Showing posts with label NYUMNYUM. Show all posts
Showing posts with label NYUMNYUM. Show all posts

20100711

KL SENTRAL.


Apesal mata aku tak boleh nak lelap lagi nehh? Dah pukul 2.30 pagi dah. Esok, maksud aku hari ni aku ader kelas motor la. Aduhh mata. Tolonglah lelap. Kenapa degil sangat ni...! Hish. Lantak kau lah.

Okay semalam aku first time makan Kenny Rogers. Sila bangga ye anak-anak semua. ecehh. Okaylah gak. Sodappppp. Ada kuah yang ada cendawan butang dan kuah yang berblack pepper. Aku ke KL Sentral semata-mata untuk beli benda alah ni atas permintaan abah aku. Oh ye abah, patutlah mata belah kiri kakak asyik kedip-kedip. Ada benda nak jadik rupanya. Bukan sebab disuruh beli KR, tapi ada benda jadik kat KL Sentral nuhh. Duhhh. Sepanjang perjalanan ke KL Sentral, aku asyik nak tergelincir je. Asal sampai kat atas lantai licin je, nk tergelincir. Asal sampai je, nak tergelincir. Asal tergelincir je, nak sampai. HAHA. Almaklumlah, selipar murah.

Dipendekkan cerita, lepas beli KR terus ke LRT . Beli tiket zup zapp. Terus naik atas, tunggu LRT. Lama kot tunggu. Tengok-tengok rupanya LRT tu stuck dekat tengah tengah railway. Stuck sebelum sempat sampai ke KL Sentral. Tiba-tiba ada pengumuman ' Perhatian... perkhidmatan kami tergendala seketika atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Kami akan memperbaikinya secepat mungkin dalam satu atau dua jam lagi. Harap bersabar '. Haa lebih kureng cam tu arr dia cakap. Kau gila dua jam lagi??! Aku datang sini semata-mata nak beli KR, pahtu bila nak balik tak boleh pulak. Padahal rumah kat Bangsar jekk. Ntah apa apa -.- . Aku apalagi, turun bawah. Pulang tiket, amik duit. Terus pergi tempat teksi. Okay, ramai orang. Berderet orang beratur. Last last call abah suruh ambik. Nasib baik dia nak ambik, kalau tak jenuh la aku menunggu.

Abah aku kata ' Asal hujan je LRT mesti rosak '. Rupa-rupanya semalam pun rosak. Alkisahh. Haaa aku ada beli dress unggu sebelum balik. Lawaa. :) Hmmm. Masa dalam keta cakap-ckap ngan abah tentang online boutique. Actually aku teringin nak bukak satu butik online. Aku dah target nak jual apa, nak promosi macam mana, nak buat penghantaran macam mana, macam macam dah aku pikir. Cuma satu je takde, duit modal. Again haihhh. Poor little girl. So, aku recommend kat abah aku. Explain lah semuanya kat dia. Semuanya okay! Aku nak mintak duit modal kat abah aku. Dia mula mula macam tak bagi. Tapi lepas explain, macam bagi. Tapi entahlaa. Aku masih memujuk. Sebab abah aku je lah satu satunya harapan nak dapat duit modal. Wish me luck!! ;)

notakaki : Agak-agak kalau aku bukak butik online ade sesiapa nak beli ke?

20100626

THE KARATE KID SUMPAH BEST!


" When life knocks you down, you can choose to get back up"
- The Karate Kid -

Sumpah best cerita nehh! Aku rasa cam nak tengok lagi.. HAHA AWESOME wehh!! Walaupun rasa nak terkecing dalam pawagam tu, ku tetap tahankan jua semata-mata sebab tak nak miss seminit pun cerita nehh. Dan aku langsung tak menyesal sebab menjadi orang terakhir yang beli tiket wayang ' The Karate Kid ' jam
4.15 semalam di Mid Valley. Aku terpaksa duduk depan screen tu! Sumpah tak menyesal! Aku rasa eksited lagi aderlah. Dapat duduk depaaaaaaaan sekali. Wahahahaha! :D Nak tengok lagi !!!! WAAA !! :0




So now just enjoy this video. Nak cakap lagu ni sebagai OST The Karate Kid pun boleh rasanyaa. Never say never by Justin Bieber feat Jaden Smith. Jaden Smith cutee gilaaa. HAHA Dalam movie tu pun dia cute fuhhh kesungguhan dia sangat sangatlah menterujakan diri aku. Wakakaka!

Tak sangka pulak yang tanggalkan jaket, gantung jaket, ambil jaket dari tempat gantung, jatuhkan jaket rupa rupaanya ada kaitan dengan kungfu. Siapa yang tak faham tu apalagi ...


Lepas ni cerita Eclipse pulak. Dahla cerita New Moon aku tak sempat tengok.
Kali ni tak boleh miss lagi!! OOooohhh my Taylor Lautner. Ohhhhhh.... ;)


Ohhh yaa lupa pulak.
Korang pernah makan takoyaki tak? Sedap wehh. Apa kata cuba makan. Aku suka makan Takoyaki ni sejak pertama kali kawan aku perkenalkan kat aku. Tapi aku pernah makan Takoyaki dekat dengan Jusco Mid Valley je lah. Tempat laen tak pernah pulak. Aku suka makan yang ada prawn. Semalam aku beli sampai empat bungkus bawak balik rumah sebab nak bagi maid ngan adik adik aku makan. Sejak aku bagi dorang makan, dorang pun suka. So why don't you just try it. Harga pun tak mahal. Satu bekas ada tiga biji takoyaki yang berharga RM4.30 bagi setiap satu bekas polisterin tu, bukan bagi setiap satu biji okayy. HAHA.
ehsan pakcik google.

Minggu ni je dah empat kali aku gi Mid Valley semata-mata nak beli menatang Takoyaki nehh. Sehari tak makan rasa macam ahhhh tak boleh. Mesti makan jugak. :) So, try lah. Hehe