Showing posts with label PRECIOUS FAMILY. Show all posts
Showing posts with label PRECIOUS FAMILY. Show all posts

20110928

Kematian itu pasti.

Masa open house hari tu, tokwan aku imamkan bacaan Yaasin sebelum open house start. Dalam pukul 12 macam tu dia dah start baca Yaasin, lebih satu jam jugaklah dia bertahlil dekat rumah aku. Lepas habis open house dia terus siapkan pakaian dia sebab nak balik Perak semula. Dia diam je sepanjang open house. Esok paginya, kiteorang satu family sarapan sama sama dan kemudian abah aku hantar tokwan aku ke kereta api. Dia selalu nak balik cepat. Tok aku pulak selalu tak ikut. Hari ni barulah tok aku balik Perak. Kata dia, dia nak check renovation kedai dekat kampung. Bila dia balik, tau tau je tokwan aku dah meninggal. Dah ajal dia agaknya.

Patutlah hati aku rasa sayu je hari ni. Jujur aku kata aku dah lama tak solat tapi tadi aku tergerak nak solat Maghrib. Sebab hati aku rasa sayu sangat, aku rasa nak menangis. Lepas aku solat, tiba tiba ibu aku balik, dia kata tokwan aku dah meninggal. Aku terkejut. Patutlah. Aku faham kenapa. Aku lupa nak doakan tokwan aku tadi, aku lupa. :'( Awalnya kau tarik nyawa dia Ya Allah. Kau tarik nyawa dia waktu tak ada sesiapa di sisi dia Ya Allah. Terkilannya kami rasa.

Renovation kedai tu belum siap, selama ni tok dengan tokwan yang uruskan urusan pengantin dari pakaian pengantin sampailah ke pelamin pengantin, sekarang tok aku tinggal sorang sorang dah, takkan ada lagi pelamin pengantin yang akan tokwan aku buat. Dah tak ada dah. Dan esok sepatutnya aku ada camping dekat Perak, tapi Allah tak izinkan.

Kau tempatkanlah dia dalam kalangan orang orang yang beriman Ya Allah. Amin.


20110926

Kepenatan berbaloi.

Heyy assalamualaikum. =)

Ohh haa semalam kan kan rumah aku ada buat Open House. So siapa yang aku dah jemput through facebook, sms, twitter or personal tapi tak datang tu haishhh korang ni rugi betul. Tsk3. Tapi tak apa lah, still ramai jugak yang datang. Majlisnya start dari pukul 1 tengah hari sampailah 6 petang tapi tetamu tak putus putus datang sampai 8 malam. Ya Allah Tuhan je lah tau betapa sakitnya kaki ni ke hulu ke hilir, kutip segala cawan pinggan and everything but but .. BERBALOI wa cakap lu.

Masa ni lah yang aku dapat tengok muka ibu abah happy gila nak mati. Yelah first time buat open house, orang punyalah ramai datang.

Daripada jiran rumah lama, ke jiran rumah baru.
Daripada anak murid sampailah ke cikgu murid tu sendiri.
Daripada kawan kawan sekolah, kawan sekuliah sampailah kawan sekampung.
Daripada saudara mara terdekat sampailah yang paling jauh nun di Sarawak tu.

Ramaaaai sangat, sampaikan aku main bantai je senyum kat semua orang, hikhikhik.


Tetamu yang paling seronok aku jumpa ialah humphh Iskandar! My friend waktu baby dulu. Rasa menyesal pulak tak guna kamera aku semalam untuk tangkap gambar. Guna kamera dia, tsk3.


Ada someone dalam gambar kat atas ni keep calling me mira. Tu haa uncle yang pakai baju putih tu, yess dia. Dia ni ayah Iskandar sooo haha, dia asyik panggil aku suruh borak dengan dia. Aku ni dahlaa macam takda topik nak berbual. Tapi pergi je lah since uncle ni sporting habis. Dia tau nama aku Afifah tapi dia panggil aku mira sebab masa aku baby dulu sepatutnya nama aku Amira Afiqah. So yea itulah cerita sebenar dia. Dia dh terbiasa panggil aku camtu dari kecik lagi.


Of course my firends pun, I'm glad they came. Eventhough almost all of them dari college but still at least someone came! Cuma itulah, kecewa kawan kawan sekolah ramai tak datang sebab jauh sangat. Memang jauh pun =.="



Ohhh yes aku yang pakai baju warna merah menyala tu, and yes aku minat colour merah and yes jugak sebab baju ni dah lama beli but this is my first time wearing it. So semalam aku memang kena usik dengan hampir semua orang. Kata ada boyfriend nak datanglah and everything padahal tak ada pun. Lepas tu ada yang kata ini majlis bertunang aku. ish3. Tau tak apa aku dengar semalam!!! Ya Allah aku dengar ibu aku cakap "Nanti nak bawak menantu masuk rumah pulak ni" dekat kawan dia. Kuat okay. Aku masa tu bapak gilaaa malu nak mati. Ya Allah malunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. and and ada pulak cikgu aku yang datang duk kata kat aku, "Cakap kat mak, tak payah tunggu anak cikgu lahir, cakap je tak lama lagi tunggu cucu lahir." Aku dah macam WHAT?!


Ohh hey thats my cousin from Sarawak. Say Hello! XD




NAAAAAH! My favourite picture of the day. Haruslah besar, sebab paberet en en. Oh Eqa, we're wearing baju kurung with the same colour. Look look at our tudung, black and red. Awhhhh rasa macam dah janji je. Awhhhhhh, thanks for coming!


Heeheehee basically, inilah dia a few gambar yang aku tangkap, a few people yang datang. Tak dapat nak tangkap banyak sangat gambar since kamera ni kejap dekat sini kejap dekat sana, aku dengan adik aku berebut rebut nak guna. Kamera cikai je pun. Ohhhhh yes aku penat gilaaaa, ada rasa malu segan sikit, ada rasa seronok, macam macam rasa ada tapi berbaloi sangat. Kepenatan tu fuhhh. and tau tak the saddest part apa dia. Makanan yang ada kan, aku sempat rasa nasi minyak je, yang lain semua dah habissssss. Sedih gilaaaa sebab ramai kata makanan sedap. Ish geram! Ish ish. But still tak apa lah. So yea, itulah dia. Ada tak sesiapa yang nak tolong urut kaki aku ni? Ada tak.. HAHA kidding peeps

Thanks for those who came yesterday  =)


20110705

Abah istimewa


#MoktadirNgaisom

HappyBorndayAbahhh!! :D
Memandangkan family aku bukan jenis yang sambut birthday ^^ 
so aku dapat wish je lah.

dan memandangkan abah aku tak baca blog aku,
petang nanti aku mesej lah dia. :)))



20110206

Bila internet dan astro tiada untuk jadi penghibur , maka ..

Tiga hari tk update blog , best tak ?
Tak best wehh .

Tiga hari menghilang pergi mana ?
Balik kmpung :)

First time rasa best dapat balik kampung , errr minggu ni aku ada itu rajin sikit . Tk tau kenapa , so jyeahh . hihi Aku , kalau balik kampung tak sah kalau tak makan kenduri , almaklumlah nenek aku kan mak andam . ngehehehe . So selama tiga hari ni aku pergi satu kenduri kahwin untuk makan , dan lagi dua kenduri kahwin untuk pasang pelamin . Aku tak suka pasang pelamin , nk kena panjat sini panjat sana .. macam Ika . Eh siapa Ika ?

Meh nak mai habaq sket . Ika tu umoq dia baru 16 tahun , tapi dia tak suka pergi sekolah . Jadi dia jumpa nenek aku dan mintak nak kerja . Budak ni serious rajinn , kasar , lasak dannn rajinn . Dia sampai kene tengking dengan atok aku sebab ape ntah , tapi kerana kentalnya jiwa , dia tetap boleh terus bekerja . Ohh yaa , bukan kerja memasang pelamin je dia buat , dia turut mengait buah deghian *durian lah hahhaha . Bila tengok Ika , aku terinspire , termotivate nak jadi rajin lah pulak kan . ;) pssst psstt kaki aku berdarah hari tu tertimpa katil , Ika buat . :( ... hahha chill lah sikit jaa pun  XD


Kan aku tolong nenek aku kan kan , tetiba aku baru tau yang aku ada kepakaran membentuk corak menggunakan kain dekat kerusi tetamu . Kan biasa kerusi tetamu ada bentuk reben , bunga kan kan ? Haaa aku pandai weh buat benda tu , ni yang nak bangga ni . Nenek aku puji wehh , ibu aku lagi lah kan . Tk yah cakap , hakhakhak Hehe idea nak buat business mencurah curah , next post aku bg tau . xp

Okaaaay selain tu , IMMA KUEY TEOW FREAK yooooo . hahhha Ssup yo me likey kuey teow shoooo shooo mucho . ngiahohohoho . sumpah gedik ! kokokoko 


So nak cerita If lah kan IF aku TERbawak korang ke kampung aku , korang TERtolonglah ingatkan aku ye yang aku memang TERwajib bawak korang makan kuey teow faberet aku di Taiping , tak sure lah Taiping ke apa ke , tapi sekitar situ jugakk . Istimewanya kedai ni , sebab SEDAP ! nyum nyum nyum , and dia hanya dibuka lepas maghrib sampai keesokkan paginya . So stock stock yang lepak kat kedai makan tu pun memang stock budak remaja lah ye . Jadi jika anda perempuan silaaaalah rasa takut sebelum pergi , okay ?


Furthermore , in addition to that , besides that .... blah blah blah


My bestfriend's friend couple with my ex . Ohh jyeahh again , :) terkejut bukan sebab minah tu couple dengan ex aku , tapi terkejut sebab minah tu add aku kat FB dia , whyohhwhy dear ? Kenapalah kau perlu add aku dengan terpampangnya gambar si ehem tu dekat profile picture kau . Aku bukan nak marah kau couple dengan dia , cuma aku gewam , gewam gila sebab kau buat aku ingat balik semua memori yang tak berapa indah nak indah sangat lah tu kannn . Sigh .... tkpelah kot , kicik punya hal wehhh .




7 jam perjalanan balik ke Kuala Lumpur teramat-amatlah memenatkan . 

20110110

Kenduri kahwin ,

Ahh penat gila hari ni . Terperanjat jugak semalam sebab masa pergi kenduri , PM Najib ada sekali . Serious ohh terbeliak mata aku masuk kat dalam Dewan Merdeka tu . Grand sungguh perkahwinan cousin bau bau bacang aku nehh . Pak cik sedara aku punya adik adalah salah seorang geng PM Najib . Scaryyyy , hahha . Sebab dalam dewan tu penuh dengan orang orang UMNO , timbalan timbalan menteri . Ohh yaa , aku pakai baju buruk je malam tu sbb ingatkan wedding biasa , rupa-rupanya perghh , semua pakat melaram pakai baju kilat kilat bukan main nyahh .




PM Najib tetamu kehormat wedding ni ,

Lepas tu bila duduk dekat meja makan , sudu , garfu dengan orang catering nya amboii bukan main , speaking wehh . Ada satu part kelakar tu kan si mamat catering ni tanya kat ibu aku " Miss , would you like to refill this drink " *something like that lah aku tak tau macam mana nak cakap omputehh nya . Lepas tu kan kan , ibu aku tak dengar ke apa ke aku tak sure . Ibu aku pun reply " hah hah ye ye tuang tuang " . WAKAKAKAKA setepek kauu . Yelah wedding orang melayu , cakaplah bahasa melayu . Ini tak , cakap bahasa inggeris , ibu aku yang faham ni pun buat buat tak faham . Kesian korang , wee .


Tengok tu siap ada napkin segala bagai ,
abaikan HP aku yang nak terjatuh tu .

 cara penghidangan yang sangat formal ,

pemanis mulut ,

Yang tak boleh blah tu kan kan , aku tak tau pulak Dato Nasir ni adik Wak Paiman , pakcik sedara aku . Aku duklah dengar nama Dato' Nasir tak habis habis rupa-rupanya lerr pak cik aku . Dah bertahun tahun baru aku tauu . 


 abah ibu aku bergossip LOL ,

 inside the hall ,

Pak cik Nasir bagi ucapan ,

tempat makan pengantin ,

pelamin pengantin ,

with cousin plus anak sedara

awww , my parents .

more more cousins ,

 
family member yang datang ,

Ini dewan nyee haaa , besauu .

eh eh i love this picture !

Petang tadi sedara aku semua datang kat Shah Alam nak tengok rumah baru yang bakal kteorang duduk . Lepas tu kteorang gerak ke rumah pakcik Nasir aku ni . Punyelah dia cerita pasal politik dia , perghhh . Kata dia timbalan timbalan menteri semua nya geng dia blah blah blah . Aku dengar je lah kan ahahaha .

Masa duduk kat rumah pak cik tu , aku perasanlah ade sorang mamat ni duk pandang aku macam tak kenal aku . Serious ouhh dia pandang jeee . Aku ni serba tk keruan duduk . Banyak kali kot dia pandang , pastu aku pandang balik . Tapi part yang terakhir tu lah , dia duk pandang lama gila ni kat aku , bila aku pandang balik dia pandang tepat kat mata aku . Aku tak tau aku nak senyum ke atau buat bodoh . Last last aku terus alihkan pandangan , dan diaaa .. masih pandang aku . Paling pelik kan ape yg jadi , aku tk buat lawak tp diorg gelak . Diorang tu include semua cousins aku ahh . Aku cume mengejek HAHAHAHAHA pastu tetibe semua gelak , dgn mamat tu pun sama . kelakar pulak bila ingat balik .

Mamat tu cousins aku tuhh , aku kenal muka dia . Dia anak pak cik nasir . Tapi aku rasa dia tak kenal aku . Ohh aku korek rahsia dia melalui sorg cousins aku and OMG ! dia umur 21 tahun and dah kahwin . :O  terkejut beruk aku .

Okaylah lupakan je ,


20101223

. RM150 untuk 14 hari .

Weh , bosan bosan bosan sesangat . Semalam aku ke IKEA , errrr for the first time jejak sana . Perabot semua senget senget , ihiks . Aku biasa dah pergi The Curve , tapi IKEA tak pernahh . Kenapa IKEA dari luar nampak besar gila tapi dari dalam nampak sempit jeee .. ? Hah lagi satu , semalam makan meatball dengan kepak ayamm . Orang kata meatball kat sana sedap , tapi aku rasa biase je , cuma sos dia tulah yang sedap . Ada rasa cheese sikit sikit . ;) Selain tu ada makan Penang Char Kuey Tow dekat food court kolej ! Ahahaha aku gi kolej semalam , lupa pulak nak bagi tau . LOL , mengidammm ... Lepas tu minum dekat Chocolate punya tempat , pun sedapppp . Then malam tu pergi lepak kat mana tahh sampai pukul 11.30 then balik . Haihhh
 


RM150 untuk belanja 2 minggu . Whataya thinking ? Satu minggu ada 7 hari dan dua minggu of courselah ada 14 hari . RM150 untuk 14 hari . Aku ditinggalkan oleh ibu dan abah dan RM150 jadi bekalan . Adik aku pun RM150 , maid aku pun RM150 . Diorang punya duit dah habis . Aku punya ada lagi . Nasib baik aku tak pergi MV tengok movie , tak pergi TS untuk shopping , tak beli makanan kat kedai makan . Apa yang aku buat cuma duduk kat rumah dan simpan duit . Tapi RM50 dah melayang sebab ganti duit kawan . Lagi RM50 melayang sebab tambang nak pergi kolej masa ada Open Day kat Taylors . Tinggallah RM50 , dan sekarang ni masih ada 4 hari sebelum abah dengan ibu balik . Rasanya cukuplah tu kan . Lagipun aku belum dapat lagi gaji pertama aku ni XD . Hahhahahaha tk sabar wehhh ,


Aku tengah gila duit sekarang . Kalau boleh nak je aku pergi jalan TAR lepas tu beli lah apa apa kain yang RM10 tuhh , then belajar menjahit semula . Praktikkan balik apa yang aku pernah belajar dulu . Kalau nak diikutkan , memang aku nak pergi sekarang . SE-KA-RANG . Tapiii , kerja yang kat rumah ni pun belum siap . Ada hati nak start buat kerja lain , hampehh bullshits , sebab menjahit boleh tambah pendapatan akuu . wuuu . Jiran aku dah start tanya dah . Fida pun dah start tanya aku kalau aku boleh jahit baju kurung untuk dia . Kalau aku terima , berapa ringgit dah aku boleh dapat . Dia nak 2 pasang ke 4 pasang tahh semalam . Perghhh duit duit duit . I need money . Kalau satu baju aku jahit RM70 , kalau dua dah boleh dapat RM140 . Itu kalau kain cotton . Cuba kalau kain licin , mahal lah lagi upah dia . Kan ? hmmm

Semalam bila pergi kolej , aku nampak beberapa senarai nama yang tak bayar yuran penuh . hmm kenapa Taylors kejam sangat sampai tayang nama nama diorang kat khalayak umum cenggitu ? Tak bagus lah untuk diorang . Patutlah lelaki tu kerja dekat Borders , dia perlukan duit . Hmm aku patut bersyukur , ibu abah aku bayar yuran aku . Orang lain support duit kolej tu dengan duit sendiri . Tiga orang yang aku kenal pun bayar yuran kolej guna duit sendiri . Yang aku ? Tk habis habis nak menghabiskan duit ibu abah aku . Hadoyhh . Tk guna punya anak . Menyusahkan mak bapak . Itupun masih nak mintak duit diorang lagi . Aku sepatutnya dah tau earn duit aku sendiri . Aku dah-ke-nak 19 tahun dah niiii . Sila bukak mata tu luas luas pah . 


HAPPINESS IS EXPENSIVE 
o yeaahh