Rasa macam nak menulis.
Cuba kau gambarkan situasi ni.
Aku tak lapar, kemudian datang seorang Hamba Allah bagi aku makanan, dan kemudian datang pulak lagi seorang Hamba Allah bagi aku makanan jugak. Aku memanglah tak lapar, aku boleh makan, tapi aku ambil keputusan untuk tidak makan. Masa aku lapar GILA, tak ada pulak siapa siapa yang nak bagi aku makanan, tapi masa aku tak lapar tu lah, orang lain mula nak bagi makanan. Kenapa?
Ada maksud tersirat yang aku cuba sampaikan sebenarnya.
Hanya orang orang yang tertentu boleh faham.
Aku cuma nak Hamba - Hamba Allah tu tahu yang aku tak lapar. Aku memang perlukan makanan tapi buat masa ni aku tak lapar. Tolong faham.
Aku tau kalau aku tulis secara direct akan ada pihak sini sana yang terasa. Aku taknak macam tu. Biar benda ni jadi tanda tanya. Biar aku je yang faham apa yang aku tulis. Orang lain yang boleh faham tu, tahniahlah ye. Kau memang bijak.
Aku menulis sekarang ni sebab musababnya adalah kerana hati aku tengah rasa nak marah. Rasa nak mengamuk, sampai nak menangis. Kalau boleh air mata tu memang nak meleleh selaju - lajunya. Situasi di atas tidak ada kena mengena dengan kemarahan aku sekarang. Yang tadi dan yang aku tulis sekarang ni adalah dua perkara yang berbeza. So take note.
Hujung pangkal kemarahan aku ini adalah berpunca kerana lelaki.
Sakit hati aku ni ada kau rasa??!
Kalau tiba tiba aku rasa nak marah atau tinggikan suara
Kalau tiba tiba aku buat muka annoying aku
Kalau tiba tiba aku cuba jauhkan diri
Kalau tiba tiba aku suruh kau jauhkan diri dari aku
Kalau tiba tiba aku jadi macam nak tak nak je melayan
Kalau tiba tiba semua ni jadi.
Dan kalau kau lelaki.
Adalah tu.
Aku sedang berjaga - jaga sebenarnya.
Assalamualaikum.
1 comment:
rezeki tu...
dan
amik air sembayang boleh sejukkan rasa marah :)
Post a Comment