20110918

Aku tak ada lah brutal mana,

Aku terpaksa hidangkan telingaku
dengan lagu - lagu indah,
Agar jiwaku tenang yang tak berhenti
bergetar,
tiap kali namamu ku bisikkan,
Aku bayangkan,
Aku gambarkan.

Oh, kamu yang seseorang,
Juga sesuatu.
Melodi ini mengangkat aku ke ruang
imaginasi,
yang indah, tapi parah.
Melambung, melayang.
Semata untuk bayang matamu.

Sial, cantik sepasang itu!

Kau bawa rasa,
Yang terdiam untuk menemukan jawapan,
Memberhentikan otot seluruh,
kerana kagum dengan parasmu,
watakmu.

Perbualan kita,
mengikut gambaran,
mewujudkan persoalan,
mendamaikan perasaan,
memberi senyuman.

Oh gemuruh,
bumi ini pemisahan,
bahasa ini pemisahan,
geografi ini pemisahan.

Mustahil,
aku di bumi sini,
jatuh hati,
terpaku memerhati.
Terima kasih kerana mengirimi,
Yang tinggal hanya teknologi ini.

Tuhan hanya menemukan.
Aku tak jumpa jawapan.
Bertenanglah sekarang!



Puisi Zahiril Adzim lagi, tajuknya Terpaku Memandang. Aku sebenarnya cuba untuk cari perkataan biar dapat describe apa aku rasa sekarang tapi sayangnya aku tak dapat fikir walau satu perkataan pun. Entah kenapa. Aku tau pelakon kesayangan aku ni boleh sampaikan rasa aku melalui puisi dia so inilah. Exactly apa yang aku rasa these few days. Entah sedih, gembira, suka aku pun tak tau. Mood aku suey. Seriously dah macam rojak. So yeah, itu untuk hari ni.

Semoga tidur kau lena malam ini, sayang.

No comments: