20100719

AKU LULUS. ALHAMDULILLAH!

JPJ JPJ JPJ. Aku buat silap masa nak keluar ke jalan raya. Kiranya aku melanggar signboard 'berhenti'. Disebabkan satu kesalahan kecil sebesar zarah itu, pegawai JPJ asyik cakap "macam mana ni, kamu datang lagi sekali lah yer". Perghhh!! Sepanjang-panjang jalan dia bercakap benda yang sama. Aku yang dari awalnya sangatlah cool terus jadi gelabah. Grrr. Tapi last last lulus jugak. Alhamdulillah. Atas budi bicara pegawai tu lah kan. Walaupun sebenarnya pegawai tu cam nampak gatal sikit tapi terima kasih banyak banyak sebab bagi aku lulus. Kalau nak diikutkan hati ni, aku takdelah gembira mana pun walaupun lulus. Ntahlaa. Rasa tak puas hati atas kesalahn aku sendiri. grrr geramnya! Rasa macam nak je ambik test lagi sekali. Tapi bersyukur je lah kan. Dah lulus kan. Haihh.. Orang pertama yang aku bagi tau aku lulus ialah cikgu aku of course. : )

Abang abang yang selalu lepak kat tangga tepi rumah aku pun ada kat Segambut tadi masa amik test. Ada ke patut dorang duk jerit jerit nama bapak aku kat aku. Lepas tu pandang aku dan buat muka tersengih-sengih cam kerang busuk. Muahaha aku dah biasa la gak kene kacau dengan depa ni. Lantak korang lah, malas haku nak layan. Ohh ada kakak tu kan umur 25 tahun tapi badan kecik comey jer. ehee lawa lagi taw. Dengan dia ada sorang lelaki ni, aku tak sure siapa. Tapi sama macam yang laen. Dia duduk belakang aku, pandang aku. Sepanjang masa terasa diri diperhati. Adalah jugak borak dengan dia. Aku tak tau nama dia siapa. Tapi aku ingat muka dia.

Best jugaklah sepanjang aku belajar kat Segambut ni. Ramai orang yang borak ngan aku tapi kebanyakkannya aku tak tau nama diorang. Yang paling aku ingat ada sorang abang tu dia belajar naik motor besar. Dua ke tiga hari kiteorang sama masa belajar. So, dia ikut je dari belakang bila bawak motor. Dia ikut je. Aku siap cakap lagi 'Janganlah ikut belakang'. Sebab rasa terganggu kot, lagipun aku baru belajar naik motor kan. So tak berapa nak mahir lagi lah. Hari ketiga tak silap aku baru dia tegur aku. Masa tu kebetulan aku nk bertanya dan dia kat sebelah. So aku tanye je dia. Takdelah, kalau dah dia duk tengok je apa aku buat. So alang alang baik tanye je. Dia explain semuanya kat aku. Then masa tu jugaklah dia tanya detail pasal diri aku. Masa tu lah baru aku perasan yang abang ni cam stalk aku jer. Tak pastilah kan, tapi hati aku kuat mengatakan begitu. Dia seolah bersungguh-sungguh nak berkenalan dengan aku. Malangnya, aku takde FB. Sorry ye cik abang. Petang, lepas kelas belajar pun dia datang duduk sebelah aku. Nak borak dengan aku. Tapi tiba-tiba cikgu suruh pindah tempat. So, haha. Pity him. Kalau tak kiteorang dah boleh jadi kawan dah. Kesungguhan dia agak menarik minat aku actually. ehee

Hari ni kenal dengan kawan baru, Ano. Sekarang tengah message kot. HAHA Eh dia belanja aku air tadi. Air root beer, dia yang pilih sendiri. Sebab aku yang suruh. hehehe. Sengaja je nk tengok air apa yang dia belikan. Not bad. Menepati citarasa aku jugak. Lalalalala. Ouh yaa masa balik dari Segambut, terserempak dengan sorang lelaki ni. Salah sorang yang suka kacau aku gak. Dia tegur aku. Tanya pasal test aku semua. Then tetiba dia mintak no telefon aku. Ini bukan kali pertama dia mintak, dah berkali-kali dah. Cuma aku ni je haa tak nak bagi. Bukannya apa, kalau aku bagi dekat dia nombor aku, habis lah nanti satu pangsapuri KTMB tau nombor aku. Hishh tersebar tak tentu pasal je karang. Tak mau ah.

Dia : Weyh nk nombor.
Aku : *buat bodo
Dia: Weyh!! Nk nombor.
Aku : Nak buat apa?
Dia : Nak try kau.
Aku : Try aku? Try buat apa?
Dia : Try lah.
Aku : *senyum tapi bengong2 sikit.
Dia : Boleh ke tak aku try kau?
Aku : *senyum geleng geleng terus blah.

Serious aku cakap muka lelaki tu hensem gila. Tapi ape try try ni weyh. Kau hengat aku baju ke apa nak try try. HAHA. Takkan stock muka hensem cam kau takde yang nak kot. ahaha biar ah dia. janji dia tak buat ganguan seksual kat aku cukup. Setakat tegur tegur tu aku boleh layan lagi. Cuma aku tak tau umur dia. Bukan dia lagi muda dari aku ke??.... pelik pelik

Dah ahh. Aku stop sampai sini dulu. Tetiba hari ni semangat nak cerita pasal lelaki. Sorry kalau terlebih content. Kekeke. Aku ni pencinta lelaki sebenarnya. Harap maklum.

2 comments:

Indrawanie said...

waa bestnye. saya takde lesen pun lagi..hehe :P

fadhlinaafifah said...

eh kenapa tak amik lagi..??