20100912

AKU SANGAT KAGUM! :D

Aku ada cerita. Aku tak tau macam mana nak bagi tau cerita ni berkenaan apa, tapi yang pasti takde kena mengena langsung dengan life aku. Semalam, masa kat kampung abah dengan ibu aku bawak aku dan adik aku ke sekolah tahfiz. Tujuan utama pergi sana sebab nak hantar adik lelaki aku yang 12tahun ni lepas habis UPSR nanti untuk hafal Al Quran kat situ.

Ohh sebelum tu,

Masa puasa hari tu aku ade pergi taraweh. Ustaz cerita pasal betapa perlunya dalam sesebuah keluarga untuk mempunyai at least seorang anak yang tahfiz Al quran. Aku tertarik ouh dengar ceramah ni. Ustaz cerita la pasal betapa mudahnya Iqra' mengajar kita untuk belajar membaca Al quran. Bila ada anak yang tahfiz Al-quran, anak itu akan diberi satu speciality iaitu dia boleh tarik sepuluh orang ahli keluarga dia yang ada dekat neraka, untuk masuk ke syurga. Best kan? Sumpah aku eksaited gila dengar. Lepas tu, anak itu kalau ada buat salah pun,dia akan diberi hukuman khas. Hukuman yang khas memang untuk orang orang yang tahfiz Al-quran je. Apa hukuman tu aku tak tau lah pulak, tapi aku teringin nak tau. Hurmm, and budak yang berumur 9 ke 11 tahun adalah umur yang paling afdhal untuk baca dan hafal Al-quran sebab senang ingat dan takkan mudah lupa. Umur baya aku, 18 tahun memang akan cepat lupa walaupun dah hafal. Haihh,

Okayhh, lepas tu ustaz ada cerita yang dia pergi Jordan dan ajar seorang lelaki ni dari mana entah. Lelaki ni baru masuk Islam. So ustaz cerita, dalam masa 3 bulan lelaki tu belajar Iqra' dan boleh membaca Al-quran. Cuba bayangkan, seorang lelaki yang mungkin dulu agamanya christian, sekarang ni masuk Islam dann dalam masa 3 bulan je dia dah boleh baca Al-quran. Dan dalam tempoh 3-4 tahun dia dahpun hafal satu Al-quran. Amazing kan? Mesti lelaki tu sungguh sungguh nak belajar. Dia baru je masuk Islam,dah hafal satu Al-quran. Yang aku ni dah 18 tahun bergelar ISLAM, tak hafal hafal pun. Selalunya orang hafal Al-quran dari depan kan, tapi lelaki ni hafal dari belakang. Kata dia, surah surah yang ada kat belakang kan kita guna untuk baca dalam solat. So, lebih better kan? Aku pun rasa macam tu.

Budak budak muda sekarang ni, mana dah baca Al-quran. Diorang khatam sekali masa kecik, lepas tu terus tak baca dah. Yelahhh dah khatamkan.

Entahlaa, aku terasa macam nak hafal Al-quran tapi ...

Sejujur-jujurnya, seumur hidup aku, aku belum pernah lagi khatam Al-quran. Aku bukan tak reti baca Al-quran, dan aku bukannya tak tau tajwid tajwid Al quran tapi hermm. Setiap kali aku belajar mengaji dengan ustazah ni, ustazah ni akan pindah rumah, bila belajar dengan ustaz ni belum sempat aku habis belajar, aku dah habis sekolah. Setiap kali belajar mengaji dengan ustaz atau ustazah baru, aku mesti baca start dari mula. Asal tukar je, start balik. Asal tukar jer, mula balik. Tu yang tak khatam khatam. Aku pegang satu prinsip ni "tak elok kalau mengaji takde guru yang ajar, seolah olah macam kita mengaji dengan syaitan". Lagipun memang tak elok kalau khatam tak berguru. So, apa aku nak buat..? Selalu lepas maghrib memang aku akan baca Al-quran tapi takdelah aim nak khatam sebab takde guru. -.- hurmm ntahlaa. Khatam pun belum, hafal lagi lahh. :( Jahilnye akuu.

Mungkin sebab ceramah tu lah abah aku nak hantar adik aku pergi belajar tahfiz. Untuk pengetahuan korang, adik aku minat benda muzik muzik yang jenis rap hip hop semua ni. Tapi abah aku suruh jugak dia pergi bertahfiz. Bukan paksa, tapi pujuk. Dia mesti happy duduk sana. Aku teringin ouh nak pergi, tapi aku dah start kolej. Argggh!! takde masa.

Masa jumpa Ustaz Tajuddin, nak daftarkan adik aku. Dia cerita lah. Kat sana ada rutin rutin yang perlu dorang buat. Yang paling paling penting ialah, adik aku kena bangun pukul 4pagi setiap hari.

Kenapa 4 pagi??..
Ustaz Tajuddin cerita yang sebenarnya waktu maghrib akan keluar satu embun ni. Embun yang sangat sangat kecil. Sepanjang malam tu embun tu akan perangkap semua udara kotor yang ada kat sekelilingnya. So, embun tu akan jadi makin makin besar sebab dah perangkap semua udara kotor kan. Kata ustaz, pukul 3 adalah time dimana udara adalah yang paling bersih. Kalau kita bangun dan keluar hirup udara tu, seolah olah kita makan vitamin yang bagi fresh untuk one whole day. Mungkin benda ni nothing pada korang, tapi ustaz cerita lagi..

Ustaz cerita lagi, dekat seluruh dunia kalau kita perhati, orang orang yang hebat, yang cemerlang semuanya bangun 3 pagi. Tak percaya? Cuba check pelajar yang skor 17A dan 19A, kalau korang kaji balik, diorang semua bangun pukul 3 pagi setiap hari. Kata ustaz semua orang yang bangun pukul 3 pagi ada 10 000 jam masa tambahan untuk belajar. Bayangkanlah. Cukup menakjubkan. Kata ustaz, kita bangun pukul 3 pagi. Lepas tu kita keluar hirup udara pukul 3 pagi. Jogging ke apa ke. Kita akan mesti terupdate, everyday. Ustaz cerita lagi, yang ada tiga kaum dalam dunia ni yang pemalas bangun tengah hari ;

Yang pertama, orang eskimo. Yang ni takpelah maybe sebab dia duduk tempat sejukkan.
Yang kedua, orang Arab. Sebab tu kalau korang pergi Arab, diorang mesti bangun lambat.
Yang ketiga kaum kita, Melayu.

Banyak orang Melayu bangun tengah hari, sebab tu Melayu tak pernah nak maju maju. Kalau perhatikan negara Korea, China, pagi pagi diorang dah bangun jogging semua. Bangun pukul 3 pagi dan hirup udara 3 pagi sangat sangat baik untuk kita. :D Aku nak cubalah. Yep mesti,

Sebab tu nanti kalau adik aku belajar tahfiz, dia kena bangun 4 pagi. Sebab ustaz galakkan dorang hirup udara pagi tu dengan berjogging lepas tu terus akan hafal Al-quran. Time tu lah mind kita akan betul betul alert. Ntahlaaaa, aku kagum. Seriously, Aku cuma nak kongsi je apa yang aku tau. :D

Thanks for reading btw,

2 comments:

Ilham Liyana said...

nak try la bgn 3 pagi utk study. huhu!

fadhlinaafifah said...

Try lah :D hehehe