Assalamualaikum.
*fuhh fuhh tiup blog.
Aku terkilan dekat diri sendiri sebab dah lama tak pergi mengaji, sebab tak ada masa, sebab sibuk, sebab test berlambak, dan aku selalu rasa yang 24jam sehari tu tak pernah cukup untuk aku belajar dan amik exam, jadi selagi ada masa, aku akan belajar sampaikan semua assignment semuaa tolak tepi, mengaji pun tolak tepi, humph. Kesal kat diri sendiri. Ustaz hari hari mesej tanya bila nak datang, humph humph.
Jadi berbalik pada tajuk, kenapa aku mengaji, nak bagi tahu lah ni kenapa.
.. aku ingat lagi masa tu aku tengah driving, pergi ke kolej kalau tak silap. Dalam radio masa tu Ustazah Mashitah tengah berceramah, dan cerita nya macam ni ..
Dulu adalah seorang budak lelaki ni datang dekat atuk dia, dia nampak atuk dia tengah mengaji, jadi dia tanya. "Atuk, atuk faham ke apa yang atuk baca?" Aku tak ingatlah pulak apa atuk dia jawab, kemudian budak lelaki tu tanya lagi "Atuk, kenapa kita kena baca Al-Quran, sedangkan kita tak faham pun apa yang tertulis dalam Al-Quran tu." Jadi atuk ni pun nak bagilah cucu dia ni faham, atuk ni ambik satu raga, "Cu amik raga ni, cu pergi dekat tepi sungai sana, cuba cu amikkan air untuk atuk guna raga ni." Jadi budak lelaki ni pun pergilah ke sungai tu, dia pun cedoklah air. Bila dia cedok, dia pun lari semula ke atuk dia, tapi belum sempat dia sampai, air dalam raga tu dah habis. Jadi dia tunjuk lah kat atuk dia raga tu. Atuk suruh budak lelaki ni amik air lagi sebab takda air pun dalam raga tu. Budak lelaki ni pun punyalah semangat, dia lari semula ke sungai tu, kemudian cedok lagi air, kali ni dia ambik banyak sikit dari yang tadi. Lepas tu terus dia lari ke atuk dia, kali ni lagi laju dari yang pertama tadi. Bila dia sampai kat atuk dia, air dalam raga tu dah kering. Atuk dia suruh cedok lagi air dalam raga tu. Jadi untuk kali yang ketiga dia buat benda yang sama, dia lari lagi laju, tapi air dalam raga tetap habis. Akhirnya dalam kepenatan budak lelaki ni tanya kat atuk dia "Atuk, kenapa atuk suruh saya ambik air guna raga ni, raga ni kan berlubang lubang, cedok banyak mana pun tak guna." Jadi atuk pun tanya semula ke cucu dia "Cuba cu tengok raga ni, masa atuk bagi raga ni tadi, raga ni kan kotor banyak habuk, cuba tengok apa jadi sekarang?" Cu pun jawab "Raga ni dah jadi bersih. Atuk kemudian tanya budak lelaki tu, "Cuba tengok apa ada dalam raga tu." Degan seronoknya budak lelaki tu jawab "Ada ikan tukkk!". "Haaaa itulah yang Al quran buat kat kita, walaupun kita tak faham maksud ayat ayat Al-Quran tu, tapi bila kita selalu baca, hati kita yang kotor ni akan jadi bersih sama macam raga tu. Memanglah kita tak faham, tapi kita dapat banyak manfaat bila baca Al-quran, samalah macam ikan yang kita dapat dalam raga ni. Allah bagi kita pahala." kata Atuk. Atuk sambung lagi "Raga ni kita boleh ibaratkan macam hati kita, kotor, berlubang, tapi bila kita celup dalam sungai, hati kita boleh jadi bersih, siap dapat ikan lagi. Air sungai tu pulak diibaratkan macam ayat ayat Al-Quran yang kita baca" Budak tu jadi seronok dengar cerita atuk dia. Dia terus amik Al-Quran, kemudian baca dengan atuk dia..
*VERSI LAIN HERE*
Lebih kurang macam nilah cerita Ustazah Mashitah tu. Aku terus terasa nak baca Al quran lepas tu sebab sedar hati kotor ni sangat. Berkobar kobar nak baca sampai aku request dekat abah aku, aku bagi tahu dia aku nak mengaji Al-Quran sampai khatam, aku nak cari ustaz atau ustazah. Abah aku mula mula suruh aku mengaji kat rumah je, tapi aku tahu, mengaji kat rumah tanpa ustaz atau ustazah ajar, samalah macam mengaji dengan syaitan. Jadi aku pujuk punya pujuk, abah aku benarkan.
First time aku mengaji dekat Shah Alam yang nama tempatnya dirahsiakan, aku kena tipu, bayar mahal. RM100 untuk sejam. Sebulan lebih dah RM1000++. Ustazah berpurdah pun ajar macam tak nak ajar. Semua semata mata sebab duit. Last last dapat tahu sebenarnya yuran kat sana RM100 sahaja sebulan, tak ke sakit hati ni. Huh
Atas permintaan ibu abah, aku tukar tempat mengaji di Bangsar. Walaupun jauuuhhhhh sangat dari Shah Alam, Alhamdulillah, environment seronok, even ustaz yang mengajar tu pun best. Ustaz tu suami kepada ustazah yang merupakan kawan ibu aku. Ustazah tu juga salah seorang ustazah dekat sekolah aku belajar dulu. Jadi memang amat amat comfortable dengan ustaz ustazah *suamiisteri* kat sana, banyak benda aku belajar, kadang kadang ustaz suka bercerita. :) Kalau hari kau hari yang STRESS, bila mengaji confirm tenang, cuma ikhlaskan hati, tu je. Boleh menangis dibuatnya. Alhamdulillah dah 8 bulan aku mengaji kat sini, Pusat Pengajian Soutul, Bangsar. Berminat? 0322881598 Suka tauu nak promote HEHEHEHE. Ustaz dengan ustazah best haruslah promote! Bila tak ngaji rasa rinduuu, dan kosong sebenarnya sebab jiwa tak terisi. Lepas tu bila dah lama tak mengaji, bila mengaji semula mesti kau rasa suara kau berubah, nafas pun tak boleh tahan lama lama, sedih tengok diri sendiri bila dah lama tak ngaji jadi camni. Sekarang dah okay balik aaa.
So, sebab itu lah aku mengaji..
Semoga aku dapat khatam dengan cemerlang. InsyaAllah!
Semoga hati aku suci dan murni. InsyaAllah!
Itu lah aim aku for the past ONE YEAR. Amin Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Moga dipermudahkan. Nak khatam je, bukan sebab nak kahwin. Ok bye!
=P
Assalamualaikum sampai ketemu lagi!