Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum.
Tak mahu bebel banyak banyak cuma nak ingatkan diri sendiri sempena tahun baru bulan baru ni, ada banyakk benda yang aku kena ubah dalam diri aku ni ;
- Kalau boleh nak disiplinkan diri sendiri bangun Subuh, dengan tidur awal setiap malam. Sharp pukul 12 malam kena tidur dah, sebab kalau tak, memang tak bangun Subuh lah jawabnya. *except for harihari cuti perempuan* Dan sebenarnya bila bangun awal pagi banyaaakkkk benda boleh buat compare dengan bangun pukul 10 pagi. Lepastu rasa segar dia lain macam. hehehe
- Bila buat kerja, cuba ikhlaskan diri, tak kisahlah untuk apa apa pun, belajar ke, kemas rumah ke, walaupun terpaksa, akan aku cuba untuk ingatkan diri sendiri supaya ikhlas. Mahal sebenarnya harga ikhlas ni sebab tu lah bila kita ikhlas buat kerja memang rasa seronok sangat! *terinspired tengok satu movie ni sebenarnya, sampai sekarang jadi inspirasi gittew*
- Hormat orang tua, setiap kali ada pergaduhan biar aku yang mengalah, minta maaf walaupun bukan senang nak ucap maaf. Kena ingat yang kita semakin meningkat dewasa tapi ibu bapa kita semakin tua. Masa tak banyak. This is the only time to show them you love them. *nasib baik tinggal sebumbung*
- Work hard in studies. Menuntut ilmu sangat-sangatlah dituntut dalam Islam, belajarlah selagi terdaya. Dapatkan result yang wayyyy better dari last semester, tinggal lagi 2 semester, push habis habisan. *nak aim 3.00 sebelum graduate*
- Solat lah walau terpaksa, kerana kadangkala kewajipan itu sifatnya terpaksa. Solat tu lima minit je 'Afifah. Dalam sehari ada 24 jam, kalau tambah semua solat, baru 25 minit, takkanlah 25 minit pun nak kedekut. Kalau ada masalah mengadu dekat Allah, sebab Allah Maha Mendengar, mengaku dekat manusia haprak takda. *bila kita jaga hubungan dengan Allah, InsyaAllah automatik hubungan dengan orang lain pun terjaga*
- Sabar dalam segala hal sebab aku sedar dua tahun kebelakangan ni aku banyak sangat marah. Semua gara gara lelaki jahanam tu, sifat pemarah aku jadi makin menjadi jadi. Jadi sabar, kawal diri sendiri. Harga sabar tu mahal, sabar 'Afifah, sifat marah itu sifat Syaitan. Istighfar banyakbanyak, kalau rasa nak marah jauhkan diri dari Facebook, Instagram, Twitter sebab semua tu mengundang sakit hati orang, salah sangka orang jadi jauhkan. *ambik wudhuk okay, sebab buruk rupa bila marah*
- Biar orang buat kita, jangan kita buat orang. InsyaAllah Allah tolong. Lagi sekali, sabar, Sebab bila kita buat orang, kepuasan dalam diri tu hanya sementara jadi biarkan. Kepuasan yang kadang kadang aku tak sedar ianya akan beri impak besar dalam hidup aku sebenarnya suatu hari nanti, jadi biarkan. *Allah nak uji kott*
- Nak khatam Al-Quran dengan cemerlang. InsyaAllah. Walaupun aku tak faham sepatah haram pun bila baca Al-Quran tu, sekurang-kurangnya aku tahu membaca Al Quran,, boleh bersihkan hati kita yang kotor, yang hitam ni. *takdalah sampai tak paham langsung haha*
- Aku tak nak riak, tak nak takabbur, tak nak menunjuknunjuk, tak nak condemn orang lain untuk buat diri rasa bagus, pandang rendah dekat orang lain. Jauhkanlah aku dari sifat sifat syaitan ini Ya Allah. *riak tu syirik kecil sebenarnya*
- Be grateful. Kadang kadang aku sampai menangis bila tak dapat makan apa yang aku nak makan, dapat makanan lain pulak, punyalah teruk perangai. Jadi aku terbaca satu majalah ni, kata, bersyukurlah, mungkin itu rezeki kita pada hari tu, mungkin makanan lain tu rezeki kita hari lain. Jadi bersyukurlah. Jangan asyik nak merungut je sampai menangis nangis. *buruk benau perangai*
Fuhh macam macam aku fikir bila listkan benda ni semua, banyak nya benda nak diperbaiki, hati ni Ya Allah, HATI ni yang paling penting. Semoga kau bukak seluas-luasnya jalan kebaikan, jalan yang diredhai oleh Engkau untuk aku yang selalu sesat ni. Dah tak boleh nak tulis dah ni, dah berserabut otak aku fikir, takpa takpa, tak tulis pun Dia still faham apa yang aku nak, 10 perkara kat atas ni yang paling penting yang aku target dulu untuk aku jaga. InsyaAllah dipermudahkan.
AMIN.
Bulan baru Tahun baru // Perbaiki diri Hiasi peribadi
SALAM MAAL HIJRAH YANG KE 1435 BUAT SEMUA
Berhijrahlah dari BAIK ke arah yang LEBIH BAIK
Better late than never peeps
InsyaAllah.