20110306

Playing with water kinda childish right ?

But it's fun ! 



Aku ada-lah tangkap gambar berbelas belas lah jugak masa main air tu . Main air dekat halaman rumah je pun , masa tengah siram siram pokok . Malam tu jugak aku pergi save dalam laptop , nak update blog punya pasal . But then bila bangun esok paginya , DANG ! Gambar hilang . Aku salahkan diri sendiri sebab delete gambar gambar yang ada dalam kamera yang aku masukkan dalam laptop tu. Akibatnya , no backup at all . *padan muka 

I blame myself for being stupid .

Yelah , dh tau dua tiga hari ni laptop duk buat hal , pergi save jugak dalam laptop tu kenapa ? DANG DANG ! Lepas tu bila dh save , dengan bodohnya pulak , pergi delete yang ada dalam kamera . Menangis tak berlagu aku wehh hari ni sebab SEMUA gambar hilang . Dari zaman aku sekolah rendah sampailah ke universiti semua hilang macam tu je . arghhhh ! 

Bukan tu je , dahla semalam aku dengan Erna pergi Sutra Dance Theatre untuk ambik gambar . Pun hilang jugak ! Sia sia je weh aku pergi SDT tu , urghhh . Geram gilak . So mood aku macam berterabur gila nak mati hari ni . Semua orang aku tengking . Maid aku lh paling teruk kena . 

Kau bayangkanlah , kteorang nak keluar pergi pasar tani kat Shah Alam . Family aku semua dah siap , tinggal dia je belum siap . SEPATUTNYA , pekerja lah yang tunggu majikan kan ? Ini tak , majikan yang tunggu pekerja . Kalau sekejap takpe , lama bukan main . Aku apalagi , mengamuklah bila dia buat parents aku macam tu . Ingat diorang kuli kau nak suruh tunggu tunggu . Parents aku bolehla sabar , aku tak boleh . Sebab ini dah macam bertrillion kali dia buat . Semua kena tunggu dia siap , macam datin . 

Banyaklh benda dia dh buat yang buat aku bengang . Aku cerita satu je kat sini . Yang lain biar aku simpan dulu buat perkasam . Lain kali dia buat lagi , naya dia .

Lagi satu , aku baru tau kamera aku ada AutoFocus . So semalam banyaklah gambar yang AutoFocus yang aku amik . Dahla itu gambar pertama yang aku tangkap . Ingatkan nak lah save ke buat kenangan sebab gambar yang aku tangkap tu adalah gambar yang paling lawa pernah aku tangkap setakat ni . Gambar batang pisang . Tapi alahai HILANG !

Pengajaran buat aku , gambar jangan save dalam laptop . Save dalam pendrive , fullstps .