20110107

orang kecil ,

Assalamualaikum .



TADAAAAA ! XD Template baru , mood baru tapi colour masih sama . Padanlah seminggu dua ni asyik nak marah je . Aku rasa mesti ada yang tak kena kat mana mana tempat ni . Sama ada dalaman aku mahupun luaran aku . Entahlaa , aku sebenarnya tak mahu ambik tahu tapi perubahan dalam diri yang amat amat ketara ni buat aku rasa macam nak berubah . Berubah kepada yang lebih better . Aku rasa aku tau di mana silap aku . Dalaman aku , P A S T I .


Kepala aku berdenyut denyut dari petang tadi tak henti henti . Ada sesiapa nak picitkan tak ? Aku asyik jalani rutin yang sama saban hari buat aku rasa bosan . Dalam kurang dari dua minggu lagi , akan bermulalah semester dua dekat college . Deep down inside , aku mengharapkan ada excitement bakal menjengah . Tak sabar rasanya minda aku ni nak berfungsi semula . Tak sabar . 



Dahla parents aku duk ngokngek ngokngek membebel bebel kat aku sepanjang dua tiga hari ni . Ya Allah pening aku nak handle , nak tahan sabar pun macam dah tak larat . Tunggu masa nak meletus je anger aku ni . Karang dah meletus , ada pulak yang bakal melayang karang . Bukan aku yang layangkan , abah aku yang layangkan nanti . Silap silap hari bulan kena bantai dengan besi buaian sebab melawan cakap . Tak mau aku . Dah sembilan belas tahun pun nak kena bantai ape cerr ,


Haih . Dalaman aku ni kenapa sebenarnya . Apa yang tak kena . Asyik nak kerja memaki hamun orang je , asyik nak update status bengang bengang segala bagai . Lifeless gila bodoh . Gelaran attention seeker tu dah macam layak je diserahkan kat aku . Bangga ni wehh , bangga . Kepala heck kau nak bangga apanya .  Complicated gila kepala hotak aku sekarang ni . 2011 ni macam tak bagi apa apa perubahan pun kat aku , makin biatch je aku nengok . Tak guna kau two ohh eleven , stupid . Brrrrrr ,


Mana mood gumbira suka ria aku tu dah pergi . Manaaaaa ?? 



Gahhh tolonglah kembalikan . Walaupun aku tak cakap banyak , kurang kurang pun dalam hati ada taman , rama rama siap terbang boleh nyanyi nyanyi lagi . Haaaa , kau nak aku describe cam mana lagi . Hishh , aku rasa ada benda yang aku belum settle dengan Allah . Mungkin banyak yang Dia dah bagi kat aku tapi aku tak pernah nampak . Aku tak nak ungkit apa yang jadi kat sekitar aku , aku tak nak ungkit apa yang orang pernah buat kat aku , aku tak nak ungkit berapa ramai dah lukakan hati aku & berapa ramai dah jauhkan diri dari aku . Cuma yang aku nak tanya dekat diri sendiri aku sekarang ni ialah , apa yang pernah aku dah buat untuk Allah , dah berapa kali aku lukakan hati Dia , aku abaikan tanggungjawab aku kat Dia , dah berapa lama dah aku jauhkn diri aku dari Dia ? Tanyalah diri kauu pulak . Bila pandang tanah tempat aku berdiri sekarang ni , milik siapa semua ni kalau bukan Dia ? Kenapa kenapalahh aku tak pernah nak bersyukur ? Kenapa aku asyik nak complaint je . Aku dah besar , ada akal . Aku boleh beza mana baik mana buruk . Takkan semua orang nak kena tegur aku kot . 



Aku rasa inilah balasan Allah dekat hamba Nya yang tak pernah bersyukur , hamba yang tak pernah nak ingat yang Dia tu sebenarnya wujud , hamba yang lupa nak sujud setiap kali tiba waktunya . Allah dah tarik sedikit demi sedikit kenikmatan hidup tu dari aku . Sikit sikit dia tarik , dan inilah yang aku rasa sekarang . Rasa kosong , jiwa serabut . Dia nak tunjuk yang dia masih sayang kat aku , Dia masih bagi peluang cuma aku belum gunakan sebaiknya .


Aku dah tau apa yang patut aku buat . Selow selow aku akan mulakan dari bawah . Moga masih ada lagi hari esok untuk aku , amin .




When in doubt , pause .
When angry , pause .
When tired , pause .
When stressed , pause .
and when you pause 

PRAY !



Pedulikan semua orang yang nak sakitkan hati aku . Pedulikan ! Bebaskan hati dari segala-galanya . Konflik dunia ni semua sementara . Sod ba ro , Sabar .






notahati ; kenapalah bila semua ni jadi baru aku nak ingat dekat dia ? Jahilnya rasa ,



No comments: