20131117

001 : Kasihan

Kasihan dengan ibu sebab sejak bersara ni hari hari dia masak tapi tak ada sesiapa nak makan. By the time aku balik, perut pun dah kenyang. Lauk biar tak bersentuh, basi sendiri. Kasihan ibu. Kadang kadang paksa diri sendiri makan sebab rasa kasihan pada ibu. Makan juga walau tak lapar, sebab sayangkan ibu. Sekurang-kurangnya penat lelah dia ada yang hargai, makan je, bukan susah mana. Kalau aku sendiri jadi ibu, aku mahu masak untuk orang makan, bukan dibiar basi. Selagi terdaya kakak habiskan lauk ibu ya, bu?

Kasihan pada diri sendiri sebab kena buli. Mentang mentanglah aku senior pernah buat assignment tu jadi hampir semuanya aku yang buat. Maaf saya banyak kerja lain nak buat ye awak. Saya mintak maaf kalau saya nampak macam dah tak nak buat sebab sememangnya saya banyak benda lain nak buat. Saya penat dah buat semua. Part saya dah habis kenapa part awak saya kena settlekan? Tolong ya. Bertangguh kerja sampai last minute tu leceh. Kalau tak susahkan orang tak apa, saya pun tak peduli, tapi kalau menyusahkan, maaf ya tolong sedar diri. Saya yang sengsara. Awak sukasuka. Tolong. Ubah.


No comments: