20101023

Salahkan project bangang tu , bukan aku .


RABU
.

Aku selamba ponteng kelas English sebab nak siapakan model CTS . Time aku ponteng , ramai ramai satu group gerak ke Sunway pergi beli material and all those stuff untuk buat model CTS . Dari pukul 12 tengah hari sampailah 12 tengah malam model tetap tak siap siap . Bukan tak siap , tapi sebenarnya tersalah beli material . Syok betul dapat stay malam malam dekat kolej . Semua pakat buat kerja ramai ramai . Aku memang busy semacam hari tu . Dengan CTS nya , dengan video ICI nya . Memang terpaksalah balik lambat sikit .

Aku call abah . Abah kata kalau dah habis kerja , text dia . Nanti dia amik . Tak kisahla pukul berapa , dia akan amik . Malam tu group aku yang terakhir tinggal and buat kerja hanya aku , Sun dan Aarieff . Buat kotak je dah memakan masa 3 jam . Tak ke cam urgghh !! So malam tu kteorang siap kerja pukul 12 tengah malam macam tu ah , nak dekat pukul 1 pagi . Aku text abah aku . Tak balas . Aku call , tak angkat . Aku call rumah , engaged . So aku pun tunggu je entah berapa jam . Serious aku dah macam putus asa . Memang dalam kepala otak aku , mesti malam tu aku akan tidur kat kolej . Perut memang tak yah cakaplah . Dah berdondang sayang kot time tu .

Last last aku mesej Aji . Dia dengan baik hatinya sanggup keluar rumah sebab nak amik aku. Yelah dah pukul 3 pagi tapi abah aku no responds , macam tengah tidur je . Takkan aku nak melanguk kat kolej je kott . Tapi tiba tiba malam tu bila dah dekat dekat nak pukul 4 pagi abah aku call . Dia kata dia dah sampai . Ya Allah memang sumpah penat menunggu .. So balik rumah tidur .


KHAMIS.

Aku takde kelas pagi . Pagi tu aku pergi pejabat SCOMI sebab nak buat interview . Aku buat interview dengan dua orang Quantity Surveyor . Cakap orang puteh lagi nyahh , awwww . HAHA Sumpah best dapat interview diorang . Sebenarnya boss diorang kawan abah aku . So , abah aku pun ikut aku pergi interview . Aku pergi lah interview kan kan . Yang abah aku duk pergi bergossip dengan boss dorang . Memang best kot !! Ngiahahaha . Best sebab apa taw . Sebab aku faham apa sebenarnya tugas QS . Aku pergi kolej , aku mana faham apa Ms See ajar . Lepas aku buat interview ni sendiri baru aku faham . Diorang siap tolong aku buat soalan lagi . Diorang explain panjang panjang . Best wehhh !! Video yang aku perlukan sebenarnya 10 minit je , tapi terlebih sampai 30 minit pulak . ahakss Lepas tu aku bergegas balik .

So hari yang sama , pukul 12.15 ada sudy trip ke mana entah . Fida jemput aku naik kereta dekat Old Town White Coffee . Rombongan Cik Kiah 2 kereta pergi ke Pavillion makan makan . Selamba badak je wehh . Padahal dah lambat berapa jam entah . So pergi sana blah blah blah blah , takde ape pun jadi . Aku balik dengan Fida , then pergi beli barang untuk model CTS , balik rumah dia jap amik ape entah and pergi binding folio . Sumpah rushing gilaaa . Sun , Sean dengan Aarieff dah memekak mekak dah sebab kteorang lambat sampai . Ye lah , diorang pukul 6 dah sampai kolej , yang kteorang pukul 9 baru sampai . Manalah tak mengamuk .

Bila dah sampai kolej , kerja kerja mengcreate model CTS pun bermula . Sebab pukul 9.00 pagi hari esok kena hantar dah model ni . SO semua budak buat kerja masing masing . Kalau kau orang semua nak tau . Hari khamis malam tu memang ramai gilaaa budak course aku stay dekat kolej . Semua pakat siapkan model CTS . Hampir 90% budak FNBE ada dekat kolej masa tu . Dari depan Student Life Central sampailah ke dalam kelas Level 5 . Memang penuh wehhh .

Okaylah kan nak dipendekkan cerita , apa yang kteorang buat hampir menunjukkan hasil nya . So aku pun macam kesian je tengok group mate aku yang dua orang tu duk tersengguk sengguk mengantuk . So aku pun suruh diorang balik . Ye lah kan dah pukul 1 - 2 pagi . Diorang tak biasa tidur lewat lah tu . Tinggallah aku , Fida dan Aarieff . Semua pakat menyiapkan kerja . Rushing gilaa ni sebab dah lewat malam sangat . Bebudak course FNBE kat kolej semakin berkurangan .

Apa yang kiteorang hasilkan tadi tiba tiba buat masalah . Lampu tak boleh nak menyala . Entah kenapa aku pun tak tau . Tapi dalam hati memang menyumpah seranah sebab dah buntu sangat tak tau nak buat apa . Macam macam idea keluar . Idea dari aku , idea dari Aarieff semua hanya sebab nak siapakan benda kejadah ni . Tapi semua idea tak boleh pakai . Makin menjahanamkan lagi adalah . Fida masa ni dah tidur dah . Dia pun dah tk larat . Dia tidur atas kerusi dalam kelas . Mata aku masih terbukak luas . Aarieff duk menyumpah seranah dalam kelas sebab situasi masa tu sangatlah tegang . Dari pukul 3 ke pukul 4 , dari pukul 4 ke pukul 5 , dari pukul 5 ke pukul 6 . Memang urghhhh !!

Kiteorang dah menguap nguap dah kat kolej tu tapi bila ingatkan markah yang diberi cukup cukup banyak , terpaksalah mata ni berjaga . Aku tak tau macam mana tapi tiba tiba idea yang Aarieff bagi semakin menjadi . Sebab dia tukar hampir 60% idea asal .Pukul 6 macam tu . Kolej yang tadinya dah kosong didatangi pulak oleh Valery , Mary dengan Ashraf . So Mary tengok model kteorang dan dia bagi idea dan bila idea tu menjadi terussssss aku nampak Aarieff senyum . Ye lah , sepanjang malam aku duk berjaga dengan dia duk siapakan project ni , muka dia masam gila wehh duk marah marah . Aku cuma boleh bersabar dan suruh dia sabar . Nak lebih lebih , takut pulak . Tapi bila dapat tengok Aarieff senyum , memang aku rasa release gila . Akhirnya model tu siap . Fida dengan Aarieff pun balik tinggalkan aku sendiri . Aku pulak apalagi amik chance untuk tidur .

Untuk pertama kali wehhh aku tak tidur malam , berjaga just untuk siapkan model bangang ni . Dahlah tak tidur , tak balik rumah pulak tu . Perghhh !! So aku amik masa 1 jam untuk tidur . Kelas Islamic Studies pukul 8.00 pagi terpaksa aku ponteng . Penat sangat . Aku tidur hanya beralaskan 3 kerusi dan bantal , kebetulan kawan aku bawak bantal . Dalam pukul 8 lebih macam tu , Fida pun datang . Kejut aku suruh siapkan sketches . Ohhh pagi tu aku dah call abah aku suruh hantar segala baju berus gigi dan tuala . Aku mandi kat toilet je . Sangat tak senonoh .

Ini baru permulaan nak jadi seorang arkitek . Yayeahhhh !! Nasib baik aku suka .

JUMAAT .

Kelas CTS start pukul 9.00 pagi . Aku , Sun dengan Fida pergi kelas bawak model . Semua pakat bawak keluar model masing masing . Lama tunggu , so tibalah giliran kumpulan aku present . Bila dah present aku dapat rasa satu kepuasan yang teramat sangat . Rasa puas dan berbaloi sebab aku stay all night long untuk siapkan model ni . ALL NIGHT LONG !!! Kepuasan yang teramat amat sangat sebab dapat markah 7.5 / 10 markah . Senyum je walaupun kepenatan tu masih terasa . Masa tu takde benda lain dah aku fikir , aku cuma nak tidur je . T I D U R . Hmmmm .

Terima kasih kat Aarieff sebab semangat dia yang sanggup berjaga sepanjang malam just untuk siapkan model tu . Thanks untuk Fida sebab beli segala material yang perlu . Terima kasih dekat Sun dan Sean sebab walaupun aku dengan Fida selalu lambat , korang tak pernah bising . Terima kasih semua ... Ternyata usaha kita berbaloi .


---------------------------------------------------------------------


Tapi semua ni belum berakhir . Perjuangan aku masih jauh . Minggu ni banyak video nak kena submit dan aku rasa aku adalah orang yang paling busy kat dunia sekarang ni . Sebab banyak video yang aku nak kena edit . Banyaklah benda nak kena buat . Kesian tak kat aku ??? Ngiahaha so aku harap apa yang aku tulis hari ni cukuplah untuk menebus kesalahan aku sebab tak update blog untuk beberapa hari . Banyak benda nak kena buat . Aku mintak maaf banyak banyak . Lepas ni pun ada kerja aku nak buat .

Gotta go now , bye !


No comments: