20120101
PEMBUKAAN TAHUN BARU DENGAN ASMAUL HUSNA DAN DOA OLEH USTAZ AZHAR IDRUS. SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 20 TAHUN AFIFAH. : )
Dalam banyak - banyak tempat, aku memilih untuk pergi ke Dataran Shah Alam. memang berbelah bagi jugaklah nak pergi ke tak nak, ada examm kann. Tapi aku pergi jugak, sebab .. sebab tak nak menyesal di kemudian hari. Cewahhh ayat kemain kau.
Siapa tak pergi tu rugi .......
Kat sini jelah kau boleh COUNT UP *mung yang pergi tu mesti pahe, yg dop pergi tu ksiang*
Kat sini jelah kau boleh tengok bebudak perempuan berpakaian litup pakai baju kurung bejubah bertudung labuh, yang lelaki nya pulak kat sinilah kau boleh tengok bebudak lelaki pakai baju melayu, berjubah, berkopiah. Even aku sendiri pung pakai baju kurung, fest time ni maghi sambut new berbaju kurung. erk! Tapi hok paling penting nuu Ustaz Azhar Idrus ahh siapa lagi. Ustaz Azhar Idrus tu okeng agy ni digabungkan pulak dengan Zizannnnnnggg. Dah la sesama Terengganu, sesama pulak hidung besau molek.
Aku nak cerita banyak pun tak berapa nak reti, video camera pulak time time tu lah nak habis bateri, eeeeei benci! Aku ingatkan yang datang tu, adalah dalam 1000 orang ke, 2000 orang ke tapi ghupenya 70,000 orang haaaa amik kau. Tapi walau banyak macam mana pun angka 70, 000 tu Dataran tu tak sesak langsung, maksud aku, kau boleh duduk memana kau suka. Nak bentang tikar sebesar alam siap bawak kek sambut happy birthday pun takpa ehhhhh. Ehh betul ni, tapi aku duduknya atas rumput je lah wuuu.
Aku rasa part Zizan denga UAI tu yang paling dinantikan, sebab bila habis je dorang ceramah, semua orang bangun berdiri nak balik walhal Shahir tengah buat persembahan nuuu, jahat gila k korang tak baik tinggalkan majlis sebelum majlis habis eeeee kesian shahir aku nengok. Dia SS haa kat depan. Kalau aku boleh lari, dah aku lari naik atas pentas bagi bunga ke dia. Aku dop tahu pung Shahir ada, kalau tak, dah bawak dah cekelat kat rumah nu haa. :P MasyaAllah hensem ya amat. *tunduksenyummalu*
Korang patut tengok baju apa Zizan pakai, hehehehehe, berkopiah siap alaaa calon Imam Muda tau.
Ohh dan lagi, ada bacaan doa sempena datangnya tahun baru dan yang paling penting, haaaa ASMAUL HUSNA. Ya Allah sumpah rindu gila nyanyi asmaul husna. Masa kena nyanyi tu aku macam ada lupa sikit - sikit. Punyalah kuat penangan asmaul husna tu, aku p nyanyi sampai balik ke rumah haaa. huishh.
Tapi overall majlis ni memang superb. Yang tak pergi tu, pergilah tengok kat youtube ke apa ke, tapi aku nk cakap awal awal la ehh, tengok secara live depan depan dengan tengok kat youtube, tak sama weh fefeeling dia. ekeke. Padan muka korang :P, nasib baik aku pergi. Ohhhh sebenarnya ada jugak Bazar kat tepi Dataran Shah Alam tu, banyak benda yang dijual. Nasib baik duit aku bawak ciput je, kalau idokkk hahaha mu pikir ar sendiri.
Aku tak expect lah yang pergi tu ramai budak muda. Gila kauuu. Tapi memang ramai nak mampus aah budak muda. Aku macam rambang mata kau faham? Faham tak muka diorang semua suci suci. Kau akan sedar yang kau ni adalah antara salah satu manusia yang paling tenggelam. Dari segi rupa, pakaian, percakapan. Aku cuma boleh cakap MasyaAllah, sebab kerana terlalu indahnya rupa rupa yang ada dekat depan mata tu, aku sampai kena jalan tunduk sebab terasa diri ni macam tak ada apa apa. Kau tahu tak perasaan redup bila dapat tengok perempuan pakai tudung labuh, berpurdah, pakai jubah .. diorang sangat lawa. Aku macam tak boleh nak berhenti tenung diorang. Yang lelaki nya pulak, aku macam takut nak tenung lama lama. Takut terjatuh cinta kahkahkah. Kau tengoklah pakaian apa diorang pakai, dengan songkok, kopiah semua, lepas tu singgah pulak beli buku berkonsepkan Islam kat tepi jalan, tipulah kalau nak kata tak tertarik. Tipu. Sebab tulah aku memilih untuk jalan tunduk, indah sangat. Mata aku ni tak boleh terima.
Masa tulah aku macam sedar, punyalah banyak lelaki kat dunia yang baik baik. Kenapalah aku terkejarkan kat orang yang satu tu yang belum tentu baik dan dah sah sah tak suka aku. Hmmm.. Tapi istilah "Perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat", aku rasa itu sesuai untuk aku. Aku harap lelaki yang jahat yang bakal jadi future husband aku nanti tak sejahat aku. Harapan aku moga percentage jahatnya dia itu adalah rendah berbanding percentage jahatnya aku.
Banyaklah pulak aku membebel. So, kalau kau tanya azam aku tahun ni apa dia, aku akan jawab, nak dekatkan diri dengan Tuhan aku, Allah. Buat segala benda yang dah jadi tahun lepas, aku akan jadikan pengajaran untuk aku pada tahun ini.
Selamat Tahun Baru 2012 untuk awok awok tu dannn Selamat Hari Lahir untuk sayaaa :D
20 tahun dah.
Assalamualaikum.
Subscribe to:
Posts (Atom)
