So malam tadi aku tidur agak lewat lah jugak dalam pukul 12.45 pagi macam tu. Seronok lah kan nak tidur, baru lepas mandi dan baru lepas Skype selepas sekian lama.
Lepas beberapa minit terlelap, aku terjaga sebab ada bunyi-bunyian dalam bilik. Aku terjaga, mata pun kabur kabur mencari bunyi. Bunyi datang dari pintu bilik aku, bukan jauh sangat pun pintu bilik dengan katil aku. Tapi mata masih kabur, dan masa tu aku assume bunyi bunyian tu datang dari luar. Mungkin adik aku berjalan kat luar terlanggar pintu ke apa. Takpun dia tengah kemas barang terlanggar pintu dari luar ke apa. So aku tidur semula -- mengantuk.
Lepas beberapa ketika, bunyi tu makin rancak, masih di pintu. Aku buka mata biarkan mata dah tak kabur untuk seketika -- aku nampak rantai aku yang bergantung belakang pintu bergoyang semacam -- bergoyang goyang maca ada orang ketuk pintu. Semua benda yang bergantung dekat pintu semuanya bergoyang goyang. Aku jadi makin nak tahu apa benda tu.
Aku angkat badan aku sedikit untuk tengok sepenuhnya pintu dari jauhh, tapi itulah gelap gelita kan, jadi mata macam tengah nak absorb cahaya. Sumpah aku nampak benda. Melompat lompat cuba nak bukak pintu -- seolah olah cuba nak putar handle pintu tu tapi dia tak boleh. Banyak kali dia melompat nak bukak pintu sampai bergoyang goyang pintu tu. Aku jadi curious, aku start nak bangun dari katil, benda tu perasan terus dia lari menyorok, entah bawah katil, entah belakang almari, aku tak tahulah.
Aku bangun sebenarnya nak bukak lampu -- nak tengok apa tu, tapi dia dah sempat lari dulu.
Aku tak rasa tu katak, tinggi tu dia lompat nak capai tombol pintu.
Tupai mungkin, tapi kenapa sejurus lepas dia nampak aku angkat badan dari katil dia terus lari -- dan macam mana dia tahu nak keluar dari bilik, kena melalui pintu?
Anak kucing pun aku tak rasa logik.