Ada banyak benda ni nak bagi tau pasal Taylor . Bukan Taylor Lautner ye , tapi Taylor's University . Jom jom baca , lepas tu datang lah sini memandangkan korang takkan rugi apa apa punn . SERIOUSS ! Rujuk sini , Taylors Open Day .
Pemandangan menghadap Commercial Block serta tempat parking di Taylors .

Block A , B dan Outdoor Amphitheater .
Pemandangan Block C , D dan E , kebanyakkan kelas terletak di sini .
2 . KEMUDAHAN DI TAYLOR'S UNIVERSITY .
Kemudahan Awam
- Student Central
- Enrollment & Admission Centre / Waiting or Counseling Room
- ICT Helpdesk
- Counseling and Psychological Services Centre
- Surau
- Library Services
- Centre for Research & Development
- Sports & Recreation Centre
- Sick Bay
- Commercial Block
- Hostel
- Enterprise Corridor
- MPH
- Lecture Theatres
- Teaching & Language Centre
Kemudahan akademik
- Graduate School
- Anatomy Laboratory
- The Gallery & Critique Room
- Design Studios
- Drawing Room/Printmaking Room
- Photo Studio
- Audio Recording Studio & Audio Editing Laboratory
- Engineering Laboratory
- Restaurants
- Wine Lab
- Computer Labs
- Moot Court
Antara rak rak buku yang terdapat di library . Terdapat baanyak jenis buku yang terdapat disini dari kamus sehinggalah bacaan bacaan biasa .
Pintu masuk dan kaunter utama di dalam library . Library ini hanya akan dibuka dari hari Isnin sehinggalah Jumat pada pukul 8.00 pagi – 9.00 malam . Pada hari Sabtu ia akan dibuka dari jam 8.00 pagi – 5.00 petang , dan ianya ditutup pada hari Ahad .
Persekitaran Library di Level 2 .
Library ini dilengkapi dengan bilik berpenghawa dingin dan mempunyai 4 tingkat kesemuanya bermula dari Level 2 sehinggalah Level 5 .
Library ini turut menyediakan beberapa kemudahan seperti bilik bilik perbincangan , bilik yang dipenuhi komputer , tempat photostat , printing , mesin meminjam buku dan semuanya boleh digunakan oleh pelajar .
Ini adalah Lecture Theatre , iaitu tempat dimana lecturer akan memberi ceramah ataupun mengadakan kelas . Lecture Theatre ini dilengkapi dengan kerusi yang selesa , projektor dan pemandangan yang berlatarbelakangkan tasik yang begitu mengagumkan .
Terdapat sebanyak 20 Lecture Theatre di kolej ini dimana 2 lecture theatre nya dilengkapi dengan 300 tempat duduk . 5 lecture theatre lagi dilengkapi dengan 200 tempat duduk dan 100 tempat duduk bagi 13 lecture theatre yang lain .
Terdapat sebanyak 20 Lecture Theatre di kolej ini dimana 2 lecture theatre nya dilengkapi dengan 300 tempat duduk . 5 lecture theatre lagi dilengkapi dengan 200 tempat duduk dan 100 tempat duduk bagi 13 lecture theatre yang lain .
Ini Recezz , iaitu food court .
Food court ni macam kantin . So masa ada break antara pukul 12tgh - 1ptg kebiasaanya pelajar akan datang sini dan makan . Banyak kedai baru bukak , sedap sedap pulak tu . Dari makanan kampung , makanan biasa sampai lah makanan korea/jepun . Lagipun takdelah mahal sangat harga dia , quite okay .
Aku makan Penang Char Kuey Tiow inilah hari tu and it is soooo delicious . SERIOUSLY . Aku sampai rasa mengidam pulak nak makan char kuey tiow sekarang , :) hehe
Ini pulak apa entah , tapi one of my friends makan . Tapi still Char Kuey Tiow tu memang pergh sedap !:D
Ohhh lupa pulak , selain Recezz adalagi tempat makan lain . Taylors ni besar kan so tak adil lah kalau ada Recezz je . Selain Recezz kedai makan kebanyakkannya terdapat di Commercial Block antaranya Starbucks , Old Town White Coffee , Bread Story , Grub Bistro , Famous Amos dan masih banyak lagi makanan baru yang still on-the-way nak di buka . Di Commercial Block bukan setakat ada kedai makan je , kedai gunting rambut , kedai majalah , kedai buku , kedai hadiah cakap je lah , semua ada.
Di sini , makanan sudah semestinya tidak menjadi masalah kerana pelajar pelajar Hospitality, Tourism and Culinary Arts menguruskan hampir 5 buah restaurant iaitu Truffles , Thyme , Tarragon , Tangerine dan Temptation .
Ini adalah bilik yang digunakan oleh pelajar Hospitality, Tourism and Culinary Arts untuk membuat ujian di hadapan kelas . Walaupun duduk di bahagian belakang , tv telah disediakan oleh Taylors untuk memudahkan kita melihat apa yang sedang berlaku .
Terdapat lebih kurang 5-10 dapur di sini . Setiap restaurant menggunakan dapur yang berbeza –beza . Di sini , terdapat beberapa jenis restaurant iaitu Thyme Restaurant , Truffles Restaurant dan Tangerine Restaurant .
TRUFFLES RESTAURANT
Persekitaran di dalam Restaurant Truffles .
Arak juga turut disediakan .
THYME RESTAURANT
Persekitaran di dalam Restaurant Thyme . Makan dekat di sini sedap . I’ve tried before . Cuma RM10 sahaja untuk seorang .
Pelajar Taylors akan menjadi pelayan di restaurant restaurant di sini .
TANGERINE RESTAURANT
Tempat ni macam bar sikit .
Yang ni bukan restaurant ye , ini wine laboratory atau dalam bahasa melayunya makmal arak .
Moot Court
Ini adalah court yakni mahkamah dan selalunya digunakan oleh pelajar pelajar Law
Tempat duduk bagi tetamu yang hadir .
Ini adalah keistimewaan terutama yang ada di Taylors iaitu MAC LAB ! Di Taylors ada sebanyak 4 bilik yang dipenuhi oleh 30-35 komputer Mac , boleh digunakan oleh semua pelajar Taylors pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat, dari pukul 8.00 pagi sehinggalah ke pukul 6.00 petang .
Penggunaan Mac Lab ini adalah percuma tapi wajib jadi pelajar Taylors barulah boleh guna , sebab kena ada password . Selain Mac Lab , kat sini ada jugak Computer Lab , macam komputer biasa . Lebih kurang 20 Computer Labs ada kat Taylors ni . Penggunannya semua percuma . IMPRESSIVE kan ?
Selain MAC LAB , Student Life Central juga adalah antara yang menarik di sini ! Student Life Central ialah tempat dimana pelajar pelajar boleh bersantai sambil bermain pool , ping pong , bermain gitar sambil menyanyi , foosball . Banyak juga permainan card ada disediakan disini . Ini adalah tempat untuk pelajar berhibur dan merehatkan minda , dekat university lain ada ke disediakn tempat macam ni ? Mana ada , kat sini jer . XD
Bagi pelajar yang beragama Islam , di sini ada disediakan surau bagi lelaki dan juga perempuan . Surau ini sentiasa dibuka 24 jam , so senanglah untuk pelajar singgah dan menunaikan tanggungjawab masing masing .
Bagi pelajar yang memandu , tempat meletak kereta ada disediakan . Beberapa kawasan lapang telah dibuka untuk memudahkan pelajar meletakkan kenderaan dan pastinya ia adalah PERCUMA ! :D Selain di kawasan lapang , pelajar juga boleh meletakkan kenderaan di bahagian basement . Terpulang lah , kerana siapa cepat dialah yang dapat . ;)
Sebenarnya ada banyak lagi kemudahan dekat sini , tapi nanti entry ni akan jadi sangat sangat panjang . Takut takde pulak yang nak baca nanti .
So continue with the school ,
3 . NAMA SEKOLAH
Ada banyak School dekat Taylors ni , antaranya ;
- School of Architecture Building and Design
- School of Biosciences
- Taylor's Business School
- School of Communication
- School of Computing and IT
- The Design School
- School of Engineering
- School of Hospitality , Tourism and Culinary Arts
- Language Centre
- Taylor's Law School
Tapi dalam banyak banyak ni aku hanya pilih satu je dan THE ONLY ONE lah kan of course which is SCHOOL OF ARCHITECTURE BUILDING AND DESIGN (SABD) . XD
Aku pilih School ni sebab aku teramat amatlah meminati bidang Architecture . Disebabkan kategori Architecture ada di bawah school ni , so I chose this school !
4 . SCHOLARSHIP YANG DITAWARKAN
Pernah dengar tak Bumiputera punya scholarships ? Kalau tak pernah dengar , Bumiputera scholarship ni sebenarnya scholarship untuk Bumiputera lah . HAHA
Siapa Bumiputera ?
Bumiputera ialah KITA . Aku engkau , engkau dan engkau yang tengah baca blog ni . Maksudnya rakyat Malaysia-lahh . ahahaha So if kau Bumiputera dan kau sangat dan teramatlah minat nak masuk Taylors , kau akan serta merta dapat scholarship ! YEAY !!
Bumiputera ialah KITA . Aku engkau , engkau dan engkau yang tengah baca blog ni . Maksudnya rakyat Malaysia-lahh . ahahaha So if kau Bumiputera dan kau sangat dan teramatlah minat nak masuk Taylors , kau akan serta merta dapat scholarship ! YEAY !!
Kau akan dapat free tuition waiver sebanyak RM4 000 . Banyak kan ? Maksudnya kalau kau join Foundation in Natural and Built Environment macam aku , dan yuran kolej kau ialah RM19 000 iaitu untuk satu tahun yang bersamaan dengan dua semester , kau hanya perlu bayar 15 000 je lah . Sebab lagi RM4 000 dah potong kan ? Haaaa apalagi , scholarship ni boleh digunakan untuk semua course yang ada kat Taylors dengan syaratlah of course XD
Selain Bumiputera punya scholarship , ada lagi scholarship lain . Why dont you come here and find it yourself ? Lagipun seorang pelajar hanya boleh guna satu scholarship je . Tak boleh lebihhh . So , cukuplh if just guna Bumiputera punya scholarship kann ?
5 . PROGRAM YANG DITAWARKAN OLEH SCHOOL OF ARCHITECTURE BUILDING AND DESIGN (SABD)
Memandangkan aku under SABD , so ini program program yang akan aku tempuhi ;
Foundation in Natural and Built Environments * i'm currently doing this
Bachelor of Science (Hons) (Architecture) OR
Bachelor of Quantity Surveying (Hons)
6 . KEMUDAHAN SCHOOL OF ARCHITECTURE BUILDING AND DESIGN (SABD)
The Gallery and Critique Room.
Sebelum ni , course aku pernah buat exhibition kat sini . Exhibition and charity , kteorang kena cipta sesuatu menggunakan barang barang terpakai . So , kteorang gunakan ruang ini lah , The Gallery and Critiue Room .
Ruang ini digunakan untuk memaparkan karya karya yang dihasilkan oleh pelajar Taylors yang mana turut menyumbang ke arah perkembangan pelajar . Melalui ini , pelajar junior telah disediakan kemudahan untuk melihat hasil kerja yang telah dibuat oleh pelajar senior dengan harapan mereka akan melakukan perkara yang telah dijangkakan akan mereka buat apabila mereka menjalani course yang sama nanti .
Apabila hasil kerja ini dipamerkan kepada umum , pelajar pelajar lain digalakkan untuk memerhati dan memberi maklum balas . Maklum balas yang diberikan akan sedikit sebanyak membantu pelajar pelajar SABD . Memandangkan akan ada maklum balas yang berbeza daripada umum , jadi akan memudahkan lagi pelajar memahami keperluan pengguna .
Design Studios .
Studio ini diwujudkan untuk kegunaan pelajar Taylors mereka , memaparkan dan membincangkan design kerja secara individu mahupun secara berkumpulan . Pelajar akan mendapat design review daripada lecturer dan profesional .
Selain itu studio ini juga digunakan sebagai platform untuk pengajaran dan pembelajaran secara teori , sejarah , profesional dan teknikal .
Antara hasil kerja pelajar architecture ialah
7 . KENAPA PERLUNYA MEMILIH SABD ?
- Mempunyai rekod bertahan yang sangat lama iaitu selama 10 tahun . SABD mempunyai seramai 1000 siswazah sejak penglibatannya pada tahun 1998 .
- Dua range program yang bagus iaitu ; architecture dan quantity surveyor .
- Mempunyai pengenalan yang luas di lebih 15 universiti di Australia , New Zealand dan United Kingdom .
- Perancangan Peringkat Antarabangsa di Universiti Melbourne .
- Kurikulum yang seimbang antara teori dan praktikal .
- Mempunayai pusat kajian yang aktif .
- Fakulti yang berdedikasi . Mempunyai ahli fakulti yang mahir dalam bidang ini untuk menyediakan kemudahan pembelajaran dan pengajian .
- Mempunyai hubungan industri yang kuat , iaitu mendedahkan pelajar mengenai cara sebenar ketika di alam pekerjaan nanti .
- Kemudahan awam yang berkualiti .
- Kemampuan siswazah Taylors selepas tamat belajar amat berguna .
In Foundation , assignment dengan projek tak semestinya berkenaan dengan buat model or sketching tapi mempengaruhi semua . Korang akan dapat assignment pelik tapi at the same time menarik ! Relationship antara kawan kawan between architecture and quantity surveyor pun really really close like families .
8 . YANG MENARIK DI TAYLORS KETIKA HARI TERBUKA
HOT AIR BALLOON !
OMG , kau kena datang sini lepas tu rasa sendiri betapa bestnya naik belon udara panas ni . Sebab aku sendiri dah naik , its like whooahhhh :O fun but too high ! haha gayat . and the best damn part is ITS FREE ! Sunday , 19 dec gonna be the last day for this hot air balloon thingy will be here .
| TAYLOR'S UNIVERSITY . THE ONLY WAY IS UP |
| Hot air balloon , you can see the fire ! |
| View if you look up , |
| This is Samantha , my new friend. |
CAMPUS TOUR !
Damn tired wehh , but its worth it ! Sebab , you know what .. aku tak pernah tengok banyak tempat selama aku study foundation kat sini . Tapi rupa rupanya whoooahhh its quite COOL dekat sini . Banyaklah tempat but i'll just tell you guys a few la haaa . Banyak sangat kalau nak tulis , entah entah esok pun belum habis XD
Hotel .
Ini adalah hotel yang akan digunakan bagi course Hospitality and Tourism . Hotel ini sepenuhnya diuruskan oleh pelajar dari segi mengemas , mencuci , menyambut tetamu , semuanya lah . Hotel ini dilengkapi dengan television Panasonic yang mana television ini menyiarkan semua channel yang ada kat dunia ni . Cool kan ?
Gambar yang ada kat atas tu semuanya antara hotel yang ada . Bayaran kalau nak menginap kat hotel ini dalam lingkungan RM190 - RM220 . Orang luar pun boleh menginap dekat sini .
Hotel ni ada dress code , tapi dress code dia tak macam sekolah . Dresscode nya ialah Levi's brand . So kiranya boleh pakai jeans dalam ni . ;) Tapi hotel ini tidak akan dibuka selagi March 2011 . Kalau nak book hotel ini , boleh je .
Multi-purpose Hall .
Ini lah Multi-puprpose Hall (MPH) , dewan pelbagai guna . Selalunya dewan ni akan digunakan untuk pelbagai acara , macam parti , prom , talk , dan banyak lagi . Exam pun sometimes buat kat sini jugak , luas .
Tapi masa Hari Terbuka , dewan ni dijadikan booth . Ada banyak booth untuk setiap course dan sesiapa yang datang boleh bertanya macam macam tentang course yang korang berkenan .
SO THATS IT !
Tak rugi kalau korang datang belajar kat sini .
Tak semestinya Hari Terbuka je , hari biasa pun boleh .
Bagi sesiapa yang berminat , jangan lupa mengunjungi
Taylor's University Campus Day dari 8 Januari dan 9 January
jam 10 pagi sehingga jam 5 petang .
Bagi sesiapa yang berminat , jangan lupa mengunjungi
Taylor's University Campus Day dari 8 Januari dan 9 January
jam 10 pagi sehingga jam 5 petang .
Apalagi , cepat cepatlah datang :D
Jangan lepaskan peluang !
Untuk mengetahui lebih mengenai kelebihan Taylors KLIK SINI
Untuk ke laman web rasmi Taylors KLIK SINI
Untuk jadual Career Talk KLIK SINI
Untuk ke acara facebook KLIK SINI


