku pakai make up ke, tak pakai make up ke.. Aku rasa samaa jer. Orang tetap akan cakap aku dah kerja. HAHAH dewasa sebelum umurnya. Siodd. Ayat tak leh blah!
Tapi apa guna aku pakai make up kalau benda tu rosakkan muka aku. Ye tak? Muka aku sensitip dengan benda benda macam ni. Losen ke, bedak silky girl ke, tisu lembap ke memang pantang, mesti tumbuh jerawat penuh atas muka. Tu yang lemah tu -.-

AWARD.


Cik Iman sudah mengawardkan saya 'Cute Blogger Award' soo saya nak ucapkan bebanyak terima kasih buat Cik Iman sebab sudi baca blog tak seberapa nehh :) dan terima kasih jugak sebab bagi award ni kat saya. Wee.

SATU.
Apa nama blog dan kenapa letak nama tu?
Nama blog sayee seven ♥ nine. Saya letak nama ni as nama blog saya sebab tujuh & sembilan adalah nombor kegemaran saya.
♥ stands for love :) .

DUA.
Jelaskan bagaimana anda dapat idea nak letak nama URL blog anda?
Idea? HAHA sebab takde idealah tu yang letak nama sendiri. Nama penuh lagi taw sebab saya suka nama saya.

TIGA.
Bila blog anda mula beroperasi?
3 Jun 2010. Blog lama dah delete.

EMPAT.
Siapa follower pertama anda?
Jujur cakaplah kann, saya tak ingatla siapa.

LIMA.
Ucapan anda kepada si pemberi award?
Cik Iman, saya suka nama kamu. :) Macam nama budak yang saya stalk tu. HEHE Untuk makluman Cik Iman, saya ni mengidam nak masuk UIA. Berutung Cik Iman dapat UIA taw, sebab ramai yang kat luar sanaa nak berada di mana Cik Iman berada sekarang. So, enjoy lah yer kat sana. Jangan tensi tensi. Banyak banyaklah update pasal UIA yer, hehe. :D

ENAM.
Tag 9 orang yang anda rasa patut dapat award istimewa ni.
Sembilan? Wah my favourite number. wee :)

20100623

I NEED YOUR OPINION LAH DEAR.


OMG wehh. Help me! Aku hyper plus happy gilaaa malam neyh!

Haha.So, now kita cerita pasal artis nak? Sekarang ni kan tengah heboh pasal Saiful Apek tarik diri dari dunia seni, Fasha Sandha & Tiz Zaqiyah bergaduh berebutkan si Jejai, Anne bercerai dengan suami dann Ariel Peterporn yang dah pun menyerah diri berkaitan video lucahnya bersama tett. Haihh macam macam kan. Itu yang buruk buruk laa pasal artis Malaysia plus Indonesia. Siapa minat Shahir kat sini cepat cepat angkat tangan. Wah wah wah bukan main ramai lagi naaa. Ni cek nak mai habaq nehh, Shahir akan berlakon dalam sebuah filem terbitan KRU Productions. Haa happy tak happy tak? KARAK tajuk drama neh. Tak percayaaa? Search lah kat Google. Ciss berani betul kau tak percaya cakap haku. Huhh!!


Alamakk aku bosan sebenarnyaa nehh. Nak jugak berborak ke, kacau sesape ke kann tapi semua dah tidoq! Alahh bosan betul la depa ni p tido awal awal bakpe. Oh lupa pulak esok sekolah kann. Haihh sesungguhnyaa aku sedang bosan. Haaa dah alang alang terbuat entri bosan ni kan, aku nak tanye la jugak pendapat korang. Tengok wayang versi 3D best ke? Aku pernah dengar orang cakap kalau lama lama tengok boleh pening kepala. Betul kah? Memandangkan sekarang ni semua dok heboh heboh cerita Toy Story 3 best, aku pun merasa perasaan cemburu terlampau membuak buak. Jadi, untuk tebus rasa cemburu tu, aku tak kira dan tak peduli tetap nak tengok! Huh. Ish aku dah mengarut ke laut dah nih. So amacam? Toy Story 3 3D ke atau Toy Story 3 biasa best..? Atau dua dua sama jer? Ke laenn?? Pening aku.



Aku nak pergi tengok wayang hari ni :) wajib tonton! Pertama, of courselaa Toy Story 3. Kalau tak, tak adenya aku nak tanya pasal menantang 3D tuh HAHA. Kedua, Lagenda Budak Setan. Aku terjatuh cinta laa dengan lagu 'Bila Cinta', ntah aa sebab tu rasa nak tengok. Mesti meleleh punyaa air mata aku kalau tengok cerita ni, sebab ending heroin mati kann. hmmm. Ketiga, The Karate Kid!! Whoahhh ini pun macam best jerr sebab budak kecikk kan. LALALALA. Tunggu je lah pagi nanti entah aku pergi ke tak. Dahla tidur lewat, ada hati nak bangun pagi. Muahahaha..! :D


Tu je lah kot aku nak cakap. Jangan lupa soalan aku tadi. Sila beri pandangan anda mengenai 3D, okayy? :) Hurmm okaylah memandangkan aku dah tak tau nak cakap ape aku chow ~ Psst nasib baik kucing aku tak tido lagi. Dia teman aku wehh, sweet kan :)

20100620

SPM LEAVERS.


Today I want to talk about SPM leavers. :) Sekarang kan masing masing dah mulakan hidup baru, dah ada yang masuk matrikulasi, universiti, kolej, sambung belajar kat luar negara, politeknik, ada yang kerja dan macam macam lagi lah kan kan?? Aku sendiri pun dah tau kolej mana yang aku akan masuk. Cuma aku rasa pelik sikit tentang sesuatu.


Aku ada kawan, bukan melayu. Dia dapat 10A's untuk SPM tahun lalu. Tapi yang peliknyaa alih alih dia masuk matrikulasi jugak. Tak ke pelik. Sepatutnya orang macam dia melimpah melimpah offer datang. Laenlah macam aku kann memang wajarlah pun kalau masuk matriks. 10A's bukan sikit tu. Ada kawan melayu aku siap dapat offer pergi Japan wehh. Actually that is not an issue, yang jadi isu nya sekarang ni kenapa pelajar bukan melayu tak dioffer ke universiti? Bukan semua pelajar bukan melayu itu kaya. Kenapa kerajaan tak faham isu tu?


Lets see. Aku bagi satu contoh. Perempuan bukan melayu td actually is an indian. Dia tak kaya. Mak dia seorang ibu tunggal yang membesarkan tiga orang anak dengan hanya berkerja sebagai guru di sebuah sekolah rendah. Memandangkan perempuan ni tahu hidup dia susah, jadi dia belajar betul betul supaya mak dia tak susah untuk sara dia di kemudian hari. Now, bila usaha dia membuahkan hasil, dia mohon scholarship untuk masuk mana mana. Dia tak dapat scholarship. Dia ada buat permohonan ke universiti dan MALANGnyaa tak dapat jugak. So dia terpaksa masuk matrikulasi sebab dia tahu dia tak kan mampu bayar yuran mana mana kolej di Malaysia ni. Sekarang ni dia dah masuk matrikulasi dan aku percaya dia akan lulus kat sana nanti sebab dia rajin. Okay now, cuba fikirkan lepas matrikulasi ke mana arah tuju dia?? Of courselah universiti kan. Tapi masalahnyaa sekarang universiti hanya mengutamakan orang melayu. So what do you think. At the end of the story apa yang akan jadi kat dia?? Tell me..


Aku pelik. UITM ambik budak 1A dan 2A tapi tak ambik budak yang 10A ni. Kalau macam tu tak kemanalah perempuan ni. Nak masuk kolej, dia tak mampu. Nak masuk universiti, budak melayu diutamakan. Cuba fikir, orang lain penat penat usaha untuk dapat score terbaik masa kat sekolah menengah mengharapkan dia akan dapat offer dr mana mana, tapi tak dapat mana mana. Budak 1A dan 2A tu dah terang terang yang diorang ni tak ambik effort untuk belajar betul betul supaya dapat masuk mana mana, tapi tetap jugak ada yang mengoffer. So aku nak tanya, kenapa budak yang 'tak ambil effort' ni diambil masuk ke kolej sedangkan budak 'cemerlang' ni langsung tak dihiraukan. Tak ke rasa macam ada 'something' yang tak adil di sini. Malaysia ni racist sangat ke..? Bukan ke 1Malaysia dah dilancarkan, apa gunanya semua tu??


Aku bukan apa. Aku pelik kenapa kerajaan buat macam ni. Apa dia ingat semua budak bukan melayu ni kaya ker? Habis tu sampai bila bila lah budak miskin tak maju. Tak gunalah diorang belajar sungguh sungguh kalau macam tu. Haihhh Malaysia Malaysia. Budak yang kaya raya, kau pergi bagi scholarship JPA. Dah sah sah la diorang reject scholarship tu. Yang tak kaya tak dapat apa apa. Aduhaii sadis lahh aku tengok Malaysia macam ni. Aku ingatkan budak 4A macam aku ni je yang susah nak dapat offer universiti. Rupa-rupanya yang 10A pun susah nak dapat. Bukan kawan aku ni sorang je yg tak dapat, kawan bukan melayu aku yang laen bersepah tak dapat. Kesian wehh kat mak bapak diorang.

Budak melayu bukan main lagi dapat melanjutkan pelajaran sampai ke luar negara. Budak bukan melayu macam mana??

p/s : Aku bersyukur sangat mak
ayah aku ada simpanan sikit untuk aku.
Bersyukur sangat..

I THINK SHE IS CUTE.

Sooo, its already 4.43 and i cant sleep. gahhhh tadi aku godek godek facebook and saw this one girl named Dhanya. Okay for me she is cute. For me lah. This girl baru form two if im not mistaken. HAHA sorrylah if you saw your picture in my blog. Youre cute. :)


Cute right?

I TOLD YAA!! :D




Again, today is someone birthday. Aku topupkan fon aku semata mata nak wish dia weh! Okay sooo gila. Aku tak fall in love pun dengan dia, cuma aku rasa bertanggungjawab untuk wish birthday kawan kawan aku. Sooo nice kan. *clap clap


20100619

TENGOK JE LAH. JANGAN BANYAK TANYE. HEE :D


Drama online Dunia Baru Reunion dah 6 episod dah. Siapa tak pernah tengok tu, ringan-ringankanlah kaki tu melawat laman web GUA. Free jer wehh, tak kena bayar satu senn pun.


Drama lain pun banyak jugak dekat GUA, one of them yang k
orang nampak kat bawah ni lah. Luna Fantasiku. Pernah tengok Final Fantasy tak? Cerita ni mengisahkan sang hero, Midus yang baru ditinggalkan oleh kekasih dan berjumpa dengan gadis fantasinya, Luna. Apa kata korang layan sendiri cerita ni sebab aku cerita bukannya best mana punn. Dua puluh episod je dan setiap satu episod hanya lima minit.


Fantasi tidak akan pernah berakhir dengan happy ending.
At the end of the story, fantasi tetap fantasi.


Sometimes aku ada jugak terasa nak jadi salah seorang watak dalam mana mana drama especially drama cinta. Siapa tak nak kan? Kebanyakkan drama plus filem yang ada kat Malaysia ni semuanya berakhir dengan ending yang well happy lah of course. Memanglah di tengah tengah cerita tu ada konflik gilaa gilaa menyakitkan hati lah ape lah tapi at the end of the s
tory HAHA still happy :).


Macam cerita yang aku tengok minat sekarang nih.



BENCI BILANG CINTA


Hehe. Yang ni Marshanda memang cute. Kalau aku jadi lelaki dah lama aku amek dia jadi awek aku. KAHKAHKAH tk senonoh. If aku jadik perempuan pulak .. OOOPS! aku memang perempuan pun. Disebabkan aku perempuan, aku suka tengok watak lelaki dalam cerita ni iaitu Dimas. Walaupun sombong, ada jugak sweet mweet dia. Eh, Aditya pun tk kurang hebatnyaa jugak. Apa apa pun enjoy je lah those dramas kat atas nehh okay.

20100617

CELCOM PENIPU!!!



Nak dijadikan cerita aku mengisi borang menatang CELCOM ni di suatu tempat. Sebenarnya waktu kami bertiga ditahan oleh si promoter CELCOM tuh, memang kami bertiga nak isi borang bongok tu. Tapi entah macam mana secara tiba tibanya datang seorang wanita melalak kat sana, terus kawan kawan aku tak jadik isi. Dia bukan melalak tapi cuba untuk menyedarkan kami bertiga yang CELCOM ni PENIPU. Wanita ni kata dia sampai kena masuk mahkamah dek kerana CELCOM PENIPU nehh.


Kata si promoter CELCOM tuhh, aku akan dapat 30 hari percuma sama ada nak call or sms or internet. Tapi masalahnya sekarang AKU TAK GUNA LANGSUNG SIMCARD CELCOM BANGANG tuh!! Mesti korang tertanya tanya apahal aku marah sangat nehh. Kau tau takk aku dapat bil CELCOM! Setan tak??! Sila angguk. Aku bukan dapat sekadar satu kertas yang ada cetakan dekat atas tu, tapi bersertakan dengan jumlah bil yang sememangnya tak perlu ada kat situ. Dah terang terangkan yang si promoter tu kata AKU DAPAT 30 DAYS FREE TRIAL, tapi haa tengoklah sekarang. Penipulah kau CELCOM. Macam ni rupanyaa kau ambil duit dari orang. HARAM SIAL! Aku hanya daftar je dan apa yang aku dapat? RM81.80!! Hoii, bukan sikit tuhh. Aku ni baru 18 tahun takkan nak kena fikir pasal nak bayar bil. Duit pun takde, ada hati nak bayar bil ni semua urghh!

PENIPU! PENIPU! PENIPU!
Tipah Tertipu aku!

Bila call customer service
CELCOM PENIPU, dia kata amaun bil tidak boleh dibatalkan. Aku bengang ar. Masalahnya sekarang nehh, dia kata aku akan dapat percuma 30 hari, ni tiba tiba kena bayar apahal haa gila. Apasal CELCOM ni langsung tak prihatin? Bukan salah aku masalahnya. Promoter CELCOM dengan CELCOM CELCOM nyaa sekali sama sama PENIPU! Nanti kalau tak bayar, aku jugak yang kena saman. Diorang yang untung. Ohhh CELCOM, sesungguhnya kamu sangat bijak dalam MENIPU!TAHNIAH!!

Apa apa pun aku dah dapat hadiah dari bapak aku hari ni yakni, kena marah. Grrrrr. Dialah yang kena bayar benda
CELCOM PENIPU!. HOII!! Bapak aku bukan jutawan yang cetak duit hari hari. Bungukss!! So pengajaran untuk hari ni, jangan pernah isi mana mana borang daripada sesiapa pun. Sekiann.

SORRY DOESNT FIX EVERYTHING.



Sekadar ungkapan MAAF .. ?

Belum cukup untuk ubah semua yang telah berlaku.
Belum cukup untuk ubah zaman kini ke zaman lalu.
Belum cukup untuk kembalikan persahabatan keruh ke akrab seperti dahulu.
Kata orang meminta maaf itu susah, memaafkan lagi lah susah. But for me, if aku yang bersalah memang dah patut patutlah aku mintak maaf. If aku rasa bersalah pun walaupun aku tak salah, still .. aku akan mintak maaf. Memaafkan pun tak kurang susahnya. Tapi kalau orang dah mintak maaf, i think apa salahnya kita maafkan. Dia dah sedar kesalahan dia, tak salah rasanya nak bagi peluang kedua.


Psssst, aku nak bagi tahu. Kadang kadang ungkapan maaf tidak mengubah apa-apa. Maaf tak mungkin akan buat semua perkara kembali normal. Seriously, tak mungkin.


Persahabatan yang dulu akrab terjalin, gelak menangis bersama tak mungkin akrab lagi. Macam ada satu tembok penghalang untuk buat semua jadi rapat. Kadang kadang yang memaafkan ikhlas memohon maaf, tapi nampaknya usaha dia yang bersungguh sungguh langsung tidak membuahkan hasil. Mungkin pada dasarnya dia dimaafkan, tapi pada realitinya persahabatan dia dengan yang diminta maaf tetap sama macam dulu. Tak bertegur sapa, masih jauh dan rasanya macam ungkapan maaf tu belum cukup. Kenapa yer?

Aku selalu dengar. Kalau kita pernah gaduh besar dengan kawan kita, lama lama kita akan baik balik dan persahabatan sesama kawan itu akan lebih rapat. Bukan patut macam tu kerr? Kenapa aku takk yeh? Kalau macam tu sia sia lah yer kau mintak maaf. Ohh my Allah, i shouldnt think that way. Hurmm, why ahh?



Personally, aku ada mintak maaf. Bukan sorang dua, rasanya lebihh. Ungkapan maaf aku bukan senang macam tu je nak sembur. Bukan senang nak keluar dari mulut ni especially dengan parents dan kawan kawan. But then, rasanya maaf aku macam tak diterima. Macam tak wujud rasanya maaf tu. YES i'm wrong! Yes yes i knew that..! Tapi..aku dah mintak maaf. Mungkinlah aku rasa macam nak semua benda jadi macam dulu, tapi lain yang aku harapkan, lain pulak yang aku dapat. Tak boleh ke nak jadi macam dulu? Kenapa aku rasa setiap perbualan mesti aku yang mulakan dulu? Kenapa aku rasa bila aku sms, atau chatting kadang kadang macam aku je semangat lebih padahal diorang tak pun?

Adakah maaf tu macam sekadar satu patah perkataan yang tottaly NOTHING ??!

Aku dah menyesal. Menangis nangis weh. Macam macam cara aku guna untuk mintak maaf kat kau. Kad raya. Cakap depan depan sampai siap peluk lagi. Sms. Surat. Panggilan telefon. Apa laginyaa? Ntahlaa. Aku dah putus asa tak tau nak buat apa. Aku tau kau dah maafkan aku tapi aku tak rasa semua tu cukup. Aku rasa aku perlu lakukan lebih lagi untuk tarik perhatian kau.

Entah dengan siapa entah aku gaduh, tapi dua orang hamba Allah ni lah yang paling aku ingat. Aku pecah belahkan persahabtan dorang ni dengan semua orang. SEMUA! Diorang sampai takde kawan, sampai kena carik geng baru untuk dijadikan teman. Memang patutlahkan diorang buat macam ni kan kat aku. Babe, aku rindu diorang. Tu jelah aku boleh cakap. Aku rindu. :'( Korang faham tak bila ada satu perasaan bersalah tu timbul dalam diri korang, melimpah limpah pulak tu, mesti secepatnyaa korang nak mintak maafkan? Cuba kalau korang rindu dekat diorang? Dah mintak maaf dah ni cuma rindu tiba tiba. Nak buat apa pulak? Nak bagi tau? Tak ke nanti diorang rasa nak termuntah ke hapee. Cubalah bayangkan.. Tak ke sengsara apa yang aku rasa sekarang ni??



Siott gilaa. Ntah apa yang aku rasa pun aku tak tau lah. Aku cuma tu lah .. R I N D U. Sangat sangat! Marah aku ada sebab, bukan suka suka. Entahlah, aku menangis kot sekarang sambil tulis entry luahan ni. Aku confirm diorang tak kan bacanya blog aku. Aku dah tak tau nak buat apa. Dah tak ada apa apa yang nak dibuat. Rasanya macam aku je yang sungguh sungguh mintak maaf. Macam aku je yang sungguh sungguh nak perbaiki hubungan persahabatan ni. Diorang tak kisah pun, tak peduli pun. Diorang tak rasa apa apa pun. Aku je wehh. Semuanyaa aku.

"Aku harap suatu hari nanti korang akan sedar kehadiran aku dalam hidup korang"
AKU RINDU GILAA KAT KORANG WEHH!!

20100610

23 ONLY DEAR.



Syarat syarat penyertaan.
a) Tulis 23 perkara tentang diri anda tanpa mempedulikan sama ada perkara itu fakta mahupun angan angan ataupun imaginasi.
b) Tag pulak benda ni kepada rakan blog anda (sekurang-kurangnya 5 orang)
c) Kalau tak ikut peraturan dimanakah keseronokan "TAG-TAGGED-TAGGING" ni..? :)



SATU
Pertama tama sekali kan, aku ni perempuan. Aku anak sulung dan satu satunya perempuan antara adik beradik aku. Yang best pasal aku, aku lahir 1 January beb!! 1 JANUARY okay. HAHA Bukan nak riak, tapi sajee nak tayang. wekk =p

DUA
Secondly, aku suka gilaa layan lagu jiwang. HAHA sumpah weh! Syahdu gilaa bila dengar lagu mendayu-dayu. Alar kan bersepah kumpulan kat Malaysia ni yang nyanyi jiwang. Tapi sekarang tiba tiba macam suka pulak lagu omputehh. Pulak dah minah sekor nihh. HAHA Lantak arr.

TIGA
Tempat yang paling paling paling paling paling aku nak pergi. Hooyeah!! Korang wajib tahu nih. Aku nak sangat pergi air terjun. Air terjun bukan kat Malaysia yer, nak air terjun luar negara yang tinggi gilaa tuh. Nak tengok dan rasa keindahannya sendiri. Nak tau ada berapa juta air terjun kat dunia nehh, tanyalah pakcik Google. ;)

EMPAT
Maaf, aku suka keluar jalan sorang sorang walau pergi kemana mana pun. Aku tak gila okayy cuma itu sifat aku. Suka sendiri. Tapi tak pernah tolak ajakan lepak dengan siapa siapa kalau free :)

LIMA
Aku suka tengok lelaki yang ada kening jenis tajam ke atas. Korang bayangkan ah sendiri cam ne. Haaa ada contoh, cam Shahir AF. Aku punya ex boyfriend pun ada sorang macam tu. Tak kiralah kan, kalau jumpa je lelaki kening alar alar cam tajam tu, mesti hensem, mesti cute!! Haha. Macam Iman kat sekolah aku tu. Opss terlepas. hehe Sebab bila diorang pandang aku dengan renungan tajam, tambah dengan kening alar alar gitu. Whoahhh menusuk ke kalbu!! Boleh cair beb. :D

ENAM
Suka buat kerja tengah malam. Makan, menulis, mengelamun, tengok tv, menangis, mesej kawan kawan, online, dengar lagu. Senang cerita aku lebih suka tengah malam daripada siang hari. Malam sunyi dan sepi.

TUJUH
Aku suka gaduh dengan orang weh, tapi cepat rasa bersalah walaupun bukan salah aku. Aku tak suka mengaku siapa siapa kawan baik aku. Kalau takde keserasian takkan tetiba je nak ngaku kwn baik kan. Tak ke gila? Best jugak gaduh dengan orang. Aku bukan main nakk gaduh je eaa. Aku gaduh mesti ada sebab. MESTI! So, jangan nak cari pasal dengan aku. Aku tak kesah kalau aku takde kawan langsung. Better daripada ada 1000 kawan yang benci aku. Peace.

LAPAN
Aku percaya pada cinta pandang pertama dan cinta selepas kahwin. Sekian,

SEMBILAN
Diri ini sangat sensitif, suka menangis tak tentu pasal but now dah dapat control. Dulu arr banyak nanges sebab banyak problem. Sekarang takde problem so tak nangeh sangat dah. Sekarang dah matang sikit. Sikit je laa.

SEPULUH
Liyana Jasmay itu saya suka. Okayy aku tau ramai kata dia gedik. Tapi kan aku suka lah personaliti dia, penampilan dia and she is soo damn cute. Cuma aku tak suka Aizat Amdan, bestfren dia. Yek yek! sombong kot.

SEBELAS
Suka warna terang benderang dan warna tanah. Suka nombor tujuh dan sembilan.

DUABELAS
Aku lebih suka menulis. Expression dalam tulisan. Dulukala waktu bercinta dengan ehem, tiap tiap hari balas surat cinta sampai habis dua test pad. HAHA. Tapi sayang dah kene rampas dengan cikgu. Aku boleh tau perasaan sebenar seseorang melalui tulisan sama ada fake atau jujur. Aku suka salin nota yang sama banyak kali. Kalau buruk buat lagi, buruk buat lagi. Hehe.

TIGABELAS
I Love MOHABBATEIN!!!!

EMPATBELAS
I love being alone but i hate being lonely.

LIMABELAS
Sukar diramal. Pernah buat macam macam yang orang tak pernah sangka aku buat. Jangan ingat aku baik, aku jahat okayy!

ENAMBELAS
Aku pernah lari dari rumah lebih dari 3 kali. Jangan tanya kenapa ;)

TUJUHBELAS
Saya boros. Yea Yea. Aku boros. Cuba bagi RM1 000 000 kat aku, gerenti boleh habis ah dalam satu hari. Budak gila Shopping memang macam ni.

LAPANBELAS
Sukakan kekemasan. Suka tengok benda kemas, benda cantik, benda teratur. Tapi diri sendiri tak kemas, tak cantik dan tak teratur.

SEMBILANBELAS
Aku suka nanges.

DUAPULUH
Aku ada kaki yang tulang besar kat depan. So, aku susah nak cari kasut tumit tinggi. Bukan susah cari, tapi susah cari yang sesuai dengan kaki aku. Bila aku pakai kasut yang tinggi, mesti kaki melecet gila. Menyampahnya! Aku pernahla jugak ada dua tiga kasut tinggi sebelum ni. Sekali pakai je dah putus. Haihh. So, aku pakai kasut yang jenis lelaki pakai tu. Kesian takk??

DUAPULUHSATU
Aku ni macam macam benda aku suka. Jadi, mangsaya ialah abah aku!! Hehe. Aku suka mintak merepek repek kat abah aku. Mintak kereta laa, mintak nak pakai braces laa, mintak nak beli kamera dslr laa, macam macam ah. Kalau dia rasa dia nak beli, dia beli la. Anak manjaa. Terima kasih bahh.

DUAPULUHDUA
Tak suka orang arah banyak buat benda yang sama banyak kali. Cakap sekali cukup arr, macam lah aku tak faham. Cakap sekali sudah arr. Kalau nak tegur aku pun, tegur sekali je cukup. Jangan nak tegur benda yang sama banyak kali. Kalau aku rasa aku nak ubah aku ubahlaa, kalau tak nak then shaddap!

DUAPULUHTIGA
Mata aku sepet sebelah, so tak boleh nak pakai celak sebab nampak pelik. Eyeliner dengan eyeshadow pun tak boleh. Hee

Aku nak tag ;

HaziqahZaki *buat taw!
BalkisMohd *another tag babe
NabilahSarah *please please buat :)
TajuddinAbdullah *nah untuk kamu
NelfiAmiera *buat okay

Terima kasih Ain tag akak c(=


20100609

HOW CAN I IMPROVE MY ENGLISH?

Aku dah mendaftarkan diri di sebuah college ni. Memang confirm dan aku teramatlah sure yang college tu akan penuh dengan pelajar dari kaum cina. Sebenarnyaa aku belum rasmi pun jadi pelajar college tersebut cuma tu lah kan, aku risau something laa.

Dulu laa kan, masa standard one sampai la form one abah aku hantar aku belajar dekat Petaling Jaya sana tuh. Bukan dekat dengan rumah aku. Tiap tiap pagi abah aku kena bangun awal sebab nak hantar aku, walaupun jalan hampir setiap hari jammed. Aku belajar dekat sekolah Assunta, sekolah perempuan. Abah aku hantar aku kat situ mengharapkan aku ni pandai la berbahasa inggeris tapi HAHA unfortunately aku tak bercakap english langsung, aku bergaul dengan budak melayu je. Kesian kan kat ayah aku -.-

Sebab tu aku pindah sekolah. Pindah dekat sekolah yang lagi teruk okay! Yang bersepah budak melayu, yang banyak kes kes sosial. Haaa, sekolah ni aku masuk sebab ibu aku mengajar kat sini. HAIHHH. Jujurlah kan dari dalam hati ni, aku tak suka masuk sekolah ni. Aku makin rosak sejak masuk sini. Personaliti aku, berbeza, sangat berbeza berbanding dulu. Ntahlaa. Kalau la aku still bersekolah dekat Assunta lagi, i'll be a better person. PASTI! Aku cemburu kot tengok kawan kawan aku yang aku kenal 5 tahun dulu, diorang tak pernah pandai cakap orang putih dan baru baru ni bila contact semula diorang macam WOAHH! Sumpah gila aku kagum.

Adik lelaki aku pun sama sekolah dengan aku, dulu lar. Ibu aku nak masuk kan anak anak dia satu sekolah, so ikut lah kan. Now, adik aku dah pindah sekolah yang memang ramai gila cina dan dia pun dah macam cina tu jugak. Speaking gila..! Okay, aku cemburu. Sekolah tu 100% better dari sekolah kemelayuan tu. Hmmm. Rugi sangat sebab aku tak pernah hargai setiap saat aku berada dekat Assunta tu. Heyy, Assunta sekolah bagus okay. Aku sayang Assunta. Seriously.

Memandangkan aku tak pandai berbahasa inggeris, aku ada jugak cadangkan kat abah aku supaya hantar aku ke British Council. But HELL NO! Mahal kut-.-" abah aku bukan tak mau bayar tapi dia kata macam tak berbaloi. Susah kan, rugi kan? Haihh. Sekarang macam mana ni?? Agak agak aku boleh ke survive dekat college tu nanti? Tujuan utama masuk college ni pun sebab nak belajar cakap inggeris lah. Aku pandai menulis, tapi tak pandai bercakap .. macam budak budak melayu yang laen. Aku tak mohon UITM sebab aku takut terpengaruh dengan orang orang yang sosial terlampau. Aku mudah terpengaruh, aku tak nak!

AKU NAK BELAJAR SPEAKING ENGLISH

Sebab college kan banyak assignment dan presentation untuk di buat. Bayangkanlah apa akan jadi kat aku kalau aku tak pandai cakap omputehh.
OHH NOOOOO!!



20100606

TAGGING STUFF!

Adakah anda rasa anda hot?
tak.

Bila kali terakhir anda makan pizza?
kenapa pizza? april kalau tk silap.

Lagu terakhir yang anda dengar?
shahir kebahagian dalam perpisahan.

Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
stalking someone.

Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan panggilan apa?
selalunya yang ada talian persaudaraan akan panggil kakak even diorang lagi tua, dan kawan kawan biasanya mesra dengan panggilan pah.

Tag tujuh orang lagi.
1. KhatijahHamid
2. HaziqahZaki
3. NabilaSarah
4. NelfiAmira
5. BalkisMohd
6. AinurSyahirah
7. FatinNurAthirah

Siapakah nombor 1 kepada anda?
kawan punya kawan punya best friend. HAHA

Nombor 3 ada hubungan dengan siapa?
takde siapa siapa kan nabila? XD

Bagaimana dengan nombor 4?
kenapa dengan nombor 4? HAHA
blog dia menarik untuk dibaca, expression real woo!

Pesanan buat nombor 5.
good luck yer kat MMU ;))

Kata kata cinta buat nombor 2.
love you, sayangss. HAHA

Nombor 6 dan nombor 7 ada persamaan?
mereka perempuan dan belajar di sekolah rendah yang sama.

Berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang tag anda.
1. Perempuan
2. Sama umur, sweet eighteen.
3. Peramah, dan tak sombong.
4. Nama manja minie.
5. Banyak income datang dari blog ;)

Persamaan antara kambing dan lembu.
binatang yang tidak mengandung dan tidak melahirkan anak.

Perasaan anda buat tag ini?
relax.


Kalau rasa pernah buat atau tak nak buat tag ni, takpe. Dimaafkan ;)
Thanks to minie for tagging me.



20100605

I LOVE KL JUST AS MUCH AS YOU LOVE YOUR BOYFRIEND.

Aku dekat kampung sekarang ni, Perak. Internet gilaa slow! =.="


Semalam aku ke kilinik gigi, sajaa nak check gigi. Bapak aku lah ni duk bising bising kata gigi aku inilar itular. Adik aku pun ikott, tunggu dia nih ni lamaa gila. Aku sampai tertidur dalam klinik. Sesiapa yang nampak tu, sorry arr aku tk sopan. HAHA Aku ada appointment dengan doktor
27 Julai 2010 ni. Lama gilaaa!! 26 Julai college orientation, 27 nak check gigi. Gilaa ape, dahla first day study. Tk kn nk ponteng.

Benda paling best ah jadik semalam, aku speaking omputehh wehh!! I speak English with this one couple from
New Zealand! New Zealand okayy!! Not Singapore, not Malaysian. I'm so proud of myself right now. HAHAHA. Yeap, actually i dont know how to speak english properly. I understand what people said to me but i dont know how to response back. HAHA Pity me.. Okay dah cukup, sambung balik yang pasal speaking tu. Diorang yang tegur aku dulu sebenarnya.

Dalam monorail, diorang duduk dan diorang berborak dengan this young couple from somewhere lah. Both couple peramah gilaaa, aku depan tu je kot. So, aku just dengar jep. Bila young couple ni keluar monorail, diorang senyap. Suddenly diorang tegur aku. Kebetulan aku tengah baca buku omputehh, Seventeen. Pasal tu kott diorang tegur HEHE.

Just go back from work?
I am still studying.
Are you working?
No, im a student but still waiting to start my study on July.
Ohhh, our school starts on February, not July.
No no, not school, it is college. My college starts on July, July intake.
Ohhh, what course are you taking?
Architecture. *smiling
Wow, great. Buildings and blah blah blah *aku tk faham diorang cakap ape.
Where are you from?
New Zealand.

Aku just angguk angguk macam aku faham walaupun sometimes aku tk faham apa diorang cakap. Diorang ade slang diorang. Susah siott nak faham. Slang si isteri lah pekat, yang si suami okay sikit. Suddenly si suami tanya ..

Do you love KL?
Yeah I Love KL! *proudly :D
We also love KL. We come here blah blah blah blah
*sumpah gila tk faham HAHA
Sesampainya di KL Sentral.

Okay, nice to meet you.
(aku lupa diorang cakap apa, tapi benda yang best)
*senyum dan keluar monorail


20100604

YOURE BEING SOOOO BAD THURSDAY, SOOO SOOO BAD.

Hari Khamis, semalam lah wei. Al kisahnya lah kan, malam semalam parents aku belikan McD for one whole family. So, tak kan lah aku tak suka kan? Of courselaa aku suka, walaupun mengharapkan pizza sebenarnya. Tapi for me its okaylh kan. Better than takde langsung.

Aku sepatutnyaa buat air teh, but then aku lupa. Jadi lepas diorang sampai rumah, aku pun buatlah air teh tu. Malangnyaaaa .. air masak takde. Nak buat air kenalah ada air panas dan air sejuk kan. Kalau letak air panas je sampai bilanya air nak sejuk. Parentss aku tengah dahaga gilaa kot. Aku pun masaklah air and aku tadah air bebas klorin tu kat paip. Then aku keluar ke ruang tamu, makanlaa macam biasa.

Okay, suddenly aku haus. Aku repeat H A U S !

Aku pergi dapur terus buat air teh tanpa campur air masak. Lepas tu aku ambil cawan yang aku tadah kat paip tadi tu kan kan. Aku minum. Aku haus okay! Aku minum aderlah dalam empat lima teguk. Aku kan baru lepas makan McD, so lidah aku memang rasa ayam je lah kan bila minum air. Tapi aku macam tergerak hati nak check air tu. Almaklumlah, aku main teguk je air tu tanpa check kot kot ada lipas ke apa ke. Gelap kann. HEHE

Bila check je kan ...
jeng jeng jeng !


AIR TU KOTOR WEH!! ADA ORANG BASUH TANGKAN KAT SINKI, TANPA MENGALIHKAN CAWAN AKU!!!





grrr, adik aku lh ni. Bangang ahh. Rasa ayam weh! Euwwww.

AKU TERMINUM AIR BASUH TANGAN ADIK AKU!


Korang faham tak? Faham tak ni??

Aku buat apa tau lepas tu. Aku jerit satu rumah.
"Amar basuh tangan ke tadi?!! Apasal kau tak alih cawan!!!"
Amar dengan muka blurr dia. Then aku pijak perut dia.
"Rasa ayam tau takk!!"
"Bluerk!" "Bluerk!"


Aku hampir termuntah. Memang gilaa ah. Ibu aku boleh siap gelak gelak. Bangang kan! Aku minum sebanyak mungkin air yang ada semata mata nak hilangkan rasa loya tu. Hishh. Sampai sekarang kott rasa. Yuckksss!


Aku kena lebih berhati hati lepas ni.
Kalau tk dengan silap silap hari bulan air kencing pun aku minum.

Mintak jauhhhh.


Driving class aku semalam was okay. Makin seronok pulak belajar. Cikgu dia bukanlah berumur 60 tahun seperti yang dicakapkan oleh abang tu. Ngok ngek je. Nasib baik aku tk panggil pak cik. Kalau panggil nayaa jer. By the way, masa cikgu tu hantar aku balik, awek dia asyik call dia jer. Korang pepaham sendirik lah kan kalau awek atau balak call borak ape. HAHA. I love youuu miss youuu. HAHAHA. Tapi cikgu aku takdelaa cakap camtu, dia kenalah cover. Depan student kann, perempuan pulak tu. Cikgu tu cover gilaa weh!! Sumpah kelakar. Awek dia sampai nanges, merajuk ke ape ntah. Cikgu aku call nak pujuk laa ape laa. Memang drama kott dalam kereta kancil tu semalam. HAHA. 

20100603

COMBINATION BAJU YANG AKU BARU BELI NI BURUK SANGAT KE?


Semalam aku keluar berkaraoke dengan Hakim. Setelah sekian lama aku menanti untuk berkaraoke, akhirnyaa tercapai jugak. Lokasinya di The Curve. *psst first time jejak weh! Memang murah la wa cakap lu, RM12.00++ je. Lagu pun semua memang tip top mantop, cuma tu lah aku agak terkilan sebab lagu favourite aku takde, Meet Me Halfway by Black Eyed Peas.



' Cool, i spent my time just thinking thinking thinking about you.
Every single day yes i'm missing missing missing you.

And all those things we used to used to used to do.


Hey girl wuz up, it use to use to be just me and you. '







Then aku pergi Lowyat dengan berbekalkan RM300.


RM300 - RM12 (Karaoke) - RM12 (Subway) - Rm 2.60 (Transport) = RM273.40


Maksud aku dengan berbekalkan RM273.40 , a
ku beli charger laptop berjumlah RM 130. Sepatutnya aku kena beli bateri laptop sekali tapi bila tokayy kedai kata harga baterinya RM270, memang tarak duit lah kan. So, baki adalah dalam RM141.40. Aku ni kan perempuan, HEHE. Dah alang alang Lowyat tu dekat dengan Times Square, apalagi aku terkam lah! Target aku nak beli 3 benda jer.

. skirt labuh kembang . half card
igan . tshirt putih .



Skirt kembang ni merata tempat dah aku cari.
Jalan Tunku Abdul Rahman salah satu daripadanya, tapi malang tetap tak jumpa. Semalam dekat TS, aku bertuah pulak sebab jumpa skirt yang aku idam idamkan. Oren kemerahmerahan jadi pilihan. ;) Jumlah kesemuanya RM80.80.







Abah mintak baki bila dah sampai kat rumah. Aku kan tak beli bateri, charger pulak RM130, so sepatutnya baki paling kurang pun kenalah ada dalam RM100 kan? Aku selamba gilaa main pulang duit RM60 je kat abah aku. Bila dia tanya duit lain hilang mana, aku cuma cakap aku karaoke dan pergi makan. Aku tak bagi tau pun pasal baju yang aku beli. Abah aku boleh merungut je lah. HEHE jahat kan aku.(tu laa abah, siapa suruh tak bagi kakak kerja, kan dah bangkrap)



Cuma sekarang ni aku tak puas hati satu benda jer. Buruk sangat ke combination pakaian yang aku beli tuh? Ada macam makcik jual goreng pisang kat kaki lima ke weh? -.-' Kalau betul pun sama, apa salahnya kan. Baju tu bukan sesuai ke untuk aku pakai waktu dah start college nanti? Kenapa maid dengan jiran aku gelakkan aku huh bila aku tunjuk baju ni semua? Bengang ahh.






ASSALAMUALAIKUM !


Assalamualaikum dan selamat tengah malam, yang hampir menjelang pagi sebenarnya. First of all aku nak ucapkann ' Welcome To My Fully New Blog ' . Yeahh, finally kan. Aku memerlukan seluas luas mungkin privasi yang ada. Aku tak nak ada yang kritik aku macam-macam hanya sekadar penulisan dalam blog ini. Ini adalah satu satunya medium untuk aku luahkan segalanya, mungkinkah anda berkait. Hanya aku yang mengetahui. So, jangan nak buat kesimpulan melulu dengan sekadar baca dan sebar pada individu individu yang tak berkenaan. Jangan pula bertanyakan aku apa apa tentang blog ini di luar kawasan perkhidmatan. Cukup sekadar tinggalkan komen atau mesej di Cbox, tak salah bukan? Aku yang berada di dunia realiti dan di dunia cyber aderlah orang yang jauh bezanyaa. Sila faham yer.





one second.





I'll introduce my self as Afifah, shortie mortie. HAHA. My full name is Fadhlina 'Afifah. Such a beautiful name right? HEHE *perasan gila I'm eighteen years old on 1st January 2010. New year born baby. Dont jealous huh? ;)







Aku ada kawan sikit je kott. Pathetic gilaa kan? =.=' Kalau perempuan pun tak sampai sepuluh orang, lelaki tak yah cakaplah. Kira pakai jari je dah boleh. Actually aku tak pandai berkawan. Maybe i'm a bit selfish. Maybe lar. Aku pun tak tau sangat. Menurut Psychology Personality Test aku, laptop aku mengatakan bahawa aku ni seorang yang ... " Mysterious... oftentimes, a loner. You know your true friends and only them are allowed to understand the real you. " Okay aku admit lah kan. Aku suka bersendirian sebenarnya. Pergi mana mana mesti sorang sorang. Shopping, tengok wayang, main bowling semua sorang sorang. Kesian kann aku? HAHA That's me! ;D Yeap, lagi satu. Aku boleh tau dengan siapa aku akan gaduh. Aku akan cuba pertahankan persahabatan dengan kawan kawan selagi mampu, tapi kalau dah retak seribu, sorry ar. Aku mana boleh tahan. Aku senang terluka then benci kat someone tu, dua tiga bulan terus okay semula. Pemaaflah konon nyer. Haihh IDK lar. Macam mana la orang lain nak memahami aku sedangkan aku sendiri pun kalah untuk memahami diri sendiri. SIOT!