
Apesal mata aku tak boleh nak lelap lagi nehh? Dah pukul 2.30 pagi dah. Esok, maksud aku hari ni aku ader kelas motor la. Aduhh mata. Tolonglah lelap. Kenapa degil sangat ni...! Hish. Lantak kau lah.
Okay semalam aku first time makan Kenny Rogers. Sila bangga ye anak-anak semua. ecehh. Okaylah gak. Sodappppp. Ada kuah yang ada cendawan butang dan kuah yang berblack pepper. Aku ke KL Sentral semata-mata untuk beli benda alah ni atas permintaan abah aku. Oh ye abah, patutlah mata belah kiri kakak asyik kedip-kedip. Ada benda nak jadik rupanya. Bukan sebab disuruh beli KR, tapi ada benda jadik kat KL Sentral nuhh. Duhhh. Sepanjang perjalanan ke KL Sentral, aku asyik nak tergelincir je. Asal sampai kat atas lantai licin je, nk tergelincir. Asal sampai je, nak tergelincir. Asal tergelincir je, nak sampai. HAHA. Almaklumlah, selipar murah.
Dipendekkan cerita, lepas beli KR terus ke LRT . Beli tiket zup zapp. Terus naik atas, tunggu LRT. Lama kot tunggu. Tengok-tengok rupanya LRT tu stuck dekat tengah tengah railway. Stuck sebelum sempat sampai ke KL Sentral. Tiba-tiba ada pengumuman ' Perhatian... perkhidmatan kami tergendala seketika atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Kami akan memperbaikinya secepat mungkin dalam satu atau dua jam lagi. Harap bersabar '. Haa lebih kureng cam tu arr dia cakap. Kau gila dua jam lagi??! Aku datang sini semata-mata nak beli KR, pahtu bila nak balik tak boleh pulak. Padahal rumah kat Bangsar jekk. Ntah apa apa -.- . Aku apalagi, turun bawah. Pulang tiket, amik duit. Terus pergi tempat teksi. Okay, ramai orang. Berderet orang beratur. Last last call abah suruh ambik. Nasib baik dia nak ambik, kalau tak jenuh la aku menunggu.
Abah aku kata ' Asal hujan je LRT mesti rosak '. Rupa-rupanya semalam pun rosak. Alkisahh. Haaa aku ada beli dress unggu sebelum balik. Lawaa. :) Hmmm. Masa dalam keta cakap-ckap ngan abah tentang online boutique. Actually aku teringin nak bukak satu butik online. Aku dah target nak jual apa, nak promosi macam mana, nak buat penghantaran macam mana, macam macam dah aku pikir. Cuma satu je takde, duit modal. Again haihhh. Poor little girl. So, aku recommend kat abah aku. Explain lah semuanya kat dia. Semuanya okay! Aku nak mintak duit modal kat abah aku. Dia mula mula macam tak bagi. Tapi lepas explain, macam bagi. Tapi entahlaa. Aku masih memujuk. Sebab abah aku je lah satu satunya harapan nak dapat duit modal. Wish me luck!! ;)
notakaki : Agak-agak kalau aku bukak butik online ade sesiapa nak beli ke?
No comments:
Post a Comment