Aku beli kain ela dari tempat aku kerja. Beli dalam 4.5 meter. Sepatutnya beli dalam 5 meter tapi tak cukup kain, kenalah jugak ambik sebab dah tertarik dengan sulaman kain tu. Lagipun kain tu memang nampak mahal. Aku dah tengok banyak telekung yang dah siap dekat tempat kerja aku tu tapi takde yang sama macam kain sulaman. Jadi aku beli jugak. Tujuan asal beli, nak jahit sebab nak bagi ibu. Dengan kemahiran jahit telekung yang ZERO, aku gigih jugak jahit hari ni bersumberkan google semata - mata. Kain sahaja, aku jahit pinggang adalah dalam 3 kali jahit. Untuk tudung telekungnya pulak macam macam gaya aku buat, aku potong sini sana bagi sama bentuk dengan telekung biasa. Dannnn bordernya pulak boleh lakkk tak cukup, jadi aku alter sikit sini sana, curi curi kain and TADDAAAAA. Inilah hasilnya *rujuk gmbar sebelah*. Hasil yang tak berapa nak clear tapi sumpah puas hati. Dari jam 11. 00 pagi, pukul 8.15 malam baru siap. Punya lah jenuh siapkan. Apa - apa pun telekung ni dah sampai pun kat tangan ibu. Hari ni hari lahir dia, sebak pulak aku rasa bila bagi hadiah kat ibu. Dahla dia macam asyik sakit je sekarang. Seriously, aku tak suka tengok dia sakit. Memoga dengan hadiah ni, aku harap setiap kali dia solat, dia akan sentiasa ingat dan doakan aku. Aku sendiri tak sangka yang aku berjaya jahit telekung ni. Lepas ni bolehla ambik tempahan buat telekung. ;P Tpai sebelum tu, nak jahit telekung untuk diri sendiri dulu. eheheh
Dah 48 tahun dah ibu aku, SELAMAT HARI LAHIR! ^.^
1 comment:
cantik afifah jahit telekung :). moga ibunda sihat ya ;)
Post a Comment